Chapter 27

Till The End I Love You ( Malay Ver)

 

            Ketika pembedahan sedang dijalankan, bilik pembedahan Rina dikejutkan apabila kadar degupan jantungnya rendah dan semakin rendah dan akhirnya...

“ BEEEEEEEPPPPP....”

Garisan pada mesin itu menegak.  Nana terus mengarahkan jururawat uuntu mengambil  defibrillator  lalu Nana melekapkan AED itu  ke dada Rina.  Tubuh Rina melayang ke atas dan kembali semula ke bawah.  Tetapi  garisan itu masih lagi menegak. Nana mencuba untuk kali yang kedua.  Hasilnya tetap sama.

Sementara itu di bilik pembedahan Daehyun, ketika peluru baru sahaja dikeluarkan, kadar jantungnya semakin lemah.  Akhirnya....

“ BEEEEEEPPPPP...”

Garisan pada mesin di sebelah Daehyun juga  menunjukkan garisan mendatar.  Doktor yang bertugas terus mengarahkan untuk mengambil defibrillator.  Doktor tersebut melekapkan AED ke dada Daehyun.  Tubuh Daehyun melayang ke udara dan kembali semula ke katil.  Namun garisan pada mesin itu masih lagi mendatar. Mata Daehyun tertutup rapat.  Mulutnya pula disambungkan dengan tiub untuk memberi pernafasan kepadanya.  Badannya sudah dipenuhi dengan darah. 

#

Rina berjalan – jalan di sebuah taman bunga yang sangat cantik.  Dia bermain seorang diri di situ.  Sedang dia berlari – lari, dia ternampak kelibat suaminya.  Rina terus mendapatkan suaminya.

“ Daehyun ah!  I’m right here!” teriak Rina.  Daehyun berpaling lalu mendapatkan isterinya.

“ Princess, you should not be here.  Why are you here?” tanya Daehyun.  Rina pelik mendengar jawapan Daehyun.

“ Why?  Bukankah tempat saya di sisi awak?” tanya Rina.

“ Yes princess. But our baby need you more.” jawab Daehyun.

“ What do you mean by that?  Let’s go back together!” teriak Rina.

“ I can’t princess. I’m so sorry.  Please take a good care of our baby.  Lambang cinta kita. And listen here, you probably won’t hear this from me in the future. Apa pun yang akan berlaku, awak kena tahu yang saya sayangkan awak.  I love you till the end of time, my Princess...Jang Rina.” ucap Daehyun lalu dia mengucup bibir Rina.  Lama – kelamaan kucupan mereka dilepaskan.  Rina semakin jauh dan akhirnya hilang dari pandangan Daehyun.

#

“ BEEP...BEEP..BEEP..”

Garisan pada mesin nyawa di sebelah Rina kembali seperti sediakala.  Nana menarik nafas lega dan terus  menjalankan pembedahan.  Dia akhirnya berjaya mengeluarkan seorang bayi lelaki dari perut Rina.  Nana kemudiannya menjahit semula luka pembedahan tersebut.

Sementara itu di bilik pembedahan Daehyun...

“ Tinggikan lagi nombor tu!” teriak doktor yang merawat Daehyun lalu dia melekapkan AED itu ke dada Daehyun.  Keputusannya tetap sama.  Garisan di mesin itu masih menegak.

“ Tinggi lagi! Clear!” teriak doktor itu lagi.  Namun keputusan masih lagi sama.  Daehyun tidak menunjukkan sebarang reaksi.  Doktor itu mencuba sekali lagi.

“Tinggi lagi! Clear!” tubuh Daehyun melayang sekali lagi di udara tetapi masih tiada respons.  Doktor itu akhirnya menyimpan peralatan tersebut.  Dia menggelangkan kepalanya lalu menyuruh agar jururawat mencabut semua mesin bantuan hayat di tubuh Daehyun.

 Tiga jam Rina dan Daehyun berada di dalam bilik pembedahan, akhirnya kedua – dua lampu ditutup.  Nana keluar dari bilik pembedahan Rina dengan senyuman.  Puan Nari terus mendapatkan Nana.

“ Macam mana Nana?” tanya Puan Nari.

“ Pembedahan berjalan lancar.  Rina selamat melahirkan bayi lelaki.  Muka dia handsome macam papanya.  Rina juga selamat.  Dia dah berjaya mengharungi waktu – waktu getirnya.  Sekarang ni dia cuma dalam kawalan ubat bius jadi biarkan dia berehat. “ ujar Nana.  Puan Nari dan Encik Jang menarik nafas lega.

“ Wah, nak juga sama birthday dengan papa dia.” kata Encik Jung. 

Tidak lama selepas itu, doktor yang menjalankan pembedahan ke atas Daehyun keluar dengan wajah sugul.  Mereka semua mendapatkan doktor tersebut.

“ Macam mana dengan anak kami doktor?” tanya Puan Saeri.  Kedengaran doktor itu mengeluh kecil.

“ Saya minta maaf puan, encik. Kami dah cuba sebaik mungkin. Tapi anak puan tak dapat diselamatkan.  Dia kehilangan terlampau banyak darah.” ujar doktor itu menggores hati semua yang berada di situ.  Puan Saeri hampir sahaja rebah tetapi sempat disambut oleh suaminya.  Puan Nari terus mendakap suaminya lalu menangis.  Nana menekup mulutnya. Air matanya mula gugur membasahi pipinya. Dia terjelopok di lantai apabila mendengar berita itu.

* D-daehyun..is gone?*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet