Chapter 4

Till The End I Love You ( Malay Ver)

 

Rina masuk ke dalam sebuah restoren mewah.  Dia tercari – cari kelibat rakan baiknya, Nana yang mengajaknya untuk berjumpa setelah menamatkan pelajaran dalam bidang kedoktoran .  Apabila melihat Nana  melambaikan tangan ke arahnya, Rina terus berlari mendapatkannya.

“ O.M.G!! Nana! Lamanya tak jumpa!  Kau macam mana sekarang?” tanya Rina lalu mendakap tubuh rakan baiknya itu.

“ Yeah! Aku sihat je.  Aku baru je bergelar doktor sekarang! Kau apa cerita? Aku dengar kau dah kahwin..betul ke?” tanya Nana menyebabkan Rina terus terdiam.  Melihat perubahan wajah Rina, Nana sudah mengerti.  Dia sebenarnya sudah mendengar segalanya dari Donghae.  Mereka bertiga sememangnya rapat dari zaman universiti lagi.

“ Boleh tak kita tak cakap tentang tu kat sini? Aku tak sukalah.” kata Rina menyebabkan Nana tergelak. 

“ Hey, kau ni apa lah.  Aku nak tengok sikit gambar suami kau.  Kalau kau tak nak boleh bagi aku.  Tapi kalau handsomelah.” balas Nana sekadar mengusik.

“ Hey, kau dah kenapa? Suami orang kau nak sapu? Ni ha, gambar dia.” marah Rina.  Dia sedar rakannya itu boleh jatuh hati jika melihat gambar Daehyun.  Tidak dinafikan Daehyun merupakan seorang jejaka yang kacak jika dibandingkan dengan Donghae.

“ Woi! Handsome gila laki kau! Ini yang kau tak nak ni? Hesy, kau ni..” ujar Nana yang nyata terpegun melihat wajah Daehyun.

“ Nana...please, kita jangan cakap pasal ni lagi okay?” rayu Rina.

            Tidak lama selepas itu, seorang lelaki menghampiri mereka.  Lelaki tersebut terus mendekati mereka dan merangkul leher Rina dari belakang menyebabkan gadis itu sedikit terkejut.  Rina terus berpaling.  Apabila melihat wajah lelaki tersebut, Rina terus tersenyum lebar.  Tangannya terus meraih tangan lelaki tersebut lalu menarinya duduk di kerusi kosong.

“ Hey baby, sorry lambat. Traffic jam tadi.” ujar Donghae.  Rina hanya tersenyum manis.

“ Nah, it’s okay.” balas Rina.  Nana hanya melihat gelagat dua orang di hadapannya itu.  Dia berasa sedikit tidak selesa memandangkan dia sudah tahu status rakan baiknya itu.  Dia berasa kesian terhadap Daehyun yang sudah pun menjadi suami Rina yang sah.

“ Err..oppa, Rina, a..aku kena pergi dulu lah.  Ada hal sikit.” ujar Nana tiba – tiba.  Dia sudah tidak sanggup lagi melihat gelagat dua pasangan sejoli itu.

“ Lah...oppa baru sampai Nana dah nak pergi ke?” kata Donghae sedikit terkilan.

“Oppa..Nana kan sekarang dah bergelar doktor..jadi sebab tu la dia sibuk..” balas Rina membela temannya. 

            Setelah Nana pergi meninggalkan mereka, Donghae mendekati Rina lalu merangkul pinggangnya perlahan – lahan.  Rina tidak menolak malah menyandarkan tubuhnya ke tubuh sasa Donghae.  Kedua mereka tersenyum sesama sendiri.

“ Baby, do you know that you look more beautiful after married?” Donghae tiba – tiba bersuara menyebabkan Rina tersenyum gembira.

“ Oppa ni..mana ada. I’m still your Rina okay.” balas Rina lalu memicit hidung Donghae dengan manja.  Mereka kemudian keluar dari restoren tersebut dengan berpegangan tangan.

“ Kita nak pergi mana ni Baby?” tanya Donghae.

“ Hurm, Rina malas nak balik rumah tu awal – awal.  Buat sakit hati je. Jomlah oppa, kita pergi tengok wayang.” jawab Rina.  Sakit hatinya bila memikirkan apa yang akan dihadapi jika dia pulang ke rumah.  Pastinya Daehyun yang amat dibencinya.

            Donghae bersetuju lalu mereka berdua pergi menonton wayang pada siaran lewat malam.  Sekitar pukul tiga pagi,   Donghae menghantar Rina pulang ke rumahnya.  Lima belas minit perjalanan, mereka sampai ke kondo mewah itu.  Donghae memberhentikan kereta Toyota Vios miliknya di hadapan kondo tersebut.  Rina memandang wajah Donghae dengan seribu satu soalan di fikirannya.

“ Oppa, macam mana oppa tau Rina tinggal di sini? I mean cepatnya oppa cari tempat ni.  Looks like you are used to it.” tanya Rina membuatkan Donghae sedikit cuak.  Namun begitu dia masih berlagak tenang supaya rahsianya tidak terbongkar.

“ Err..haha.  Sebenarnya kawan baik oppa pernah tinggal di sini sebelum dia berpindah ke luar negara.  Oppa selalu lah juga pergi ke sini dulu.  Rina duduk di tingkat berapa?” bohong Donghae.  Dia tidak mahu rahsianya terbongkar jadi dia perlu melakukan sesuatu.

“ Hmm, patutlah.  Well, Rina kat tingkat 5.  Nombor 528.” balas Rina tanpa mengesyaki apa – apa.

“ Oh, ye ke.  Kawan baik oppa dulu di tingkat 5 juga.  Nombor 529. Kalau macam tu dia sepatutnya jadi jiran Rinalah kan?” balas Donghae lagi.  Rina mengangguk perlahan.

“ Oh, oppa. Rina dah mengantuklah. Rina naik dululah ya. Penat sangat ni. By the way, thanks for today.” ujar Rina tiba – tiba.  Dia mengucup pipi Donghae sebelum keluar dari kereta tersebut. Kereta Donghae meluncur laju meninggalkan perkarangan kondo mewah itu.  Donghae menarik nafas lega.

*Hampir je tadi.  Lepas ni aku kena berhati – hati. *

            Rina menekan kata laluan rumahnya lalu masuk ke dalam rumah tersebut.  Keadaan di dalam rumah tersebut gelap tanpa cahaya.  Hanya disinari cahaya lampu malam yang berada di ruang tamu sahaja.  Rina membuka kasutnya lalu terus menuju ke kamarnya.  Baru sahaja tangannya ingin memulas tombol pintu, matanya seperti terpandang seseorang.  Rina mendekati tubuh yang dilihatnya dari tadi itu.  Semakin dekat dan akhirnya dia berada betul – betul di hadapan tubuh tersebut.  Dia melihat wajah suaminya yang sedang lena dibuai mimpi di meja makan.

*Kacak sebenarnya suami aku ni.  Dia seorang yang baik. Tapi sayang, kenapa kau pilih untuk berkahwin dengan aku? Kau hanya menghancurkan kebahagiaan kau saja*

Rina menjauhkan diri dari Daehyun.  Dia berlari menuju ke hadapan pintu biliknya.  Lalu dia berpaling semula.

“ Daehyun! Jung Daehyun! Bangunlah!” teriak Rina dari hadapan pintu biliknya. Daehyun mula memberikan respon terhadap panggilan tersebut.  Perlahan – lahan kelopak matanya dibuka lalu dia terus berpaling. 

“ Ha, tau pun nak bangun.  Dalam bilik kau tu dah tak ada katil ke sampai tidur kat atas meja tu?  Kan aku dah cakap jangan tunggu aku..aku balik lewat.  Tak faham bahasa ke? Hesy. Susahlah. Dah. Pergi masuk bilik sana. Meluat aku tengok.” ujar Rina lalu terus masuk ke biliknya.  Daehyun ditinggalkan sendirian.  Dia kemudiannya masuk ke dalam biliknya dengan  satu perasaan iaitu kecewa.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet