Chapter 20

Till The End I Love You ( Malay Ver)

 

            “ Princess, awak ada nak makan apa – apa tak?” tanya Daehyun kepada Rina.  Rina berfikir sejenak.  Setelah lama dia memikirkannnya, akhirnya ada satu makanan yang dia benar – benar terasa ingin makan.

“ Dddeobukki!  Saya nak makan ddeobukki.” kata Rina dengan mata yang bersinar – sinar.  Daehyun melihat ke arah jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam.  Sudah agak lewat untuk dia keluar tetapi dia harus menunaikan hasrat isterinya.

“ Okay.  Wait okay.  Saya pergi cari ddeobukki untuk Princess saya ni.” ujar Daehyun lalu dia meninggalkan  Rina di dalam biliknya.

            Daehyun mengambil kunci keretanya dan terus keluar dari rumah mertuanya.  Dia menghidupkan enjin lalu terus meninggalkan perkarangan banglo tersebut.  Tanpa dia sedar sebuah kereta hitam mengekori keretanya.  Dia memandu keretanya sehingga ke tengah bandar Seoul  dan akhirnya dia menjumpai sebuah gerai tepi jalan yang menjual pelbagai jenis snek lewat malam.  Daehyun memakir keretanya agak jauh dari gerai tersebut memandangkan banyak kereta di kawasan itu. Setelah membeli ddeobukki yang diminta oleh Rina, Daehyun kembali ke keretanya.  Dia membuka pintu kereta lalu meletakkan ddeobukki itu ke dalam kereta. Dia yang merasakan seperti dirinya diekori terus memandang ke belakang.  Apabila tiada sesiapa di situ, Daehyun masuk ke dalam perut kereta.  Baru sahaja dia ingin menutup pintu keretanya, tiba – tiba sekumpulan lelaki yang bertopeng menghampirinya lalu menarik Daehyun keluar dari keretanya.  Daehyun  meronta – ronta cuba untuk melepaskan diri tetapi pegangan lelaki tersebut terlampau kuat.  Mereka membawa Daehyun ke satu tempat yang agak sunyi.

“ Lepaslah! Apa ni!” teriak Daehyun lalu dia menendang salah seorang daripada mereka. 

Daehyun berjaya melepaskan dirinya dari genggaman manusia yang bertopeng itu.  Dia kini berdiri di hadapan keempat – empat mereka yang sudah pun dalam keadaan sedia untuk berlawan.  Daehyun tidak mempunyai cara lain kecuali berlawan dengan mereka semua.  Satu per satu terjelopok ke tanah apabila ditumbuk dan ditendang oleh Daehyun.  Sedang dia asyik berlawan dengan salah seorang dari mereka, dua orang berjaya memegang kedua tangannya dari belakang.  Dia meronta – ronta untuk melepaskan diri.  Seorang daripada kumpulan bertopeng itu terus menumbuk perut Daehyun menyebabkan dia terjelopok ke tanah.  Selepas Daehyun terjatuh, keempat – empat mereka terus menyerang Daehyun secara bertubi – tubi.  Daehyun mengelak sehabis mungkin dalam keadaannya yang semakin lemah.  Akhirnya dunianya berubah menjadi gelap. Setelah mendapati Daehyun tidak sedarkan diri, kesemua kumpulan bertopeng itu melarikan diri.

Daehyun hanya sedar apabila dia terdengar suara.  Seorang lelaki sedang berusaha mengejutnya.  Dengan bantuan lelaki tersebut, Daehyun berjaya  bangun.  Seluruh tubuhnya  terasa amat perit.  Lelaki tersebut ingin menghantarnya ke hospital tetapi ditolak oleh Daehyun.  Daehyun Cuma meminta lelaki tersebut supaya memapahnya ke kereta.  Lelaki tersebut terus membantu Daehyun ke keretanya.  Daehyun menghidupkan enjin keretanya.

“ Encik, encik pasti ke nak memandu dalam keadaan macam ni?  Bahaya ni encik.  Encik boleh accident.” tegur lelaki tersebut.

“ Bo..boleh.  Terima kasih sebab tolong sedarkan saya.  Isteri saya ha..hamil dan mengidam nak makan ddeo..deobukki.  Saya minta diri dulu ya.” balas Daehyun lalu terus memandu keretanya meninggalkan kawasan tersebut.  Sepanjang perjalanan Daehyun menahan sakit.  Tubuhnya kian terasa lemah.  Dia hampir sahaja pengsan di dalam kereta itu tetapi setelah dihon oleh kereta di sebelahnya yang menunjukkan arah jalan, Daehyun terus tersedar.  Dia meningkatkan kelajuan keretanya.

Setelah lima belas minit menahan sakit, Daehyun akhirnya tiba di rumah mertuanya.  Dia mengambil ddeobukki lalu keluar dari keretanya perlahan – lahan.  Tubuhnya semakin lemah.  Daehyun mempercepat langkahnya menuju ke pintu utama banglo tersebut.  Dengan jari yang terketar – ketar dia menekan loceng banglo tersebut.  Daehyun sudah benar – benar tidak bermaya. Apabila pintu dikuak dari dalam, pandangan Daehyun terus gelap.  Perkara terakhir yang dia tahu ialah dia jatuh di atas lantai yang lembut.

Rina yang  membuka pintu sudah bersedia mahu memarahi Daehyun kerana pulang lambat.  Apabila dia membuka pintu, bahunya terasa berat.  Rina terpempan.  Tubuh Daehyun terus rebah ke dalam pelukannya.  Terketar – ketar tangannya memegang tubuh itu.  Buntang mata Rina apabila melihat wajah Daehyun yang sudah kebiruan di sana sini akibat lebam dan juga bibir suaminya yang pecah.  Ada darah yang mengalir dari dahi Daehyun.

“ Daehyun ah!  Daehyun ah!  Kenapa ni?  Apa dah jadi? Bangunlah!” teriak Rina sekuat hatinya.  Tubuh Daehyun digoncang kuat.  Bungkusan ddeobukki yang dibelinya jatuh begitu sahaja.  Suara Rina telah mengejutkan seisi rumah itu.  Puan Nari dan Encik Jang bergegas turun apabila mendengar suara puteri mereka menjerit. 

“ Daehyun!” teriak Puan Nari.  Encik Jang terus menyambut tubuh Daehyun dari Rina.  Baju Rina telah dikotori dengan darah. 

“ Mama, tolong saya bukakkan pintu bilik mereka.  Rina, call Nana datang sekarang.” arah Encik Jang lalu dia mencempung Daehyun ke  bilik Rina.  Rina menggunakan telefon  rumah untuk menelefon Nana.  Setelah menelefon Nana, Rina bergegas ke biliknya.  Dia terus memeluk erat mamanya dan menangis dalam pelukan itu.

“ It’s okay sayang. Don’t cry okay..Shhh..” pujuk Puan Nari.  Tidak lama selepas itu Nana tiba di banglo mewah Puan Nari.  Dia bergegas ke bilik yang menempatkan Daehyun.  Nana turut kaget melihat wajah Daehyun sebegitu.  Dia kemudian mengeluarkan segala peralatan yang dibawa dari hospital.  Rina telah memberitahunya kondisi Daehyun.  Nana segera merawat luka yang terdapat di wajah Daehyun. 

Sejam selepas itu barulah dia selesai merawat Daehyun.  Dia menyimpan semula barang – barang yang digunakannya.  Dia memeriksa paket berisi cecair yang disalurkan ke dalam tubuh Daehyun.  Setelah memastikan segalanya okay, Nana keluar dari bilik tersebut. Puan Nari sekeluarga terus menyerbunya.

“ Daehyun macam mana?” tanya Puan Nari.

“ Hurm, susah untuk saya cakap.  Tapi kesemua kesan lebam dan darah itu disebabkan oleh pergaduhan.  Saya rasa Daehyun telah diserang oleh seseorang  tadi sehingga menyebabkan dia cedera begini.  Tapi aunty jangan risau.  Kecederaannya tak serius.  Cuma beberapa kesan lebam saja.  Err, bibirnya sedikit pecah  jadi ini akan mengakibatkan kesukaran untuk dia menerima makanan.  Selainnya saya rasa tiada apa.  Cuma nasihat saya agar aunty melaporkan perkara ni pada pihak polis.  Barulah perkara ni dapat diselesaikan.” jelas Nana.  Selepas memberi penerangan yang lebih lanjut, Nana meminta diri untuk pulang.

Rina masuk ke biliknya dan mendekati Daehyun yang sedang terlantar di atas katil itu.  Perlahan – lahan dia duduk di tepi Daehyun lalu menggenggam erat tangan Daehyun.  Rasa bersalah menguasai dirinya sekarang ini.  Jika dia tidak mengidam untuk makan ddeobukki, Daehyun tidak akan keluar dan perkara sebegini tidak akan berlaku.  Dia tiba – tiba teringat akan orang yang menyerang Daehyun sebentar tadi.  Rina dapat rasakan orang yang dia syaki adalah pelakunya.  Dia menangis di  sisi Daehyun sehingga dia sendiri tidak sedar bila dia terlena.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet