Chapter 32

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Hari ini Rina membawa Daehwan menziarahi Daehyun  di tempat pengebumiannya.  Sejak Daehwan lahir , dia tidak pernah membawa Daehwan melawat Daehyun.  Hanya dia sahaja yang pergi melawat mendiang suaminya itu.  Rina menggenggam erat tangan Daehwan dan membawanya berdiri di hadapan pusara Daehyun.

“ Sayang.  Inilah pusara papa.  Papa tinggalkan mama  setelah ditembak oleh bekas teman lelaki mama.  Masa tu mama diculik dan papa cuba selamatkan mama. Papa kehilangan terlampau banyak darah  dan sebab tu doktor tak dapat nak selamatkan papa.   Daehwan cakaplah dengan papa dulu ya.” ujar Rina.  Dia bergerak selangkah ke belakang bagi memberi laluan puteranya untuk bertemu papanya.  Daehwan berdehem seketika.

“ Erm, pa-papa. Annyeong.  Papa boleh dengar tak?  Ini Daehwan.  Anak papa.  Sejak kecil,Daehwan teringin sangat nak jumpa dengan papa.  Papa ni macam mana orangnya, semualah tentang papa Daehwan nak tahu.  Daehwan nak sangat tahu sebab mama terlalu sayangkan papa.  Daehwan  nak jadi macam papa.  Tapi Daehwan tak mampu rasanya untuk jadi setabah papa.  Papa, mama cakap papa mati sebab nak selamatkan mama.  Daehwan bangga sangat dengan papa.  Papa sanggup berkorban demi untuk selamatkan mama.  Papa mesti tak nak Daehwan keseorangan nanti kan?  Terima kasih papa.  Daehwan terhutang nyawa dengan papa.  Daehwan dapat tahu yang kita sebenarnya berkongsi tarikh lahir yang sama kan?  Dan papa juga tinggalkan kami pada hari yang sama kan? Sebab tulah mama tak bagi Daehwan sambut birthday kan?  Sebab setiap kali birthday Daehwan, mama pasti akan teringat tragedi tu kan?  Daehwan janji pa.. Daehwan akan jaga mama dengan baik lepas ni sama macam masa papa jaga mama dulu.  Papa, Daehwan nak bagi mama pula cakap dengan papa.  Daehwan berhenti kat sini dulu ya. Nanti Daehwan datang lagi.  Walaupun Daehwan tak pernah rasa kasih sayang papa, tapi apa yang papa dah buat untuk kami dah membuktikan segala – galanya.  Papa berehatlah dengan tenang di atas sana.  Daehwan sayang papa.” Daehwan menyeka mutiara jernihnya yang mengalir lalu dia melangkah setapak ke belakang bagi memberi laluan kepada mamanya pula.  Rina melangkah setapak ke hadapan ke hadapan.  Dia tersenyum melihat pusara di hadapannya.

“ Daehyun ah, it has been a long time since we meet again right?  Selalunya saya datang seorang diri tapi hari ni saya bawa seseorang yang awak paling nantikan kelahirannya.  Saya bawa Daehwan, anak kita..lambang cinta kita.  Selama ni saya masih tak dapat terima awak tinggalkan saya terlalu awal Daehyun ah.  Saya hidup seperti hilang jiwa dan raga.  Saya abaikan Daehwan.  Saya benci dia hanya kerana wajahnya sama dengan awak.  Ya, wajah anak kita persis wajah awak Daehyun ah.  Pada mulanya saya tidak boleh hidup dengan dia sebab walaupun wajahnya sama dengan awak tapi dia tetap bukan awak.  Saya tak dapat terima kenyataan tu jadi saya paksa diri saya untuk benci dia.  Saya gagal Daehyun.  Saya gagal untuk jaga Daehwan dengan baik selama lima belas tahun ni.  Saya gagal tunaikan janji saya pada awak untuk jaga anak kita dengan baik.  Saya minta maaf Daehyun ah.  Sekarang barulah saya sedar yang sebenarnya awak tak tinggalkan saya.  Awak sentiasa berada di sisi saya.  Walaupun dia bukan awak, tetapi segala – galanya tentang dia mirip sekali dengan awak.  Suaranya, wajahnya, perangainya, segalanya Daehyun ah.  Saya juga panggil Daehwan dengan panggilan yang saya selalu panggil awak dulu, awak ingat lagi tak? Baby Boy.  Daehwan sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu saya bila saya rindukan awak. Saya minta maaf sebab saya, awak pergi pada usia yang muda.  Saya takkan kongkong anak kita untuk memilih siapa isterinya.  Saya tak nak apa yang berlaku pada awak, berlaku pada anak kita juga.  Daehwan adalah semangat saya sekarang.  Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada awak.  Awak korbankan nyawa awak untuk selamatkan saya.  Terima kasih Daehyun.  Saya rasa sampai sini dulu saya bercakap dengan awak.  Nanti kita jumpa lagi ya.  Awak berehatlah dengan tenang.  Sekarang mesti awak sedang tersenyum melihat saya datang bersama anak kita kan? Daehyun ah, saranghae.  I love you till the end of time. You will always be here..in my heart..my Baby Boy...annyeong.” luah Rina.  Dia menyeka mutiara jernihnya yang  tidak berhenti mengalir itu.

“ Jom sayang.” ujar Rina. 

Daehwan membuntuti langkah mamanya.  Dia  tiba – tibanya terasa seperti ada seseorang di belakangnya.  Perlahan – lahan Daehwan berpaling ke belakang.  Bola matanya bersinar – sinar apabila dia ternampak papanya sedang tersenyum ke arahnya.  Daehyun mengangguk perlahan sambil tersenyum memandang wajahnya puteranya itu.

“ Baby boy! Buat apa tu? Sini cepat! Aunty Nana dah tunggu kat airport tu.  Nanti dia marah pulak.” teriak Rina dari jauh.  Dia juga tidak perasan Daehwan sudah jauh tertinggal di belakangnya.  Hari ini dia perlu menjemput rakan baiknya Nana yang baru pulang ke Korea setelah sepuluh tahun berpindah ke Jepun mengikut suaminya. Nana berkahwin setahun setelah kematian Daehyun dan setahun selepas itu dia berpindah ke Jepun mengikuti suaminya yang bekerja di sana.

Daehwan tersentak apabila namanya disebut.  Dia memandang wajah Puan Rina lalu dia kembali memandang ke arah pusara bapanya.  Daehyun sudah tiada lagi di situ.  Perlahan – lahan Daehwan berjalan meninggalkan pusara papanya.

*Papa...thank you..I love you..and I really respect you.*

 

 

 

 

-THE END-

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet