Chapter 7

Till The End I Love You ( Malay Ver)

“ Rina! Cepatlah ikut aku sekejap!  Cepatlah!” ajak Nana sambil menarik tangan Rina.  Rina yang terpinga – pinga  hanya mengikut jejak langkah rakan baiknya itu.

“Nana, kita nak ke mana ni? Janganlah buat aku takut.” ujar Rina sedikit risau.  Dia dibawa ke tempat seperti sebuah taman yang kosong. Setelah tiba di taman tersebut, Nana tiba – tiba berlari meninggalkan Rina. Tiba – tiba semua lampu di taman tersebut semua terpadam membuatkan Rina menjadi lebih takut.

“Nana! Apa ni?Janganlah buat aku macam ni! Aku takutlah!” jerit Rina.  Dia sudah mula teresak – esak di situ.  Bola matanya ligat memandang ke arah sekelilingnya.  Tiba – tiba dia terpandang akan satu cahaya yang berkelip – kelip mendekatinya.

“ Happy birthday to you,

  Happy birthday to you,

   Happy birthday to Rina,

   Happy birthday to you.”

            Nana dan Donghae keluar dari tempat persembunyian mereka sambil menyanyikan lagu hari lahir kepada Rina.  Rina yang tadinya takut ditambah perasaan terharunya ketika ini terus mendakap Donghae lalu menangis di bahunya.

“ Hey baby, why are you crying? It’s your special day.  Don’t cry.” ujar Donghae lalu menyeka mutiara jernih yang gugur membasahi pipi Rina. Rina terus menyembamkan wajahnya ke bidang Donghae.

“ Rina, janganlah nangis.  Kau bagitahu aku Daehyun tak dapat sambut birthday kau sebab dia outstation kan?  Sebab tu aku plan buat semua ni.” Nana pula cuba memujuk walaupun dia tidak senang melihat adegan mesra itu.

 

 

“ Alah, dia pun tak tahu hari ni birthday aku.  Kalau dia ada pun sama je. Dia takkan wish sebab dia tak tahu.  By the way, thanks a lot okay guys.  You made my day today.  I’m really happy today.” Rina membalas sambil menyeka sisa air matanya.  Dia kemudian memberikan senyuman manis kepada Donghae.

“ Okay, if that so, apa tunggu lagi, jom celebrate sampai pagi!” ujar Donghae yang teruja.  Mereka bertiga menyambut hari kelahiran Rina di taman itu dengan bermain bermacam – macam permainan. Sepanjang permainan dijalankan, Rina dan Donghae banyak melakukan adegan mesra di hadapan Nana yang menyebabkan dia berasa tidak selesa.

“ Well, Rina, Hae oppa, saya kena pergi dulu. Dah tiba shift saya untuk pagi ni.  Pergi dulu ya.” kata Nana. 

“ Okay, thanks again dear.  I really appreciate it.” balas Rina lalu dia mendakap erat tubuh rakannya itu.  Nana hanya membalas dengan senyuman hambar.

“ Hae oppa, send my friend home safely okay.  You better do that or you will see me at the hospital.” Nana memberi sedikit amaran yang berbentuk gurauan menyebabkan Donghae dan Rina sama – sama tertawa.

*Rina yah, he knows today is your birthday.*

“ Yes ma’am.” Balas Donghae.

            Setelah Nana beredar, Donghae dan Rina menyambung semula sambutan hari lahir Rina itu sehingga jam tiga pagi.    Rina merengek manja mengajak Donghae menghantarnya pulang ke rumah kerana esok dia akan bekerja seperti biasa.  Donghae tidak membantah.  Dia menghantar Rina pulang ke kondo mewahnya.  Rina yang kepenatan mahu cepat merehatkan dirinya.  Seperti biasa dia menekan punat kata laluan kondo itu lalu pintu terus terbuka. Sebaik sahaja daun pintu dikuak dari luar, lagu ‘ Thank You For Being Born’ nyanyian asal dari kumpulan VIXX terus dimainkan secara automatik.  Bezanya suara itu bukanlah suara ahli kumpulan itu tetapi suara Daehyun, suaminya. Langkah Rina seakan – akan tergam di situ apabila melihat suasana di rumahnya yang sangat berbeza.  Dia melangkah setapak namun selepas itu langkahnya terus terhenti setelah dia terpijak sesuatu.  Perlahan – lahan Rina melihat ke arah apa yang dipijaknya.  Ia adalah susunan kelopak bunga yang disusun dengan begitu cantik dengan tulisan ‘My Love’.  Jantung Rina berdegup kencang.  Dia tidak pernah mengalami situasi seperti ini sepanjang hidupnya.

            Rina meneruskan langkahnya sehingga dia tiba di satu sudut di mana telah terhias dengan cantik sekali dengan kelopak mawar putih dan merah.  Di sudut itu juga terdapat sebuku kek yang masih lagi hidup api di lilinnya.  Mata Rina mula berkaca.  Perlahan – lahan dia mendekati kek tersebut lalu dia melihat wajahnya sendiri yang berada di kek itu berserta dengan tulisan ‘Happy Birthday my love’.  Rina mencari kelibat Daehyun yang tidak kelihatan dari tadi.  Dia mengatur langkahnya ke meja makan.  Ternyata Daehyun sudah terlena di kerusi itu dengan berbaju kemeja lengkap dan di atas meja itu terdapat seekor anak patung beruang yang sangat comel.  Rina mendekati Daehyun perlahan – lahan lalu dia menyentuh bahu Daehyun buat kali pertama.  Daehyun tersentak lalu terus terbangun dari tidurnya.  Rina terus menyeka mutiara jernihnya yang hampir sahaja gugur.

“ Oh, awak dah balik?  Bila awak balik?” tanya Daehyun sambil menggosok matanya. 

“ Kau buat apa ni?  Kan aku dah cakap jangan tunggu aku.” jawab Rina yang cuba mengawal riaknya.  Daehyun bangun lalu mengambil patung yang berada di atas meja itu lalu dia menghulurkannya kepada Rina.

“ Hari ni kan hari lahir awak.  Jadi saya siapkan semua ni untuk raikannya dengan awak.  Rina yah, saengil chukkahae.” ungkap Daehyun.  Rina hampir sahaja menangis tetapi ditahan dirinya daripada berbuat demikian.

“ Hurm, aku tak tahulah dari mana kau dapat tahu hari ni birthday aku. It was a good effort though. Tapi aku baru lepas sambut birthday aku dengan Donghae oppa dan sekarang aku dah penat.  Esok aku nak kerja.  Kau simpan je lah kek tu semua. Kalau tak nak boleh buang.  Masuk dulu ya.” balas Rina.  Dia ingin segera masuk ke biliknya kerana dia sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi.  Belum sempat dia melngkah setapak, Daehyun bersuara kembali.

“ Kalau awak tak sudi untuk sambut bersama saya, sekurang – kurangnya terimalah hadiah dari saya ni. Saya ikhlas bagi kat awak.”suara Daehyun mula perlahan.  Rasa kecewa jelas terpancar di wajahnya. 

            Rina mengambil hadiah yang diberikan oleh Daehyun lalu terus masuk ke biliknya.  Sebaik sahaja pintu bilik Rina ditutup, Daehyun terus terjelopok ke lantai.  Dia sudah kehilangan segala kekuatan yang dikumpul selepas mendengar kata – kata Rina sebentar tadi.  Dengan perasaan kecewa, dia masuk ke dalam bilik meninggalkan segala – galanya di situ.

            Rina menghenyak punggungnya di birai katil.  Dia memerhati anak patung yang diberikan oleh Daehyun sebentar tadi.  Bersama – sama patung itu juga terdapat sebuah kotak dan sekeping cd.  Rina membelek – belek patung itu sehingga tiba – tiba dia terdengar suara.

“ Listen baby,

I dedicate this song for you..”

            Suara Daehyun yang mula mendendangkan lagu ‘Happy Birthday’ nyanyian asal kumpulan B.A.P.  Rina mendengar lagu itu dan menghayati setiap lirik yang dinyanyikan oleh Daehyun.  Perlahan – lahan mutiara jernihnya mengalir membasahi pipi.  Dia membuka pula cd yang diberikan di dalam laptop miliknya.  Apabila butang ‘play’ ditekan, apa yang dapat dilihat ialah Daehyun yang sedang memegang mikrofon seperti di pusat karaoke.

 

“ Listen baby,

I dedicate this song for you...”

            Rina terdiam dan hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada nyanyian Daehyun. Daehyun menyanyi dengan penuh keikhlasan hatinya.  Perlahan – lahan air matanya mengalir dan akhirnya terus dia teresak – esak di situ.  Habis sahaja persembahan Daehyun, dia terus menutup laptopnya dan terus memeluk patung beruang tersebut.  Matanya beralih pula ke arah  sebuah kotak kecil yang berada di sebelahnya.  Perlahan – lahan dia membuka kotak tersebut.  Matanya mula berkaca apabila dia melihat seutas rantai yang bersinar – sinar di hadapannya.  Dia menarik rantai itu keluar dari kotaknya.  Rantai yang berloketkan bintang yang dilindungi oleh bentuk hati. Di belakang bentuk bintang tersebut terdapat ukiran JR.  Dia mengambil sekeping kad kecil yang dilekatkan di kotak itu lalu dibuka dan dibaca.

“ Just like the necklace’s locket, you are the shining star inside my heart..Jang Rina.. I love you – Daehyun”

            Rina terus menyembamkan wajahnya ke atas tilam lalu menangis sepuasnya.  Dia benar – benar terharu dengan apa yang dilakukan oleh suaminya pada hari ini.  Hatinya benar – benar tersentuh dengan segala yang diungkapkan oleh Daehyun. Malam itu Rina tertidur di katilnya setelah penat menangis.

*Daehyun ah, sorry...so sorry..awak terlalu baik untuk saya...it’s not you who don’t deserve me, it’s me...*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet