Chapter 26

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Daehyun terbangun dari tidurnya sebaik sahaja mendengar telefon bimbitnya berbunyi.  Daehyun mencapai telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut.

“ Hello, Daehyun ah.  Nana ni.” cemas sahaja bunyi suara Nana.

“ Em, Nana.  Kenapa?” tanya Daehyun.

“ Daehyun!  Datang hospital sekarang.  Rina hilang!  Rasanya dia diculik!” kata Nana dengan cemas.  Buntang mata Daehyun mendengar berita itu.  Jantungnya berdegup kencang.

“ O-Okay.  Saya datang sekarang.” balas Daehyun.  Dia terus bersiap – siap dan bergegas ke hospital.  Setibanya dia di hospital, dia terus mendapatkan Nana.

“ Nana!” teriak Daehyun.  Nana berpaling lalu mendekati Daehyun.

“ Daehyun ah, come and follow me.  Saya dah tengok rakaman cctv tadi.  Let me show you.” Kata Nana.  Dia membawa Daehyun ke bilik kawalan dan menunjukkan rakaman cctv sekitar pukul 1 pagi.  Daehyun melihat rakaman cctv tersebut dengan jelas.  Dia melihat seorang jururawat yang sedang membawa isterinya keluar dari wadnya.

“ Awak tau kan siapa jururawat tu?” tanya Nana.  Daehyun mengangguk perlahan.  Walaupun dia berasa takut dan risau akan keselamatan isterinya, dia masih beriak tenang.

“ Daehyun, macam mana ni?  saya takutlah.  Rina dahlah tengah sarat.  Macam mana ni?” tanya Nana.

            Tiba – tiba telefon Daehyun berdering lagi.  Daehyun melihat ke arah skrin telefonnya. Nombor yang tidak dikenali.  Nana juga ternampak apa yang tertera di telefon itu.  Daehyun meminta dirinya lalu dia menjawab panggilan itu di luar bilik.  Nana yang risau akan keadaan itu memasang telinganya dan bersembunyi di sebalik dinding bilik itu.

 

“ Ha...bagus..cepatnya kau jawab. Kau kenal kan aku siapa? Mesti kau terkejut kan bila isteri kau yang tercinta tiada di katil dia hari ni? Hahahaha!  Padan muka kau!  Rasakan macam mana rasanya bila orang yang kau sayang tiba – tiba  hilang macam tu je!  Untuk pengetahuan kau isteri kau sekarang berada dalam tangan aku.  Nyawa isteri dan anak kau sekarang berada di dalam tangan aku.  Kalau kau nak mereka selamat, kau kena ikut cakap aku.” suara Donghae kedengaran begitu bongkak sekali.

“ Okay.  Aku akan ikut apa kau nak.  Tapi tolong jangan apa – apakan mereka.” ujar Daehyun.

“ Wow. Bagus. Aku nak kau pergi ke tempat kau dibelasah dulu.  Kau bawa wang tunai 10 juta won.  Aku akan tunggu kau di sana dengan isteri kau.  Tapi ingat, datang seorang.  Atau kau akan kehilangan dua insan yang kau sayang.” kata Donghae lalu terus menamatkan talian.

            Daehyun terus berlari meninggalkan bilik itu.  Nana keluar dari bilik itu dan terus mengikuti Daehyun dalam diam.  Dia risau dan bimbang dengan keselamatan rakannya itu.  Daehyun memandu ke bank berdekatan.  Tidak lama selepas itu dia keluar membawa satu beg berwarna hitam lalu terus meninggalkan bank itu.  Nana terus mengikuti Daehyun.  Daehyun memakir keretenya tidak jauh dari kawasan dia dipukul dahulu.  Dia membawa beg jinjit itu mendekati kawasan yang agak suram dan tidak ada orang.  Nana berasa tidak sedap hati.  Dia mengambil telefon bimbitnya  lalu terus menghubungi polis.  Daehyun mendekati kawasan tersebut.  Dari jauh dia sudah dapat melihat Donghae yang berdiri di situ.  Daehyun terus mendekati Donghae.

“ Mana isteri aku?” tanya Daehyun kasar.

“ Woah.  Kasarnya bahasa kau.  Hmm, cepat betul kau bawa duit tu.  Banyak betul duit kau ni.  Patutnya aku minta lebih.”  jawab Donghae dengan bongkaknya.

“ Shut up and give me my wife back you jerk!” teriak Daehyun.  Api kemarahan jelas di dalam matanya sekarang.  Donghae tergelak sinis.

“ Wah..sayangnya kau dengan dia. Baik. Memandangkan kau dah tunaikan janji kau aku akan  tunaikan janji aku juga.” kata Donghae.  Dia memberi isyarat kepada orang suruhannya supaya memberikan Rina kepada Daehyun.  Orang suruhannya mengikut perintah.  Mereka membawa Rina lalu menyerahkannya kepada Daehyun dengan kasar.  Daehyun menyambut tubuh isterinya itu lalu membuka ikatan pada tangan isterinya.

            Apabila dirinya diserahkan kepada Daehyun, Rina berasa amat lega. Selepas ikatan tangannya dibuka, dia terus mendakap erat tubuh Daehyun lalu menangis di dada suaminya itu.  Daehyun membalas pelukan isterinya.

“ Daehyun ah, i’m so scared.” kata Rina terketar – ketar.

“ Shh...it’s okay Princess. I’m here.  It’s okay.” balas Daehyun lalu mengucup dahi isterinya.  Donghae yang melihat adegan romantik antara Rina dan Daehyun itu mula berasa marah.

“ Hey, jangan terlalu sweet sangatlah.  Korang berdua...ops..bertiga akan mati bersama hari ni.” ujar Donghae lalu mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang tangannya.  Buntang mata Rina melihat pistol itu.  Daehyun terus berdiri di hadapan isterinya dan menghalang tubuh isterinya. 

“ Hey Daehyun!  Angkat tangan kau dan jauh dari Rina sekarang!” arah Donghae.  Daehyun hanya mengikut sahaja arahan Donghae.  Kedua – dua tangannya diangkat ke atas lalu dia berjalan meninggalkan isterinya.  Jantung Rina kembali berdegup kencang.  Semakin lama  Donghae mendekati Daehyun dengan pistolnya.

“ Pegang dia!” arah Donghae kepada orang suruhannya.  Daehyun tiba – tiba dipegang dari  belakang menyebabkan dia tidak boleh bergerak.  Apabila Donghae sudah berada betul – betul  di hadapan Daehyun, dia tertawa sinis.

“ Rina, kau tengok ni macam mana aku belasah suami kau dulu.” kata Donghae lalu dia menumbuk perut Daehyun.  Daehyun terus terduduk di situ.  Dia ditarik semula oleh orang suruhan Donghae supaya bangun.  Donghae menumbuknya bertubi – tubi. 

Rina menyaksikan segala – galanya.  Dia sedang menyaksikan suaminya dibelasah oleh bekas teman lelakinya sendiri.  Air matanya mula gugur membasahi pipi.  Dia melihat sendiri bagaimana Daehyun menahan segala kesakitan apabila ditumbuk oleh Donghae.

“ Donghae! Stop it!! Stop it please!!!!” Rina merayu kepada Donghae tetapi rayuannya itu tidak diendahkan.  Donghae malah menumbuk Daehyun sehingga darah merah mengalir dari hidung suaminya.

“ STOP IT PLEASE!!!!!!!!!!!” Rina terus menjerit.

“ BBAANNGG!!”  Satu tembakan tepat mengenai tangan Donghae sehingga dia terjatuh di situ.  Daehyun mengambil peluang itu untuk melepaskan dirinya.  Dia menumbuk dan menendang orang suruhan Donghae yang memegangnya lalu dia berlari mendapatkan Rina.  Donghae mengerang kesakitan.

“Jangan bergerak!  Kami polis!  Kamu semua telah dikepung!” teriak seorang pegawai polis yang entah dari mana datangnya.  Mendengar nama polis disebut, Rina mula menarik nafas lega.  Dia pasti bahawa semua ini telah pun berakhir. 

Daehyun berjalan terhincut – hincut mendekati isterinya.  Dia mahu segera mendapatkan isterinya dan mahu mendakap tubuh Rina.  Dia tahu isterinya itu amat takut setelah diculik oleh bekas teman lelaki sendiri.  Daehyun memandang ke sebelah kirinya.  Dia nampak Donghae sedang berusaha mengambil pistol yang berada dekat dengannya dan akhirnya dia berjaya.  Donghae mengajukan pistol itu ke arah Rina.  Daehyun mempercepat langkahnya. Akhirnya..

 

“ BBAANNGG!” “ BBAANNGG!” Bunyi dua das tembakan dilepaskan di tempat kejadian.  Satu das tembakan mengenai kepala Donghae menyebabkan dia mati di tempat kejadian.    Kesemua penjahat juga telah diberkas oleh polis. Rina kaget apabila tiba – tiba tubuhnya berada dalam dakapan Daehyun.

“ Daehyun ah!  We are safe!” ujar Rina lalu mendakap erat tubuh Daehyun.  Daehyun tidak membalas apa – apa.  Perlahan – lahan pelukannya renggang dari tubuh Rina.  Rina mulai curiga dan risau.

“ Daehyun ah, kenapa ni?” tanya Rina.  Dia baru teringat dia mendengar dua das tembakan.  Jika satu mengenai kepala Donghae, jadi datu lagi....Rina terus memandang ke arah perut Daehyun.  Empangan matanya terus pecah apabila melihat baju yang dipakai Daehyun telah dipenuhi darah merah.  Daehyun akhirnya terjelopok ke tanah di hadapan mata isterinya.

“ Daehyun ah... Daehyun ah..wake up! No! No!  You can’t leave me!  Wake up!” Rina terus mendapatkan suaminya.  Daehyun masih sedar.  Dia nampak wajah isterinya yang sedang menangis. Perlahan – lahan tangannya mengelus pipi Rina.

“ I...am...g-glad that...you are safe. Take...take care of...our..our baby..Princess, always remember that I...love you...” selepas mengucapkan ayat keramat itu, Daehyun terus tidak sedarkan diri.  Melihat mata Daehyun tertutup rapat, Rina terus meraung di situ.

“ Daehyun!!!!!!!!!!! No!!!!!!!!!” teresak – esak Rina menangis di situ.

“ Rina!” teriak Nana dari jauh lalu dia terus mendapatkan rakan baiknya itu.  Nana mendakap erat tubuh rakan baiknya itu.

“ Nana!  Tolong aku Nana!  Daehyun!” teresak – esak Rina menangis di dalam dakapan Nana. 

“ Aku tau.  Kau kena sabar.  Ambulans dalam perjalanan.” kata Nana.  Rina tiba – tiba tidak bersuara.  Nana menolak tubuh rakannya itu.  Rina sudah pun tidak sedarkan diri.   Nana cemas.  Dia memeriksa denyutan nadi Rina dan juga Daehyun. 

Tidak lama kemudian, dua ambulans tiba di tempat kejadian.  Rina dan Daehyun kedua – duanya dikejarkan ke hospital.  Nana yang berada di dalam ambulans Daehyun memeriksa degupan jantung lelaki itu.  Dia kemudian menyarungkan alat bantuan pernafasan kepada Daehyun.  Setibanya mereka di hospital, Nana dibantu oleh beberapa orang jururawat menolak katil Daehyun terus ke bilik pembedahan.  Semasa di dalam perjalanan, Nana terasa tangannya disentuh.  Dia terus memandang ke arah Daehyun.  Daehyun seperti menyebut sesuatu kepadanya.  Dia membuka alat bantuan pernafasan lalu mendekatkan telinganya dengan bibir Daehyun.

 

“ Please....sa-save...my..wi-wife..and b-baby..” ujar Daehyun dalam keadaan lemah.  Nana mengangguk perlahan.  Dia memanggil doktor lain untuk melakukan pembedahan ke atas Daehyun lalu dia berlari ke bilik kecemasan yang menempatkan Rina.  Entah mengapa Nana berasa sebak untuk meninggalkan Daehyun begitu sahaja.  Tanpa dia sendiri sedari, air matanya mengalir membasahi pipi.  Nana terus berlari ke bilik kecemasan.

“ Macam mana dengan keadaan dia?” tanya Nana kepada doktor yang sedang memeriksa keadaan Rina.

“ Teruk.  Dia perlu dibedah dengan segera agar kedua – dua mereka dapat diselamatkan.” kata doktor itu.

“ Okay.  Siapkan bilik pembedahan.  Saya yang akan membedah pesakit ni.” ujar Nana kepada jururawat yang bertugas.  Sementara bilik pembedahan disediakan, Nana menelefon kedua – dua ibu bapa Daehyun dan Rina dan menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada hari itu.  Dia turut mengarahkan mereka untuk datang ke hospital dan bersabar menunggu sebarang kemungkinan.  Nana terus bergegas ke bilik pembedahan.

Keluarga Daehyun dan Rina tiba di hospital setelah dimaklumkan tentang tragedi yang menimpa mereka berdua.  Ketika ini Daehyun dan Rina sedang berada di bilik pembedahan yang terletak bersebelahan sahaja.  Puan Saeri dan Puan Nari saling berpelukan antara satu sama lain mengharapkan agar anak – anak mereka selamat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet