Chapter 25

Till The End I Love You ( Malay Ver)

 

            Jarum jam  sudah menunjukkan pukul 11 malam.  Rina sedang  keseorangan di wadnya.  Semua keluarganya sudah pun pulang sejam yang lalu.  Daehyun baru sahaja lima belas minit meninggalkannya.  Rina sendiri yang menyuruh Daehyun untuk pulang ke rumah kerana dia melihat wajah keletihan suaminya. Walaupun banyak kali ditolak oleh Daehyun, Rina terus memujuk suaminya untuk pulang dan akhirnya Daehyun akur.  Setelah Daehyun pulang, dia pula yang berasa bosan.  Dia hanya memerhati keadaan sekeliling.  Tidak lama selepas itu dia  terlena.

            Sedang Rina lena dibuai mimpi, seorang lelaki berpakaian jururawat masuk ke dalam wadnya lalu mendekati Rina.  Lelaki tersebut mengusap lembut ubun – ubunnya.  Dia mengeluarkan sapu tangan kecil dari poketnya lalu perlahan – lahan menekup mulut dan hidung Rina.  Rina tersentak lalu meronta – ronta.  Bau kloroform yang begitu kuat menusuk ke lubang hidungnya.  Rontaannya semakin lama semakin perlahan.  Akhirnya, Rina tidak sedarkan diri.  Lelaki tersebut mencempung tubuh Rina dan meletakkannya di atas kerusi roda.  Lelaki tersebut menolak kerusi roda itu keluar dari hospital dan terus memasukkan tubuh Rina ke dalam perut keretanya. Keretanya laju meninggalkan kawasan hospital.  Dia tersenyum sinis.

            Rina hanya tersedar apabila cahaya matahari memancar tepat ke wajahnya.  Perlahan – lahan dia membuka matanya.  Kepalanya terasa berat.  Mungkin kesan kloroform semalam.  Dia memerhati keadaan sekelilingnya.  Dia bukannya berada di atas katil hospital tetapi di atas katil usang yang dia sendiri tidak tahu di mana.  Rina berasa sakit di tangan dan kakinya.  Dia terus memandang seluruh tubuhnya.  Tangannya diikat ke belakang dan kakinya turut diikat.  Mulutnya pula ditutup dengan kain agar dia tidak boleh menjerit.  Rina meronta – ronta cuba untuk melepaskan diri.

“ Hai Baby.  Dah bangun ke? Indah mimpi malam tadi?” tegur satu suara.  Rina terus berpaling.  Dia kenal sangat akan suara itu.  Rina terus meronta – ronta.  Donghae mendekati Rina.

“ Ops! Iyalah. Lupa pula.  Mulut kau betutup.  Macam mana nak jawab soalan aku?” ujar Donghae lagi.  Dia membuka kain yang menutup mulut Rina dari berbicara

“ Donghae!  Apa kau nak ha?!” teriak Rina.

“ Hey, cool down Baby.  Kau tau apa yang aku nak kan?  Aku nak kau!” balas Donghae.  Dia mencengkam kasar pipi Rina.

“ Donghae!  Sedarlah!  Kita tak ditakdirkan untuk bersama!  Kau bukan kebahagiaan aku.  Aku dah jumpa kebahagiaan aku. Kau patut cari juga kebahagiaan kau.  Bukan menunggu aku.” Rina cuba memujuk Donghae.

“ Aarrgghh!! Kau adalah kebahagiaan aku!  Tapi suami kau yang rampas kebahagiaan tu dari aku!” teriak Donghae lagi.

“ Donghae. Aku mohon kau lepaskan aku sekarang.  Tolonglah.  Aku bila – bila masa saja boleh bersalin!  Kau lepaskan aku.” rayu Rina.  Dia  takut dengan apa yang bakal menimpanya. Donghae tertawa mendengar rayuan itu.

“ Oh?  Kau merayu sekarang kat aku?  Kau nak lepas?  Lepas tu nak lari?  Ops! Lupa pulak.  Macam mana kau nak lari dengan perut belon macam tu. Hahaha. Kau tak perlu risau baby.  Kalau kau nak bersalin pun aku boleh tolong sambut kelahiran bayi tu.  Dan budak tu akan jadi anak kita.  Kita kahwin dan aku akan jadi bapa kepada anak kau!” Donghae mengusap lembut perut Rina.

“ Donghae!  Kau dah gila ke?! Anak dalam kandungan ni anak aku dan Daehyun!  Sampai bila – bila pun dia tetap akan jadi anak Daehyun!  Kau perlu terima hakikat tu!” balas Rina.  Donghae memang sudah kelihatan seperti orang gila.

“ Ish! Daehyun! Daehyun! Daehyun!  Boleh tak jangan sebut nama tu!  Aku jijiklah! Ya! Memang aku dah gila!  Aku tergilakan kau!  Aku cintakan kau sepenuh hati aku tapi apa yang kau buat?  Lepas suami kau datang, kau lupakan aku.  Apa kurangnya aku dari Daehyun?!” teriak Donghae di hadapan Rina.  Sakit hatinya mendengar Rina asyik menyebut nama suaminya.

“ Kurangnya kau adalah kau tidak membiarkan aku bahagia bersama orang yang aku sayang!  Masa aku mula – mula kahwin dengan Daehyun dulu, Daehyun langsung tidak pernah melarang hubungan kita.  Dia tahu masa tu aku bahagia dengan kau jadi dia tak nak ganggu kebahagiaan itu! Tapi aku yang mula sedar betapa pentingnya dia dalam hidup aku.  Lepas aku berpisah dengan kau aku harapkan benda yang sama kau akan buat.  Tapi aku salah.  Kau malah menyerang  dan mengganggu kebahagiaan aku!  Malam tu kau yang pukul Daehyun kan?” Rina terus meluahkan segalanya kepada Donghae.

“ Ya!  Memang aku yang pukul dia!  Sebab aku nak dia mati!  Tapi dia bernasib baik malam tu.  Dan hari ni aku akan hantar suami kau ke neraka!” teriak Donghae.  Berderau darah Rina mendengarnya.

“ Kau nak buat apa hah?? Jangan pernah kau sakiti Daehyun!” jerit Rina.

“ Hah!  Kau diam! Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak boleh senang – senang je nak ambil kau.  Kau lihat je drama yang aku akan tunjukkan pada kau hari ni.  Aku rasa kau ni dah banyak sangat bercakap.  Rasa bising pulak.  Kau tidurlah ya.” jar Donghae.  Dia terus menekup mulut dan hidung Rina.  Sekali lagi bau kloroform kuat di hidungnya.  Akhirnya  Rina tidak sedarkan diri.  Donghae menutup kembali mulut Rina dengan kain.  Dia mengusap  ubun – ubun Rina.

*Things like this won’t be happend if you accept me idiot*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet