Chapter 21

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Daehyun membuka kelopak matanya.  Pandangan matanya yang samar mula menjadi jelas.  Dia memandang ke sekelilingnya.  Dia berada di rumah.  Ya. Semalam dia sudah pun tiba di rumah.  Seluruh  badannya terasa sakit.  Daehyun ingin menyentuh wajahnya tetapi tangannya seakan – akan berat untuk diangkat.  Dia terus memandang ke tangannya.  Rina sedang lena di atas tangannya. 

“ Princess..” panggil Daehyun dengan perlahan.  Dia  tidak boleh membuka mulutnya dengan besar akibat bibirnya yang pecah semalam.  Rina membuka matanya apabila mendengar seseorang memanggil namanya.  Apabila melihat suaminya telah sedar, Rina terus mendapatkan suaminya.

“ Daehyun ah, are you okay?” tanya Rina.  Matanya mula berkaca apabila melihat Daehyun masih lagi mampu tersenyum  walaupun keadaan tubuhnya yang begitu.

“ Don’t worry. I’m okay.  Dah makan ddeobukki awak tak Princess?” tanya Daehyun.  Mendengar soalan itu Rina terus menangis.

“ Daehyun ah, I’m so sorry.  You become like this is because of me right?” kata Rina teresak – esak.  Daehyun menguatkan dirinya untuk bangun dari perbaringan.  Walaupun sakit dia tetap menahannya.  Perlahan – lahan tubuh Rina ditarik dalam pelukannya.  Dia tahu perkara sebegini pasti berlaku.  Perkara yang paling dibenci Daehyun iaitu Rina menyalahkan dirinya.  Rina menangis semahunya dalam pelukan Daehyun.

“ Shh... it’s okay Princess. Didn’t I tell you not to blame yourself. It’s my fate to become like this.  We can do nothing about it.” Daehyun cuba memujuk dan menenangkan isterinya.  Dia mengucup ubun – ubun isterinya.  Rina melepaskan pelukan itu.  Perlahan – lahan dia menyentuh lebam di tepi bibir Daehyun.  Wajah Daehyun berkerut sedikit menahan sakit.

“ Sakit sangat ke?” tanya Rina lagi.

“ Tak sakit sangat as long as you are by my side.  So, what you have to do is stop crying and stay by my side.” ujar Daehyun sambil menyeka air mata isterinya. 

“ Saya kena tuam lebam – lebam awak ni.  Barulah cepat baik.  Awak tunggu kejap ya.” kata  Rina lalu keluar dari bilik tersebut.  Tidak lama kemudian dia kembali  dengan membawa sehelai tuala kecil dan wap pemanas yang berada di rumahnya.  Dia duduk di sebelah Daehyun lalu mula  menuam lebam – lebam di tubuh Daehyun.  Disebabkan isterinya itu bersemangat untuk menuam segala lebamnya, Daehyun menahan sakit yang hanya dia sahaja tahu semampu habis.

Usai menuam semua bahagisn tubuh badan Daehyun yang lebam, Rina keluar sekali lagi lalu membawa masuk sebuah dulang berisi bubur dan segelas air.  Bubur itu dimasak oleh Puan Nari.  Dia melabuhkan punggungnya di birai katil lalu mengambil mangkuk tersebut.  Sesudu bubur diambil lalu disua ke mulut Daehyun.  Daehyun membuka kecil mulutnya.  Apabila sesudu bubur  habis ditelan, Daehyun terus menggelang. 

“ Kenapa ni?  Sakit ke?” tanya Rina.  Daehyun mengangguk perlahan.  Rina menghulurkan pula segelas air kepada suaminya.  Oleh kerana Daehyun tidak boleh minum dengan cara biasa, Rina menyediakan penyedut minuman untuk suaminya.  Selepas menghabiskan segelas air, Daehyun melabuhkan tubuhnya di atas tilam itu.  Rina turut melabuhkan tubuhnya di sisi Daehyun.

“ Semalam Nana datang ke?” tanya Daehyun.  Dia tahu pasti Nana yang merawatnya apabila dia melihat tangan kanannya telah tertanam dengan jarum.  Rina mengangguk.

“ Hurm, yup.  Papa yang suruh saya call Nana.  Kalau ikutkan saya nak call ambulans terus.” Balas Rina sekadar bergurau.  Daehyun tertawa mendengar gurauan isterinya itu.

“ Oh, sukalah saya duduk dekat hospital tu lama – lama?” tanya Daehyun lagi.  Kali ini Rina menggeleng.  Mana mungkin dia dapat berpisah dengan suaminya itu. 

“ Daehyun ah, kita buat report polis nak? Saya tahu siapa yang buat awak macam ni.” Rina tiba – tiba bersuara.  Dia teringat kata – kata Nana yang menyuruh mereka membuat laporan polis.  Daehyun mengusap lembut ubun – ubun isterinya.

“ Princess, siapa pun yang buat benda ni, I don’t care as long as you are here beside me.  Okay? Tak perlu rasanya kita buat report polis.  Nanti lama – lama orang yang buat ni sedarlah okay?” pujuk Daehyun.  Rina seperti tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya tetapi entah mengapa dia menganggukkan kepalanya. Daehyun menggenggam tangan isterinya lalu dibawa ke perut isterinya yang makin membesar.

“ Baby papa ni tengah buat apa kat dalam tu?” tanya Daehyun tiba – tiba.

“ Hish, awak dah kenapa?  Dia tengah tidur lah tu. Ha? Apa dia?  Suruh papa rehat? Okay.  Ha, tengok.  Baby suruh awak rehat. Jomlah.  Saya teman awak.” balas Rina seakan – akan sedang berkomunikasi dengan bayi di dalam perutnya.  Daehyun tertawa melihat telatah manja isterinya itu.  Entah kenapa dia berasa amat sedih pada ketika ini.  Ingin sahaja dia menangis di bahu isterinya sekarang tetapi  demi isterinya dia harus kuat.  Dengan perasaan yang dia sendiri tidak tahu dari mana hadirnya itu, Daehyun akhirnya terlena di sisi isterinya.  Rina membetulkan selimut suaminya lalu dia turut mengikut suaminya ke alam mimpi.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet