Chapter 3

Till The End I Love You ( Malay Ver)

            Sebulan kemudian, majlis perkahwinan Daehyun dan Rina berjalan dengan meriah sekali di hotel lima bintang yang ditaja sepenuhnya oleh keluarga Daehyun.  Rina berpura – pura melemparkan senyuman sepanjang majlis tersebut berlangsung.  Daehyun merupakan orang yang paling gembira sekali pada hari tersebut kerana gadis yang selama ini menjadi idamannya akhirnya menjadi milik kekalnya.  Dia melemparkan senyuman yang paling manis pada hari itu.  Rasa sayangnya terhadap Rina semakin membuak – buak.

            Petang itu selepas selesai majlis mereka, Daehyun membawa Rina pulang ke rumah untuk mengambil barang – barang milik gadis itu.  Sempena perkahwinan mereka, keluarga Daehyun telah menghadiahkannya sebuah kondo mewah dan mereka diarah untuk berpindah pada petang itu juga supaya dapat merasai malam pertama tanpa keluarga mereka.  Setelah siap menyimpan semua barang Rina ke dalam kereta Toyota Camry putih milik Daehyun, mereka berjumpa dengan Puan Nari dan suaminya, Encik Jang.

“ Daehyun, jaga Rina baik – baik ya sayang.  Rina ni memang nakal sikit jadi memang Daehyun kena beri perhatian lebih pada dia.  Jagalah dia macam Daehyun jaga nyawa Daehyun sendiri okay.  Mama percayakan Daehyun.” ujar Puan Nari lalu menitiskan mutiara jernihnya.

“ Okay mama.  Don’t worry.  Saya akan jaga dia lebih dari nyawa saya sendiri.” balas Daehyun.

            Puan Nari mendekati satu – satunya puterinya itu lalu mendakap erat tubuh genit anaknya itu.  Rina terpempan seketika.

“ Mama gembira sangat.  Rina dah buat keputusan yang betul sayang.  Mama bangga dengan Rina.  Jaga Daehyun baik – baik.  Jangan melawan cakap suami kamu, okay sayang? Mama sayang Rina.” sekali lagi mutiara jernih Puan Nari gugur.  Rina menyeka mutiara jernih mamanya itu.

“ Mama ni apalah.  Janganlah nangis.  Dah tak cantik. Rina bukannya nak duduk kat London.  Rina still lagi kat Korea kan.  Kalau Rina ada masa Rina datanglah tengok mama okay.  Dah, Rina pergi dulu.  I love you too.” balas Rina.  Selepas berdakapan dengan Puan Nari, Rina terus masuk ke dalam perut kereta dan kereta itu terus meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo itu.

            Suasana di dalam kereta menjadi senyap sunyi tanpa bicara.  Hanya muzik sahaja yang membingitkan keadaan.  Rina memandang ke luar tingkap.  Dia tidak mahu memandang wajah suami yang amat dibencinya itu.  Dia tidak akan pernah menerima Daehyun dalam hidupnya.  Dia sendiri telah berjanji untuk mencari jalan supaya dia dan Daehyun boleh bercerai.  Rina menoleh sekilas ke arah wajah tenang Daehyun ketika memandu.

“ Aku nak tanya sikit boleh tak?” tanya Rina kasar.  Daehyun sedikit terkejut dengan pertanyaan kasar itu.

“ Amboi, cantiknya bahasa. Saya lagi tua dari awak tau.” balas Daehyun sekadar untuk berjenaka.

“ Hey, suka hatilah! Pergi mampuslah bahasa aku nak kasar ke ape ke, kau kecoh pahal?  Habis tu kau harap aku panggil kau ape? Hubby? Baby? Hey, kau tak layak faham tak.  Aku nak tanya kenapa kau tak tolak je bila mama suruh kau kahwin dengan aku?  Nak kata kau nak harta aku, kau dah cukup kaya..apa perempuan kat Korea ni dah pupus ke?” balas Rina semula.  Sakit hatinya diperli sebegitu oleh Daehyun.

“ Sebab saya nak awak.” jawab Daehyun ringkas.  Buntang mata Rina mendengar jawapan dari Daehyun.

“Amboi, sedapnya jawapan kau.  Kau cakap macam ni  kau ni tak tahu malu ke?  Kau tahu tak aku dah ada boyfriend?  Sebab kau lah aku tak dapat kahwin dengan dia!” marah Rina lagi.  Daehyun seperti sedang mencabar tahap kesabarannya.

“ Saya tak tahu dan tak nak tahu.  Lagipun setakat boyfriend kalau nak kecoh satu dunia baik tak payah.  Cuba awak kecohkan saya ni sebagai suami awak kat satu dunia tu, kan lagi bagus.” selamba sahaja jawapan yang keluar dari bibir Daehyun.

“ Yah! Jung Daehyun!!” Rina menjerit sekuat hatinya di dalam kereta itu membuatkan suasana di dalam kereta tersebut menjadi tegang.

 Rina terus berpaling dari Daehyun dan terus mendiamkan diri.  Daehyun yang pada mulanya berasa terhibur dengan gelagat isterinya mula berasa serba salah.  Perlahan – lahan tangannya menyentuh tangan Rina tetapi Rina pantas menepisnya.

“ Hey! Apa pegang – pegang ni? Kau ingat aku suka? Cair dengan kau? Huh?” marah Rina lagi.

“ Eh? Rasanya tak salah saya nak pegang tangan isteri saya sendiri. Betul tak?” balas Daehyun lagi.  Rina sudah hilang kesabaran dengan lelaki di hadapannya itu.  Dia terus merenung tajam ke arah Daehyun.

“ Jung Daehyun. Kau dengar sini ya.  Dengar baik – baik tau.  Aku memang bersetuju untuk berkahwin dengan kau.  Tapi aku buat demi mama tau.  Aku tak ingin pun nak kahwin dengan kau.  Tak ada sekelumit pun rasa cinta aku ni kat kau.  Hati aku ni hanya untuk Donghae oppa je tau.  Jadi kau tak payah nak simpan harapan yang tinggi menggunung macam Gunung Fuji tu  sebab sampai bila – bila pun aku takkan jatuh cinta dengan kau.  Yang ada sekarang ni rasa benci yang membuak – buak.  Ingat tu.” panjang lebar Rina bersuara menyebabkan Daehyun terus terdiam.

 Akhirnya mereka tiba di kondo milik mereka yang dihadiahkan oleh keluarga Daehyun itu.  Daehyun keluar dari kereta lalu menuju ke but belakang untuk mengambil barang – barang milik mereka. Rina pula terus menuju ke kondo mereka setelah mengambil kunci dari Daehyun.  Daehyun membawa barang – barang mereka masuk ke dalam kondo tersebut.  Semasa dia melangkah masuk, Rina keluar dari bilik yang berhadapan dengan dapur.

“ Hey, kau dengar sini, mulai hari ni..ini bilik aku. Yang sana tu bilik kau.  Jangan mimpi kau nak malam pertama yang indah macam orang lain.  Jangan pernah sekali pun kau masuk bilik aku apatah lagi sentuh aku. Aku tak suka.” Rina mengambil tas tangannya lalu terus menuju ke pintu.

“ Rina, awak nak ke mana?” tanya Daehyun.

“ Ha, lupa pulak.  Lagi satu, kau tak perlu nak sibuk ambil tahu apa yang aku nak buat dan mana aku nak pergi.  Jaga diri kau cukup tau.” jawab Rina selamba. 

“ Jang Rina! Awak tu isteri saya!  Saya ni suami awak!  Habis kalau dah semua benda saya tak boleh nak buat apa guna saya jadi suami awak?!” Daehyun mula meninggikan suaranya.

“Hah, dah tu siapa suruh kau kahwin dengan aku? Aku tak mintak tau? Tak ingin pun!  Kau yang pilih jalan ni Daehyun, jadi kau terimalah akibatnya.  Aku akan pastikan kau ceraikan aku lepas ni.  Dahlah, aku nak keluar dating.  Serabutlah layan kau ni.  Aku balik lambat.  Jangan tunggu.” balas Rina lalu terus meninggalkan Daehyun keseorangan di situ. 

Daehyun terduduk di sofa berdekatan.  Hatinya benar – benar hancur dengan perlakuan Rina terhadapnya.  Dia benar – benar memerlukan kekuatan untuk menghadapi situasi begini.  Perlahan – lahan Daehyun melepaskan satu keluhan yang berat.

*It’s okay sayang.  Saya akan bertahan dan akan terus pertahankan rumah tangga kita sehingga ke akhirnya. I will never let you go because I love you.*

“ Ding Dong…” Loceng kondo miliknya berbunyi lalu terus mematikan lamunan Daehyun.  Daehyun melihat di skrin kawalan untuk melihat siapakah yang datang ke kondonya itu tetapi tiada orang di situ.  Dia kemudiannya membuka daun pintu perlahan – lahan.  Tiada seorang pun yang berada di situ melainkan sebuah sampul berwarna coklat yang berada di hadapan pintunya.  Daehyun  mengambil sampul tersebut lalu membukanya.  Di dalamnya terdapat banyak gambar – gambar mesra Rina bersama seorang lelaki yang sudah pastinya teman lelaki yang sering meniti di bibir gadis itu.  Daehyun membuka sehelai kertas yang turut berada di dalamnya.

“ Tinggalkan Rina! Ceraikan Rina atau hidup kau akan merana!”

Daehyun menyimpan semula kertas itu ke dalam sampul dan membawanya masuk ke dalam biliknya.  dia menyimpan sampul tersebut di dalam lacinya.  Daehyun kembali melabuhkan punggungnya

*Bertahanlah Daehyun.*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet