Chapter 13

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Daehyun membuka kelopak matanya. Perlahan – lahan pandangan samar mula menjadi jelas.  Dia memandang ke arah sekelilingnya.  Ini bukan suasana hospital.  Katil yang dia berada juga seperti amat dikenalinya.  Dia melihat ke arah tangan kanannya.  Masih lagi tertanam jarum yang menyalurkan cecair dari botol itu.  Daehyun memegang kepalanya yang terasa berdenyut.  Tiba – tiba pintu biliknya dikuak dari luar.  Rina masuk dengan membawa dulang berisi  semangkuk bubur dan juga segelas air masak dilengkapi dengan ubat yang perlu diambil oleh Daehyun. Melihat suaminya sudah pun sedar dari lena yang panjang, Rina pantas mendekati suaminya dengan senyuman yang paling manis.

“ Morning Baby Boy.  Dah bangun?” sapa Rina.  Daehyun terkebil – kebil memandang wajahnya.  Rina meletakkan dulang tersebut di atas meja lalu dia duduk di  sisi Daehyun.  Tangannya menjamah Dahi Daehyun buat kesekian kalinya.  Panasnya sudah kebah. Rina tersenyum gembira.

“ Saya kat mana ni?” tanya Daehyun.  Suaranya kedengaran serak basah.  Mungkin kerana baru sahaja bangun dari tidur.

“ Awak dekat rumah la.  Rumah kita. Inikan bilik awak. Semalam saya minta doktor untuk bawa balik awak ke rumah. Dan dah pun diluluskan.  Jadi malam tadi juga mereka hantar awak ke sini.  Awak jangan risau.  Esok Nana akan datang sini untuk tengok keadaan awak. Sekarang ni awak kena bangun dan makan. Come..” jelas Rina.  Dia kemudian membantu Daehyun untuk bangun lalu menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.  Seperti biasa dia menyuap Daehyun makan.  Kali ini, Daehyun makan dengan berselera sekali. Mungkin sakit tekaknya telah pun hilang.

“ Esok juga mama dan papa akan datang.  Mereka nak tengok keadaan awak. Hari tu masa awak masuk hospital mereka ada datang tapi lepas tu saya suruh mereka pulang.  Saya dah bagitau mereka awak dah balik dan mereka kata nak datang esok.” ujar Rina lalu menyuap satu suapan lagi kepada Daehyun. 

“ Saya pelik lah.  Macam mana saya boleh ada di hospital lepas tu bila saya sedar saya dah ada di bilik ni balik.  Rasa macam mimpi pulak.” kata Daehyun sambil mengunyah perlahan bubur itu.  Rina tertawa mendengar kata – kata suaminya.

“ Ha..itulah.  Awak ni antibody lemah sangat. Malam awak diserang demam tu tiba – tiba je awak meracau.  Lepas tu bila saya check suhu badan awak makin tinggi.  Jadi saya call Nana dan Nanalah yang bawa awak ke hospital.  Lepas tu semalam...” Rina terus terdiam. Dia tidak mampu untuk terus bercerita.  Dia terus menundukkan wajahnya.  Daehyun yang perasan akan perubahan itu terus menyentuh bahu isterinya.

“ Semalam kenapa?  Cerita pada saya.” arah Daehyun.  Dia tahu pastinya sesuatu telah berlaku sehingga isterinya itu mahu membawanya pulang ke rumah.

“ Tak ada apalah. Hmm, banyak awak makan hari ni.  Okay. Sekarang ni awak kena makan ubat pulak. Nanti lagi cepat sihat.  Lepas tu saya nak berjalan – jalan dengan awak.” Rina cuba menukar topik. Daehyun hanya mengangguk faham.  Dia tahu isterinya belum bersedia untuk menceritakan apa yang berlaku semalam.  Dia  tidak mahu memaksa.  Mungkin juga isterinya punya sebab yang tertentu  untuk merahsiakan perkara tersebut dari dirinya.

“ Tapi Daehyun, semalam saya dah berhenti kerja.  Saya dah hantar minta tolong kawan saya hantarkan notis berhenti kerja saya.” Rina kembali bersuara.  Semalam dia telah meminta rakannya untuk membuat notis berhenti kerja dan menghantarnya kepada bos mereka.  Dia tidak mahu lagi berkerja di situ lebih – lebih lagi bila  Donghae tahu akan tempat kerjanya itu.

“ Kenapa tiba – tiba berhenti?” tanya Daehyun kehairanan.

“ Sebab saya nak jaga awak.  Saya nak sentiasa berada di sisi awak.” spontan jawapan yang diberikan oleh Rina.  Dia sendiri tidak sedar dia mengeluarkan ayat itu.  Daehyun mengambil mangkuk dari tangan isterinya dan meletakkannya di atas meja.  Dia kemudian merapatkan dirinya dengan isterinya.  Pandangan mata mereka bertentangan.

“ You don’t have to do that my Princess. You are already here.” kata Daehyun lalu membawa tangan Rina ke hatinya. Rina terus mengucup bibir Daehyun menyebabkan Daehyun terkesima.  Buntang matanya melihat Rina bertindak sebegitu.  Perlahan -  lahan Daehyun membalas kucupan tersebut.  Pagi itu, mereka berakhir tidur bersama. Rina hanya sedar apabila dia mendengar bunyi telefon bimbitnya. Dia mengambil telefon  tersebut lalu menjawab panggilan tersebut dalam keadaan separuh sedar.

“ Hello..” sapa Rina.

“ Hello.  Rina.  Kau buat apa kat dalam tu?  Dari tadi aku tekan loceng ni.  Dah naik kebas dah jari aku ni.  Cepatlah buka pintu ni.” suara Nana bising kedengaran dari dalam talian.  Rina mematikan talian lalu melihat ke arah jam di telefonnya.  Buntang matanya apabila melihat jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.

“ Patutlah dia datang.  Hesy. Kacau betullah.” Perlahan – lahan Rina meletakkan tangan Daehyun yang merangkul pinggangnya di atas tilam.  Dia kemudian membetulkan rambutnya lalu keluar dari bilik tersebut.  Rina berlari – lari membuka pintu.  Apabila pintu dibuka, Nana terus masuk ke dalam kondo mewah tersebut.

“ Kau buat apa hah?  Kau tau tak dah dekat satu jam aku kat depan rumah kau tu.  Naik kebas jari aku ni tekan loceng rumah kau.  Macam nak putus...”  belum sempat Nana menghabiskan bebelannnya, jari Rina pantas melekat di bibir rakannya itu.

“ Err....shh...Daehyun tengah tidur kat dalam bilik.  Suara kau ni dah macam tertelan mikrofon dah.  Nanti dia bangun.” ujar Rana sambil tersengih.  Nana mengangguk faham lalu menghenyak punggungnya di atas sofa.  Rina pula pantas ke dapur bagi menyediakan air buat rakannya itu.  Setelah siap, dia membawa cawan berisi teh panas ke meja di hadapan sofa lalu meletakkannya di hadapan Nana.

“ Minumlah.  Maaflah.  Nak bagi kau sarapan, dekat dapur tu ada bubur je.  Makanan orang sakit.” kata Rina kepada rakannya.

“ Sarapan apanya cik puan oi.  Dah pukul 12 tengahari dah.  Orang dah cari makan tengahari dah.  Kau buat apa ni?  Baru bangun tidur jugak ke?” bebel Nana lagi. 

“ Err..kau call tu aku baru sangat sedar.  Pagi tadi lepas bagi Daehyun makan, aku tertidur.  Penat sangat kot.” balas Rina sambil tersengih lagi.

“ Eleh.  Penat konon.  Ingat aku tak tau kau suap Daehyun makan dengan kau sekali tersuap kan.  Hmm,tapi tak apalah.  Aku gembira tengok kau sekarang. Kau nampak matang tau bila dengan Daehyun.” balas Nana.  Walaupun dia seorang yang kuat membebel,  dia tetap bangga dengan perubahan rakan baiknya yang tidak matang sebelum ini.

“ Hehe.  Kau baru tahu ke aku ni matang sebenarnya.  Jomlah. Kau datang nak check Daehyun kan?  Nanti lambat pulak kau ke kerja.” Rina bangun lalu membawa rakan baiknya itu ke bilik Daehyun.

“ Amboi.  Tak sabar nak halau aku nampak.” gurau Nana untuk mengusik rakannya itu.

            Mereka berdua melangkah masuk ke bilik Daehyun.  Daehyun masih lagi lena.  Rina mendekai Daehyun lalu mengejutnya bangun dari tidur.  Dia tidak sampai hati sebenarnya mahu mengejutkan suaminya yang sedang tidur tetapi untuk kebaikan suaminya dia terpaksa melakukannya.  Selepas pemeriksaan dilakukan ke atas Daehyun, Rina membawa Nana keluar dari bilik tersebut.

“ Hmm, keadaan Daehyun dah kembali seperti biasa.  Kalau tiada apa – apa, dia dah boleh bekerja lusa. Esok berikan dia masa untuk berehat. Aku minta diri dululah ya.” Kata Nana lalu meminta dirinya untuk pulang.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet