Chapter 23

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Masa berlalu dengan begitu cepat sekali.  Rina kini hanya menunggu hari untuk melahirkan anak pertama dia dan Daehyun. Esok Rina akan dimasukkan ke dalam wad untuk langkah berjaga – jaga. Jadi Daehyun ingin menghabiskan masanya bersama isterinya yang tercinta. Malam itu seperti biasa Daehyun dan Rina menonton televisyen bersama – sama.  Mereka melihat drama Korea yang disiarkan di SBS. Rina leka menonton babak di mana lelaki itu meninggalkan perempuan yang dicintainya.  Sedang dia leka menghayati drama tersebut, tiba – tiba Daehyun melabuhkan kepalanya di paha Rina.  Rina sedikit tersentak tetapi dibiarkan sahaja.  Dia mengusap ubun – ubun Daehyun.  Daehyun melekapkan telinganya ke perut isterinya.

“ Baby.. papa ni.  Baby papa apa khabar hari ni?  Sihat tak?  Papa tak sabar nak tunggu baby keluar.  Dah lama sangat rasanya baby duduk dalam perut mama ni.  Papa ada satu pesanan untuk baby.  Nanti bila baby dah besar, baby kena jaga mama macam mana mama jaga baby okay sayang?  Jadi anak yang baik, jangan lawan cakap mama..ya sayang?”  Daehyun tiba – tiba bersuara.  Rina memandang wajah suaminya.

“ Papa ni kalau iya pun excited nak tunggu baby keluar, janganlah sampai bagi pesanan macam tu.” kata Rina.  Daehyun hanya membalas kata – katanya dengan senyuman.  Keadaan bertukar sunyi semula buat seketika.  Rina kembali memberi fokus pada drama itu semula.  Jauh di sudut hatinya dia risau akan kelakuan suaminya itu.

“ Princess...” panggil Daehyun.

“ Hurm?” sahut Rina selamba.  Matanya masih lagi tertacap pada drama itu.

“ Thank you so much...” ungkap Daehyun tiba – tiba menyebabkan mata Rina terus memandangnya.

“ Thank you for what Baby Boy?” tanya Rina inginkan kepastian.

“ Thanks for being my wife.  Thanks for being with me all the time.  And thanks because you are willing to give birth on our first child. Thanks for everything Princess.” sekali lagi Daehyun meluahkan isi hatinya. 

“ Okay.  Actually me too Daehyun ah.  I want to thank you the most because you still willing to be my husband eventhough I hate you on our first period of marriage.  You are too kind for me Baby Boy.  Thank you for make me realize  what is the meaning of true love.” Rina turut meluahkan isi hatinya.  Daehyun bangun dari perbaringannya.  Dia menatap wajah  isterinya.

“ Princess, saya minta maaf kalau selama ni saya ada buat salah dengan awak.  Saya ada sakitkan hati awak.  Saya kahwin dalam usia muda jadi banyak kelemahan diri saya.  Walaupun banyak halangan dalam percintaan kita ni, saya nak awak tau yang I love you Princess. Till the end of time.” ungkap Daehyun.  Mutiara jernihnya gugur setitik demi setitik mengejutkan isterinya. 

“ Daehyun ah, kenapa ni?  Ada sesuatu berlaku ke?” tanya Rina yang masih lagi tidak faham akan apa yang berlaku.  Daehyun menggeleng kepalanya.

            Rina terus menarik tubuh suaminya dalam pelukan.  Entah mengapa dia mendengar suara esakan Daehyun buat kali pertama sepanjang mereka berkahwin.  Daehyun menangis semahunya dalam pelukan tersebut.  Rina mengusap lembut belakang tubuh suaminya.  Dia juga mati akal dengan apa yang sedang berlaku.  Apabila Rina ingin melepaskan pelukan itu, Daehyun mengeratkan lagi pelukannya.

“ Stay.  Biar kita macam ni..sekejap je..emm?” pinta Daehyun.  Rina membiarkan Daehyun mendakap tubunya untuk seketika. 

Beberapa minit selepas itu, Rina melepaskan pelukan itu lalu terus mengucup bibir Daehyun. Daehyun menutup matanya lalu membalas kucupan itu.  Air matanya mengalir lagi.  Dia tidak tahu mengapa tetapi sejak akhir – akhir ini dia berasa tidak sedap hati seakan – akan mereka berdua akan berpisah.  Perlahan – lahan Rina melepaskan kucupan tersebut lalu membawa Daehyun masuk ke bilik.  Dia melabuhkan tubuh suaminya di atas katil lalu menyelimutkan suaminya.

“ Sleep. Just don’t think too much.  You need rest.” Kata Rina.  Dia memanjat katil lalu melabuhkan tubuhnya di sebelah Daehyun.  Perlahan – lahan dia menepuk lembut tubuh Daehyun cuba untuk menidurkannya.  Perlahan – lahan mata Daehyun mula tertutup dan akhirnya dia lena.  Rina memandang wajah suaminya.

*Daehyun ah, apa yang mengganggu fikiran awak sebenarnya? Apapun yang akan berlaku, always remember that I love you Baby Boy.*

Rina menutup lampu bilik mereka lalu dia turut menjejaki suaminya ke alam mimpi.  Tanpa mereka sedar, seseorang memerhatikan pergerakan mereka dari sebuah kereta hitam yang diparkir tidak jauh dari banglo itu.  Melihat lampu bilik mereka ditutup, lelaki itu tersenyum sinis sambil memegang sepucuk pistol.

*It’s finally show time.  Just you wait. Jang Rina. *

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet