Chapter 17

Till The End I Love You ( Malay Ver)

“ Uweeekkk! Uweekkk!” Rina memuntahkan isi perutnya ke dalam mangkuk tandas.  Dia tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya.  Sejak dia mencelikkan mata pagi tadi, beginilah keadaannya.  Daehyun sudah pun ke kerja sewaktu dia bangun.  Daehyun hanya meninggalkan sarapan dan sedikit nota.  Kata Daehyun dia tidak mahu mengganggu lena isterinya itu.  Rina memaut dinding bilik mandi untuk menampung badannya.  Dia mahu minum air masak yang disediakan di meja makan.  Kepalanya terasa amat berat tetapi dengan semangat yang kuat, Rina sampai juga di meja makan itu.  Dia mencapai sebiji gelas lalu mencurahkan air ke dalam gelas tersebut.  Rina terus meneguk air itu.  Tiba – tiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.  Rina masuk semula ke dalam bilik tersebut lalu terus menjawab panggilan.

“ Hello Princess, baru bangun ke?” sapa Daehyun dengan gembira.  Rina merasa keadaan di sekelilingnya berputar – putar.

“ Daehyun ah, saya pening...” Telefon bimbit yang dipegang terus jatuh ke lantai begitu juga dengan tubuh Rina.  Daehyun yang mendengar bunyi bising itu ditambah dengan suara lemah isterinya berasa panik.

“ Princess! Princess!” teriak Daehyun di dalam talian namun tiada respon.  Daehyun mengambil kotnya dan beg jinjitnya lalu dia bergegas keluar dari pejabatnya.  Dia pasti sesuatu yang buruk telah berlaku kepada isterinya.  Daehyun memandu keretanya dengan laju sekali. 

            Lima belas minit kemudian, Daehyun tiba di kondo mewahnya.  Dia terus berlari menaiki tangga menuju ke tingkat lima. Selepas menekan butang kata laluannya, Daehyun terus menerpa masuk ke dalam rumahnya.

“ Rina! Princess!  Princess! Where are you?” teriak Daehyun.  Dia berlari masuk ke dalam bilik Rina lalu memeriksa semua bilik tetapi tiada siapa di dalamnya.  Dia berlari pula ke biliknya.  Apabila pintu dibuka, buntang matanya melihat tubuh isterinya sudah pun terlantar di atas lantai dengan dahinya yang cedera.  Daehyun terus mendapatkan isterinya.

“ Princess!  Hey!  Princess! Wake up!” teriak Daehyun sambil menampar lembut pipi isterinya. Rina tidak memberikan sebarang respon.  Daehyun terus mencempung tubuh isterinya lalu dibawa ke katil.  Dia mengambil telefon Rina lalu mendail nombor Nana dengan segera.

“ Hello Rina.” sapa Nana dengan gembira.

“ Nana, this is Daehyun. Boleh tak datang rumah sekarang? Rina pengsan dan kepala dia ada  luka.” ujar Daehyun yang cemas. 

“ What?!  Okay.  Saya ke sana sekarang.” balas Nana.  Terkejut bukan kepalang dia apabila dikhabarkan berita buruk yang menimpa rakan baiknya itu.  Nana bergegas ke kondo mewah Daehyun.

Beberapa minit kemudian, Nana tiba di kondo Daehyun.  Dia menekan loceng rumah tersebut lalu Daehyun membuka pintu.  Nana masuk ke dalam rumah tersebut dan terus bergegas ke bilik Daehyun diikuti oleh Daehyun.  Dia melihat dahi rakan baiknya itu sedikit berdarah.  Nana terus mengarahkan Daehyun mengambil kotak pertolongan cemas di rumahnya.  Daehyun bergegas mengambil kotak tersebut lalu menyerahkannya kepada Nana.

“ Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Nana kepada Daehyun sambil tangannya lincah merawat luka di dahi Rina.

“ Saya pun tak tahu.  Dia telefon saya di pejabat dengan suara yang lemah.  Lepas tu saya dengar bunyi benda jatuh.  Sebsb tu saya bergegas ke rumah.” Jawab Daehyun.  Kerisauan yang teramat jelas terpancar di wajahnya ketika ini.

Usai merawat luka Rina, Nana mengeluarkan stetoskop dan lampu kecil dari beg doktornya.  Dia memeriksa mata Rina dan juga nadi rakannya itu.  Selepas itu dia memasang stetoskop dan melekapkannya di  dada  dan diikuti di perut rakannya itu beberapa kali.   Setelah selesai pemeriksaan, Nana menanggalkan stetoskop dari telinganya dengan senyuman.    Selepas memberi suntikan, Nana menarik selimut menutupi tubuh Rina.  Daehyun terus mendapatkannya.

“ How is she?” tanya Daehyun dalam keadaan cemas.  Nana tersenyum lebar ke arah Daehyun.

“ Jangan risaulah.  Rina tak ada apa – apa.  Luka di dahinya tu  disebabkan dia terhantuk di mana – mana masa dia jatuh.  Saya dah periksa keadaan dia.  Dia cuma letih je.  Daehyun ssi, lepas ni awak kena beri lebih perhatian pada Rina tau.” jelas Nana kepada Daehyun lalu menepuk bahu Daehyun beberapa kali.

“ Hah? Kena bagi perhatian lebih?  Maksud awak dia kekurangan perhatian ke?” tanya Daehyun.  Dia betul – betul tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Nana. Nana tertawa mendengar soalan yang terpacul keluar dari mulut Daehyun.

“ Haish.  My my.  Daehyun ssi, tahniah! Awak bakal jadi bapa.  Rina hamil dua minggu.” Nana berterus terang dengan Daehyun tentang berita gembira itu.  Selepas diperiksa Rina disahkan hamil dan kandungannya itu baru sahaja berusia dua minggu. Daehyun yang mendengar berita gembira itu terlalu kaget sehingga mulutnya membuat bentuk O.

“ Rina is what?  Can you say it again?” tanya Daehyun seakan – akan tidak percaya.

“ Yes.  Rina is two weeks pregnant. And you are going to be a father.  Congratulations!” ulang Nana kepada Daehyun.  Daehyun yang terlalu gembira terus memeluk Nana.  Nana tersenyum manis.  Dia tahu bagaimana perasaan apabila seseorang itu bakal menyambut orang baru dalam keluarga.  Daehyun melepaskan pelukannya dari Nana.

“ Esok datang hospital untuk ambil vitamin untuk Rina.  Memandangkan kandungannya masih lemah, awak perlu bagi lebih perhatian padanya. Biasanya awal – awal pregnant memang akan ada morning sickness.  Nanti awak perlu bawa Rina untuk pergi check up setiap bulan. Err, kalau ada apa –apa call je saya.  Saya perlu pergi dulu sebab ada urusan lain.”  kata Nana.  Daehyun mengangguk faham.

“ Thanks a lot Nana.” ujar Daehyun  lalu menghantar Nana sehingga ke pintu utama kondo mereka.

 

Setelah Nana beredar, Daehyun bergegas ke biliknya. Perlahan – lahan Daehyun menguak pintu biliknya lalu melangkah masuk dan mendekati isterinya.  Rina masih lagi lena selepas diberi suntikan oleh Nana sebentar tadi.  Daehyun menghenyak punggungnya di sebelah Rina.  Perlahan – lahan dia memegang tangan isterinya itu lalu mengucupnya beberapa kali.  Segala kasihnya kini tumpah pada isteri tercinta.  Patutlah sejak akhir – akhir ini banyak perkara pelik yang dibuat oleh isterinya.  Isterinya juga nampak letih dan juga cepat beremosi.  Rupa – rupanya itu adalah petanda mereka bakal menerima pendatang baru dalam keluarganya.  Daehyun mengucup pula dahi isterinya beberapa kali sehingga isterinya sedar.

“ Princess dah bangun?” tanya Daehyun lalu mengucup tangan isterinya.  Rina melemparkan senyuman yang paling manis kepada Daehyun walaupun wajahnya amat pucat.  Daehyun yang melihat isterinya masih lagi mampu tersenyum itu terus menitiskan air matanya.  Dia menangis bukan kerana sedih tetapi kerana terlampau gembira.  Rina menyeka mutiara jernih suaminya itu.

“ Don’t cry.  Don’t you know you look so ugly when you cry?” ujar Rina.  Sempat lagi dia berjenaka dengan  suaminya.  Daehyun mengucup pipi isterinya.

“ Thank you Princess. Thank you so much for make my life so happy.  I’m so happy.” ujar Daehyun.  Rina hanya mampu tersenyum.

“ Sorry for not telling you earlier.  I want to make it as a surprise for you.” balas Rina.  Sebenarnya dia sudah tahu lebih awal apabila dia tidak datang bulan dalam jangka masa yang lama.  Dia membeli alat pengesan kehamilan dan jawapannya positif.  Sengaja dia ingin memberikan kejutan buat suaminya tetapi berakhir apabila dia pengsan sebentar tadi.

“ Aigoo..my Princess. Don’t you dare to do something like this again. Awak buat jantung saya nak berhenti tadi bila awak pengsan.  Now, my Princess need to sleep.  And she will need her prince beside her right? Let’s sleep.  You need rest.” kata Daehyun.  Dia melabuhkan tubuhnya di sebelah Rina lalu menutup lampu supaya isterinya dapat berehat.

*Thank you my Princess. I love you*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet