Chapter 10

Till The End I Love You ( Malay Ver)

 

            Rina masuk ke dalam kafe Handle and Gretel, tempat yang telah dijanjikan.  Dia nampak Nana yang sedang menunggunya di kafe itu tetapi reaksi Nana sangat aneh.  Rina yang ingin mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku terus mendekati Nana.  Setelah memesan minuman dan minuman tersebut sampai, Nana terus memulakan perbicaraan mereka.

“ Rina, kita kawan dah berapa tahun ya? Dalam tempoh persahabatan kita tu pernah tak sekali pun aku tipu kau?” soalan yang terpacul keluar dari mulut Nana menyebabkan Rina sedikit kaget dan berasa tidak sedap hati.

“ Nana...kita kan dah lama kenal.  Sepanjang tempoh persahabatan kita mana pernah kau tipu aku.” jawab Rina.

“ Habis tu kenapa kau tipu aku?” tanya Nana lagi.  Rina mengangkat sebelah keningnya.

“ Tipu? Bila masa aku tipu kau?  Apa kau cakap ni Nana?” Rina menyangkal dakwaan rakan baiknya itu.

“ Malam yang kita sambut hari lahir kau tu, sebenarnya Daehyun ada di rumah kau kan?” tanya Nana lagi.  Rina terkesima dengan soalan yang ditanyakan kepadanya itu.

“ Oh..pasal tu ke...alah..benda tu perkara biasa...”

“ Benda tu mungkin perkara biasa bagi kau Rina..menipu semua ni. Daehyun tunggu kau macam orang bodoh dekat rumah tu nak sambut hari lahir kau bersama tapi apa yang kau buat? Kau tipu kami kau bagitahu Daehyun outstation.  Daehyun tu suami kau Rina.  Kenapa kau buat dia macam tu?” Nana terus memotong kata – kata Rina.

“ Kau ni kenapa? Hal rumah tangga aku kenapa kau nak masuk campur? Kau bukan kenal pun siapa Daehyun tu jadi jangan nak buat andaian cepat sangat.  Lagipun aku tak pernah bagitahu dia bila hari lahir aku.  Siapa suruh dia tak bagitahu aku nak celebrate bersama? Salah aku ke?  Yang kau duduk membela dia kenapa?  Kau suka dia?  Kau nak ambil dia?  Ambillah!  Aku tak ingin pun.  Dia pun tak pernah sentuh aku lagi!  Kalau kau rasa nak ambil sampah tu ambillah.” lancang Rina membidas.

“PANNNG!” Satu penampar tepat ke pipi gebu Rina menyebabkan dia terkedu.  Nana sudah tidak dapat menahan kesabarannya lagi.  Dia bangun lalu jari telunjuknya ditundingkan ke arah wajah Rina.

“ Kau dengar sini baik – baik apa yang aku nak cakap.  Sepatutnya dari dulu lagi aku dah tampar kau, kau tahu tak!  Ya, memang aku dan Daehyun pernah berjumpa.  Aku yang bagitahu Daehyun tentang hari lahir kau!  Kau tahu tak betapa gembiranya dia bila dapat tahu hari lahir kau? Betapa dia bersungguh – sungguh tempah rantai khas buat kau, berhabis banyak duit hanya kerana satu majlis yang kecil untuk disambut bersama isteri tercinta? Tapi apa yang kau balas?  Kau buat dia macam patung yang tak bernyawa kau tahu tak!  Kau langsung tak hormat dia sebagai suami kau!  Apa yang kau tahu, Donghae! Donghae! Donghae!  Kau sedar tak Donghae tu tengah cuba nak hancurkan rumah tangga kau?!  Peristiwa di Namsan Tower semalam, masa kau bercium dengan Donghae..kau tahu tak Daehyun ada di belakang kau masa tu dan dia menyaksikan macam mana bibir lelaki lain bersentuhan dengan bibir seorang yang amat disayanginya!  Kalau perkara itu berlaku pada kau, sanggup tak kau harungi semua tu?  Aku minta maaf sangat – sangat. Aku peluk suami kau semalam.  Aku bukan saja – saja nak peluk dia macam mana kau selalu buat dengan Hae oppa...tapi aku saksinya Rina..aku yang tengok betapa pedihnya hati dia..betapa dia kecewa bila nampak kau bercumbuan bersama lelaki lain. Dia menangis Rina...menangis di bahu aku ni. Buat pertama kali aku nampak lelaki menangis..dengan begitu kecewa sekali. Dia tak cerita segala apa yang berlaku antara korang berdua tapi dia tanya aku tentang malam hari lahir kau tu..kau tahu apa yang dia cakap? Dia terluka sangat – sangat. Aku minta maaf lagi. Perkara ni sepatutnya aku tak boleh bagitahu kau sebab Daehyun sendiri yang tak nak. Dia kata dia tak nak kau terluka bila kau tahu perkara sebenar. Kau tengok Rina..suami yang kau benci tu, yang kau hina macam sampah tu..suami yang amat menyayangi kau seikhlas hatinya.  Aku boleh nampak keikhlasan cinta dia kepada kau.Tapi mungkin kau takkan nampak keikhlasan tu sebab mata kau telah dibutakan dengan Donghae semata – mata!  Siapa yang sebenarnya sampah Rina? Daehyun atau..kau? Kau fikirlah.  Aku minta maaf sebab masuk campur dalam hal rumah tangga korang. Aku minta maaf sebab aku tampar kau. Aku nak bagi kau sedar yang mana sebenarnya kaca, yang mana sebenarnya permata.  Dan buat pertama kalinya aku nak cakap kat kau...aku kecewa sangat dengan kau. Aku minta diri dulu. “ Nana meluahkan segala – galanya yang terbuku di hatinya.  Sudah lama dia bertahan dengan  perangai tidak matang rakannya itu. Akhirnya hari ini segalanya telah diluahkan.  Dia kini berasa lega.  Tas tangannya dicapai lalu dia terus meninggalkan Rina keseorangan di kafe tersebut.

            Rina seakan – akan terkedu.  Dia tidak mampu berkata apa – apa.  Hanya air matanya sahaja yang sejak tadi tidak berhenti gugur membasahi pipinya.  Dia seakan – akan baru tersedar dari alam mimpi.  Tanpa membuang masa, Rina mengambil tas tangannya lalu terus berlari.  Dia ingin berjumpa dengan Daehyun dan ingin meminta maaf atas segala kesalahannya.  Dia berlari sekuat hatinya sambil menangis teresak – esak.  Walaupun dia merasakan langkah besar telah dibuka, tetapi tetap pergerakannya perlahan dan semakin perlahan.  Dia akhirnya terjelopok ke tanah dan menangis teresak – esak di situ.

“ Daehyun ah,mianhae...jeongmal mianhae...”

            Sebuah teksi berhenti di hadapan kondo mewah itu.  Rina keluar dari teksi tersebut lalu terus berlari menuju ke kondonya.  Dia bergegas masuk ke kondo mewahnya dan terus berlari menuju ke arah bilik Daehyun.

“ Daehyun ah! Daehyun ah! Open the door please!” teriak Rina tetapi tiada respon dari Daehyun.  Rina cuba membuka pintu bilik Daehyun.  Mujur sahaja pintu biliknya tidak berkunci.  Tanpa membuang masa dia terus meluru masuk ke dalam bilik tersebut.

“ Daehyun, i’m......Daehyun!!!” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, dia dikejutkan dengan tubuh Daehyun yang sudah pun terkulai di hadapan tandas.  Rina terus bergegas mendapatkan Daehyun.

“ Yah...yah...Jung Daehyun...bangunlah!  Kenapa awak tidur dekat sini?” Rina menepuk pipi Daehyun beberapa kali untuk menyedarkan suaminya itu tetapi tidak berkesan.  Tangannya meraba dahi dan seluruh wajah Daehyun.

“ Panasnya badan awak! Daehyun ah!” Rina sudah pun panik.  Dia mengambil telefon bimbitnya lalu terus mendail nombor Nana.  Percubaan pertamanya, panggilan ditolak.  Dia cuba untuk kali kedua, jawapannya tetap sama.  Rina terus mendail untuk kali yang ketiga.  Kali ini panggilan itu dijawa tetapi tiada suara.

“ Nana! Nana! I know it’s my fault okay.  Please forgive me!  Please! Please!” ujar Rina cemas.

“ Not to me..but to Daehyun.” jawab Nana pendek.

“ Nana! Okay! I will! But you have to help me.  Daehyun pengsan dalam bilik dia.  Aku...aku tak tahu nak buat apa.  Aku terpaksa call kau.  Kau tolong aku Nana.  Aku takut..” Rina pantas membalas.

“What?! Okay! Sepuluh minit lagi aku datang.  Kau jangan panik.” balas Nana.  Dia memang marahkan rakan baiknya itu tetapi ketika ini Rina memerlukan pertolongan.  Jadi sebagai seorang rakan, dia akan membantunya.  Keretanya terus dipandu menuju ke rumah Rina dan Daehyun.

            Sepuluh minit kemudian, Nana tiba di kondo mewah tersebut.  Dia terus ke tingkat lima dengan beg doktornya.  Apabila bunyi loceng ditekan, Rina terus membuka pintu lalu terus mendakap tubuh rakan baiknya itu.  Dia menangis sepuas – puasnya di bahu Nana.  Dia amat takut jika Daehyun tidak membuka matanya kembali.  Dia takkan dapat memaafkan dirinya jika sesuatu buruk berlaku kepada Daehyun.  Kini baru dia sedar bahawa dia amat menyayangi suaminya itu.

“ Hey, calm down okay.  Jangan takut.  Biar aku periksa keadaan dia dulu.  Jom.  Bawa aku ke biliknya.”ujar Nana yang cuba menenangkan rakannya itu. 

Rina membawanya menuju ke bilik Daehyun.  Mereka berdua memapah tubuh Daehyun menuju ke katil lalu melabuhkan tubuh itu di atas katil.  Nana segera mengeluarkan peralatan doktornya lalu memulakan pemeriksaan ke atas Daehyun.  Rina hanya memerhati kerja rakan baiknya itu.  Selepas memberi suntikan kepada Daehyun, Nana menarik selimut menutupi tubuh lelaki itu.  Dia kemudian menyimpan semua peralatannya ke dalam beg.  Rina terus mendapatkan rakan baiknya itu.

“ Nana..macam mana dengan Daehyun?” tanya Rina cemas.

“ Shh..jom. Kita bincang kat luar.  Daehyun perlukan rehat.” jawab Nana lalu membawa Rina keluar dari bilik itu.  Nana membawa Rina duduk di sofa dahulu sementara menerangkan keadaan Daehyun.

“ Nana, cepatlah.  Macam mana dengan Daehyun?” tanya Rina lagi.

“ Hurm, Daehyun mengalami demam panas yang agak tinggi suhunya.  Jujur aku cakap sepatutnya dia perlu dirawat di hospital.  Tapi tak apa.  Buat masa ni aku dah suntik dia untuk kurangkan suhu badan dia tu.  Kau kena guna cara lain juga untuk turunkan suhu badan dia.  Buat masa ni dia tengah tidur. Jadi biarkan dia berehat.  Badannya perlukan rehat yang cukup.  Bila dia bangun kau kena bagi dia makan sebab nak bagi dia tenaga sikit. Tubuh dia lemah sangat tu. Kalau ada apa – apa, kau call aku okay? Aku nak kena pergi kerja dulu ni.” terang Nana.  Rina hanya mengangguk faham.

“ Ah, lagi satu.  Kau dah buat keputusan yang betul.  Aku bangga dengan kau.” Ujar Nana lagi.  Rina terus berlari ke arahnya lalu memeluk Nana.

“ Terima kasih sebab kau sedarkan aku..”ucap Rina.

“ Hurm, welcome.  Aku minta diri dulu ya.” Balas Nana lalu terus beredar dari kondo mewah itu.

Setelah Nana beredar, Rina kembali ke bilik Daehyun.  Dia mendekati katil Daehyun perlahan – lahan. Wajah pucat Daehyun dipandang sayu.  Rina menghenyak punggungnya di birai katil.  Perlahan – lahan dia mengusap kepala Daehyun.  Buat kesekian kalinya, air matanya gugur membasahi pipi.  Dia menangis teresak – esak di sisi Daehyun.

“ Daehyun ah, mianhae. Jeongmal mianhae..” Rina terus menangis dalam diam supaya dia tidak mengganggu waktu rehat Daehyun.  Tiba – tiba, pipinya terasa panas.  Rina terus membuka kelopak matanya.  Daehyun  menyeka mutiara jernih yang mengalir di pipinya.

“ Don’t cry.” lemah sahaja bunyi suara Daehyun.  Mendengar Daehyun bersuara, tangisan Rina semakin kuat.  Daehyun menguatkan dirinya untuk bangun lalu terus tubuh Rina ditarik dalam dakapannya.  Rina terus menangis di dada Daehyun.

“ Daehyun ah...I’m so sorry...It’s all my fault... I’m so sorry...” rayu Rina teresak – esak. 

“ Shh... Don’t say like that okay. It’s okay.” balas Daehyun.  Walaupun sudah dipujuk oleh Daehyun, Rina masih lagi menangis.  Daehyun akhirnya melepaskan pelukan itu.  Rina menundukkan wajahnya.  Dia malu untuk berhadapan dengan Daehyun.  Perlahan – lahan, Daehyun menarik wajah isterinya supaya mata mereka bertentangan. 

“ Listen here..saya tak pernah salahkan awak dalam perkara ni.  Awak terpaksa berkahwin dengan saya walaupun awak dah ada boyfriend.  Kalau saya berada di tempat awak pun saya akan memberontak macam apa yang awak buat. You have done nothing wrong.  It’s not your fault so please...don’t blame yourself. It hurts me a lot to see you cry and begging like this.  Walaupun saya bukan lelaki pertama yang awak cinta, tapi saya nak awak tahu..saya dah lama cintakan awak dan awak...adalah satu – satunya perempuan di hati saya.. Jang Rina...saranghae...” ujar Daehyun lalu dia mengucup bibir isterinya buat kali yang pertama selepas berkahwin.  Menitis air mata gembira di wajah Daehyun.  Rina juga turut membalas kucupan mesra suaminya itu.  Mutiara jernihnya juga turut menitis membasahi pipi.

“ Kita mulakan hidup yang baru okay?” tanya Rina.

“ Of course dear..” balas Daehyun.

“ Tapi sebelum tu, awak kena rehat.  Badan awak masih panas dan lemah.  Saya akan buat makanan untuk awak.  Jadi sementara tu, awak berehatlah ya.” ujar Rina.  Panggilannya juga telah bertukar.  Rina menolak perlahan tubuh Daehyun supaya dia berehat dan kemudian dia keluar dari bilik itu untuk memasak.

            Selesai memasak, Rina kembali ke bilik Daehyun dengan membawa dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air.  Dia menguak pintu bilik Daehyun lalu melangkah masuk perlahan – lahan.  Daehyun sedang lena dibuai mimpi.  Rina mendekati katil lalu meletakkan dulang tersebut di meja bersebelahan dengan katil Daehyun. 

“ Daehyun ah, bangun makan jom.  Perut awak kosong tu.” lembut sahaja pertuturan Rina mengejutkan suaminya dari tidur.  Daehyun membuka kelopak matanya perlahan – lahan.  Dia kemudian bangun dan bersandar di kepala katil dibantu oleh Rina.  Rina  mengambil mangkuk bubur dan menghenyak punggungnya di sebelah Daehyun.

“ Okay.. buka mulut.” Rina menyuakan sesudu bubur ke bibir Daehyun. Perlahan – lahan Daehyun membuka mulutnya lalu mengambil suapan tersebut.  Berkerut – kerut dahinya ingin menelan bubur tersebut.   Selepas menerima suapan kedua, Daehyun menolak suapan yang lain.  Dia menggelengkan kepalanya tanda dia sudah tidak mahu lagi.

“ Oh? Daehyun ah.  Sikitnya awak makan.  Saya buat banyak tapi awak makan dua sudu je?  Lagi satulah ya.  Saya janji lepas ni kita stop.  Ini yang terakhir. Please...” Rina cuba memujuk Daehyun.

            Akhirnya Daehyun mengalah.  Dia membuka mulutnya untuk menerima suapan yang terakhir.  Selepas itu, Rina menyuakan pula segelas minuman dan membantu Daehyun untuk minum.  Disebabkan Nana tidak membekalkan sebarang ubat untuk diberikan kepada Daehyun, Rina memberinya dua biji pil kapsul untuk ditelan.  Selepas selesai menelan ubat, Daehyun kembali merehatkan tubuhnya.  Kepalanya masih lagi terasa berat dan pening.  Rina telah keluar untuk mengemas dapur mereka.  Daehyun tiba – tiba berasa mual lalu terus bergegas ke tandas.  Dia memuntahkan semula dua biji pil dan bubur yang dimakan sebentar tadi.  Setelah itu dia kembali melabuhkan tubuhnya di katil dan cuba untuk tidur.  Setelah lama bertarung dengan sakit kepalanya, akhirnya Daehyun terlena kembali.

            Rina yang baru sahaja selesai mengemas dapur kembali ke bilik Daehyun untuk memeriksa keadaan suaminya itu.    Dia mendekati katil Daehyun lalu membetulkan selimut suaminya.  Sekali lagi tangannya menjamah dahi Daehyun.  Rina kaget.  Suhu badan Daehyun semakin tinggi.  Dia pantas berlari mencari tuala lalu membasahkan tuala tersebut.  Setelah melekapkan tuala basah itu di dahi Daehyun, Rina duduk di sebelahnya.  Dia mencapai telefon bimbit Daehyun. Buntang matanya apabila melihat wallpaper di telefon Daehyun ialah gambar profil twitternya. Terus dia membuka akaun twitter Daehyun yang dibiarkan sentiasa dalam keadaan ‘Log In’.  Dia mencari namanya dengan menggunakan akaun Daehyun dan akhirnya jumpa.  Ternyata Daehyunlah orang yang selalu melihat profil twitternya itu.  Dia buka pula ke status yang pernah dibuat oleh Daehyun. Daehyun me’retweet’ kembali setiap status yang dimuat naik olehnya.  Rina mula tertanya – tanya siapa Daehyun sebenarnya.  Adakah Daehyun telah mengenali dirinya sebelum mereka berkahwin lagi?  Persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Rina membuka pula laci meja suaminya.  Dia musykil apa yang disimpan oleh suaminya.  Bola matanya tertacap ke arah timbunan sampul surat yang berwarna coklat lalu dia menarik keluar semuanya.

*Rajin betul dia bawa balik kerja sampai ke rumah.  Patutlah sampai jatuh sakit macam ni.*

           

Dia membuka salah satu daripada sampul surat tersebut.  Hampir tersembul biji matanya apabila melihat gambar – gambar mesra dia bersama dengan Donghae berada di dalam sampul tersebut.  Rina memandang wajah Daehyun.  Pada mulanya dia menganggap Daehyun mengintai segala perbuatannya, tetapi apabila surat berwarna putih jatuh dari sebalik gambar itu tanggapannya terus mati.  Perlahan – lahan tangannya mengutip surat itu lalu dibuka.

“ Tinggalkan Rina atau kau takkan bahagia!”

            Rina menekup mulutnya membaca surat itu.  Dia kemudian menyimpan semula surat tersebut dan membuka sampul surat yang lain pula. Sekali lagi gambar – gambar mesra dia bersama dengan Donghae berada di dalam sampul surat itu.  Rina mencari surat berwarna putih itu sekali lagi.

“ Tinggalkan Rina! Ceraikan Rina atau hidup kau akan merana!”

            Sekali lagi dia menekup mulutnya.  Bukankah ini bermakna Daehyun diugut oleh seseorang yang dia kenal?  Tetapi persoalan yang bermain di fikirannya ialah mengapa Daehyun tidak mahu langsung bercerita tentang hal ini terhadapnya?  Rina membuka lagi sampul yang lain.  Kali ini gambar pada malam hari lahirnya disambut.  Rina sekali lagi mencari surat berwarna putih lalu membacanya.

“ Lepaskan Rina!  Kau lihat!  Dia tak bahagia bersama dengan kau! Awas Jung Daehyun!  Jangan kau perasan hidup kau tenteram!  Aku akan sentiasa mengganggu kau sehingga aku mendapatkan Rina kembali! Ingat tu!”

            Semakin membulat biji mata Rina.  Ayat dalam surat ini sudah menggambarkan dengan jelas siapakah yang mengugut suaminya selama ini.  Mata Rina mula berkaca.  Rina membuka lagi sampul yang seterusnya.  Kali ini dia hanya membaca surat di dalamnya. 

“ Aku ada sesuatu nak ditunjukkan pada kau.  Malam ni kau datang ke Namsan Tower pukul 8 malam.  Aku nak kau saksikan sendiri peristiwa itu dan kau fikir sekali lagi.  Lepaskan Rina.  Itu yang aku mahukan.”

            Selesai sahaja dia membaca surat itu, air matanya terus mengalir deras. Ternyata selama ini orang yang mengugut suaminya adalah teman lelakinya sendiri!  Dan aksi ciuman pada malam itu adalah semata – mata untuk menyakitkan hati Daehyun!  Rina menyimpan semua sampul semula ke dalam laci milik Daehyun.  Dia perlu bertindak.  Donghae sudah melampau.  Disebabkan perbuatannya ini Rina mula membencinya.  Dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik Daehyun.  Dia perlu berjumpa dengan Donghae dan mengajarnya.  Belum sempat Rina melangkah, satu suara memberhentikan langkahnya.

“ Don’t go...please...don’t go...” suara Daehyun yang meracau – racau menyebabkan Rina kembali mendapatkan suaminya.  Mata Daehyun masih lagi tertutup tetapi mulutnya tidak berhenti – henti mengulang ayat itu.  Rina mulai risau.

“ Daehyun...bangun..awak meracau ni. Bangun..” Rina cuba untuk mengejut suaminya namun Daehyun tidak memberikan sebarang reaksi.  Rina mulai cemas.

“ Yah..Daehyun ah..bangun..awak meracau ni..Daehyun ah!” teriak Rina sambil menepuk pipi Daehyun namun masih tiada sebarang reaksi diberikan.   Rina terus melekapkan tangannya ke dahi Daehyun.

“ Daehyun! Suhu badan awak makin tinggi!” ujar Rina cemas.  Dia terus mengambil telefon bimbit milik Daehyun lalu mendail nombor telefon Nana.

“ Hello? Siapa ni?” tanya Nana.  Dia tidak menyimpan nombor telefon Daehyun jadi dia tidak kenal akan nombor yang menghubunginya itu.

“ Nana it’s me!  Rina! Nana! Daehyun! Tolong aku!” kata Rina cemas.  Dia sudah tidak boleh berfikir panjang.  Nana adalah satu – satunya kawan yang boleh membantunya kini.

“ Hey, hey, calm down okay Rina.  Cuba cerita kenapa.” ujar Nana dengan tenang.

“ Daehyun...suhu badan dia makin tinggi..dia meracau.  Aku dah cuba kejutkan dia tapi dia tak bangun.  Nana, aku takut.” jelas Rina dalam esakan.  Dia sememangnya takut dengan keadaan suaminya itu.

“ Okay.  Kau bersiap okay.  Aku akan hantar ambulans untuk ambil Daehyun.  Dia perlu dirawat di hospital dengan segera.” Balas Nana lalu menamatkan talian.  Rina berlari mengambil tas tangannya lalu dia kembali ke bilik Daehyun.

            Lima belas minit kemudian, loceng kondo mereka dibunyikan.  Rina berlari membuka pintu lalu Nana bersama pasukannya masuk ke rumah dengan membawa pengusung.  Mereka memindahkan tubuh Daehyun ke atas pengusung itu lalu bergegas ke ambulans.  Rina turut mengikuti Daehyun di dalam ambulans tersebut. Sementara dalam perjalanan ke hospital, Nana memeriksa keadaan Daehyun.  Ternyata Rina benar.  Suhu badan Daehyun semakin meningkat dan tidak berkurangan.  Situasi ini amat bahaya kerana demam yang dialami oleh Daehyun ini boleh membawa maut jika dia tidak dapat menahannya.  Setibanya di hospital, Daehyun dikejarkan ke bilik kecemasan manakala Rina pula menelefon kedua – dua keluarganya.

            Beberapa minit selepas itu, keluarga Daehyun dan keluarga Rina tiba di hospital.  Rina terus mendapatkan Puan Nari lalu menangis dalam dakapan mamanya.  Dia benar – benar takut untuk menghadapi kehilangan Daehyun.  Dia masih lagi belum merasa kasih sayang Daehyun.

“ Mama..” rengek Rina.

“ Shh....it’s okay.  Daehyun will be fine okay.” Pujuk Puan Nari.

            Nana keluar dari bilik kecemasan itu dengan senyuman.  Rina yang menyedari kehadiran kawannya itu terus berlari mendapatkannya.

“Nana, Daehyun macam mana?” tanya Rina dengan cemas.

“ Rina..relaks okay. Erm, aunty and uncle jangan risau. Daehyun cuma mengalami demam panas yang sedikit teruk.  Mujur saja dia segera dibawa ke hospital.  Buat masa ni Daehyun masih lagi berada dalam pemantauan pihak kami jadi dia terpaksa kami tahan beberapa hari di sini.  Saya juga dah beri dia dua suntikan supaya  proses penurunan suhu badannya berlaku dengan cepat.  Kami akan pindahkan dia ke dalam wad lepas ni dan kalau boleh biarkan dia berehat dengan secukupnya.  Kalau macam tu uncle bolehlah ikut saya untuk daftarkan nama pesakit. Mari.” Panjang lebar penjelasan yang diberikan oleh Nana.  Nana kemudiannya membawa Encik Jung untuk mendaftar nama Daehyun sebagai pesakit.

            Selepas Daehyun dipindahkan ke wad vip, hanya Rina hanya duduk di sebelahnya.  Kedua ibu bapa mereka telah diarahkan untuk pulang. Dia hanya memerhati keadaan suaminya yang nampak sangat lemah. Pandangannya beralih pula ke arah  tangan Daehyun yang telah dicucuk dengan jarum itu.  Rina menangis  sekali lagi.

*Daehyun ah, don’t fall sick. It hurts me to see you like this.*

            Tangan sejuk Daehyun digenggam erat lalu dia tertunduk dan menangis.  Rina teringat kembali surat – surat yang dijumpai di dalam laci milik suaminya.  Begitu tabah sekali Daehyun menghadapi segala ugutan demi untuk mempertahankan cintanya.  Rina akhirnya terlena di sisi Daehyun.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet