Chapter 5

Till The End I Love You ( Malay Ver)

 

Rina bersiap – siap untuk keluar.  Hari ini seperti biasa dia akan keluar bersama teman lelakinya Donghae.  Setelah bersiap, Rina keluar dari biliknya.  Daehyun yang lengkap berkemeja dan berkot sedang duduk menikmati sarapan pagi.  Rina memandang suaminya sekilas.  Daehyun nampak sangat kacak dan tampan dengan pakaian kerjanya. Apabila merasa sesuatu yang aneh meresap ke dalam hatinya, Rina terus menggelengkan kepalanya dan terus menuju ke pintu. 

“ Rina, sarapan dulu. Masih awal lagi ni.  Awak nak ke mana?” Daehyun memulakan bicara bagi memecah kesunyian.  Kata – kata itu tidak dihiraukan oleh Rina.  Dia terus menuju ke rak kasut untuk memilih kasutnya. Setelah itu  dia menyarungkan kasut tersebut di kakinya.

“ Aku sarapan kat luar.  Aku tak ingin nak sarapan dengan kau.  Buat putus selera aku je. Mana aku nak pergi bukan urusan kau.  Kau jaga je diri kau tu elok – elok. Dah. Aku pergi dulu.  Malam ni aku balik lewat lagi.  Jangan kau tunggu macam selalu pula. Jangan jadi bodoh.  Kalau aku dah tak suka, semua yang kau buat pun aku jadi meluat, faham?” ujar Rina lalu dia terus keluar dari rumah tersebut. 

Selang beberapa minit pemergian Rina, loceng kondo mereka berbunyi.  Daehyun yang sedang menikmati sarapan terus menuju ke hadapan pintu.  Daehyun memulas tombol pintu lalu membuka pintu tersebut.  Dia mengambil sampul surat berwarna coklat yang sudah lali baginya masuk ke dalam kondo tersebut.  Dia kembali melabuhkan punggungnya di meja makan dan membuka sampul tersebut.  Gambar – gambar yang berada di tangannya diperhatikan satu per satu.  Semuanya gambar Rina bersama dengan seorang lelaki yang pastinya Donghae.  Daehyun membuka pula surat berwarna putih yang sering berada di dalam sampul surat yang diterimanya.

“ Lepaskan Rina!  Kau lihat!  Dia tidak bahagia bersama dengan kau! Awas Jung Daehyun!  Jangan kau perasan hidup kau tenteram!  Aku akan sentiasa mengganggu kau sehingga aku mendapatkan Rina kembali! Ingat tu!”

 

Daehyun melepaskan satu keluhan berat.  Seperti biasa dia masuk ke bilik lalu menyimpan surat itu di dalam laci.  Daehyun mengambil kesemua sampul surat yang diterimanya.  Sejak dia berpindah ke sini, dia menerima surat  berbaur ugutan dari seseorang yang dia tahu kewujudannya tetapi dia tidak mengambil peduli.  Termasuk yang diterimanya pada hari ini, sudah tujuh surat semuanya.  Daehyun mengeluh lalu terus keluar untuk ke pejabatnya.

Semasa dia sedang sibuk membuat kerja di pejabat,dia dipanggil ke pejabat papanya, Encik Jung.  Setelah dia mengetuk pintu sebanya tiga kali, Daehyun masuk ke dalam bilik Encik Jung.  Dia memberikan senyuman yang paling manis untuk papanya.

“ Come, duduk sebelah papa.” ujar Encik Jung.  Daehyun tidak membantah.  Dia menghenyak punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan papanya.

“Hurm, Daehyun ah, so macam mana kehidupan kamu sebagai seorang suami?  Rina okay tak dengan kamu?  Kamu bahagia tak sayang?” soal Encik Jung kepada puteranya itu.  Daehyun membalas dengan senyuman.

“ Haish..papa,ini Daehyunlah pa. Daehyun tahu jaga diri okay.  Rina is a very good wife you know. Dia betul – betul jaga dan sayangkan Daehyun.  Dan dia seorang yang manja jugak! I love her so much dad.” Daehyun terpaksa berbohong bagi menyembunyikan perkara yang sebenarnya.  Dia terpaksa berpura – pura bahagia supaya kedua orang tuanya tidak risau terutamanya Puan Saeri.

“ Hahaha...baguslah kalau macam tu.  Lega papa dengar.  Papa rasa dah tiba masanya untuk kamu bawa Rina ke dalam syarikat kita. Papa nak perkenalkan dia sebagai menantu papa pada semua staff kita.  Jadi tak adalah Daehyun asyik diganggu oleh gadis – gadis lain.” balas Encik Jung.  Memang benar puteranya itu sering menjadi rebutan staff – staff perempuan di syarikatnya.  Dia sendiri mengakui puteranya itu sangat tampan dan bergaya orangnya.  Rina amat beruntung kerana dapat memiliki lelaki sehebat Daehyun.

“  Huh? Rina? Hurm.. rasanya dia tak nak kot papa.  Ini bukan bidang dia.  Tapi nanti Daehyun akan cuba berbincang dengan dia.  Nanti dah ada jawapan Daehyun bagitahu papa okay.  Daehyun minta diri dulu ya papa.” balas Daehyun lalu dia terus meninggalkan bilik Encik Jung.

Petang itu selepas tamat waktu kerja, Daehyun singgah ke sebuah kedai emas yang terletak tidak jauh dari syarikatnya.  Dia ingin menghadiahkan sesuatu kepada isterinya.  Oleh sebab itu, dia datang ke kedai emas tersebut.  Daehyun melangkah masuk lalu memerhati setiap barang kemas yang dipamerkan.  Sedang dia leka meneliti barang kemas tersebut, seseorang memanggil namanya.

“ Daehyun ssi..” Daehyun berpaling apabila namanya dipanggil.  Di hadapannya adalah seorang perempuan yang berambut pendek tetapi perempuan itu tidak dikenalinya. Daehyun terkebil – kebil memandang perempuan tersebut.

            “ Do we know each other?  Or do you know me?” soal Daehyun menyebabkan perempuan itu sedikit terkejut. 

“ Erm, well, yeah. I guess i know you but you are the one who does not know me.  Let me introduce myself. My name is Song Nana. I’m your wife’s bestfriend.” jawab Nana lalu dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Daehyun.  Daehyun menyambut huluran tersebut.

“ Oh i see. I’m Jung Daehyun. Rina’s husband.” balas Daehyun ringkas.

“ Well, awak nampak lebih tampan dari dalam gambar. I’m so glad to see you here.  What are you doing here?  Preparing a special gift for your wife’s upcoming birthday?” Nana bertanya lagi.  Dia nampak selesa berbicara dengan Daehyun.  Ternyata Daehyun bukanlah seperti yang diceritakan oleh Rina namun semua itu adalah sebaliknya.  Dia nampak keikhlasan di mata Daehyun.

“ Birthday?” soal Daehyun kehairanan.  Dia tidak pernah tahu hari lahir isterinya itu.

“ Yeah, her birthday is coming soon. It’s about a week from now.” jawab Nana dengan senyuman.  Dia sengaja ingin membantu Daehyun merebut cinta yang sepatutnya menjadi miliknya.

“ Oh, thank you so much Nana. I’ll give her something on her birthday.” balas Daehyun.  Baginya ini satu peluang untuk dia mendapatkan perhatian isterinya.

“ Hurm you should. Oh, looks like i have to go now. It’s glad to see you here Daehyun ssi. Take care. Bye!” Nana terus berlari meninggalkan Daehyun di hadapan kedai emas tersebut.  Setelah berada jauh dari Daehyun, dia menarik nafas sedalamnya.

*Woah...he is so so handsome! He is more handsome than Donghae.  Rina is very lucky to have him.*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet