Chapter 12

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Rina membuka matanya.   Apabila celik sahaja matanya, apa yang dilihatnya ialah wajah tenang Daehyun yang sedang lena dibuai mimpi.  Rina memandang ke sekelilingnya.  Daehyun tidur sambil memeluk pinggangnya.  Rina tersenyum gembira.  Perlahan – lahan tangan Daehyun dialihkan dari pinggangnya.  Dia kemudian bangun dari perbaringannya perlahan – lahan.  Telefon bimbit miliknya dicapai lalu dia melihat ke arah skrin.  Jam  menunjukkan pukul lima petang.  Rina mengalih pandangannya ke luar.  Langit di luar sangat gelap menandakan hujan lebat akan turun tidak lama lagi.  Tiba – tiba pintu bilik wad itu ditolak dari luar.  Rina terus memandang ke arah pintu tersebut untuk melihat siapakah yang datang.  Apabila melihat Nana yang masuk ke dalam bilik itu, Rina terus memberikan senyuman kepada rakannya itu.

“ Woah..berdua – duaan dengan suami atas katil hospital? Korang ni kat hospital pun jadi.” ujar Nana lalu tertawa.  Rina menunduk malu.  Merah padam wajahnya apabila ditegur sebegitu.

“ Kau free ke sekarang?” tanya Rina tiba – tiba.  Nana melihat jam tangannya.

“ Hurm, kalau ikut jadual aku, sekarang aku free. Kenapa?” jawab Nana.  Rina menyisir rambutnya menggunakan jari lalu membetulkan sedikit pakaiannya.

“ Jom. Kita keluar kejap.  Aku ada sesuatu nak beritahu kau.” balas Rina.  Dia membetulkan selimut Daehyun lalu memberikan kucupan di dahi suaminya itu.  Setelah itu dia keluar dari bilik tersebut bersama Nana.

            Mereka berdua menuju ke kafe hospital.  Setelah mengambil minuman masing – masing, Rina dan Nana menghenyak punggung mereka ke kerusi di kafe tersebut. 

“ Ha, apa dia yang kau nak bagitahu aku tadi? Macam serius je bunyinya.” tanya Nana lalu dia menghirup air kopi panas yang dibelinya.  Mendengar soalan rakannya itu, Rina melepaskan satu keluhan berat.

“ Aku..dan Donghae oppa...dah berpisah.” perlahan sahaja suara Rina memberitahu berita itu kepada Nana.  Nana tidak kaget mendengar berita itu malah mengangguk faham.

“ So, how? Kau pergi jumpa dia hari ni?” tanya Nana lagi ingin tahu lebih lanjut.

“ Aku terserempak dengan dia masa aku pergi beli bubur untuk Daehyun.  Dia kejar aku.  Dan aku dah beritahu segalanya kat dia.” jawab Rina lagi.

“ Habis tu, dia macam mana? Boleh terima dengan keputusan kau?” tanya Nana lagi dan lagi.

“ Pergi mampuslah.  Kisah pulak aku dia boleh terima ke tak.  Yang pasti aku tak boleh terima dia lagi dalam hidup aku.  Dia pergunakan aku.  Daehyun jadi macam ni pun sebab dia!  Aku geram.  Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni.  Memang bagus pun tadi dia makan penampar aku.” Rina terus melepaskan isi hatinya kepada Nana.

“ Hah? Kau tampar Hae oppa? Hey, kau dah gila ke apa?” tanya Nana lagi seakan – akan tidak percaya.  Selama ini cubit Donghae pun Rina takut inikan pula menampar lelaki itu?

“ Memang aku dah gila!  Dia yang buat aku jadi gila kau tahu tak!  Dia hantar surat untuk ugut Daehyun supaya tinggalkan aku.  Bukan satu tau Nana.  Banyak sangat.  Daehyun simpan semuanya tanpa pengetahuan aku.  Lepas tu, peristiwa kat Namsan Tower tu segala – galanya dia rancang untuk sakitkan hati Daehyun. Donghae oppa  yang panggil Daehyun supaya melihat adegan tu.  Siapa yang gila sebenarnya kau cakap dengan aku?” Rina akhirnya melepaskan segala – galanya di hadapan Nana.  Nana turut kaget mendengar cerita sebenar dari rakan baiknya itu.  Rina menyeka air matanya yang entah bila gugur membasahi pipinya.

“ Oh, jadi itu cerita sebenarnya.  Sekarang baru aku tahu. Rina, kau sabar ya. Aku tengok kau dan Daehyun dah bahagia sekarang.  Itu yang terbaik untuk kau.” balas Nana lalu mengusap lembut bahu rakannya itu.

Setelah mereka berdua selesai minum, mereka kembali ke wad Daehyun.  Dari jauh Rina dapat melihat seorang doktor bersama beberapa orang jururawat sedang bergegas ke dalam wad seseorang.  Pasti ada berlaku kecemasan.  Tiba – tiba, Rina terus berlari ke arah wad tersebut.  Wad itu adalah wad yang menempatkan Daehyun!  Rina terus melangkah masuk ke dalam wad tersebut.  Nana mengejarnya dari belakang.  Belum sempat dia melihat apa – apa, beberapa orang jururawat membawanya keluar kerana pemeriksaan sedang dijalankan.  Apa yang dapat dilihatnya ialah doktor itu sedang memeriksa degupan jantung Daehyun dengan menggunakan stetoskop dan Daehyun dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rina terus memeluk Nana. Tidak lama selepas itu, doktor tersebut keluar dari wad Daehyun.  Rina terus berlari mendapatkan doktor tersebut begitu juga dengan Nana. 


“ Sara, kenapa ni? Apa yang dah berlaku?” tanya Nana kepada doktor tersebut.  Rupa – rupanya doktor tersebut merupakan kenalan Nana.

“ Hurm, baru sekejap tadi ada seorang lelaki yang masuk wad ni.  Dia seakan – akan cuba menyuntik benda ni ke pesakit di dalam wad ni ketika pesakit sedang tidur.  Mujur saja ada jururawat yang kebetulannya lalu nampak lelaki itu.  Dia terus menjerit dan lelaki tu pun keluar dalam keadaan kelam kabut tetapi dia tertinggal benda ni. Jadi aku datang untuk periksa adakah cecair ni dah masuk dalam badan dia bila kami kejut dia tak bangun.  Cecair ni dah masuk sedikit dalam badan dia tapi puan jangan risau, tak ada apa – apa effect pun.  Dia cuma akan tidur lama sedikit dari biasa.  Puan patut laporkan perkara ni kepada polis.  Untung saja staff kami cepat, kalau tidak...hurm..saya minta diri dulu ya.” jelas doktor tersebut panjang lebar.  Rina terus terduduk di situ selepas mendengar penjelasan doktor itu.

“ Nana..kau dengar kan?  Doktor tu kata lelaki kan?  Kau rasa... Donghae oppa ke orangnya?” tanya Rina seakan – akan tidak percaya.  Nana memapah rakannya itu bangun.

“ Rina, aku rasa kau perlu hati – hati lepas ni.” ujar Nana.

“ Nana, kau kena bantu aku. Daehyun tak selamat di sini.  Aku nak bawa dia pulang.  Kau kena tolong aku.” rayu Rina.  Nana hanya mengangguk faham.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet