Chapter 2

Till The End I Love You ( Malay Ver)

 

            Rina berlari sehingga menuju ke Han River.  Dia menangis sepuas – puasnya di tebing sungai itu.  Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu terus mendail nombor telefon Donghae.

“ Oppa, boleh tak datang jumpa saya di Han River sekejap? Ada perkara penting yang perlu kita bincangkan.  Saya tunggu oppa di sini.” kata Rina lalu terus menamatkan talian. 

Dia duduk di hadapan Han River itu sambil memikirkan apakah yang perlu dia buat.  Dia mungkin akan kehilangan Donghae jika dia dia berkahwin dengan Daehyun tetapi dia akan kehilangan keluarganya jika dia mengikuti Donghae.  Sedang kepalanya ligat berfikir, bahunya terasa disentuh dari belakang.  Rina terus berpaling.  Apabila melihat Donghae yang berada di hadapannya, dia terus berdiri lalu tubuh Donghae ditarik dalam dakapannya.  Dia menangis semahunya di bahu Donghae.  Donghae kaget akan kelakuan  gadis kesayangannya itu.

“ Hey baby, what’s wrong? Kenapa menangis teruk sangat ni?” soal Donghae sedikit cemas.

“ Ma..ma..” jawab Rina dengan esakan.

“ Mama?  Kenapa dengan mama?  Rina, calm down and tell me okay.” balas Donghae cuba memujuk gadis itu.

“ Oppa…I’m so sorry…mama…mama suruh Rina kahwin dengan pilihan dia bulan depan.” Rina menjawab dengan esakan.  Jawapan Rina menyebabkan Donghae kaget.  Terus dia melepaskan dakapannya dari Rina.

“ What? And then Rina setuju?” tanya Donghae sedikit marah.  Rina terdiam seketika.  Dia sendiri tidak mampu untuk menjawab soalan itu.

“ Jang Rina! Answer me!” suara Donghae mula meninggi menyebabkan Rina sedikit terkejut.

“ I have no choice! Kalau Rina tolak macam mana pun mama kata Rina tetap kena kahwin dengan dia!  Then Rina nak buat apa?” Rina akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. 

“ But you promise me…yang kita akan kahwin.  Rina kata Rina belum bersedia tapi kenapa mama Rina tiba – tiba nak jodohkan Rina pulak? And yet you do nothing for it?  Oppa tak kira.  Let’s  go to your house now.  Biar oppa yang cakap dengan mama.” marah Donghae.  Dia mula menarik tangan Rina supaya gadis itu mengikutnya.

“ Oppa no..mama takkan terima.  Rina dah cakap banyak kali tapi semuanya tak guna.  Dia tetap mahukan Daehyun sebagai menantunya!” teriak Rina lalu menarik tangannya kembali.  Donghae terkesima dengan tindakan Rina itu.

“ Daehyun? Jadi nama lelaki tu Daehyun?” tanya Donghae lagi.  Rina mengangguk perlahan.  Donghae meraup wajahnya.

“ Habis tu apa yang Rina nak buat sekarang?” tanya Donghae mendatar.

“ Rina akan kahwin dengan Daehyun.  Rina akan ikut apa yang mama nak.  Kalau itu yang boleh buat mama happy, Rina akan buat. Tapi Rina takkan sesekali putuskan hubungan dengan oppa. Mungkin Daehyun dapat tubuh Rina, tapi hati Rina milik oppa seorang.  Rina minta maaf.  Tapi setakat sini dulu pertemuan kita.  Rina minta diri dulu.”  balas Rina lalu terus berlari meninggalkan Donghae keseorangan di situ.

“ Rina! No!” Donghae memanggil nama gadis kesayangannya tetapi langsung tidak dihiraukan.

“I’m so sorry oppa..to hurt you like this..” Rina terus berlari tanpa berpaling.

            Donghae terduduk di hadapan Han River itu sambil menggenggam kedua – dua tangannya.  Sesungguhnya rasa marah sedang menguasai dirinya ketika ini.


*Baiklah. Kau buat aku macam ni Rina.  Aku sayangkan kau separuh mati tapi  kau tinggalkan aku untuk berkahwin dengan lelaki lain.  Kau tunggu Jang Rina.  Aku akan pastikan perkahwinan kau tak akan aman.  Kau tunggu nasib kau Daehyun.  Aku akan buat Rina benci dan terus benci pada kau.*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet