Chapter 1

Till The End I Love You ( Malay Ver)

“ Rina yah, saranghae…” ujar Donghae kepada Rina, gadis berumur 21 tahun yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Kesenian di Dongguk University.

“ Hae oppa…I love you too..” balas Rina lalu terus mendakap tubuh sasa milik Donghae, teman lelakinya.

“ Rina yah, memandangkan kita berdua saling mencintai antara satu sama lain, oppa ada sesuatu nak beritahu awak…jom…kita kahwin!” ujar Donghae teruja.  Rina membalas dengan senyuman yang lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya yang comel itu.

“ Hurm? Kahwin? Of course I will oppa.  Aigoo~ Looks like my oppa can’t wait to marry me. Haha. Take it easy okay. I promise we will be together.  Just I’m not ready yet. I’m just 21 years old.” balas Rina lalu memicit manja hidung Donghae.

“ Hurm? Ala…baby..oppa dah tua tau.  I’m 26 years old this year okay…” rungut Donghae manja.

“ Oppa…listen..i promise….”

Belum sempat Rina menyambung ayatnya, telefon bimbitnya berbunyi.  Rina mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangannya lalu menjawab panggilan tersebut.  Selepas beberapa minit, dia menamatkan panggilan tersebut lalu tersenyum.  Donghae memandang wajah comelnya dengan sifat ingin tahu.

“ It’s my mom. Dia kata ada sesuatu yang nak diberitahu.  So I gotta go now.  Saya akan bagitahu mereka tentang kita so don’t worry okay. I love you.” jelas Rina.  Dia mengucup pipi Donghae sebelum meninggalkannya di situ.  Beberapa minit selepas Rina pergi, Donghae juga meninggalkan tempat tersebut.

            Rina berlari bagi mempercepat langkahnya.  Dia sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah khabar gembira yang ingin disampaikan oleh mamanya sehingga dia diarah pulang dengan segera. 

“ Mama, I’m home!” teriak Rina sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam banglonya.

“ Okay, mama kat ruang makan ni. Mari sini sayang.” panggil Puan Nari, ibu kepada Rina. 

            Rina memandang kasut yang tersusun di hadapan rumahnya. Satu perasaan aneh terus menyelubungi dirinya.  Namun dia tetap meneruskan langkahnya menuju ke ruang makan.  Tiba sahaja di ruang makan, Rina terkesima.  Di hadapannya bukan sahaja mama dan papanya tetapi terdapat sebuah keluarga yang sedang bersembang dengan kedua orang tuanya.

“ Oh? Sayang..sini. Duduk sebelah mama.” arah Puan Nari.  Tanpa membantah, Rina menghenyak punggungnya di sebelah Puan Nari.  Dia sedar semua mata kini sedang tertumpu ke arahnya.

“ Oh, jadi inilah dia Jang Rina..cantik orangnya.  Semanis namanya. “ puji seorang wanita dalam lingkungan 40 – an itu.  Rina hanya membalas kata – kata tersebut dengan senyuman hambar.

“ Ya, inilah Jang Rina.  Satu – satunya anak saya. Rina, Inilah kawan baik mama masa di university dulu, Puan Saeri. Yang kat sebelahnya tu  suaminya dan yang di hadapan Rina ni..satu – satunya putera mereka..Jung Daehyun..eh, ape tunggu lagi? Sapalah mereka..” ujar Puan Saeri.

            Rina bangun lalu memberikan tunduk hormat kepada tetamu mereka.

“Annyeonghaseyo, Jang Rina imnida..bangapsumnida.” ujar Rina sopan.  Setelah bersapaan dengan tetamu mamanya, Rina kembali melabuhkan punggungnya ke kerusi.  Dia sedar putera kawan baik mamanya itu dari tadi tidak lekang memandangnya namun dia hanya membiarkannya.

“ Neh, annyeonghaseyo..woah, cantiknya anak kamu ni Nari.  Lesung pipit di mukanya persis seperti kamu. Ja, Daehyun, apa lagi? Bersapalah dengan Rina.” ujar Puan Saeri kepada puteranya. Daehyun hanya menundukkan kepalanya sedikit ke Rina.

“ Mama, kawan – kawan mama semua Rina kenal. Tapi aunty ni Rina tak pernah tengok pun.” ujar Rina kehairanan lantas membawa tawa kepada semua yang berada di situ.

“ Sayang, aunty Saeri dan keluarganya ni baru sahaja pulang ke Korea. Lepas mama habis belajar dulu, aunty ni berkahwin.  Lepas melahirkan Daehyun, mereka sekeluarga berpindah ke London.  Daehyun ni macam Rina jugak, baru habis belajar  tapi dalam bidang bisness. Lepas ni Daehyun akan ambil alih syarikat papanya.” jelas Puan Nari.  Rina hanya mengangguk tanda faham.

            Suasana menjadi senyap seketika apabila semuanya sedang menikmati hidangan makan malam yang disediakan oleh keluarga Rina.  Sedang mereka menikmati makanan masing – masing, Puan Saeri tiba – tiba bersuara memecah kesunyian.

“ Jadi Nari, orangnya pun dah jumpa face to face.  Rancangan kita macam mana? Boleh diteruskan atau tidak?” pertanyaan Puan Saeri itu menimbulkan seribu satu persoalan kepada Rina.

“ Haah.  Kalau ikut kami, kami okay je. Bolehlah kita langsungkan bulan depan kalau semua dah setuju. Tak begitu Nari?” balas Puan Nari.

“ Excuse me, maaf mencelah..tapi mama nak langsungkan apa ni?  Apa yang bulan depannya?” Rina yang sejak tadi berdiam diri mula bersuara.  Dia sebenarnya sudah menghidu sesuatu yang buruk akan sampai ke cuping telinganya.

“ Wah, baguslah kalau Rina dah tanya.  Biar mama jelaskan.  Begini, sebenarnya keluarga Daehyun pulang ke Korea bersebab.  Mama dan aunty nak jodohkan Daehyun dan Rina.  I mean that you guys are getting married next month!” terang Puan Nari kepada puterinya.

“ What??!! Mama!! What is this? Kenapa mama tak bincang dulu hal ni dengan Rina??!! Mama I’m just 21 okay! Plus for your information, I already have boyfriend.  I love him and I planned to marry him!” teriak Rina tiba – tiba.  Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan dikahwinkan bersama pilihan orang tuanya sedangkan dia tidak mencintai lelaki itu.

“ Jang Rina! Behave okay!  Rina ingat mama tak tahu dengan siapa Rina bercinta?  Mama tak kira.  Whether you like it or not, bulan depan Rina dan Daehyun akan tetap berkahwin! Full stop!” Puan Nari membidas kata – kata anaknya itu.  Bukannya dia tidak tahu dengan siapa anaknya itu bercinta.  Dia lebih dari tahu.  Dia sendiri telah menyiasat siapa sebenarnya Donghae.

“ Mama! I hate you!” teriak Rina lalu terus berlari meninggalkan semua yang berada di situ.  

Daehyun turut kaget melihat tindakan Rina yang dianggap biadap terhadap mamanya.  Tetapi Daehyun faham perasaan gadis itu apabila terpaksa berkahwin dengan orang lain sedangkan dia mencintai orang lain.  Walaupun hatinya sedikit terluka dengan  kata – kata Rina sebentar tadi, dia tetap beriak tenang. 

*I wish you know how much I love you since first time I saw your pic dear…*

 

  •  

 

Daehyun menekan anak panah ke bawah bagi melihat status – status yang diupdate di akaun twitter miliknya.  Sedang dia meneliti status – status rakannya, dia terpandang akan seorang gadis di senarai ‘You Can Also Follow’.  Daehyun melihat akaun twitter milik gadis tersebut.  Gadis yang sangat comel ditambah lagi dengan lesung pipit yang dalam di kedua – dua belah pipinya menambahkan lagi kecantikan gadis tersebut.  Perlahan – lahan Daehyun menolak tetikusnya ke bawah bagi melihat status – status yang diupdate oleh gadis tersebut.  Dia menekan butang ‘FOLLOW’ lalu tersenyum puas.  Sejak hari itu, Daehyun selalu mengikuti perkembangan gadis tersebut sehingga satu hari, gadis itu memasukkan gambar dirinya bersama dengan seorang lelaki dan diperkenalkan sebagai teman istimewanya menyebabkan hati Daehyun terluka.  Sejak hari itu, Daehyun hanya memendam rasa hatinya terhadap gadis tersebut.  Gadis yang menggunakan nama ‘@RJRina’ ataupun lebih dikenali sebagai Rina Jang.

 

#END OF FLASHBACK#

 

 “ Err..maaflah Saeri.  Saya akan cuba pujuk Rina.  Perkahwinan mereka mesti diteruskan.  Mungkin Rina masih shock dengan semua ni.” ujar Puan Nari.  Wajahnya kelihatan suram dan sungguh sedih.  Puan Saeri mengangguk faham. 

“ It’s okay Nari.  Take your time okay.  I’m sure she will be okay.  Kalau macam tu, biarlah kami minta diri dulu.” balas Puan Saeri.  Dia dan keluarganya kemudian beredar dari banglo itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet