Chapter 18

Till The End I Love You ( Malay Ver)

“Ding Dong...” Loceng  kondo mereka bebrunyi.  Daehyun pantas berlari membuka pintu.  Dia tahu siapa yang datang ke rumahnya.    Puan Saeri dan Encik Jung masuk ke dalam kondo mewah itu. Puan Saeri mendakap tubuh puteranya itu.  Berita tentang kehamilan  Rina telah pun sampai ke kedua – dua ibu bapa mereka.  Oleh sebab itu, mereka mahu menziarahi kedua – dua anak mereka itu.

 

“ Ada kat dalam bilik.  Pening kepala katanya.  Mama masuklah dulu.” jawab Daehyun lalu  bergegas ke dapur.  Sejak dari pagi tadi dia sibuk memasak bagi menyediakan makanan untuk  ibu bapa mereka yang datang pada hari ini. Disebabkan alahan teruk yang dialami oleh isterinya, Daehyun menyuruh Rina berehat di biliknya.

            Daehyun membawa papa dan mamanya ke bilik di mana Rina sedang berehat.  Puan Saeri mendekati menantunya yang sedang berehat.  Dia mengusap lembut kepala Rina.  Rina  membuka matanya apabila terasa kepalanya disentuh.  Dia bukannya tidur.  Hanya menutup matanya  untuk menghilangkan rasa pening kepalanya.

“ Eh, mama, papa.  Bila sampai?” tanya Rina lalu bangun dari perbaringannya.  Dia tahu dia tidak berapa sihat tetapi dia harus menghormati tetamunya.  Oleh itu, digagahkan juga dirinya untuk bangun.

“Eh, tak apa.  Rina baringlah.  Rehat.  Mama saja datang nak tengok Rina. Tahniah ya sayang.  Dapat juga mama cucu tahun ni.  Dah nak jadi nenek dah saya ni kan bang?” ujar Puan Saeri.

“ Itulah.  Meriahlah rumah kita nanti dengan suara budak.  Hish! Papa tak sabarlah!” sambung Encik Jung pula.  Daehyun dan Rina saling berpandangan lalu tersenyum sesama sendiri.

“ Jomlah, mama, papa, kita keluar.  Jom Princess. Rehat kat luar.  Princess kan suka tengok tv.”  ujar Daehyun.  Puan Saeri dan Encik Jung saling berpandangan lalu mereka keluar dari bilik tersebut.  Daehyun memimpin tangan Rina dan membawanya keluar ke ruang tamu.  Rina menghenyak punggungnya di atas sofa.

“ Baby Boy, mama datang dah buat air ke belum?  Awak masak apa hari ni?” tanya Rina kepada Daehyun.

“ Hurm, belum lagi.  Kejap lagi saya buat.  Hari ni saya masak sup pedas ikan merah. It’s your favourite right Princess?” jawab Daehyun sambil mengucup dahi isterinya.

“ Hish!  Depan mama papa buat macam tu.  Tak malu ke?  Dahlah. Biar saya buat air.  Kesian mama papa.  Tak ada air.” balas Rina.  Dia bangun untuk menyediakan air tetapi pantas dihalang oleh Daehyun.

“ Oh my Princess.  I know you are too kind.  But let me do that okay.  You just rest here.” balas Daehyun lalu dia segera ke dapur.  Tidak lama selepas itu, Daehyun kembali semula ke  ruang tamu dengan membawa dulang berisi cawan.  Dia meletakkan cawan tersebut di hadapan mama dan papanya lalu duduk di sebelah Rina.

“ Suka mama tengok kamu berdua bahagia.  Dulu kalau boleh tak nak kahwin.  Tapi tengok sekarang, sampai kat dalam perut tu dah ada isi dah.” ujar Puan Saeri.

“ Itulah mama.  Dulu Rina ni jual mahal sangat dekat Daehyun.” balas Daehyun sekadar bergurau.  Rina membesarkan matanya memandang wajah Daehyun.  Perlahan – lahan tangannya bergerak lalu mencubit Daehyun.

“ Ouch! Ouch! Okay Princess. Saya kalah.” Teriak Daehyun tiba –tiba.  Rina hanya tersengih memandang wajah kedua mertuanya.

“ Ding Dong..”  Sekali lagi bunyi loceng dibunyikan.  Rina bangun untuk membuka pintu.  Entah bagaimana, kakinya tersadung dan dia hampir jatuh.  Mujur tubuhnya sempat dipegang oleh Daehyun.

“ Princess, are you okay?  Stay. Let me open the door.” kata Daehyun lalu menuju ke pintu.  Puan Nari dan Encik Jang  masuk ke dalam kondo mewah tersebut.  Melihat sahaja mamanya masuk, Rina terus berlari memeluk Puan Nari.  Puan Nari turut membalas dakapan anaknya.

“ Hurm, semua pun dah ada.  Jomlah.  Disebabkan Princess ni tak sihat, hari ni Daehyun yang masak.  Jomlah kita makan bersama.” pelawa Daehyun.  Kesemua mereka pergi ke meja makan dan makan tengahari bersama – sama. 

            Sedang mereka makan, Rina tiba – tiba menekup mulutnya lalu berlari ke tandas.  Daehyun menjejak langkahnya.  Rina memuntahkan segala isi perutnya ke dalam mangkuk tandas.  Dia berasa amat mual dan loya ketika ini.  Tiba –tiba, belakang tengkuknya terasa diusap perlahan.  Dia tahu siapa yang berada di belakangnya.  Rina menarik tangan Daehyun lalu menggenggamnya dengan erat.

“ Princess? Okay tak?  Rasa nak muntah lagi?” tanya Daehyun.  Rina menggelengkan kepalanya.  Daehyun mengambil tisu lalu membersihkan mulut Rina.  Dia kemudian membawa Rina ke katilnya lalu melabuhkan tubuh isterinya di atas tilam.  Rina memejam matanya untuk menahan rasa pening kepalanya.

“ Princess rehat dulu okay.  Nanti saya bagitau mama dan papa Princess tak sihat.  I am sure they will understand.” ujar Daehyun.  Dia mengucup dahi isterinya lalu terus keluar dari bilik tersebut.  Apabila dia melangkah keluar, dia dihujani pelbagai soalan.

“ Macam mana dengan Rina?  Dia okay ke?” tanya Puan Saeri.

“ Daehyun, Rina okay ke?” tanya Puan Nari pula.  Daehyun menganggukkan kepalanya.

“ She’s okay mama.  Biasalah.  Awal – awal pergnant ni.  Memang macam tu.  Rina kata dia minta maaf sebab tak dapat layan papa and mama dengan baik.  Dia tak berapa sihat tu.  Daehyun suruh dia rehat je dekat bilik.” jawab Daehyun dengan panjang lebar.

“ Hurm, tak apalah.  Kami semua ni pun sekejap je.  Cuma nak tengok keadaan Rina.  Kami dah nak balik dah pun ni ha.  Daehyun ingat pesan mama ni tau.  Jaga Rina baik – baik.  Kalau dia marah kamu ke apa ke, biarkan.  Itu perkara biasa perempuan yang mengandung.  Okay sayang?” pesan Puan Saeri kepada puteranya.  Selepas itu, keempat – empat mereka meminta diri.   

            Selepas keluaganya pulang, Daehyun kembali ke biliknya dan terus mendapatkan isterinya yang sedang lena.  Daehyun melabuhkan tubuhnya di sebelah Rina lalu mengusap kepala Rina sehingga isterinya terjaga. Daehyun melemparkan senyuman manis kepada isterinya.

“ Mama papa dah balik ke?” tanya Rina kepada Daehyun.  Daehyun menganggukkan kepalanya. 

“ Hurm, saya rasa serba salah pula duduk dalam bilik sedangkan mereka ada di luar tadi.” luah Rina.  Daehyun menarik lembut dagu isterinya.  Mata Rina memandang tepat ke arah Daehyun.

“ Princess, it’s not your fault okay.  Mama dengan papa pun faham.  Don’t blame yourself.  Now, jom kita tidur.  You need rest.  Our baby too.” ujar Daehyun lalu dia menarik tubuh Rina dalam pelukan.  Rina menutup rapat matanya.  Semoga mereka bahagia hingga ke akhirnya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet