Chapter 24

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Rina bersiap siap untuk ke hospital.  Daehyun pula sibuk memasukkan barang – barang ke dalam kereta. Setelah mereka semua bersiap, mereka bertolak ke hospital.  Setibanya mereka ke hospital, Rina didaftarkan di wad bersalin dan diberikan bilik vip.  Dia disuruh berehat dahulu sementara menunggu doktor datang.  Daehyun menyimpan barang – barang yang dibawa ke dalam kabinet yang disediakan.  Tidak lama kemudian, seorang doktor masuk ke dalam bilik tersebut.  Dia menyuntik tangan Rina dan memasukkan jarum tersebut untuk menyalurkan air ke dalam tubuhnya.  Selepas  menukar pakaian kepada pakaian hospital, Rina diarah berehat di atas katilnya.  Puan Saeri dan Encik Jung tiba – tiba masuk ke bilik tersebut.

“ Mama! Papa!” ujar Daehyun yang teruja. 

“ Hai sayang. Kamu macam mana?  Sihat tak?” tanya Puan Saeri kepada puteranya.

“ Sihat  mama.” jawab Daehyun ringkas.

“ Rina pula macam mana?  Sihat tak? Baby sihat?” tanya Puan Saeri lalu terus mendekati menantunya itu.

“ Sihat ma.  Rina sihat.  Baby pun sihat.  Papa baby pun sihat.” jawab Rina dengan senyuman manis. 

“ Papa baby memang terlampau sihatlah.  Kalaulah baby ni keluar  esok lagi dia suka.” sampuk Encik Jung dari sebelah Puan Saeri. Rina mengangkat sebelah keningnya.

“ Kenapa pula papa?” tanya Rina.

“ La, Rina tak tahu ke?  Esokkan hari lahir Daehyun. 28 Jun.  Hari lahir Daehyun yang ke 23 tahun.” jawab Encik Jung. Rina terus memandang Daehyun.  Daehyun hanya tersenyum ke arahnya.

“ Oh ye ke. Baby Boy, tak pernah cakap pun dengan saya esok birthday awak.  Nak merajuklah macam ni.” ujar Rina.  Dia terus memalingkan wajahnya dari  memandang wajah Daehyun.  Daehyun mendekati isterinya lalu menyentuh bahu Rina.  Rina menepis tangan suaminya.

“ Amboi, garangnya Princess saya ni. “ kata Daehyun.  Dia menarik lembut dagu Rina supaya memandang wajahnya.

“ Come, listen here.  Saya tak kisah pun kalau awak tak tahu bila hari lahir saya.  Cukup awak sentiasa berada di  sisi saya.” ucap Daehyun lalu dia  mengucup pipi gebu isterinya.  Rina tersenyum dalam diam.

“ Tapi at least awak patut bagitau saya.  Bolehlah saya belikan awak hadiah atau adakan majlis yang macam awak pernah adakan untuk saya.” bebel Rina lagi.  Dia berasa kesal kerana tidak mengambil tahu tentang hari lahir suaminya.

“ Princess...Princess...shh. Listen here okay.  Saya tak perlukan hadiah, saya tak perlukan majlis besar – besaran, i just need you and the baby to stay by my side forever.  That will be the precious gift to me.” balas Daehyun lagi.  Hati Rina tersentuh mendengar kata – kata Daehyun.  Dia terus mendakap tubuh suaminya itu.

“ Daehyun ah, listen carefully. I promise i will stay by your side forever.  Because I really love you so much.” bisik Rina di telinga suaminya.  Daehyun  tersenyum bahagia. 

“ Woah!  Tengok budak berdua ni.  Bercengkerama lagi.  Dekat hospital pula tu.” Puan Nari tiba – tiba bersuara.  Semua mereka tertawa.

“ Alah, kita dulu masa mula – mula bercinta  pun macam ni jugak kan Nari.” ujar Puan Saeri.  Sekali lagi mereka semua tertawa.

“ Hurm, memandangkan semua dah ada kat sini, jomlah kita keluar makan.  Daehyun belanja.” Kata Daehyun.

“ Ha~ Baby Boy, why you are so mean?” Rina merengek manja.  Daehyun mencubit dagu isterinya itu.

“ Princess, saya bukan tak nak bawa awak tapi saya tak nak baby kita bersalin di restoren.  Just stay here and rest okay.  I will buy you food.  Now tell me what do you want to eat my Princess?” Daehyun menjelaskan sebabnya dia tidak mahu membawa isterinya itu.  Rina tertawa mendengar alasan Daehyun. Ternyata suaminya itu amat mengambil berat tentang dirinya dan anak mereka yang bakal lahir itu.

“ Hurm, okay.  Then buy me jajjangmyeon.  I want to eat jajjangmyeon!” kata Rina.  Daehyun mengangguk faham.

“ Okay.  So i will buy you jajjangmyeon.  So wait here okay.  Kami pergi dulu.” balas Daehyun.  Selepas itu Daehyun terus keluar dari bilik itu bersama mertua dan i bu bapanya meninggalkan Rina keseorangan.  Rina melabuhkan tubuhnya lalu menutup matanya.  Akhirnya dia belayar ke dunia mimpi.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet