Chapter 19

Till The End I Love You ( Malay Ver)

 

            Hari ini genap lima bulan usia kandungan Rina.  Perutnya mula membesar tetapi masih lagi kecil dan comel disebabkan oleh tubuhnya yang sememangnya kecil dan ramping.  Sejak usia kandungannya mencecah empat bulan, Rina mengalami masalah dengan tidurnya.  Oleh sebab itu, Daehyun membawa dia ke rumah mamanya Puan Nari.  Kini sudah sebulan mereka tinggal di sana.

            Rina membuka kelopak matanya.  Kepalanya berasa amat pening.  Tekaknya juga terasa perit.  Rina cuba bangun dari perbaringannya tetapi dia tidak mampu.  Dia mendengar bunyi air dari bilik mandi.  Pasti Daehyun sedang mandi kerana suaminya itu tiada di sebelahnya.  Daehyun keluar dari bilik mandi lalu mendekati isterinya.

“ Princess..wake up. Hari ni kita nak pergi check up. Lupa ke?” lembut sahaja suara Daehyun mengejutkan isterinya.

“ Daehyun ah, saya pening kepala lah.  Tekak saya pun sakit.” luah Rina manja.  Dia sudah tidak dapat menahan sakit tekaknya lalu disuarakan ke Daehyun.  Daehyun melekapkan tangannya di dahi isterinya.

“ Princess..awak demam ni.  Panas badan awak ni.  Awak siap, kita pergi hospital sekarang ya.  Lepas pergi check up, kita pergi jumpa Nana.” kata Daehyun.  Rina mengangguk lemah.  Dia bersiap – siap untuk ke hospital.

            Setelah Rina bersiap, Daehyun terus membawa isterinya ke hospital. Sepanjang perjalanannya ke hospital, Rina tertidur sekali lagi.  Daehyun memandang isterinya yang kelihatan lemah itu.  Sebelah tangannya mengawal stereng kereta manakala sebelah lagi memegang erat tangan isterinya.  Setelah tiba di hospital, Daehyun mencempung tubuh isterinya  dan terus ke bilik rawatan Nana.  Nana sendiri kaget melihat kehadiran Daehyun dan Rina  di bilik rawatannya.

“ Daehyun, kenapa ni?” tanya Nana apabila melihat tubuh Rina yang dicempung oleh Daehyun.

“ Dia demam.  Ni dia tengah tidur.  Tolong boleh tak Nana?  Dia sepatutnya pergi check up untuk baby ni.  Tapi badan dia panas sebab tu saya bawa dia ke sini.” jawab Daehyun.

“ Tak apa.  Letakkan dia kat atas katil tu dulu.  Biar saya periksa dia. “ balas Nana.  Daehyun meletakkan tubuh isterinya di atas katil pesakit.  Nana pantas menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor. Selepas memeriksa keadaan Rina, dia kembali mendapatkan Daehyun.

“ Macam mana? Teruk ke?” tanya Daehyun.

“ Haha. Taklah. Demam awak dulu jauh lagi teruk dari dia.  Suhunya 39 darjah celcius.  Agak tinggi suhu badannya tapi jangan risau, dia akan okay lepas dia berehat.   Biarlah dia tidur dulu.  Nanti saya panggilkan doktor untuk check up baby dia ni.  Doktor Park kan?” jelas Nana.  Daehyun mengangguk.

            Tidak lama selepas itu, Rina membuka matanya.  Dia  juga pelik bagaimana dia boleh berada di katil pesakit.  Daehyun pula tiada di sisinmya.  Rina bangun dari perbaringannya.  Dia memerhati keadaan sekeliling.  Sepertinya dia kenal dengan bilik ini.

“ Hah, dah bangun dah? Dah rasa okay sikit tak?” tanya Nana lalu mendekati rakan baiknya itu.

“ Nana, Daehyun mana?” tanya Rina kembali.

“ Amboi, aku tanya lain, kau tanya aku balik.  Risau betul kau dengan dia.  Suami kau pergi kafe kejap.  Katanya nak cari air mineral untuk kau.  Sayang betul dia dengan kau.  Tau kau sakit terus dia bawa kau ke sini.” jawab Nana.  Rina menarik nafas lega.  Pintu bilik Nana dikuak dari luar lalu Daehyun melangkah masuk dengan membawa sebotol air mineral.  Dia terus mendapatkan isterinya.

“ Princess! Dah bangun?  Nah, minum air ni.  Kejap lagi doktor datang.” kata Daehyun. 

            Selepas pemeriksaan doktor dijalankan, Daehyun membawa Rina keluar dari hospital itu dan menuju ke kereta.  Rina masuk ke tempat duduk penumpang di sebelah Daehyun.  Setelah Daehyun masuk ke tempat pemandu, dia terus  memandu meninggalkan kawasan hospital.  Tanpa mereka sedar, pergerakan mereka diperhatikan oleh sepasang mata.

*Owh my Baby.  Kau dah mengandung rupanya.  Bahagianya kau sekarang. Tak apa Rina. Permainan baru bermula.*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet