Chapter 15

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Rina membuka kelopak matanya.  Dia menggosok matanya yang tidak pedih.  Kemudian dia bangun dari perbaringan.  Dia melihat ke sebelahnya.  Daehyun tiada di sisinya.  Dia menolak selimut yang menutupi tubuhnya lalu dia turun dari katil tersebut.  Apabila dia keluar dari bilik Daehyun, dia terhidu bau makanan.  Terus langkah kakinya dibawa menuju ke dapur.  Dia melihat Daehyun sedang memasak dengan  dengan pakaian kerjanya.  Rina terus mendekati suaminya itu.

“ Morning Princess.  Awalnya bangun?  Kenapa  tak tidur lagi?”  sapa Daehyun lalu menghadiahkan satu kucupan di dahi isterinya.

“ Baby Boy saya tak ada kat sebelah.  Macam mana saya nak sambung tidur?” jawab Rina.  Daehyun  menutup suis api lalu memindahkan makanan yang dimasak ke dalam mangkuk bersih.  Rina hanya memerhati sahaja perlakuan suaminya.  Dalam hati dia memuji kebolehan memasak suaminya.  Daehyun memasak seperti seorang professional.

“ Ala siannya Princess saya ni.  Sorry ya Princess. Saya kerja hari ni.  Dah seminggu tak datang kerja mesti banyak kerja kat pejabat tu.” balas Daehyun. 

“ Hmm, okay.” Rina mencebik.  Suaranya juga kedengaran seperti merajuk.  Daehyun menarik lembut tangan isterinya dan dibawa ke meja makan.

“ Hurm..okay. Jangan merajuk okay Princess. Sekarang ni kita sarapan dulu okay. Nanti saya lambat pulak. Kejap ya.” Daehyun kembali semula ke dapur untuk mengambil makanan.  Setelah itu dia membawanya ke meja makan.  Dia meletakkan dua biji pinggan di atas meja begitu juga dengan set yang lain.  Daehyun mengambil nasi goreng yang dimasaknya dan ditambah dengan telur goreng lalu terus menikmati makanannya.  Rina hanya mengambil telur goreng untuk dimakan.  Daehyun yang sedang menikmati makanan itu terus terhenti suapannya.

“ La, Princess takkan makan tu je?  Makanlah nasi sikit.” ujar Daehyun.  Melihat tiada reaksi dari isterinya, Daehyun mengambil sesudu nasi goreng dari pinggannya lalu disua ke bibir Rina.  Pada mulanya Rina menolak tetapi akhirnya dia menerima suapan itu.

“ Mmm..sedapnya.” puji Rina menyebabkan Daehyun tersenyum.  Daehyun mengambil sesudu lagi nasi lalu disua ke bibir isterinya.  Rina menyambut suapan tersebut dengan gembira. 

Usai makan Daehyun bersiap – siap untuk ke kerja.  Dia sengaja mengikat tali lehernya dengan senget supaya isterinya akan membetulkan tali lehernya nanti.  Rina yang baru sahaja selesai mengemas meja makan pergi mendapatkan suaminya.  Seperti yang diinginkan, Rina membetulkan tali leher yang senget itu.  Dia kemudian mengambil beg kerja suaminya lalu dihulurkan kepada Daehyun.

“ Aigoo..my Baby Boy look so handsome..” ujar Rina sambil mencubit kedua belah pipi Daehyun.

“ Saya pergi dulu ya.  Jangan nakal – nakal kat rumah tau.  Kalau rasa bosan dan nak keluar, saya dah sediakan kereta untuk awak.  Kunci ada kat atas meja sana.  Okay Princess. Pergi dulu.” Daehyun mengucup dahi isterinya sebelum keluar dari kondo mereka.

Setelah Daehyun pergi, Rina terus ke dapur.  Dia mahu memasak untuk makan tengahari bersama Daehyun.  Rina memulakan misi memasaknya.  Setelah dua jam bertaekwando di dapur itu, Rina berlari ke bilik dan bersiap sedia untuk keluar.  Dia mengenakan blouse labuh sehingga paras lutut berwarna hijau dan juga cekak rambut yang berwarna putih.  Rambutnya dibiarkan lepas.  Selepas siap membungkus semua makanan, Rina mengambil kunci kereta yang ditinggalkan oleh Daehyun lalu keluar dari kondo mereka.  Dia menuju ke tempat parkir kereta dan menekan punat yang berwarna hijau di kunci itu.  Dia terdengar bunyi kereta terbuka dari sebelah kanannya lalu dia berpaling ke kanannya.  Buntang matanya apabila melihat kereta Mini Cooper yang berada di hadapannya.  Rina membuka pintu kereta tersebut lalu masuk ke dalam perut kereta.  Dia seakan – akan tidak percaya Daehyun menghadiahi kereta idamannya.

Rina memandu kereta tersebut sehingga ke pejabat Daehyun.  Walaupun dia tidak pernah ke pejabat Daehyun, tetapi dia tahu di manakah lokasinya.  Sebut sahaja syarikat JDH di Seoul ini, tipulah jika orang kata tak kenal. Semasa keluarga Daehyun di London, ada orang lain yang menguruskan syarikat tersebut.  syarikat ini ditubuhkan selepas kelahiran Daehyun dan nama JDH diambil sempena nama Daehyun sendiri iaitu Jung Daehyun. Rina memberhentikan keretanya di tempat parkir di kawasan syarikat itu.  Dia mengambil bekas berisi makanan lalu terus keluar dari kereta mewah tersebut.  Dia berjalan dengan gembira menuju ke bangunan yang gah itu.

“ Wah..Gembira hidup Rina sekarang ya.  Kereta mewah, semualah mewah – mewah belaka.  Boleh tak nak tumpang sekali kemewahan ni?  Tu apa tu?  Bekal untuk suami ke? Ala sweetnye.” satu suara menghentikan langkah Rina.  Dia amat mengenali suara itu.  Rina terus berpaling ke belakang.  Ternyata Donghae sedang berdiri betul – betul di hadapannya kini.  Rina mengundur setapak ke belakang.

“ Kau nak apa lagi?  Kan aku dah kata aku tak nak jumpa kau lagi!” teriak Rina di situ.  Perlahan – lahan dia bergerak ke belakang.  Donghae turut maju ke hadapan.

“ Kenapa Baby? Kenapa ke belakang?  Inikan Donghae oppa yang Rina sayang.  Bagitahu oppa.  Apa lebihnya budak hingusan tu berbanding oppa? Oppa lagi baik kalau nak dibandingkan dengan dia.  Rina.  Come back to me.” Donghae seakan – akan memujuk Rina untuk kembali kepadanya.  Rina yang mendengar hinaan Donghae terhadap Daehyun tadi mendekatinya lalu menampar pipi Donghae.  Donghae terkesima.

“ Ini untuk apa yang kau buat pada Daehyun tempoh hari.  Kau jangan ingat aku tak tahu kau cuba bunuh dia tempoh hari.” ujar Rina dengan perasaan marah.  Belum sempat Donghae bertindak apa – apa satu lagi tamparan hinggap di pipinya.  Donghae memegang pipinya.

“ Itu untuk hinaan kau pada suami aku.  Budak hingusan yang kau kutuk tu adalah suami aku dan pemilik syarikat ni.  Kau siapa? Tanya diri kau sendiri.” ujar Rina lalu dia berjalan meninggalkan Donghae.  Baru beberapa langkah dia melangkah, tangannya ditarik oleh Donghae menyebabkan Rina amat kaget.

“ Kurang ajar!  Kau memang perempuan tak guna!” Donghae sudah menaikkan tangannya untuk menampar Rina.  Rina sudah memejam matanya menerima segala apa yang akan berlaku. Sebelum sampai tapak tangan itu di pipi Rina, tangan Donghae dihalang oleh seseorang.  Donghae melihat siapakah yang menghalangnya.  Satu tumbukan tepat ke pipinya sehingga dia terjelopok ke tanah.

“ Princess, are you okay?” Mendengar soalan itu, Rina terus membuka matanya lalu terus mendakap Daehyun.  Dia sememangnya takut dengan apa yang bakal terjadi tadi.  Mujur saja Daehyun datang tepat pada masanya.  Rina mengangguk kepalanya perlahan.

“ Don’t you dare to touch my wife.  This is my last warning. Leave her and go find your own happiness.” tegas ayat yang diungkapkan oleh Daehyun.  Dia menarik tangan Rina lalu terus meninggalkan Donghae keseorangan di situ.  Donghae menggenggam erat tangannya menahan geram.

Daehyun membawa Rina ke biliknya.  Isterinya itu nampak takut dan masih lagi dalam keadaan shock selepas apa yang yang berlaku tadi.  Dia membawa isterinya itu duduk di sofa berdekatan. Mujur saja dia pulang dari mesyuarat tepat pada masanya.  Dia sebenarnya menyaksikan pertengkaran isterinya dan Donghae dari dalam kereta.  Apabila Donghae bertindak mengikut isterinya, dia pantas keluar dari kereta dan bergegas ke arah mereka.  Mujur saja dia sempat menghalang tapak tangan Donghae dari hinggap di pipi gebu isterinya.  Daehyun sendiri tidak pernah menampar isterinya.

“ Princess, are you okay?” tanya Daehyun.  Risau dia melihat isterinya yang dari tadi mendiamkan diri.  Daehyun bangun dari duduknya. Belum sempat dia melangkah setapak, tangannya ditarik oleh Rina.  Daehyun terus berpaling dan melihat wajah isterinya.  Wajah Rina telah pun dibasahi dengan air mata.  Daehyun kembali menghenyak punggungnya di sebelah Rina lalu mendakap tubuh genit itu untuk memberi kekuatan kepada isterinya.  Dia tahu Rina pasti kaget dengan kejadian yang baru sahaja berlaku.

“ Daehyun ah, i’m scared.  Saya takut dia akan apa – apakan saya dan awak.” kata Rina teresak – esak.  Dia terus melepaskan kerisauannya kepada suaminya.  Daehyun memperketatkan pelukannya.

“ Shh...it’s okay Princess. You are safe as long as I’m alive.  I will protect you no matter what happend okay.  You look so shock.  I’m gonna call my assistant to bring water to you.  Stay okay.” Daehyun cuba memujuk isterinya.  Dia bangun dan menuju ke mejanya lalu menekan butang berwarna merah.

 

“ Sally, tolong bawakan segelas sky juice ke bilik saya  sekarang ya.” kata Daehyun lalu dia terus melepaskan butang merah tersebut.  Beberapa minit kemudian, pintu pejabat Daehyun diketuk beberapa kali.  Setelah diberi arahan masuk, pintu dikuak dari luar dan seorang gadis yang cantik masuk ke dalam bilik tersebut dengan membawa segelas air yang diminta.

“ Bos, ini airnya.  Ada apa – apa lagi ke?” tanya gadis bernama Sally itu setelah menyerahkan gelas itu kepada Daehyun.

“ Err...batalkan semua appoinment luar saya untuk hari ni okay.  Kalau ada sesiapa nak jumpa saya, katakan saya ada meeting. “ ujar Daehyun dengan lagak seorang bos.  Sally mengangguk lalu meminta diri untuk keluar dari bilik itu.

Daehyun mengambil bekas makanan dari tangan isterinya.  Dia meletakkan bekas tersebut di atas meja lalu membukanya.  Banyak jenis lauk yang dimasak oleh Rina.  Bersusah payah isterinya itu datang ke pejabatnya hanya untuk menghantar makanan.

“ Princess, makan dengan saya.” pelawa Daehyun.  Rina menggelengkan kepalanya.  Selera makannya telah pun mati.  Dia masih lagi dalam keadaan shock.  Daehyun menyentuh bahu isterinya.  Tubuh isterinya menggigil.  Dia terus mengambil air yang dihantar sebentar tadi.

“ Princess, come.  Minum air ni sampai habis.  Awak shock ni.” lembut sahaja pertuturan Daehyun.  Dia membantu Rina memegang gelas tersebut.  Perlahan – lahan Rina meneguk semua air di dalam gelas itu sehingga gelas itu kosong.  Daehyun meletakkan semula gelas kosong itu di atas meja. 

“ Sekarang, awak rehat okay.  Tidur.  You need rest.  Nanti bila awak bangun awak akan lupa semuanya.  Sleep.  I will be here. “ kata Daehyun.  Dia menolak tubuh Rina supaya baring di atas sofa yang empuk itu.  Rina tidak pula membantah.  Dia memang perlu tidur untuk melupakan  segalanya.  Perlahan – lahan Rina menutup kelopak matanya dan akhirnya dia terlena.  Daehyun bangun lalu membuka kot yang dipakainya dan menyelimutkan tubuh isterinya itu.  Tengahari itu dia makan sendirian tanpa ditemani senyum tawa isterinya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet