Chapter 11

Till The End I Love You ( Malay Ver)

     Rina membuka kelopak matanya.  Pandangan yang pada mulanya kabur mula menjadi jelas sedikitt demi sedikit.  Rina menggosok matanya perlahan – lahan.  Dia masih lagi mamai.  Apabila dia merasakan dia sedang berbaring, terus dia bangun dari perbaringan.  Rupa – rupanya dia tidur di atas katil pesakit.  Rina terus memandang di sebelahnya.  Daehyun masih lagi lena dengan satu tangannya menggenggam erat tangan Rina. 

 

*Macam mana aku boleh naik atas katil ni?  Aku naik sendiri atau..Daehyun yang angkat aku?*

            Rina  melekapkan tangannya di dahi Daehyun.  Suhu badannya telah berkurangan dari semalam.  Dia menarik nafas lega.  Rina turun dari katil itu lalu membetulkan selimut menutupi tubuh suaminya.  Perlahan -  lahan Rina keluar dari bilik itu.  Dia perlu mencari sesuatu untuk suaminya.  Rina berjalan – jalan untuk menuju ke kedai bubur yang berdekatan.  Dia masuk lalu membeli dua bungkus bubur untuk dia dan Daehyun.  Usai membeli, Rina pulang ke hospital.  Semasa dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan Donghae namun tidak dihiraukannya.  Donghae mengejar Rina yang tidak jauh darinya.

“ Baby! Wait for me!” teriak Donghae dari jauh namun tidak dihiraukan oleh Rina.  Donghae merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu.  Sejak malam mereka berkucupan itu, Rina seakan – akan mengelakkan diri daripadanya.  Donghae terus mempercepat langkahnya lalu menarik tangan Rina.

“ Lepaslah!” Rina menepis tangan lelaki itu menyebabkan Donghae sangat terkejut.

“ Hey, kenapa ni?  Oppa ada buat salah ke?” tanya Donghae seakan – akan mahukan penjelasan. Rina tidak membalas pertanyaan lelaki itu malah membalasnya dengan satu tamparan.

“ Jang Rina! What are you doing?!” Donghae mula meninggikan suara.  Mana tidaknya, pagi – pagi lagi dia sudah makan penampar teman wanita sendiri.

“ That should be my question! Apa yang oppa dah buat? Huh? Jangan ingat Rina tak tahu tau.  Guna cara kotor untuk dapatkan Rina.  Oppa ingat Rina ni apa? Patung boneka oppa? Huh? Hey, sudahlah! Rina dah bosanlah dengan lakonan oppa!” tengking Rina. 

“ Apa yang oppa dah buat?” Donghae berpura – pura bertanya.

“ Huh! Wah! Manusia jenis apa oppa ni ye?  Tak tahu malu betul! Apa yang oppa dah buat?  Rina dah tahu segalanya!  Oppa ugut Daehyun kan? Huh? Pasal malam tu...semuanya rancangan oppa kan?  Jawablah!” Rina terus memerli Donghae.  Donghae tergumam. Ternyata Rina telah mengetahui rahsianya.

“Baby, I-I can explain that..” jawab Donghae.

“ Tak perlu!  Aku tak perlukan penjelasan dari penipu macam kau! Sepatutnya dari dulu lagi aku sedar perkara ni. Rumah kawan konon. Puih! Tapi nasib baiklah. Aku nak bagitau kau yang aku patut berterima kasih dengan kau.  Disebabkan perbuatan bodoh kau ni, aku dah dapat cinta aku yang sejati. Orang yang sayangkan aku sepenuh hati dan tak pernah menggunakan cara kotor untuk mendapatkan aku!  Patutlah mama tak nak aku kahwin dengan kau. And you better listen this carefully you jerk.. i never regret to have him as my husband.. so from now on..i don’t know who you are.” Rina terus berjalan meninggalkan Donghae keseorangan di situ.  Donghae menggenggam erat tangannya.

*Tak apa. Aku akan pastikan kau takkan bahagia dengan suami kau tu. Puih!*

            Rina kembali ke wad Daehyun lalu melepaskan satu keluhan yang berat.  Dia kemudian memandang wajah suaminya yang masih lagi lena lalu dia tersenyum seorang diri.  Rina meletakkan bubur itu di tepi katil suaminya lalu perlahan – lahan dia  memanjat ke atas katil tersebut.  Dia melabuhkan tubuhnya ke arah Daehyun. Perlahan – lahan tangannya mengusap lembut pipi Daehyun diikuti dengan bulu mata suaminya itu. Dahi Daehyun berkerut kerana  tidurnya diganggu oleh orang lain.  Akhirnya perlahan – lahan kelopak matanya terbuka.  Daehyun terkebil – kebil memandang wajah yang masih lagi kelihatan samar padanya. Lama kelamaan barulah jelas wajah isterinya lalu dia tersenyum manis.

“ Dah bangun?” tanya Rina lalu memicit hidung Daehyun manja.

“ Ada orang kacau saya tidur.  Bukankah orang sakit perlukan rehat?” Daehyun membalas lagi pertanyaan isterinya itu.  Rina tertawa kecil.

“ Hurm, my Baby Boy..memang la awak tu sakit.  Sebab tu awak kena bangun.  Kena sarapan. Kejap lagi jururawat datang bagi ubat.  Kalau tidur je bila nak baik.” bidas Rina menyebabkan Daehyun tersenyum.  Dia bangun perlahan – lahan dari perbaringan.  Daehyun memegang kepalanya yang masih lagi berdenyut itu.

“ Kenapa?  Sakit lagi ke?” tanya Rina.  Dia terus menyandarkan tubuh suaminya ke kepala katil.  Sekali lagi tangannya menjamah dahi Daehyun.  Suhu badan suaminya masih lagi sama seperti pagi tadi.  Rina kemudian mencapai dua bungkus bubur yang dibelinya sebentar tadi lalu menyerahkan satu daripadanya kepada Daehyun.

“ Nah. Satu untuk awak. Satu untuk saya.” ujar Rina.  Daehyun melihat isterinya memberikan sudu kepadanya.  Nampaknya dia perlu buat sesuatu jika ingin disuap oleh isterinya itu. Dia sengaja menyambut lemah huluran isterinya itu. Untung saja Rina pantas menangkap tangan suaminya itu.

“ Awak masih lemah lagi ni.  Biar saya suapkan.” kata Rina.  Daehyun tersenyum kecil.  Rina membuka bubur tersebut.  Dia menyuakan sudu ke arah mulut Daehyun.  Daehyun menyambut suapan tersebut dengan gembira.  Sedang dia mengunyah, tiba – tiba dia memegang di bahagian tekaknya.

“ Kenapa ni?” tanya Rina cemas.

“ Tekak saya sakit. Tak naklah makan.” jawab Daehyun.  Rina terus meletakkan bekas bubur itu di atas meja.

“ Hurm, kalau awak tak makan macam mana nak makan ubat? Makanlah sikit Daehyun.” pujuk Rina.  Tiba – tiba pintu wad itu dibuka.  Nana masuk dengan senyuman mendekati pasangan comel itu.

“ Hai. Daehyun? Macam mana? Rasa sihat sikit tak?” tanya Nana.  Daehyun hanya mengangguk.

“ Nana.  Tolong tengokkan.  Dia tak nak makan langsung.  Dia makan sesudu lepas tu dah tak nak makan.” Rina tiba – tiba menyampuk. Nana mendekati Daehyun lalu mengeluarkan lampu picit kecil.

“ Memang aku datang nak buat pemantauan dekat suami kau ni. Tak apa.  Biar aku check dulu. Daehyun ah, buka mulut awak.  Biar saya periksa.” arah Nana.  Daehyun hanya akur.  Dia membuka mulutnya supaya senang diperiksa oleh Nana.  Nana kemudian mengambil suhu badan Daehyun dan memeriksa degupan jantungnya.  Setelah menanggalkan stetoskop dari telinganya, Nana tersenyum.

“ Kau tak perlu risaulah.  Tekak dia bengkak sebab suhu badan dia yang terlalu tinggi sebelum ni. Sebab tu dia tolak semua makanan.  Aku check tadi..ermm....suhu badan dia dah turun sikit kepada 39, kadar degupan jantung dia normal.  Jadi kalau tak ada apa – apa, dia dah boleh balik esok.  Tentang ubat nanti aku akan beri dia ubat dalam bentuk cecair. Lain dah tak ada apa rasanya.  Esok aku akan datang buat final check up dekat dia.” jelas Nana kepada rakannya.

“ Okay, thanks a lot babe.” ujar Rina.  Nana tersenyum lalu terus meminta diri.  Daehyun mengambil bubur dari mangkuknya lalu disuakan ke Rina.  Rina menyambut suapan dari suaminya itu. 

            Usai makan, seorang jururawat datang membawa ubatan Daehyun.  Daehyun meneguk habis semua ubat walaupun terpaksa menahan tekaknya yang perit itu. Setelah itu kedua – duanya melabuhkan tubuh mereka di katil hospital itu. Daehyun merangkul erat pinggang ramping isterinya manakala Rina turut membalas pelukan tersebut.  Mata mereka bertentangan.  Rina masih lagi teringat dengan  segala yang dilihatnya semalam.

“ Daehyun ah, can i ask you some questions?” tanya Rina tiba – tiba.  Daehyun menaikkan satu keningnya.

“ Sure my Princess. What is it?” Daehyun bertanya kembali.

“ Erm, sejak bila awak tahu kewujudan saya? I mean..since when you know about me?” tanya Rina.  Daehyun tersenyum mendengar soalan itu.  Tangannya menguak anar rambut isterinya ke belakang.

“ Dah lama dah. Ever since before you have boyfriend. Since I was in London. Masa tu tengah tengok akaun twitter tiba – tiba ternampak satu profil ni.  That’s what people call love at the first sight.  Lepas saya nampak gambar awak di twitter tu, saya terus suka awak. But tak lama lepas tu, awak perkenalkan boyfriend awak tu menyebabkan saya berdiam diri.” jelas Daehyun.

“ Jadi awak tau siapa Donghae masa tu?” tanya Rina lagi.

“ Definitely.” jawab Daehyun ringkas.

“ Err..tentang ugutan tu..why you didn’t tell me about it?” tanya Rina lagi.

“ Wah, masa saya tidur semalam awak selongkar semua barang saya ya? Nakal ya..” jawab Daehyun lalu memicit hidung Rina dengan manja.

“ Mianhae..jeongmal...mianhae..” Rina terus menundukkan wajahnya.

“ Yah..hajima...apa yang saya bagitahu awak semalam? Ingat lagi tak?  Saya tak kisah siapa pun yang mengugut saya asalkan isteri saya yang comel ni ada dengan saya. “ kata Daehyun lalu melemparkan senyuman yang paling manis buat isterinya.  Rina terus  mendakap Daehyun lalu terus menangis dalam dakapan tersebut.

“ Don’t cry. Jom kita tidur.” balas Daehyun lalu membalas pelukan isterinya itu. Dia mengusap lembut belakang Rina bagi memujuk isterinya yang sedang menangis.  Dia tahu Rina terluka setelah mengetahui perkara sebenar.  Sebab itulah dia tidak mahu memberitahu isterinya itu tentang perkara ini. 

            Esakan Rina semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti.  Daehyun melepaskan dakapan isterinya perlahan – lahan lalu memandang wajah isterinya itu.  Rina sudah pun lena.  Mungkin akibat keletihan menangis.  Daehyun menyeka sisa air mata yang masih berbaki di wajah isterinya.

*From now on..I won’t let you shed tears in front of me again.  Loving you is the best experience I had in my life. Whoever you are in the past,  I will love you now and forever....my beautiful wife..*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet