Chapter 14

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Daehyun bersiap – siap untuk keluar.  Setelah hampir seminggu dia terlantar di atas katil, hari ini dia akan keluar berjalan – jalan bersama dengan isterinya buat kali pertama.  Semalam ibu bapanya telah datang melawat mereka di rumah.  Rina begitu mesra sekali melayan ibu bapa Daehyun menyebabkan dia begitu bangga sekali dengan isterinya.  Daehyun mengenakan  t- shirt berwarna putih dan juga seluar jeans.  Rambutnya disisir dengan kemas.  Lalu dia menyembur minyak wangi Uberman kegemarannya.  Setelah yakin dengan penampilannya, Daehyun keluar dari biliknya dan menunggu Rina yang juga sedang bersiap di biliknya.

            Beberapa minit selepas itu, Rina keluar dari biliknya.  Daehyun memandang isterinya tanpa kelip.  Mana tidaknya, Rina nampak sungguh cantik dengan blouse pendek berwarna putih dan dipadankan denhgan skirt pendek berwarna merah jambu.  Wajah Rina turut disapu dengan sedikit make up menambahkan lagi kecantikan di wajahnya. Rina persis seorang puteri yang mahu keluar berjalan – jalan di taman.  Daehyun mendekati isterinya.

“ Aigoo...my Princess.  You look so beautiful today.  Saya takut pulak nak bawa awak keluar.  Kita duduk rumah je la.” ujar Daehyun sambil menyentuh lembut pipi isterinya.

“ Aigoo.. my Baby Boy. You also look perfect today.  Kita kan nak keluar date hari ni. Jom.” balas Rina lalu menarik tangan suaminya keluar.  Mereka berdua masuk ke dalam kereta Toyota Camry milik Daehyun.  Setelah siap memakai tali pinggang keledar, Daehyun memandang isterinya.

“ Okay my Princess.  So where is our first destination?” tanya Daehyun kepada Rina. 

“ Anywhere.  I don’t mind as long as  I’m with you.” jawab Rina.  Daehyun tersenyum mendengarnya lalu dia terus meluncur laju  keretanya meninggalkan perkarangan kondo mewah itu.

            Daehyun membawa Rina ke kafe milik salah seorang ahli Super Junior iaitu Leeteuk untuk bersarapan.  Setelah bersarapan mereka pergi menonton wayang di pusat membeli belah yang terkenal.  Usai menonton wayang Daehyun mengajak Rina untuk berjalan – jalan di sekitar pusat membeli belah tersebut. Daehyun membelikan Rina beberapa helai baju baru dan juga dengan kasut baru.  Semasa Rina sibuk memilih kasut untuk dibeli, Daehyun menelefon seseorang.

“ Dah siap?  Okay. Terus bawa ke tempat yang kita dah janjikan.  Malam nanti saya datang.  Tolong pastikan semuanya perfect okay.  Saya tak nak ada cacat cela malam nanti. Okay. Thanks.” ujar Daehyun.  Dia cepat – cepat menamatkan talian apabila Rina mendekatinya.

“ Daehyun ah, okay tak kasut ni?” tanya Rina kepada Daehyun.

“ It’s always perfect on you my Princess.” Jawab Daehyun menyebabkan Rina tersenyum lagi. 

            Petang itu setelah selesai membeli belah, Daehyun membawa Rina berjalan – jalan di taman.  Mereka berdua berpegangan tangan sambil berjalan di taman.  Semasa mereka sedang berjalan, mereka ternampak  seorang penjual aiskrim.  Rina terus membuat muka comelnya untuk meminta aiskrim dari Daehyun.

“ Daehyun ah, I want that ice cream..” rengek Rina dengan manja sekali.  Daehyun  tertawa mendengar rengekan manja isterinya.  Kedua – dua tangannya terus mencubit pipi isterinya manja.

“ Aigoo my Princess...don’t ever you do something like this again in front of others okay. If not I will kiss you right away.  Stay..I’ll go and buy ice cream for you.” kata Daehyun lalu dia meninggalkan Rina untuk membeli aiskrim.  Rina tersenyum sendiri.  Dia tahu Daehyun pasti cair melihat dia bermanja seperti itu.  Dia menguak rambutnya ke belakang. 

Rina mendekati sebuah bangku lalu duduk di situ. Tidak lama selepas itu Daehyun mendekatinya dengan membawa sebatang aiskrim yang sangat besar.  Dia menghulurkan aiskrim tersebut kepada Rina.  Rina mengambil aiskrim itu dengan senyuman yang sangat lebar.  Dia kemudian menikmati aiskrim tersebut seorang diri.  Daehyun hanya melihat telatah comel isterinya itu.

“ Sedap sangat ke aiskrim tu?” tanya Daehyun.   Rina mengangguk laju.  Dia mengambil sesudu aiskrim lalu disuakan ke bibir Daehyun.  Daehyun menerima suapan tersebut.

“ Sedap kan?  Tapi awak tak boleh makan banyak tau.  Sebab awak baru baik demam.” ujar Rina. Dia terus menyuap masuk aiskrim ke dalam mulutnya.

“ Woah! Princess. Saya yang beli tau.  Macam mana pula awak tak bagi saya makan?  Hah?  Nak kena ni.  Come here.” balas Daehyun. 

Belum sempat dia mendekati isterinya, Rina terlebih dahulu membuka langkah berlari meninggalkan dirinya.  Daehyun terus mengejar dari belakang.  Mereka berlari – lari sehingga tiba di suatu kawasan lapang, Rina berlari ke arah sebuah pohon yang rendang.  Dia memandang ke arah sekelilingnya.  Tiada langsung kelibat Daehyun di sekelilingnya.  Rina mula tercari  - cari kelibat suaminya.  Daehyun tidak kelihatan di mana – mana sahaja.  Rina terus mencari.  Tiba – tiba seseorang memeluk tubuhnya.  Rina yang kaget terus mencampakkan aiskrim yang dipegangnya ke bawah.  Dia turut terjatuh di atas rumput itu bersama orang yang memeluknya sebentar tadi.  Rina menutup matanya.  Dia tidak mahu melihat siapa saja yang berada di hadapannya.  Tangannya sudah pun digenggam erat orang tersebut.  Tubuhnya pula dihempap oleh orang yang sama.

“ I got you.  Where do you think you are going my Princess?” suara Daehyun sungguh lembut dan memukau sehingga membuat Rina tersenyum.  Dia kenal dengan suara itu.  Perlahan – lahan Rina membuka matanya.  Wajah Daehyun kini betul – betul berada dekat dengan wajahnya.  Rina terkebil – kebil memandang wajah Daehyun.  Daehyun turut tersenyum lalu dia turut melabuhkan tubuhnya di sebelah Rina.  Tangannya menggenggam erat tangan Rina.

“ Hari ni indah kan?” Rina bersuara tiba – tiba.  Daehyun mengangguk sama.  Dia melihat ke arah jam tangannya.  Sudah menunjukkan pukul lima petang.  Dia terus bangun dari perbaringannya lalu mencempung tubuh isterinya.  Rina terkesima lalu dia meronta supaya Daehyun menurunkannya.

“ Yah, Daehyun ah, kita nak ke mana ni? Kalau iya pun nak balik, turunkanlah saya.  Saya boleh jalan sendirilah.  Malulah orang tengok.” ujar Rina sambil meronta – ronta.

“ My Princess. Baik awak duduk diam.  Saya kiss kat sini nanti.” kata Daehyun lantas terus mematikan kata – kata Rina.  Dia terus mengunci mulutnya dari berbicara.  Daehyun tersenyum dalam diam lalu dia terus membawa isterinya menuju ke kereta.  Dia sedar banyak mata yang memandang ke arahnya tetapi tidak dihiraukannya.  Rina isterinya.  Dia berhak membuat seperti itu. 

Daehyun menguak pintu kereta lalu meletakkan Rina di tempat duduk di sebelahnya.  Selepas itu dia masuk ke dalam perut kereta lalu kereta itu terus meluncur laju meninggalkan taman tersebut. Daehyun memandu sehingga ke satu kawasan restoren lima bintang yang gah.  Rina terus memandang wajah suaminya.  Belum sempat dia bertanya, Daehyun terlebih dahulu keluar dari kereta.  Dia membuka pintu kereta di tempat duduk Rina lalu membuka tali pinggang keledar Rina dan membawa isterinya keluar.

“ Daehyun ah, kita nak ke mana ni?” tanya Rina sambil membuntuti langkah Daehyun.

“ Shh...just follow me okay Princess?” jawab Daehyun lalu menarik lembut tangan isterinya.

 

 

Daehyun membawa Rina masuk ke dalam restoren lima bintang itu.  Dua orang pelayan membawa mereka ke satu tempat.  Alangkah terkejutnya Rina apabila melihat tempat yang dibawa oleh pelayan itu.  Tempat yang dipenuhi dengan kelopak ros merah dan putih.  Bilik itu juga berlatar belakangkan gambar mereka berdua.  Daehyun membawa isterinya duduk di set meja yang telah dihias dengan begitu indah sekali.  Rina memandang ke sebelah kiri dan kanannya.  Semuanya gambar dia dan Daehyun semasa mereka berkahwin.  Dua orang pelayan datang membawa pinggan yang ditutup.  Setelah pinggan itu diletakkan di atas meja, mereka berdua menikmati hidangan tersebut.  disebabkan suasana yang amat romantik, Rina berasa sedikit janggal untuk makan.  Apabila makanannya sudah habis, Daehyun tiba – tiba meminta diri untuk ke tandas.

Beberapa minit selepas  Daehyun meninggalkannya, keadaan bilik besar itu tiba – tiba menjadi gelap gelita.  Rina sedikit kaget.  Dia terus memandang ke arah sekelilingnya.  Baru sahaja dia ingin bangun dan mencari Daehyun, tiba – tiba lampu putih menyala di tempat piano diletakkan. Rina memerhati kawasan piano itu dengan betul. Ada seorang lelaki yang sedang duduk di piano tersebut.  Jantungnya kini berdegup dengan begitu laju sekali seperti baru lepas menamatkan larian marathon.

“ Girl,

   Keum cheoreom dagaon neol

   Ireohke kkok jaba nochi aneul geoya~”

Daehyun tiba – tiba menyanyikan lagu Angel nyanyian asal  kumpulan Teen Top sambil jarinya lincah bermain piano.  Rina tergumam mendengar suara Daehyun menyanyikan lagu tersebut.  Rina mendengar setiap bait lagu yang didendangkan oleh suaminya.  Daehyun seolah – olah meluahkan rasa cintanya terhadap Rina melalui lagu tersebut.  Perlahan – lahan, mutiara jernih Rina gugur membasahi pipinya tanpa dia sendiri sedar.  Dia begitu terharu dengan luahan perasaan suaminya. Selepas lagu itu tamat, tiba – tiba seorang kanak – kanak yang comel berbaju dress berwarna putih mendekati Rina dengan membawa sejambak bunga ros merah lalu ros itu diberikan kepada Rina.  Rina mengambil jambangan bunga tersebut .  Tiba – tiba seorang kanak - kanak lelaki pula mendekatinya.  Kanak – kanak tersebut menghulurkan tangannya ke arah Rina.  Rina sedikit terkejut lalu dia menyambut huluran tangan kanak – kanak tersebut.  Perlahan – lahan anak kecil itu membawa Rina ke arah Daehyun.  Daehyun bangun dan berdiri di hadapan piano itu.  Semakin lama Rina semakin hampir dengannya.  Setibanya Rina di hadapan Daehyun, kanak – kanak tersebut berlari meninggalkan mereka.  Rina memandang wajah Daehyun dengan linangan air matanya.

“ Daehyun ah, you..” Belum sempat Rina menghabiskan ayatnya, Daehyun menyeka air mata yang gugur di mata isterinya.  Dia melemparkan senyuman yang sangat lembut dan manis buat isteri yang amat  dicintainya.

 

“ Don’t cry  my Princess. Ada lagi satu kejutan untuk awak.” ujar Daehyun.  Seorang pelayan masuk ke dalam bilik tersebut dengan membawa sebuah dulang yang ditutup.  Semakin lama pelayan tersebut semakin mendekati mereka dan akhirnya pelayan tersebut berdiri betul – betul di hadapan Rina.

“ Bukalah. That’s all for you.” ujar Daehyun.  Perlahan – lahan Rina membuka penutup tersebut.  Bersinar matanya melihat barang yang berada di sebalik penutup tersebut.  Satu set gelang tangan dan kaki dilengkapi dengan anting – anting yang direka khas untuknya.  Di setiap barang kemas tersebut terdapat loket yang sama pada rantai yang pernah dihadiahkan oleh Daehyun.  Rina menekup mulutnya.

“ Daehyun ah..” Rina sudah kehilangan kata – kata.  Daehyun mengambil gelang kaki lalu terus melutut di hadapan isterinya. Dia sendiri menyarungkan gelang tersebut ke kaki isterinya.  Selepas itu dia turut melakukan perkara yang sama pada gelang tangan dan anting – anting yang diberi.  Rina terpaku tanpa kata – kata.  Selesai memasang semuanya di tubuh isterinya, Daehyun melihat leher jinjang milik isterinya.  Dari awal lagi dia sudah perasan Rina memakai rantai yang dihadiahkannya pada hari lahir gadis tersebut.

“ Now you really look like my angel, my princess.” ujar Daehyun lalu menarik Rina dalam pelukan.  Rina turut membalas pelukan tersebut.  Empangan matanya sudah pun pecah.  Air matanya tidak berhenti dari gugur membasahi pipinya.  Daehyun melepaskan pelukan tersebut.

“ There is a sentence that i will say to you every single day so you better listen it carefully and don’t ever forget about it...My Princess...saranghae..” ucap Daehyun lalu terus mengucup bibir isterinya.  Rina turut membalas kucupan tersebut.  Lama mereka dalam keadaan begitu. 

Setelah beberapa minit, Daehyun melepaskan kucupan itu.  Rina memandang wajah suaminya.  Kini dia yakin bahawa mengahwini Daehyun bukanlah satu kesalahan yang pernah dibuatnya.  Daehyun seperti seorang putera yang amat dinantikan dalam hidupnya.  Setelah selesai urusan di restoren tersebut, mereka berdua keluar dengan berpegangan tangan.  Setelah penat seharian berjalan bersama – sama, mereka akhirnya pulang ke kondo mereka.  Daehyun memakir kereta di kawan parkir kereta di kondo mewah tersebut.  Dia memandang ke arah isterinya.  Rina sudah pun lena di sebelahnya.  Mungkin kepenatan setelah seharian keluar bersama.  Daehyun keluar dari kereta lalu mencempung tubuh isterinya dan membawa isterinya ke kondo mereka.  Setelah bersusah payah menekan punat kata laluan kondo mereka, Daehyun membawa Rina masuk ke biliknya.  Tubuh isterinya itu dilabuhkan di atas katil miliknya.  Dia menanggalkan kasut yang dipakai isterinya lalu menarik selimut ke paras dada Rina. Dia membelai lembut rambut Rina dan mengucup dahi isterinya.

*I’m very happy today. I love you my Princess.*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet