Chapter 22

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Malam dan siang silih berganti.  Kandungan Rina akhirnya  genap lapan bulan.  Hanya sebulan sahaja lagi sebelum mereka menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga mereka. Pada saat – saat akhir ini, Daehyun sentiasa berada di sisi isterinya.  Apa yang disuruh oleh isterinya semuanya akan dilaksanakan.  Malam itu, Daehyun dan Rina menonton televisyen bersama – sama.  Rina menyandarkan tubuhnya ke dada Daehyun.  Daehyun pula merangkul tubuh isterinya dari belakang.  Mereka menonton televisyen sambil menikmati snek.

“  Daehyun ah..” Rina mula bersuara memecah kesunyian.

“ Yes Princess?” sahut Daehyun lalu menyuap snek ke mulut Rina.

“ Hurm, awak tau kan saya akan bersalin bulan depan?” tanya Rina lagi.  Dia bermain – main dengan rambutnya.

“ Of course I know Princess.  I can’t wait for the time.  Really can’t wait to be a father.  You know how happy I am now?” jawab Daehyun lalu dia mengucup dahi isterinya itu.  Dialah orang yang paling tidak sabar untuk bergelar papa kepada anaknya.

“ Hurm, okay..let say baby kita  baby boy, nama apa yang awak nak letak?” tanya Rina lagi.  Dia ingin tahu nama apakah yang Daehyun akan pilih untuk anak mereka.  Daehyun berfikir sejenak.

“ Hurm, let see. Saya rasa saya nak letak nama dia Daehwan.  Jung Daehwan.” jawab Daehyun lalu memasukkan lagi snek ke dalam mulutnya.

“ Jung Daehwan?? Tapi kenapa Daehwan?” tanya Rina yang agak pelik dengan nama itu.

“ Aigoo, my Princess. Sebelum nama saya Jung Daehyun, keluarga saya panggil saya Daehwan.  Tapi akhirnya jadi Daehyun.  Jadi kalau baby kita baby boy, saya nak namakan dia dengan nama tu.” jelas Daehyun. Rina mengangguk perlahan.  Setelah hampir dua tahun dia bersama Daehyun, baru hari ini dia tahu mengenai hal itu.

“ Okay.  Kalau baby girl pula?” tanya Rina lagi.  Sekali lagi Daehyun berfikir sejenak.

“ Hurm, okay.  Kalau baby girl, let’s put her name Dae Ri. Jung Dae Ri.” jawab Daehyun.

“ Daeri? Comelnya nama tu. Tapi maksudnya apa?” tanya Rina lagi.

“ Daehyun + Rina, jadilah Daeri.  Jung Daeri.” jawab Daehyun. 

“ Woah.  Comel betul nama tu.  Okay. Kita dah ada nama untuk baby kita.” balas Rina.

“ Come, let me have a chat with our baby.” ujar Daehyun.  Rina bangun dari dada suaminya lalu Daehyun pula yang melabuhkan tubuhnya di atas paha Rina.  Dia melekapkan telinganya di perut isterinya itu.

“ Hi baby.  Papa is here. Baby tengah buat apa tu?  Tidur lagi ke dalam perut mama? Baby nak tau tak, papa dah tak sabar sangat nak tunggu baby keluar.  Mesti anak papa ni comel macam mama kan?  Untuk sebulan ni baby bertahan ya sayang.  Jaga mama dengan baik.  Be a very good baby okay.  Papa loves you  so much!” ucap Daehyun lalu dia mengucup perut isterinya itu.  Rina hanya mampu tersenyum melihat tingkah laku suaminya.  Daehyun betul – betul tidak sabar dengan kelahiran anak pertama mereka.

Daehyun memandang tepat pada mata isterinya.  Rina juga  memandang tepat wajah suaminya.  Daehyun bangun dari perbaringan dan terus merenung wajah Rina.

“ Princess, there is something that I want to tell you.” kata Daehyun.

“ What is it?” tanya Rina.  Dia sedar pandangan mata Daehyun terhadapnya sudah pun menggoda.

“ I just want to say that i love you so much.” ungkap Daehyun membuatkan Rina tersenyum lebar menampakkan lesung pipitnya yang comel itu.

“ I love you too Baby Boy.” balas Rina.  Perlahan – lahan Daehyun mendekati Rina.  Rina telah bersedia dengan segala apa yang berlaku.  Semakin lama semakin dekat.  Kini wajah Daehyun betul – betul berada di hadapan Rina. Hidung mereka telah pun bersentuh.  Tiba – tiba..

“ Ehem! Ehem!” Puan Nari berdehem kuat menyebabkan Daehyun terus menjauhi Rina. 

“Amboi... nak buat apa kat depan mama tadi huh?  Nakal ya dua – dua ni. Dah lewat ni.  Tak elok ibu mengandung tidur lambat.  Pergi masuk tidur sekarang.” tegur Puan Nari.  Daehyun dan Rina terus berpegangan masuk ke bilik mereka.  Puan Nari tersenyum melihat gelagat anak dan menantunya itu.

Daehyun menutup pintu bilik lalu menguncinya.  Dia terus mendekati isterinya yang sudah pun berada di atas katil.  Daehyun memanjat katil lalu mendapatkan isterinya.

“ Princess, mama kacau daunlah tadi.  Baru nak rasa kiss dari Princess.” ujar Daehyun.  mendengar kata – kata suaminya Rina terus memicit manja hidung suaminya.

“ Ish!  Sejak bila jadi miang ni!  Baby kat dalam ni dengar tau!” marah Rina. Marah – marah sayang.

“ Ouch! Sakitlah Princess!  Janganlah bust macam ni.  Nanti baby ikut saya yang susah. Princess, jom kita tidur.  Saya mengantuklah.” balas Daehyun  sambil menyentuh hidungnya.

“ Hurm, awak nak tidur awak tidurlah dulu.  Saya tak mengantuk lagi.” balas Rina.

“ Betul ni?” tanya Daehyun untuk kepastian.  Rina menganggukkan kepalanya.  Daehyun mendapat satu idea nakal untuk mengacau isterinya.  Dia berpura – pura tidur di hadapan isterinya. 

Rina tersenyum melihat wajah tenang suaminya ketika tidur.  Dia mengusap ubun – ubun Daehyun lalu mengucup dahi suaminya.  Dia turut menarik selimut menutupi dada suaminya.  Perlahan – lahan Rina turun dari katil.  Dia ingin turun ke bawah dan mencari makanan kerana perutnya terasa lapar.  Perlahan – lahan dia menghampiri pintu biliknya.  Tiba – tiba Rina merasakan tubuhnya seperti melayang di udara.  Disebabkan terkejut, Rina terjerit kecil.  Dia terus memandang wajah Daehyun yang sedang mengendongnya.  Perlahan – lahan Daehyun membawanya semula ke katil lalu melabuhkan tubuhnya di atas katil.

“ Where do you think you are going without me Princess?” tanya Daehyun dengan nada menggoda.

“ Hehe.  Dae- Daehyun ah. Bukan tadi awak dah – dah tidur ke?” tanya Rina.  Dia tersengih melihat wajah suaminya itu.

“ Aha. No no no! That’s not the answer.” balas Daehyun.

“ Err..what will you do if i say my answer is secret?” tanya Rina.

“ What will i do? Well. Let see.” Daehyun mendekatkan tubuhnya ke arah isterinya.  Semakin lama semakin dekat.  Rina semakin bergerak ke belakang.  Tiba – tiba jari je mari Daehyun bergerak menggeletek seluruh tubuhnya.  Rina terus tertawa.

“ Aaarrgghh!! Daehyun ah!! Don’t! Don’t!! Aaarrgghh!!!” jerit Rina dengan kuat.

“ Jung Daehyun!! Jang Rina!!  Apa bising – bising tu?? Mama suruh tidur kan?” teriak Puan Nari dari luar bilik.  Rina dan Daehyun terus menutup mulut masing – masing.  Mereka tertawa sesama sendiri.

“ Ouch!” Rina terjerit kecil sambil memegang perutnya.  Daehyun terus memegang bahu isterinya.

“ Princess?  Kenapa ni?” tanya Daehyun yang panik.  Dia melihat wajah isterinya yang berkerut menahan sakit.

“ Perut sakit.  Baby tendang.” jawab Rina.  Daehyun menarik nafas lega.  Ingatkan apalah yang berlaku.

“ Ha, itulah.  Baby marah mama dia. Nakal sangat.  Dah. Jom kita tidur.” kata Daehyun.  dia melabuhkan tubuh isterinya lalu dia baring di sebelah isterinya.  Daehyun menggenggam erat tangan Rina.

“ Good night Princess.” ucap Daehyun.

“ Good night Baby Boy. “ balas Rina.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet