Chapter 31

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Daehwan membuka kelopak matanya.  Dia sendiri tidak tahu di mana dia berada.  Perkara terakhir yang dia ingat ialah dia didakap oleh mamanya.  Selepas itu dunianya berubah menjadi gelap.  Daehwan memandang ke sekelilingnya.  Bilik yang dicat sepenuhnya dengan warna putih itu telah pun memeberitahunya di mana dia berada.  Daehwan memandang ke sebelah kanannya.  Dia melihat mamanya sedang lena di sisinya sambil menggenggam tangannya.  Daehwan tersenyum hambar.  Inilah kali pertama mamanya memegang tangannya dengan begitu erat sekali.  Daehwan menggerakkan sedikit tangannya memberi isyarat kepada mamanya bahawa dia sudah pun sedar.  Rina tersedar apabila menyedari tangan anaknya itu bergerak.

“ Sayang dah sedar?  Nak apa – apa ke? Nak minum?  Makan?” tanya Rina prihatin.  Daehwan menggelengkan kepalanya. 

“ Daehwan tak selesa ya mama ada kat dalam?  Tak apa.  Daehwan berehatlah.  Mama keluar dulu.” ujar Rina.  Dia mengambis tas tangannya lalu bangun untuk keluar dari wad itu.  Dia tahu pasti Daehwan membencinya ketika ini.  Belum sempat Rina melangkah setapak, Daehwan bangun dari perbaringan lalu memeluk mamanya dari belakang.  Rina terpempan.

“ Don’t go.  Please.  Daehwan tak nak makan, tak nak minum tapi ada sesuatu yang Daehwan nak sangat.  Daehwan nak mama Daehwan.  Mama janganlah pergi lagi. Stay with me.” ujar Daehwan.  Mutiara jernih Rina gugur lagi.  Dia berpaling ke belakang lalu terus mendakap  erat tubuh puteranya itu.  Dahi Daehwan dikucup beberapa kali.

“ Tak sayang.  Mama takkan pergi lagi. Mama akan ada di sisi Daehwan lepas ni.  Seperti mana papa sentiasa berada di sisi mama satu masa dahulu.” balas Rina. 

“ Daehwan sayang mama. I love you.” ucap Daehwan tiba – tiba.  Rina seperti mendengar suara Daehyun yang mengucapkan ayat keramat itu.  Rina melepaskan pelukan  itu lalu dia memandang tepat ke wajah puteranya itu.

“ Mama pun sayang Daehwan juga.  I love you too.  Kita bina hidup baru ya sayang.  Buang semua luka di hati Daehwan.  Mama akan rawat semula luka di hati Daehwan dengan kasih sayang selepas ni.  This is my promise to your dad.” ujar Rina lalu mereka berdua kembali berpelukan.

            Tanpa mereka sedari, empat pasang mata memerhati mereka dari luar.  Keempat – empat mereka saling berpelukan.  Mereka gembira melihat semuanya sudah pun berlalu.  Hubungan Daehwan dan mamanya sudah pun kembali seperti biasa.

*Kami harap kamu berdua bahagia selalu..and we are sure Daehyun is happy up there too*

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet