Chapter 16

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Rina membuka kelopak matanya.  Suasana di tempat itu kelihatan sedikit gelap berbanding dengn pejabat Daehyun sebentar tadi.  Dia terus memandang ke sebelahnya.  Daehyun sedang fokus memandu.  Barulah dia tahu dia berada di dalam kereta.  Daehyun yang perasan isterinya sudah bangun terus menyentuh tangan isterinya.

“ Princess?  Dah bangun?  So how?  Feel better?” tanya Daehyun lalu mengucup tangan isterinya.  Rina mengangguk perlahan.  Dia terus memerhati pemandangan di luar.

“ Daehyun ah, kereta saya macam mana?  Kita nak ke mana ni?”  tanya Rina.  Baru dia teringat dia ke pejabat Daehyun dengan memandu keretanya.  Daehyun tersenyum mendengar soalan isterinya.

“ Hesy, kereta pula yang dirisaunya.  Saya dah suruh pekerja saya bawa balik.  Jangan risau.  Kita nak pergi shopping barang rumah sikit.  Ada apa – apa yang awak nak makan tak?  Saya masakkan malam ni.” ujar Daehyun lalu menambah kelajuan keretanya. Rina yang tertarik dengan tawaran Daehyun itu berfikir sejenak.

“ Hurm, saya nak makan stew. Dengan kuih gulung telur.  Boleh tak Baby Boy?” kata Rina dengan manja.  Dia tidak tahu mengapa tetapi dia teringin untuk makan dua makanan itu sangat – sangat.

“ Anything for you Princess.” balas Daehyun.

Mereka tiba di pasaraya besar di Seoul lalu terus keluar dari kereta.  Rina memaut kemas lengan Daehyun.  Dia masih lagi takut dengan kejadian pagi tadi.  Daehyun melepaskan pautan itu lalu memegang erat tangan isterinya.  Mereka masuk ke dalam pasaraya tersebut lalu memulakan misi untuk membeli belah.  Daehyun mengambil barang – barang yang diperlukan untuk memasak stew dan kuih gulung telur.  Dia turut membeli beberapa barang lain seperti buah – buahan.  Rina pula mengambil sebotol besar susu dan juga satu kotak besar fresh orange.  Dia turut mengambil asam paket yang dijual di situ.  Dia juga mengambil buah  pelam lalu dimasukkan ke dalam troli yang ditolak oleh Daehyun. Daehyun memandang aneh isterinya.

“ Princess, are you sure you are going to eat all these?” tanya Daehyun.  Pertanyaan Daehyun itu dibalas dengan anggukan laju.  Daehyun kemudian mengangguk lalu mereka pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar barang – barang yang telah dibeli.  Setelah selesai urusan pembayaran, mereka berdua keluar dari pasaraya tersebut dan menuju ke kereta.  Usai menyimpan semua barang, mereka masuk ke dalam kereta. Daehyun terus memandu keretanya keluar dari kawasan pasaraya itu.

“ Kita pergi Baskin Robin boleh tak Baby Boy? Saya nak beli aiskrim.” ujar Rina dengan manja sekali lagi.

“ La, kan tadi kat dalam ada aiskrim.  Kenapa tak cakap nak tadi?” balas Daehyun. 

“Ala.  Rina nak Baskin Robin bukan yang kat dalam tu.” kata Rina.  Dia tiba – tiba mendiamkan diri.  Daehyun memandang wajah isterinya itu.  Tanpa dia sedar Rina telah pun menangis dalam diam.  Daehyun terus mengelus lembut tangan isterinya.

“ Princess, hey, kenapa ni?  Kenapa tiba – tiba menangis ni?” tanya Daehyun yang kehairanan.  Tiada angin dan ribut tiba – tiba sahaja isterinya itu menangis.

“ Rina Cuma nak makan aiskrim Baskin Robin. Salah ke?” kata Rina dengan teresak – esak. 

“ La, siapa kata salah.  Saya nak bawa awak ke Baskin Robinlah ni Princess.  Dah, don’t cry. “ balas Daehyun.  Dia pelik sebenarnya dengan sikap isterinya hari ini.  Rina mengambil semua makanan yang dia tidak suka makan.  Dan dia juga agak emosi sejak beberapa minggu ini.  Daehyun menghentikan lamunannya.

Setelah membeli aiskrim Baskin Robin seperti yang diinginkan oleh isterinya, mereka pulang ke rumah dan bersiap membersihkan diri.  Usai membersihkan diri, Daehyun terus menuju ke dapur bagi menyiapkan makan malam.  Rina pula duduk sahaja di meja makan sambil mengunyah asam yang dibelinya sebentar tadi.  Sesekali Daehyun menjengah ke meja makan bagi melihat apakah yang dibuat oleh isterinya.  Setiap kali itui juga Rina memandang wajahnya dengan senyuman.  Satu jam berada di dapur, akhirnya makan malam mereka telah pun siap dihidangkan di atas meja.  Daehyun mengambil beberapa kuih gulung telur dan diletakkan di hadapan isterinya.  Rina menyepit satu kuih tersebut lalu dia tersenyum.

“ Sedapnya! Thanks a lot Baby Boy!” ujar Rina dengan gembira.  Daehyun tersenyum mendengar pujian isterinya.  Dia bangga kerana dapat menyediakan makanan buat isteri tercinta.  Rina makan dengan begitu berselera sekali.

Usai makan malam, Rina terus masuk ke dalam bilik Daehyun.  Daehyun hanya membuntuti langkah isterinya itu.  Rina terus memanjat naik ke katil dan terus merebahkan tubuhnya ke atas tilam empuk itu.

“ Princess, dah nak tidur ke?  Awal lagi ni.” tegur Daehyun.

“ Hmm, saya penatlah hari ni.  Kaki sakit sangat.” jawab Rina sambil matanya tertutup rapat.  Tidak sampai berapa minit dia naik ke atas katil, Daehyun mendengar dengkuran kecil isterinya.  Pasti isterinya kepenatan dengan apa yang berlaku hari ini.  Daehyun menyelimutkan tubuh genit isterinya lalu dia mengucup dahi isterinya itu.

*Good night Princess.*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet