Chapter 30

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Rina duduk termenung di luar jendela.  Kondo yang didiaminya sekarang ini meninggalkan seribu satu kenangan antara dia dan Daehyun.  Oleh sebab itu, Rina mahu terus tinggal di sini.  Walaupun sudah lima belas tahun berlalu sejak kematian Daehyun, Rina masih lagi menyalahkan anaknya sendiri sebagai punca kematian Daehyun.

“ Princess, ingat.  Baby ni lambang cinta kita berdua.  Please take a good care of our baby.” kata – kata Daehyun terngiang – ngiang kembali di telinga Rina. 

“ He’s our baby.  Yeah.  He’s my son.” ucap Rina seakan – akan baru tersedar dari mimpi.  Rina terus berlari ke bilik Daehwan bagi mencari anaknya.  Baru dia teringat Daehwan sudah pun meninggalkannya tengahari tadi.  Rina terus terjelopok ke atas lantai.  Dia memeluk lututnya sendiri lalu menangis teresak – esak.

“ Daehyun ah, I’m sorry. I have failed to take a good care of our child. I’m sorry...” Rina menangis teresak – esak.  Telefon bimbit Rina berbunyi.  Dia terus bangun dan mendapatkan telefon itu kerana menyangka Daehwan yang menelefonnya.  Rina terus menjawab panggilan tersebut.

“ Hello?” sapa Rina.

“ Hello.  Rina.  Mama ni.” ujar Puan Saeri.  Rina mengeluh kecil.

“ Hurm, oh.  Mama. Ingatkan siapa tadi.  Kenapa mama?” tanya Rina. Jarang sungguh mamanya yang seorang ini menelefonnya sejak akhir – akhir ini.

“ Macam ni.  Sebenarnya Daehwan suruh mama rahsiakan dari kamu tapi mama tak sampai hati. Kamu kan mama dia.  Daehwan ada di rumah mama.  Tadi dia datang menangis  teresak – esak kat mama.  Sekarang ni dia dah tidur dah. Sayang, mama tahu apa kamu rasa.  Tapi peristiwa tu dah lima belas tahun berlalu.  Takkanlah kamu nak layan anak kamu macam ni seumur hidup? Mama pasti Daehyun pasti menangis tengok Rina buat anak Rina macam ni.” ujar Puan Saeri di dalam talian.  Mendengar nama Daehyun disebut, Rina terus menangis.

“ Rina rindukan dia mama.  Walaupun dah lima belas tahun, Rina rasa macam baru semalam ianya berlaku.  Setiap hari bagaikan mimpi ngeri bagi Rina.  Sekarang Rina dah sedar.  Ada Daehyun yang baru Daehyun tinggalkan untuk Rina.  Mama jangan risau.  Esok Rina sendiri yang akan jemput Daehwan balik. Rina nak anak Rina.” luah Rina.

“ Mama tahu kamu rindukan dia sayang.  Mama ni..insan yang melahirkan dia.  Rindunya mama pada Daehyun tidak boleh diungkap dengan kata – kata.  Baguslah kalau Rina nak ambil Daehwan semula.  Pujuklah dia dan binalah hidup baru bersama Daehwan ya sayang.  Mama nak masuk tidur dulu ni. Selamat malam.” balas Puan Saeri lalu dia menamatkan panggilan.

            Rina terus masuk ke dalam biliknya.  Esok dia akan berubah menjadi Rina yang baru. Tidak.  Rina yang lama.  Rina yang sayangkan anaknya Daehwan.  Rina melabuhkan tubuhnya di atas katil.  Perlahan – lahan matanya tertutup dan akhirnya rapat.  Rina lena dibuai mimpi.

            Keesokan harinya, pagi – pagi lagi Rina telah bersiap – siap untuk mengambil kembali puteranya pulang ke rumah.  Setelah dia bersiap seperti biasa, Rina terus menuju ke rumah mertuanya.  Lima belas minit perjalanan, akhirnya Rina tiba di rumah mertuanya. Loceng ditekan beberapa kali.  Hatinya berdebar – debar untuk bertemu dengan puteranya itu. Pintu dikuak dari dalam Dan Puan Saeri menyambut kedatangan menantunya itu dengan senyuman.

“ Mama!  Lamanya tak jumpa.  Mama sihat?” tanya Rina lalu mendakap erat tubuh Puan Saeri.  Puan Saeri membalas pelukan tersebut.

“ Mama sihat.  Rina macam mana?” tanya Puan Saeri pula.

“ Rina mestilah sihat.  Rina muda lagilah mama.” jawab Rina selamba.  Puan Saeri tertawa mendengar gurauan Rina.  Inilah Rina yang dirinduinya selama lima belas tahun ini.  Sejak kematian Daehyun, Rina terus berubah.  Tiada lagi senyuman yang sentiasa menghiasi dirinya.  Yang ada hanya linangan air mata yang mengiringi perjalanan hidupnya.

“ Hahah.  Mudalah sangat.  Anak pun dah besar dah tu.” ujar Puan Saeri.

“ Hahah. Mama, Daehwan mana?” tanya Rina.  Dia tidak nampak langsung kelibat Daehwan di dalam banglo itu.

“ Dia ada kat biliknya. Bagus juga kamu datang pagi hari ni.  Dari semalam dia tak makan apa – apa.  Dia duduk berkurung dalam bilik. Bila mama masuk, dia dah tidur. Ni pagi ni tak turun – turun lagi.  Pergilah sayang.  Mama pasti Daehwan rindukan mamanya.”  jawab Puan Saeri. Rina mengangguk faham.

            Perlahan – lahan Rina mendaki anak tangga menuju ke bilik Daehwan.  Rina mengetuk pintu beberapa kali.  Tiada respon dari dalam.  Akhirnya Rina memulas tombol pintu lalu menguak daun pintu tersebut.  Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.  Daehwan sedang duduk termenung di atas katilnya.  Daehwan yang perasan akan kehadiran seseorang terus memandang ke arah pintu.  Buntang matanya apabila melihat mamanya yang berada di pintu tersebut.  Daehyun terus berpaling.

“ Mama buat apa kat sini?” tanya Daehwan namun dia langsung tidak memandang wajah mamanya.

“ Mama datang nak bawa kamu pulang nak.  Jom sayang.  Kita balik.” jawab Rina.  Daehwan tergumam seketika.  Dia menarik nafas sedalamnya.

“ Daehwan tak nak. Kalau mama nak balik mama baliklah.  Daehwan tak nak duduk dengan mama lagi.” ujar Daehwan menyebabkan Rina sendiri kaget mendengarnya.

“ Daehwan sayang, kenapa cakap dengan mama macam tu?  Penat tau mama datang pagi – pagi nak jumpa Daehwan nak bawa Daehwan balik.  Daehwan balik ya sayang.” Puan Saeri mencelah dan cuba memujuk cucunya itu.  Daehwan diam seketika.

“ Lima belas tahun nek...lima belas tahun Daehwan hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.  Mama tak pernah curahkan kasih sayangnya pada Daehwan.  Apa yang mama buat ialah terus membenci Daehwan.  Puas ma.  Puas Daehwan fikir.  Kenapa mama benci sangat dengan Daehwan. Apa dosa Daehwan pada  mama? Dari kecil ma, Daehwan buntukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.  Papa pergi semasa Daehwan dilahirkan.  Masa tu, Daehwan hanya ada mama.  Daehwan berharap pada kasih sayang mama.  Tapi harapan Daehwan tu punah.  Mama tak nak pandang sikit pun wajah Daehwan ni.  Mama suruh Daehwan pakai topeng muka sepanjang masa berada di rumah.  Mama benci tengok muka Daehwan ni.  Daehwan tau ma, wajah Daehwan persis  papa.  Sebab tu mama tak nak tengok muka Daehwan kan?  Sebab nak selamatkan Daehwan kan papa mati?  Sebab tu mama benci sangat dengan Daehwan? Daehwan tau apa perasaan mama bila papa tinggalkan mama.  Tapi mama patut rasa bersyukur sebab mama sempat merasai kasih sayang yang papa beri.  Tapi Daehwan?  Daehwan tak pernah ma. Pernah tak sekali je mama fikir apa yang Daehwan rasa?  Di sekolah Daehwan dihina, dikeji sebab Daehwan tak ada papa.  Daehwan tak sanggup ma dihina macam tu.  Masa tu Daehwan amat perlukan sokongan mama tapi mana mama masa tu?  Daehwan pergi sekolah pun sendiri dari kecil.  Mama tak pernah sekali pun hantar Daehwan ke sekolah. Mama larang Daehwan makan dengan mama.  Apapun yang Daehwan nak buat, mama tak nak Daehwan buat dengan mama.   Hari lahir Daehwan langsung mama tak bagi sambut.  Kenapa ma?  Berdosa sangat ke Daehwan lahir kat dunia ni?Mama, Daehwan ni apa ma?  Daehwan ni manusia tau ma.  Sejak kecil lagi Daehwan adalah seorang budak yang perlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.  Daehwan muda dan tak tahu apa – apa.  Mama pernah tak kisah pada semua tu?  Tak kan?  Mama tak pernah kisah kan?  Daehwan cuba berbaik dengan mama tapi..mama langsung tak hiraukan.  Tapi Daehwan tak putus asa.  Daehwan cuba dan cuba. Mama tak nak tengok pun buku rekod tahunan Daehwan setiap tahun.  Daehwan yang kena tandatangan sendiri tau mama. Sini ma.  Hati Daehwan sakit sangat ma.  Luka yang Daehwan dah simpan bertahun lamanya tak terubat lagi sampailah sekarang.  Kadang – kadang Daehwan rasa Daehwan nak kembali ke masa lampau.  Daehwan nak papa hidup dan biar Daehwan yang mati. Daehwan tak sanggup ma.  Tak sanggup nak tahan dengan semua ni lagi.  Daehwan tak sekuat papa ma.  Daehwan tak kuat. Mama pergilah.  Biarlah Daehwan cari kehidupan Daehwan sendiri. Daehwan balik ataupun tak, sama je. Sama.” Akhirnya Daehwan meluahkan segala isi hatinya yang terbuku selama ini.  Daehwan terus menangis selepas meluahkan segalanya.  Rina terpempan mendengar luahan isi hati anaknya itu.  Ternyata Daehwan amat terluka selama ini tanpa dia sedari.  Air mata Rina turut gugur membasahi pipinya. Rina berlari mendapatkan Daehwan lalu dia mendakap erat tubuh puteranya itu.

“ Mama minta maaf sayang.  Daehwan tak salah apa – apa.  Mama yang salah.  Mama yang salah sayang.  Mama terlalu mencintai papa sehingga mama tak dapat terima pemergiannya pada hari itu.  Tapi mama lupa, papa ada tinggalkan mama cinta hatinya.  Mama lupa yang mama telah pun berjanji untuk menjaga Daehwan sebaik mungkin.  Tapi mama gagal.  Maafkan mama ya sayang.  Maafkan mama.” luah Rina.  Dia mengusap lembut belakang tubuh anaknya itu.  Daehwan tidak langsung bersuara.  Malah tangisannya juga sudah tidak kedengaran lagi. 

            Rina melepaskan pelukannya.  Buntang mata Rina apabila melihat tubuh Daehwan terus terkulai dalam dakapannya.  Rina terus terduduk bersama – sama dengan tubuh puteranya itu.  Rina seakan – akan terpaku melihat puteranya sudah tidak sedarkan diri.

“ Daehwan sayang, sayang..bangun sayang.  Daehwan tak boleh tinggalkan mama.  Bangun sayang..” pinta Rina sambil menampar lembut pipi anaknya itu namun tetap tidak berhasil.  Puan Saeri terus mendekati cucunya. Dia terus melekapkan tangannya ke dahi Daehwan.

“ Mama dah agak dah.  Rina.  Mari bawa dia ke hospital.  Daehwan demam panas!” ujar Puan Saeri cemas.  Rina mengangguk laju.  Dia terus mencempung tubuh puteranya itu menuju ke dalam keretanya. Dari mana dia mendapat kekuatan sebegitu, dia juga tak tahu.  Apa yang dia tahu Daehwan perlu dirawat dengan segera.  Rina mula menghidupkan enjin.

“ Rina, biar mama yang pandu.  Kamu jaga Daehwan di belakang.  Rina akur.  Dia masuk ke tempat duduk belakang dan memangku tubuh puteranya. 

            Lima belas minit perjalanan, akhirnya   mereka tiba di hospital.  Daehwan dikejarkan ke wad kecemasan.  Rina dan Puan Saeri diarah menunggu di luar bilik rawatan.  Rina berulang – alik dari tadi.  Dia bimbang keadaan puteranya.  Dia tidak tahu puteranya itu sakit.  Rina menyalahkan dirinya ketika ini.  Jika apa – apa berlaku kepada Daehwan, dia tidak dapat memaafkan dirinya.  Setelah setengah jam menunggu, akhirnya doktor yang merawat Daehwan keluar dari bilik rawatan kecemasan.  Rina terus mendapatkan doktor tersebut.

“ Macam mana dengan anak saya doktor?” tanya Rina dengan penuh debaran.  Doktor tersebut menyimpan stetoskopnya di dalam poket sambil tersenyum.

“ Puan jangan risau.  Anak puan  tak apa – apa.  Dia cuma mengalami demam panas dan tekanan darah dia tidak stabil.  Mungkin dia terlampau stress.  Sebab tu dia pengsan.  Tapi tak apa.  Saya dah beri dia ubat tidur dan sekarang ni dia sedang tidur.  Jadi biarkan dia berehat. Kita akan pantau lagi keadaannya esok.” jelas doktor tersebut.  Rina mengangguk perlahan.

            Daehwan dipindahkan ke wad vip.  Dia yang masih lagi berada dalam kawalan ubat tidur masih lagi lena di katil pesakit.  Rina masih lagi setia di sisi puteranya.  Puan Saeri  keluar mencari makanan untuk mereka.  Ibu bapa Rina turut dimaklumkan dan mereka akan datang jika ada kelapangan. Rina memandang wajah tenang Daehwan ketika tidur. Ya. Wajah inilah yang dia benci untuk memandangnya satu ketika dahulu.  Wajah Daehwan persis dengan wajah Daehyun.  Tetapi bezanya Daehyun mempunyai tahi lalat di bawah mata kirinya, Daehwan pula di bawah mata kanannya.  Rina menggenggam erat tangan puteranya yang sudah tertanam dengan jarum itu.  Dia mengucup tangan tersebut.

“ Maafkan mama sayang.  Maafkan mama.” rintih Rina dalam hatinya.  Dia juga tidak sedar bila dia terlena di sisi puteranya itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet