Chapter 8

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Tiga bulan kemudian.....

            Hubungan Daehyun dan Rina masih tiada penyelesaian.  Walaupun Rina terharu dengan peristiwa tiga bulan yang lalu, ego yang tinggi menyebabkan dia kembali menjadi dirinya yang asal.  Dia tidak mahu mencintai Daehyun kerana dia sudah pun mempunyai Donghae.  Pada pagi itu, seperti biasa Daehyun menerima sampul surat yang sama.  Dia membuka sampul surat tersebut untuk kesekian kalinya.  Kali ini gambar – gambar semasa hari lahir Rina pula sampai ke tangannya.  Dia melihat banyak adegan mesra antara Rina dan Donghae membuatkan hatinya bertambah sakit.  Daehyun membuka pula surat berwarna putih yang  berada di dalam sampul itu.

“ Aku ada sesuatu nak ditunjukkan pada kau.  Malam ni kau datang ke Namsan Tower pukul 8 malam.  Aku nak kau saksikan sendiri peristiwa itu dan kau fikir sekali lagi.  Lepaskan Rina.  Itu yang aku mahukan.”

            Daehyun menyimpan semula surat itu ke dalam sampulnya.  Dia duduk di birai katil lalu berfikir sejenak.  Adakah dia perlu pergi seperti yang diminta atau menghiraukannya sahaja.  Akhirnya Daehyun membuat keputusan untuk pergi melihat sendiri apakah yang ingin ditunjukkan oleh si penghantar sampul itu. 

            Malam itu,  cuaca tidak ceria seperti selalu.  Sepertinya bila – bila masa sahaja hujan akan turun membasahi bumi. Seperti yang dirancang, Daehyun pergi ke Namsan Tower uuntuk melihat apa yang ingin ditunjukkan oleh si penghantar itu.  Daehyun sengaja berpakaian serba hitam dan menutup wajahnya dengan topeng mulutnya untuk mengelakkan dirinya dari dicam oleh sesiapa.  Dia kemudian mencari kelibat Rina tetapi tidak kelihatan.  Bola matanya ligat mencari akhirnya matanya terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang memandang wajahnya dengan pandangan sinis.  Di hadapan lelaki tersebut seorang gadis sedang berdiri membelakanginya.  Melihat Daehyun di hadapannya, Donghae terus menarik Rina ke dalam dakapannya dan akhirnya bibir mereka bersentuhan di hadapan mata Daehyun.  Buntang mata Rina dengan tindakan Donghae itu.  Dia sendiri tidak menyangka Donghae akan mengucup bibirnya di khalayak ramai. 

           

 

Langkah Daehyun terhenti serta – merta.  Buntang matanya melihat adegan yang paling menyakitkan di dalam hidupnya itu.  Dia yang masih lagi kaget dengan peristiwa yang baru berlaku terus berlari meninggalkan kawasan tersebut.  Tanpa dia sedari, sepasang mata turut memerhati pemergiannya.  Dia juga telah menyaksikan apa yang berlaku.  Tanpa berfikir panjang dia terus membuntuti langkah Daehyun.

*How could you do this to him Rina....*

            Daehyun berjalan seperti orang yang kehilangan orang yang tersayang.  Dia berjalan tanpa hala tuju.  Bunyi guruh di langit mula sambung menyambung menandakan hujan lebat akan turun tidak lama lagi. Daehyun masih lagi berjalan tanpa payung atau sebarang peralatan untuk berteduh di bawah hujan.  Setitik demi setitik mutiara jernihnya mula gugur membasahi pipi.  Dia mendongakkan kepalanya ke atas.  Hujan juga mula turun setitik demi setitik dan akhirnya lebat membasahi bumi Korea.  Daehyun terus berjalan tanpa menghiraukan hujan lebat yang sudah pun membasahi keseluruhan pakaiannya.  Dia akhirnya sudah tidak mempunyai kekuatan lagi.  Dia terjelopok ke bumi dan terus menangis.  Hatinya terasa bagai ditusuk dengan sebilah pisau yang sangat tajam. Hujan yang turun semakin lebat seperti memahami apa yang dirasai oleh Daehyun ketika ini. 

            Daehyun merasakan ada tangan yang menyentuh bahunya dan menariknya bangun perlahan – lahan.  Dengan bantuan tangan tersebut, Daehyun berjaya bangun dan terus menghadap ke arah tubuh seorang perempuan di hadapannya.  Tanpa sempat dia berkata apa – apa, perempuan tersebut menariknya ke dalam pelukan lalu mendakapnya dengan erat.  Daehyun terus menangis dalam dakapan perempuan tersebut.

“ Nana...I’m hurt....here...so...deeply...” ujar Daehyun teresak – esak.  Nana yang tidak dapat menahan perasaannya turut menitiskan air mata.  Dia amat mengerti perasaan Daehyun.

“ It’s okay Daehyun ah...cry...cry more...let it go...let it go tonight..I’m here for you..” Nana cuba memujuk Daehyun.  Dia tahu dia salah kerana telah memeluk Daehyun yang merupakan suami kepada sahabat baiknya tetapi pada waktu sekarang Daehyun amat memerlukan seseorang untuk meluahkan segala – galanya.  Jadi biarlah dia menjadi orang itu hanya untuk malam ini sahaja.

            Setelah keadaan Daehyun sedikit tenang, Nana membawanya duduk ke stesen bas yang berdekatan.  Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.  Suasana menjadi senyap seketika.  Daehyun hanya mendiamkan dirinya.

“ Daehyun ah, gwenchana?” tanya Nana.  Daehyun hanya mendiamkan dirinya.

“ Pada malam hari jadi Rina..awak ada bersamanya kan?” tanya Daehyun tiba – tiba.  Nana mengangguk.

“ Ya, saya ada bersamanya kerana Rina bagitahu yang awak outstation dan tak dapat raikan hari lahirnya.” jawab Nana tenang tanpa sebarang syak.  Jawapan Nana membuatkan Daehyun tersenyum  sinis.

“ Nana, hari tu..saya tunggu dia sampai pukul tiga pagi. Pagi tu..saya dah beritahu dia suruh pulang awal..tapi dia balik pukul 3 pagi.  Saya dah setkan segala – galanya tapi dia tolak mentah – mentah je apa yang saya dah usahakan. Hina sangat ke saya ni di mata dia Nana?” jelas Daehyun perlahan tetapi mampu membuat mulut Nana membuat bentuk O yang besar.

“ Jadi...maksud awak..Rina tipu saya? Omo..dia betul – betul dah melampau!” suara Nana mula meninggi.

“ Ani..dia tak salah.  Dia tak tipu awak.  Tapi mungkin dia memang bencikan saya.  Nana, saya nak minta tolong sesuatu dengan awak.” jawab Daehyun.  Riak kecewa jelas sekali terpancar di wajahnya.

“ Apa dia?” tanya Nana semula.

“ Tolong rahsiakan perjumpaan kita malam ni. Bukan...tapi semua yang berlaku malam ni. Anggaplah semua ni tak pernah berlaku.  Saya tak nak Rina terluka bila dia tahu yang saya terluka.  Biarlah dia bahagia dengan lelaki tu.  Cukup saya seorang je yang terluka. Tolonglah saya.  Saya minta diri dulu ya.” balas Daehyun lalu dia terus meninggalkan Nana sendirian di situ.

            Langkah Daehyun terus diatur sehingga dia tiba di kondo mewahnya.  Dia terus sahaja masuk ke dalam biliknya dan dengan hati yang terluka dia terlena di atas katilnya.  Tidak lama selepas Daehyun pulang ke kondo itu, Rina pula tiba di kondo mewah tersebut.  Rina yang masih kaget dengan kejadian tadi turut masuk ke biliknya tanpa melihat ke arah sekelilingnya.  Dia melabuhkan tubuhnya di atas katil.  Jarinya kemudian menyentuh bibir yang telah dikucup sebentar tadi.  Dia akhirnya turut terlena dengan  perasaan yang bercampur baur.

 

Keesokan harinya.....

 

 “ Rina, kita perlu berjumpa.  Ada perkara penting yang aku perlu beritahu kau. Dan please...no Donghae for today.” serius kedengaran suara Nana di dalam talian sebentar tadi.  Rina sudah pun bersiap untuk pergi berjumpa Nana di tempat yang ditetapkan.  Dia keluar dari biliknya.  Suasana rumah yang sunyi tanpa kelibat Daehyun menjadikan dia berasa sedikit pelik.  Rina akhirnya keluar dari rumah tersebut seperti biasa.

            Daehyun membuka kelopak matanya perlahan – lahan.  Pandangan matanya sedikit kabur.  Kepalanya terasa amat berat sekali.  Namun digagahkan juga dirinya untuk bangun.  Dia tahu pastinya dia akan jatuh sakit kerana terdedah di bawah hujan dalam jangka masa yang lama ditambah pula dengan emosinya yang tidak stabil semalam.  Dia memicit – micit kepalanya yang berdenyut.  Entah mengapa, tiba – tiba dia berasa mual lalu dia terus berlari ke tandas.  Dia memuntahkan segala isi perutnya ke dalam mangkuk tandas.  Akhirnya dia berasa lega.  Daehyun keluar dari tandas untuk menuju ke katilnya.  Pandangannya tiba – tiba menjadi kelam dan akhirnya gelap gelita.  Tubuhnya longlai di hadapan  tandas biliknya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet