Chapter 28

Till The End I Love You ( Malay Ver)

Semua mereka berkumpul di wad yang menempatkan  Rina.  Suasana  di dalam bilik itu suram dan sedih.  Puan Saeri masih lagi dengan tangisannya.  Puan Nari pula masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa menantu kesayangannya telah pergi meninggalkan mereka buat selama – lamanya.  Dia mendekati tubuh Rina yang sedang lena tidurnya itu.

“ Rina sayang... mama tak tahu macam mana nak bagitahu kamu..suami yang kamu sangat cintai...yang amat kamu sayangi..dah pergi tinggalkan kita buat selama – lamanya.  Kamu kena kuat ya sayang.  Demi anak kamu..” ujar Puan Nari teresak – esak.  Dia mengusap lembut ubun – ubun puterinya itu.

            Beberapa jam selepas itu, Rina mulai sedar.  Dia masih lagi berada di awang – awangan.  Pandangannya kabur perlahan – lahan menjadi jelas.  Dia memandang sekelilingnya.  Keluarganya dan keluarga Daehyun berada di sini.  Puan Nari yang perasan anaknya itu telah sedar terus mendapatkan puterinya.

“ Rina sayang..kamu dah sedar? Tahniah sayang.  Kamu dah lahirkan seorang putera yang kacak.” kata Puan Nari.  Rina menanggalkan alat bantuan pernafasannya.

“ Daehyun... Daehyun...” Rina memanggil nama suaminya menyebabkan semua di dalam itu mula menangis.  Nana masuk dengan menyorong katil bayi ke dalam wad tersebut.  Apabila melihat rakan baiknya telah pun sedar, Nana tersenyum manis.

“ Rina.  Ni anak kau. Apa nama dia?  Kau letaklah nama dia.  Muka dia handsome dan comel sangat.” ujar Nana lalu menyerahkan  bayi itu kepada Rina.  Rina menyambut bayi itu lalu mengendongnya.  Matanya, hidungnya, mulutnya semua persis dengan Daehyun.

“ Muka awak macam papa awak la sayang.  Sama sangat.  Sebabkan awak ni lelaki, papa suruh letak nama Daehwan.  Jung Daehwan.  Birthday awak pun sama dengan papa tau sayang.  Lepas ni boleh kita sambut bersama.” ujar Rina lagi.  Nana yang tidak dapat menahan sebak terus berpaling.  Dia sendiri tidak sanggup memberitahu berita buruk itu kepada rakan baiknya.  Dia tahu Rina amat mencintai Daehyun.  Puan Saeri mengambil Daehwan dari Rina.  Rina memandang wajah semua orang yang berada di situ.

“ Kenapa semua orang macam sedih je ni? Happylah sikit.  Rina kan baru dapat baby.  Ni, Daehyun mana?  Kau letak dia kat wad mana? Kenapa tak letak dia di sini je?  Dekat sikit dengan aku.” tanya Rina.  Nana mendekati rakan baiknya itu.

“ Rina, aku tau dalam keadaan kau sekarang aku tak boleh bagitahu kau tentang perkara ni.  Tapi kau isteri dia dan kau layak tahu.” perlahan sahaja Nana menutur bicaranya.  Rina sudah rasa tidak sedap hati.

“ Apa dia?” tanya Rina perlahan.  Riak wajahnya juga terus berubah.

“ Lepas kau lahirkan Daehwan, doktor yang membedah Daehyun keluar.  Dia minta maaf.  Dia tak dapat selamatkan suami kau.  Daehyun kehilangan terlampau banyak darah.  Daehyun dah tak ada Rina...” terluah juga akhirnya kata – kata yang tidak ingin diluahkan itu.

            Jantung Rina bagaikan terhenti seketika apabila mendengar berita itu.  Tidak!  Dia tidak percaya dengan apa yang telah disampaikan kepadanya. Baginya Daehyun masih lagi hidup dan Nana sengaja membohonginya.

“ Tak... tak mungkin.  Nana, kau tipu kan?  Mama, dia tipu kan mama?  Daehyun masih hidup kan mama?  Tadi baru je Rina jumopa dia! Dia dah janji nak jaga Rina sampai bila – bila.  Tak mungkin dia dah mati.  Kau tipu aku Nana!  Kau tipu!” Rina menggeleng kepalanya.  Dia tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. 

“ Buat apa aku tipu kau tentang hal ni Rina?  Tak ada gunanya.  Semua kat sini dah dengar sendiri dari mulut doktor tu.  Jantung Daehyun terhenti dan dia tak beri respon balik.  Kau kena tabah Rina untuk terima kenyataan ni.” Nana cuba memujuknya lagi.

“ Rina sayang.  Nana betul.  Daehyun memang dah tak ada.  Dia dah pergi buat selama – lamanya.  Kehadiran Daehwan seakan – akan menggantikan nyawa Daehyun. “ Puan Nari cuba berbicara.  Mendengar nama Daehwan disebut Rina terus memandang tajam ke arah bayi tersebut.

“ Semuanya sebab kau!! Sebab kaulah Daehyun mati!!  Aku benci kau!! Kau pergi!!! Aku tak nak tengok muka kau!!” Rina tiba – tiba mengamuk.  Dia mencampakkan segala benda yang dilihatnya ke arah Daehwan.  Puan Saeri terus membawa cucunya keluar dari wad tersebut.  Nana menekan butang merah di tepi katil bagi meminta bantuan.  Tidak lama kemudian beberapa orang jururawat dan seorang doktor masuk ke dalam bilik itu. Mereka cuba menenangkan Rina yang bertindak ganas.  Akhirnya, doktor tersebut menyuntik Rina dengan ubat penenang.  Rina mulai lemah dan akhirnya dia terkulai dalam tangan jururawat yang bertugas.  Jururawat tersebut menyelimutkan Rina lalu keluar dari wad itu.

 

            Beberapa jam selepas itu, Rina tersedar dari tidurnya.  Biliknya itu gelap tanpa cahaya.  Pasti keluarganya sudah pun pulang ke rumah.   Jika Daehyun masih ada, pasti Daehyun akan menemaninya.  Rina bangun dari perbaringan lalu dia melihat ke arah tingkap.

“ Daehyun ah, awak dah janji nak jaga Daehwan dengan saya.  Kita dah janji nak besarkan anak kita bersama – sama.  Tapi kenapa..kenapa hari ni awak tinggalkan saya?  Awak tinggalkan saya dengan baby kita?  Kenapa Daehyun ah?  Lepas ni dengan siapa saya nak bermanja?  Siapa nak panggil saya dengan panggilan Princess lagi?  Siapa Daehyun?  Siapa?  Jika ada pun orang lain yang panggil saya dengan panggilan tu, takkan pernah sama dengan apa yang selalu awak buat.  Daehyun ah, saya dah mula merindui awak..saya nak awak kembali..please..” omel Rina dalam hatinya.  Dia kini sedikit tenang.

            Pintu wadnya dikuak dari luar.  Nana masuk ke dalam bilik itu untuk melihat keadaan rakan baiknya.  Rina hanya berdiam diri.  Sebaik sahaja Nana mendekatinya, Rina terus mendakap erat rakannya itu.

“ Nana...aku rindu dia.  Rindu sangat..” luah Rina lalu dia terus menangis di dalam dakapan rakannya.  Nana mengusap belakang badan Rina.

“ Aku tau. Aku faham perasaan kau Rina.  Daehyun segala – galanya bagi kau kan? “ lembut sahaja pertuturan Nana.  Nana mengangguk laju.

“ Kau tau Nana, Daehyun adalah orang yang paling bahagia bila aku mengandung.  Dia asyik cakap tak sabar nak tunggu baby ni keluar.  Dua hari lepas, dia menangis dekat aku.  Itu kali pertama aku tangok dia menangis sampai macam tu sekali.  Dia minta maaf kat aku.  Aku sendiri tak tahu kenapa.  Lepas tu yang paling aku terkilan...dia mati sebab nak selamatkan aku dan..pada hari lahir dia sendiri..” luah Rina lagi. Nana sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi.  Air matanya  menitis lagi.  Dia mendakap erat tubuh Rina dengan harapan dapat memberi kekuatan kepada rakannya itu.

“ Mungkin Daehyun dah tahu yang dia akan pergi.  Sebab tu dia buat semua ni untuk kau.  Kau tau tak Rina, masa Daehyun dikejarkan ke bilik pembedahan dia ada minta sesuatu dengan aku.  Aku sepatutnya yang jalankan pembedahan ke atasnya tapi dia suruh aku pergi selamatkan kau dan anak kau dulu.  Itulah kata – kata terakhir dia pada aku Rina.” ujar Nana.  Barulah Rina tahu Daehyun mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan  dia dan Daehwan.

“ Macam mana aku nak harungi hidup aku lepas ni tanpa dia di sisi aku Nana?  Aku tak kuat Nana.  Aku tak kuat!” Rina terus meluahkan kerisauan yang melanda dirinya.

“ Kau boleh Rina.  Aku yakin kau boleh...” balas Nana. 

*Bertahanlah, sahabatku*

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet