Part 08

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Di pagi hari.

Jungkook POV

Nombor telefon yang tertulis dekat kertas tu bila polis cuba siasat tak dapat dikesan. Kalau nak kata orang kenekan aku tapi takkan sampai tahap nak kasi aku bangkai. Tak masuk akal. Sejauh mana pandai orang tu sampai dapat buat helah macam ni?

Aku cuba tumpukan perhatian untuk ke sekolah walaupun aku sedar aku hari ni terasa sedikit letih dan tidak bermaya untuk apa yang berlaku malam tadi.

Semua sudah ada di meja makan sedang bersarapan. Haihh sepatutnya aku tolong Jin hyung pagi tadi memasak untuk sarapan tapiaku tak sedar langsung. Nasib baik dia kejutkan aku itupun dia kata dia dah siap masak. Rasa bersalah pulak.

Macam biasa namjoon dan hoseok hyung akan ke kolej dan aku jimin dan taehyung akan ke sekolah.Jin hyung pula akan tunggu kitorang semua keluar baru dia kemas meja dan cuci pingganmangkuk semua sebelum pergi kerja. Appa pula hari ni akan duduk di rumah untuk berehat sebelum keesokannya dia perlu ke luar negeri untuk urusan restaurant di sana.

Memang selalunya yoongi hyung akan hantar kitorang sebelum dia pergi kerja juga tapi dia tidak kerja bersama Jin hyung. Dia kerja sebagai di radio stesen sebab tu minat dia.

Appa pesan jangan singgah kemana-mana lepas habis sekolah dan pastikan yang ambil kitorang balik dari sekolah hanyalah Jin atau Yoongi hyung. Haihh aku memang boleh tapi dua hyung aku tu bukan boleh caya. Harap diorang tak timbulkan masalah...

Kitorang bertiga melangkah masuk kesekolah setelah sampai. Memang kebiasaan ada je ‘perempuan gedik tak tahu malu’ tunggu dua hyung aku tu. Aku jenis tak melayan sebab tu sejak hari ni takde siapa berani pergi kat aku. melainkan seorang yang baru aku teringat ..Sohyun.

Belum sempat aku masuk ke kelas tiba-tiba dia tegur aku dengan memegang bahu aku. Aku terkejut dan pandang belakang ke arah dia. Dia senyum dan senyuman dia menenagkan aku dari apa yang sedang jadi dekat aku. kenapa dia boleh buat aku macam ni?

‘’hey..asal muka kau pucat?..’’

Nampak sangat ke muka aku yang pucat ni? Dia nampak risau dan aku taknak makin ramai orang risau dekat aku, cukuplah appa dengan hyung aku yang risau. Nanti susah kalau orang risau aku takut diorang akan jadi mangsa sebab semalam Jin hyung juga hampir tercedera sebab serpihan kaca tingkap yang berkecai dan bertebangan. Nasib baik sempat  beralih jauh dari tingkap.

‘’muka..aku..pucat ke?’’

Sohyun mengangguk bila aku berpura-pura tanya macam tu supaya dia tak syak ada benda berlaku pada aku.

‘’tak cukup makan kot..’’

‘’jinjja?! Kalau camtu..’’

Tiba-tiba dia terus pegang tangan aku dan tarik masuk ke kelas ke tempat duduk kitorang.

‘’nah ambillah salah satu roti ni..pilih je nak mana..’’

Dia tawarkan tiga roti dekat aku untuk pilih? Dia biar betul nak aksi aku macam tu je!

Tiba-tiba ada dua orang namja datang kearah kitorang.

‘’woii kau buat ape ha?! Kau cuba nak ambil roti yang aku kasi kat dia eh?!’’

Salah sorang namja tu tengking aku dan aku mula buat muka tak faham sebab aku memang tak faham apa yang jadi..

‘’Sohyun! Penat aku beli untuk kau, kau nak kasi dia pulak?’’

Sorang lagi namja tu marah sohyun.

‘’apa masalahnya..korang yang kasi aku, jadi roti ni aku punya dan aku berhak nak buat ape dengan roti ni!’’

Sohyun marah mereka berdua balik dan pandang diorang tajam.

Baru aku faham. Sohyun ramai peminat dekat sekolah ni. Patut waktu aku berjalan dengan dia ramai pelajar lelaki pandang aku tak puas hati dan ramai perempuan macam benci dia. Patutlah dia hanya bercakap dengan aku sebab dia langsung takde kawan. Tapi kenapa dalam banyak lelaki dia pilih aku?

Mereka bertiga bertekak sehinggalah tiba-tiba sohyun membaling roti tadi betul-betul tepat kat muka diorang.

‘’dah aku tak perlu roti kau tu!’’

Dia terus tarik tangan aku keluar dari kelas dengan kasarnya dan aku tak faham kenapa dia buat macam tu. Muka dia nampak merah sebab marah dan muka dia sangat menakutkan sebab serius dari biasa. Aku cuba untuk lepaskan tangan dari genggaman dia sebab dia genggam terlalu kuat sehingga aku terasa sakit di pergelangan tangan aku. tapi kenapa aku tak mampu lepas? Aku terasa tangan aku terlalu lemah dan semakin aku cuba semakin sakit.

Dia sedar apa aku cuba buat dan berhenti bila sampai di rooftop sekolah. Dia lepaskan tangan aku dan pandang aku. dia cuba berjalan dekat dan makin dekat dengan aku. aku cuba kebelakang tapi aku tak tahu kenapa kaki aku berat dan aku tak mampu kebelakang.

Jantung aku berdegup semakin laju apabila dia semakin dekat dengan aku. tangan dia mula bergerak seperti mahu menyentuh aku tapi aku hilang akal kenapa aku hanya terkaku dan tak ammpu nak gerak. Aku seperti mahu marah diri sendiri sebab tak mampu gerak

Takut dengan apa dia akan lakukan aku mula berpeluh dan menggeletar. Dia mahu seperti buat sesuatu tapi tiba-tiba dia peluk aku . dan aku dapat dengar suara. Suara dia menangis...

Aku berasa kasihan untuk apa yang menimpa dia baru sekejap tadi. Aku faham dia tak tahan bila orang kejarkan dia. Tapi kenapa dia perlukan aku untuk dengar dia menangis. Aku rasa nak marah dia paksa aku kesini dengan keadaan aku tak tahu kenapa badan aku tak boleh gerak tapi semuanya seperti hilang begitu sahaja bila aku dengar dia nangis.

Aku cuba peluk dia balik dan aku jadi semakin pelik bila perbuatan memeluk dia balik badan aku boleh bergerak. Aku tak tahu adakah aku dikawal atau aku cuma terlebih fikir pasal benda tu.

‘’so..sohyun..kau okay?’’

Dia masih menangis dan aku tak tahu nak buat apa melainkan menggosok belakang badannya walaupun pada mulanya aku rasa janggal untuk buat benda tu. Tapi tak dinafikan jantung aku masih berdegup laju sebab keadaan dimana dia masih memeluk aku.

Apa yang jadi macam terlalu cepat dan tak sesuai dengan keadaan sebab aku baru mula kawan dengan dia semalam. Tak masuk akal.

Lama juga dia nangis dan tiba-tiba dia senyap. Dia terus leraikan pelukan dan senyum. Aku tersenyum bila tengok dia senyum. Setiap kali dia senyum buat aku rasa nak senyum sekali. Dan itu pun aku tak tahu kenapa.

‘’cantikkan pemandangan dari sini?’’

Dia terus tanya benda tu dan aku pun baru perasan lagi tadi aku langsung tak nikmati pemandangan dari atas ni.betul cakap dia memang cantik! Tapi aku masih risau pasal dia.betul ke dia dah okay sampai boleh senyum?

‘’sohyun..kau okay tak?’’

Dia tarik nafas dalam-dalam sambil senyum dan pandang aku.

Dia angguk.

Aku senyum bila nampak dia angguk.

‘’Jungkook...’’

Dia panggil aku dan aku pandang dia dengan muka yang tenang.

‘’kenapa..’’

‘’kenapa kau tak telefon aku semalam?’’

 

 

Jimin POV

Aku memang rasa lain bila teringat pasal sohyun. Kenapa jungkook boleh mesra dengan dia tiba-tiba? Meant bukanlah mesra sangat tapi boleh ikut je dia pergi mana. Aku dengan taehyung masuk lambat sikit ke kelas sebab singgah cafeteria nak beli

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^