Part 29

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Sohyun POV

Melangkah ke bilik aku dengan perlahannya sebab aku tidak mahu tergesa-gesa. Orang kata biar lambat asalkan selamat.

Sampai sahaja di depan pintu bilik aku, aku tersenyum. Mengingatkan sesuatu.

Aku masuk dan terus pandang pada sebuah langsir. Ye, di situlah aku menyimpan patung-patung kesayangan aku. tapi sekarang aku dah bertekad, aku tidak memerlukannya lagi, memandangkan aku dah ada patung yang lebih sempurna!

Aku mengunci bilik dan berjalan menuju ke arah langsir tersebut. Dengan tenangnya aku membuka langsir tersebut. Ada tujuh, tujuh patung. Dan yang paling aku sayang patung ni..patung yang bergelar ‘jungkook’ . tapi dia bukan patung, jadi aku rasa bersalah sebab buat dia macam ni.

Haishh takpa. Benda dah lepas dan sekarang pun dia dah sedar dimana tempat yang sepatutnya dia berada.

 

 

No one POV

Pada setiap patung terdapat reben yang diikat pada bahagian lehernya. Patung itu bertujuan untuk mengawal orang yang dikehendaki, tapi jika reben itu dicabut, keberkesanannya tiada.

Disebabkan sohyun sudah berhasrat untuk tidak menggunakan lagi, dia dengan senyum menanggalkan reben pada setiap patung dengan berhati-hati. Sekiranya dia tidak berhati-hati, mungkin akan menyebabkan orang kepada patung itu cedera.

‘’haih...akhirnya..tak perlu aku guna cara ni lagi, susah nak bermain..’’

Sohyun berjaya menanggalkan semua reben pada setiap patung dan kini dia boleh memegang patung itu dengan lebih bebas.

‘’sayang-sayang sekalian...sohyun minta maaf...korang memang berjasa...tapi hari ni sohyun perlu simpan kamu semua...’’

Sohyun senyum dan mengeluarkan sebuah kotak bewarna putih dengan reben bewarna merah di atasnya. Dia mencium setiap patung tersebut sebelum menyimpannya rapi di dalam kotak tersebut. Kotak tersebut lebar dan mampu menyimpan ketujuh-tujuh patung tersebut.

Selesainya dia memasukkan patung-patung tersebut di dalam kotak, dia menyimpam kotak tersebut di dalam peti besi yang memerlukan kata laluan untuk membuka atau menutupnya.

Dia menghembus nafas dan mula mengikat rambutnya yang panjang paras bawah bahu itu.

‘’masa untuk bermain..’’

Sohyun keluar dari biliknya seperti kanak-kanak tidak sabar untuk ketaman tema.

 

 

Yoongi POV

Sepanjang malam tadi, tiada sesiapa yang berani bersuara. Aku ingatkan semalam adalah hari yang agak gembira bila aku sudah jumpa semua adik beradik aku tapi tidak.

Keadaan bertukar menjadi gelap.

Kini aku tidak seperti aku. sifat pemarah aku seperti sudah tinggalkan aku dan meninggalkan sifat ketakutan dan kesedihan yang mendalam. Peritnya menanggung semua ini hanya kami yang tahu.

Aku dapat rasa hari sudah pagi kerana mata aku sentiasa akan bekerja untuk membangunkan aku tepat pada waktunya. Aku masih lihat yang lain sedang tidur. Bukannya kami tidak kisah sampai boleh tidur, tapi kerana terlalu sakit kami hanya mahu melupakannya dengan tidur. Itu pun mengambil masa.

Walaupun aku sudah terjaga, aku nampak jin juga sudah terjaga. Dia hanya termenung melihat cermin di depannya.

Ya kami diletakkan di atas sebuah kerusi setiap seorang dan dihadapkan dengan cermin yang besar di hadapan kami.

Aku semakin tidak mampu berkata apa-apa bila melihat jin sebegitu.

Paling mengejutkan , aku baru tahu, taehyung sudah melalui semua ini dahulu.

Dia diantara yang muda di dalam adik beradik dan kenapa perlu dia dahulu?

Bunyi pintu seperti dibuka menyebabkan jantung aku terus berdegup laju dan tangan aku terus menjadi sejuk. Jin seperti tidak mahu memandang siapa yang masuk tetapi bukan aku yang dalam ketakutan.

Aku memandang terus ke arah pintu.

Dan pada masa itu bukan sahaja jantung aku berdegup laju, malah terasa ia seperti hampir terhenti melihat kelibat orang yang paling digeruni memasuki bilik ini. ye perempuan tu.

Nama dia sohyun.

Dia membawa sebuah kotak bewarna merah jambu lembut dan dia tidak berhenti-henti tersenyum.

Bilik ini memang gelap tetapi aku tidak pula tahu ada suis lampu. Dia membuka lampu dan kini keadaan di dalam bilik itu ternampak dengan jelas. Anak mata aku juga mengecil menerima cahaya yang masuk.

‘’oh! ada yang dah bangun!’’

Apa maksud dia ada yang dah bangun?

Walaupun mata aku terbuka luas sekali pun tapi jauh di dalam hati aku terasa seperti sudah mati.

Seperti terperangkap dalam lubang gelap yang membawa ke neraka.

Dan yang pastinya tiada yang baik akan berlaku.

‘’nak main apa ya hari ni...hmm’’

Dia meletakkan jarinya telunjuk tangan kanannya pada dagunya seperti gaya budak kecil yang ingin bermain tetapi sedang berfikir.

‘’oh ya..semalam seronok tak?’’

Dia bertanya dan aku terasa seperti mahu sahaja membunuhnya pada waktu ini.

Soalan dia seperti sengaja mahu merobek-robek hati aku yang tidak sabar-sabar mahu melihatnya mati juga di depan mata aku. aku semestinya aku tidak mampu bertindak seberani itu, ketakutan sudah pun mengambil alih otak aku.

‘’SERONOK TAK?!’’

Dia tiba-tiba jerit pada aku menyebabkan yang lain juga tersedar. Aku menggeletar sedikit bila suaranya betul-betul terdengar di telinga aku.

Semua terus jadi menggeletar dan menggigil bila mereka nampak sohyun. Tapi aku lebih takut kerana sekarang dia ada di sebelah aku kerana baru tadi memarahi aku.

‘’ye tak ye...patung mana boleh bercakap..’’

Sekali lagi dia bercakap seperti kami ini patungnya. Aku benci mendengarnya. Aku tidak tahu macam mana dia boleh beranggapan kami ini ialah patungnya sedangkan sudah terang-terangan kami ini ialah manusia.

Aku tidak rasa ada kaunselar atau ubat yang mampu memperbaiki diri dia.

Tengoklah keadaan kami!

Adakah masih wujud harapan untuk kami selamat dan dia menjadi seorang manusia yang normal?

‘’sebab tu sohyun dah sediakan benda untuk kita bermain hari ni! yeay!’’

Dia gembira sorang-sorang sedangkan aku tahu bukan hanya aku tetapi yang lain juga sudah menggeletar memikirkan apa yang mahu dia lakukan.

‘’hari ni saya rasa saya nak main dengan yoongilah~’’

Apabila dia menyebut sahaja nama aku membuatkan aku rasa seram sejuk. Mana pula dia tahu nama aku?

Tiba-tiba sahaja dia mengalihkan kedudukan mereka semua supaya menghadap aku dan aku pula menghadap yang lain.

‘’kita main makeup-makeup...hihik..’’

Dia tergelak kecil dan sibuk membuka kotaknya yang dia bawa. Dia meletakkan kotaknya di atas lantai di sebelah aku.

‘’tapi rasanya masih ada yang tak sempurna...’’

‘’sohyun..’’

Aku dengar tiba-tiba sahaja jin memanggil sohyun.

‘’ah ye...siapa yang bercakap?’’

Sohyun mencari-cari siapa yang bercakap dan dia tahu tu suara jin.

‘’kau nak apa sebenarnya?...kenapa kau buat kitorang macam ni?...’’

Sayu wajah jin bertanya macam tu.

‘’shhh...patung tak bercakap..’’

Sohyun bercakap secara berbisik dan senyum.

‘’ ahh jin...kamu nak bermain dengan yoongi sekali?’’

Sohyun terus membawa jin berada disebelah aku sekarang. Tidak dinafikan kami dapat dialihkan dengan kerana kami di atas kerusi yang beroda empat kecil.

‘’kejap ehh..mula-mula kene pakai kan bedak dulu..’’

Dia mengeluarkan bedak kompek dan memakaikannya pada muka jin dahulu.

‘’kejap eh yoongi...nak make up jin dulu..’’

Dia betul-betul sudah menganggap kami semua seratus peratus sebagai patungnya dan bukan manusia. Dia tidak nampak bersalah langsung dengan apa dia buat dan muka dia sentiasa tersenyum bila dia menganggap dia sedang bermain dengan kami.

Aku hanya mendiamkan diri tidak mahu bertindak mengikut perasaan aku.

Aku tahu ia sangat membawa kepada keburukan jika aku bertindak mengikut perasaan pada waktu macam ni. tiada guna. Kalau aku boleh bergerak sudah lama perempuan tu mati aku belasah. Tapi apa daya. Aku kalau selamat keluar dari tempat neraka ini pun sudah tiada harapan lagi untuk masa depan aku.

Apa sahaja yang aku boleh buat?

Aku memang kerja sebagai orang di radio stesen tapi itu pun sudah pasti tidak kekal lama. Tiada sesiapa akan ambil aku kerja dengan keadaan aku sekarang ni. bukan sahaja aku malah semua adik beradik aku.

‘’ahhh~~dah siap pun...cantik tak?’’

Dia bertanya pada yang lain.

Tapi semua masih tidak mahu bersuara. Siapa sahaja yang berani?

‘’oh diorang kata cantiklah jin..’’

Berakhir dengan dia menjawabnya sendiri.

‘’yoongi cantikkan?’’

Dia menanya aku semula dan aku cuba memberanikan diri mengangguk dengan soalannya.

‘’patung mana ada angguk!’’

Dia memarahi aku menyebabkan bertambah rasa takut dalam diri aku. aku terus mengkakau diri aku balik seperti asal.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^