Part 17

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Hyeri POV

Aku hanya mendiamkan diri melihat taehyung dan jungkook yang menjadi bahan pada sohyun. Aku tahu aku tak sepatutnya biar mereka terseksa macam tu. Tapi aku bukan malaikat yang boleh selamatkan diorang. Aku hanya hyeri.

Sohyun memang sudah rancang untuk membawa keluar taehyung kalau jungkook tak ikut arahan dia. Kenapa susah sangat? Boleh tak dia ikut je apa sohyun suruh? Aku malas nak tengok lebih ramai orang diseksa depan mata aku! aku penat!

Aku tak tahu apa reaksi jungkook kalau dapat tahu...tak aku taknak cakap pasal tu. Aku tak tahu apa yang dah aku buat. Tak hyeri..bukan kau yang bunuh! Tapi sohyun...tapi hyeri kau yang dah culik dia dulu..tak tak! Aku tak salah! Arrghh! Aku benci fkir pasal benda tu!

‘’hyeri~~’’

Sohyun memanggil aku dengan nada beralun. Aku terus bangun ke arah dia seperti tahu apa yang harus dulakukan tapi sebenarnya tak, aku tak tahu sangat apa yang dia rancang. Tapi yang pastinya semua tidak menyenangkan .

‘’aku nak buat lawatan istimewa untuk jungkook dan kau tahu kan hyuna unnie? Aku nak kau kesana kejap tengok keadaan dia. Aku akan sampai sana lagi 15 minit.’’

Dia cakap dengan nada seperti gembira campur sedikit serius. Aku tidak membuang masa. Aku bernasib baik untuk tidak melihat, mendengar apa yang akan jadi seterusnya dalam rumah ni tapi bukan untuk si mangsa. Aku terus mengambil kunci kereta aku sendiri dan pandu ke hospital hyuna unnie.

 

 

Jungkook POV

Aku sudah tidak larat dengan segala keperitan yang aku dapat dekat fizikal dan mental aku sendiri. Apa maksud dia lawatan istimewa? Aku dah tak sanggup dengan benda seterusnya dia akan buat. Tapi aku tak akan mengalah macam tu je. Aku kene keluar dari sini dan selamatkan taehyung hyung!

Telefon.

Ye aku kene cari sebarang telefon dalam rumah ni! Aku kene hubungi polis! Appa! Dan semua hyung aku untuk selamatkan aku dengan taehyung hyung! Aku cuba pandang sekeliling dengan perlahan kerana leher aku dan muka aku juga dalam keadaan sangat sakit .

Taehyung hyung! Bersabar! Jungkook akan pastikan kita keluar dari sini hidup-hidup!

‘’jungkook...awak lihat apa?’’

Aku tersedar yang semestinya dia perhatikan aku tapi aku takkan biar dia tahu rancangan aku!

Jadi apa patut aku buat? Ak-aku tahu! Aku kene berlagak aku suka dekat dia. Jadi dia mesti akan percayakan aku!

Aku pandang dia dan senyum.

‘’ta-tak..saya Cuma..suka tempat ni..’’

Ergghh! Rasa nak muntah cakap macam tu! Tempat ni dah macam neraka!

‘’be-betul ke?! Awak suka tempat ni jungkook?! Wahhhh!! Tapi apa saya nak tunjuk ni mesti awak lebih suka! Sebab kalau awak suka tempat ni baguslah mesti awak gembira kalau keluarga kita lengkap!’’

Dia senyum gembira pandang aku dan peluk aku. aku hanya mendiamkan diri cuba tidak menjerit sebab sangat sakit! Badan aku dipenuhi luka dan ikatan pada aku sudah cukup menyakitkan badan aku tambahan dengan dia yang sedang peluk aku!

Tapi apa maksud dia kelaurga?!

‘’tapi kurang sikitlah istimewa tu...sebab awak dah nampak taetae depan mata awak..’’

Dia sandarkan kepalanya di bahu aku sambil kata macam tu. Apa maksud dia aku tak faham? Kenapa susah sangat setiap makna yang dia cakap?! Apa-apa pun aku tak rasa idea dia satu idea yang bagus. Sebab dia sakit! Dia GILA!

‘’oh taetae....sohyun hampir lupa pasal kamu...rasanya kamu perlu dibersihkan dahulu...tapi tak seronok kalau kamu sorang-sorang je...hmm jomlah ikut sekali lawatan sohyun dengan jungkook eh?’’

Dia bertanya taehyung hyung  sambil masih menyandarkan kepalanya dibahu aku. aku tahu dia tanya apa yang dia mahukan dan lepas tu kalau orang tak ikut dia marah. Jadi kenapa perlu dia tanya? Aku tak faham dengan perempuan ni!

Psycho!

‘’dah jomlah sohyun tak suka buang masa! Mesti jungkook dah tak sabar betul tak jungkook?’’

Dia bercakap sambil memandang aku dan mukanya hanya beberapa inci dengan muka aku. tangannya sibuk mengusap pipi aku.

Adakah aku perlu jawab persoalan tak guna dia tu?

Aku sebenarnya agak kaku dengan keadaan dia betul-betul depan muka aku dan aku jadi menggigil.

‘’betul tak?’’

Lagi sekali dia tanya dan aku tahu aku perlu jawab kalau taknak keadaan jadi lebih buruk. Aku taknak taehyung hyung jadi bahan dia lagi! Arrghh! Aku benci dia! Aku benci dengan apa dia dah buat!

‘’be-betul.’’

Aku jawab dan dia senyum.

‘’lepaskan diorang...’’

Dia mengarahkan dua orang berbadan tegap yang lagi tadi berdiri tegak di sebelah taehyung hyung untuk melepaskan ikatan kami, aku dan taehyung hyung.

Ikatan kami dibuka tapi serius kami tidak ada tenaga untuk bergerak. Walaupun taehyung hyung boleh berjalan tapi dia hampir pengsan sebab dia betul-betul pening. Aku dapat rasa keadaan dia sekarang.

Aku?

Aku memang langsung tak boleh nak bergerak sebab setiap kali aku bergerak memang terasa sengat hasil tendangan dan sepakan yang aku terima bertalu-talu

‘’jungkook..taetae...jom!’’

Dia ajak tapi cuba cakap, macam mana aku nak bergerak? Macam mana taehyung hyung pula nak bergerak?

‘’laaaaa....kenapa ni?’’

Dia dah buta ke?! Dengan apa yang dia dah buat boleh dia tanya macam tu?! Aku memang betul-betul tak tahan dengan perangai dia!

‘’kau buta ke dengan apa kau buat?!’’

Aku terus tengking dan marah dia dan dia seperti orang yang terkejut macam nampak orang mati depan mata.

‘’jungkook...shhh..jangan cakap macam tu dengan sohyun...sohyun tahu jungkook tak sabar tapi janganlah jerit macam ni...shhhh dah dah...’’

Dia megusap kepala aku dan pandang aku dengan penuh sayu tapi aku benci muka tu!

Dia betul-betul dah gila! Apa yang dia mengarut ni? Aku tak sabar? Ya! Aku tak sabar nak kelaur dari sini!

‘’ya sohyun...aku memang tak sabar...tak sabar nak tengok kau mati!’’

‘’jungkook...’’

‘’mampus depan mata aku!’’

‘’jungkook.’’

‘’ tak wujud pun lagi bagus!’’

PANG!

Satu benda tajam hinggap di pipi kanan aku. aku terkejut. Aku menerima satu lempangan dari dia. Dia memandang aku dengan pandangan tajam betul-betul di mata aku.

Kepala aku masih tertunduk ke tepi kerana dilempang. Aku dapat rasa bibir aku berdarah.

‘’ kau cakap lagi kalau kau nak taetae jadi makan malam kita...’’

Dia cakap dengan nada serius dan aku mula rasa takut. Apa maksud dia makan malam? Arghh! Jangan cakap daging manusia pun kau makan!    

‘’taetae...kau boleh jalan kan?’’

Dia tanya dengan nada seperti budak kecil pada taehyung hyung dan taehyung hyung hanya mendiamkan diri takut untuk menjawab. Dia sebenarnya tak sanggup tengok aku. ya hyung. Aku berani lawan dia. Tapi kalau dia cuba nak cederakan orang lain dengan apa aku buat aku takkan maafkan diri sendiri dan sekarang memang aku tak maafkan diri sendiri tapi bukan salah aku hyung! Perempuan ni yang salah! Dia gila!

‘’seret diorang.....sohyun tak suka lawatan ni dilengah-lengahkan...’’

Dia tes berlalu pergi untuk menuju ketempat yang dia nak tunjuk. Seret?

Mana letaknya perasaan kasihan dia?

Aku dan taehyung hyung tiba-tiba ditarik kasar di tangan kami dan kami jatuh dari kerusi dengan badan yang terhentak kuat di lantai dan kami diseret tanpa belas kasihan. Aku mengerang kesakitan manakala taehyung hyung hanya senyap kerana aku nampak dia menutup mata rapat kerana terlalu sakit. Kami bukan diseret begitu sahaja, kalau ada barang didepan kami terpaksa melanggarnya atau sebenarnya dipaksa. Aku menjerit-jerit kerana luka aku yang masih segar telah pun ditambah sengatnya.

Adakah perempuan tak guna tu masih layak dige;ar sebagai seorang manusia?

Sekarang taehyung hyung betul-betul disebelah aku dan dia pandang aku senyum. Aku nampak air matanya mula mengalir dan aku yang tak tahan tengok keadaannya juga senyum.

‘’jung...jungkook..’’

‘’nae-hyung...’’

Kami bercakap tergagap kerana menahan kesakitan .

‘’mi-mianei...’’

‘’wa-wae?’’

Kenapa hyung perlu minta maaf pula?!

‘’hyung-hyung tak dapat se-selamatkan kita semua...’’

‘’kit-kita semua?!’’

Aku tak faham. Ada orang lain ke selain aku dengan taehyung hyung? Semua?! Apa maksud hyung? Kenapa semua orang suka tanya soalan yang susah dirungkai?!

Sohyun mula membuka pintu dan dua lelaki berbadan tegap tusambung menyeret kami berdua. Aku terkej

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^