Part 30

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Gayoon POV

Kenapalah sejak akhir-akhir ni..duit aku macam dah nak habis dalam bank ni?

Haishh, yelah. Aku asyik keluar dengan dujun.

Aku kena kurangkan keluar dengan dia lepas ni...haih.

Kerja dekat pejabat tu pun tak siap lagi.

Baik aku balik ke cafe sekarang.

Aku keluar dari bank mahu menuju ke kereta.

Tidak semena-mena orang yang sekarang aku perlu kurangkan berjumpa dengannya tiba-tiba berada di depan aku.

‘’dujun..apa kau buat dekat sini..’’

‘’cari kau lah...jom keluar..’’

Aku mula rasa bersalah nak terangkan dekat dia macam mana. Bukan aku taknak tapi aku tengah sibuk jimatkan duit. Kan pelik kalau selalu appa kena masukkan duit dekat akaun aku. nanti tak pasal-pasal banyak dia tanya.

Lainlah kalau aku sohyun. Takde appa nak tanya.

‘’emm...dujun...aku bukan taknak..tapi kau tahukan..kita dah banyak sangat keluar...aku kene jimat duit kali ni..’’

‘’haiishhh! It’s okay. Kali ni aku belanja!’’

‘’se-serius?’’

Aku terkejut kali ni dia mahu kelaur menggunakan duit dia pula. Tapi semestinya aku tetap rasa bersalah.

‘’ye..’’

‘’tak menyusahkan ke?’’

‘’anni...haishh jomlah!’’

Dia menarik aku memasuki keretanya. Aku terkejut dan tidak sempat untuk bertindak apa-apa. Kereta aku di tinggalkan di kawasan itu.

Aku tidak berapa kisah kerana setiap kereta kami iaitu kereta yang appa kasi untuk kami berlima ada pengesan. Kalau hilang boleh di kesan.

 

 

Hyuna POV

Tidak lama kemudian sohyun sampai pada waktu tengahari. Semestinya aku dapat notanya. Aku tahu dia selalu sahaja ada benda yang dilakukan tapi apa yang aku kisah sekarang ini ialah aku risau tentang dia.

 Dia nampak lain. Nampak agak kaku dan gelisah. Ada benda ke yang dia sembunyikan?

Aku taknak tanya dia lebih lanjut sebab aku tahu dia tidak suka bertanya tapi aku tak boleh biarkan selalu apa dia buat.

Kadang-kadang aku rasa apa dia buat tidak betul tapi dia sendiri mempunyai masalah mental dan umma pula tidak pernah marah dengan apa dia buat.

Aku tahu sehingga sekarang appa boleh melekat sahaja dengan umma sebab umma pandai pengaruh fikiran orang dan aku tak tahu kalau-kalau sohyun ada kemahiran tu.

Yang pastinya dia tidak pernah tunjuk lagi melainkan dia hanya akan bunuh seseorang yang buat dia sakit hati.

Segalanya telah di uruskan sehingga tiba hari petang. Sohyun memimpin aku masuk ke dalam keretanya walaupun aku rasa aku sudah cukup sembuh.

 Tidak lagi rasa penat atau letih. Doktor juga cakap aku Cuma perlu minum air lebih banyak lepas ni.

Kami berborak banyak mengenai kesihatan aku dan sohyun berhasrat untuk berhenti di supermarket beli sedikit buahan dan sayuran.

Sehinggalah kami nampak seseorang yang sangat kami kenal dari jauh dan sohyun tanpa membuang masa keluar dan aku nampak dia sudah memegang pistol di tangannya.

Orang itu seperti mahu membuat sesuatu yang jahat dan dia cuba memegang tangan orang yang kami kenal. Dia memberontak untuk dilepaskan dengan perlahan tapi riak wajahnya menampakkan dia takut.

Dan secara tiba-tiba aku nampak orang yang memegang tangan tadi jatuh rebah selepas darah dikepalanya memancut keluar.

Aku terkejut dan tidak tahu apa yang jadi sehinggalah aku perasan yang sohyun melepaskan tembakan pada orang itu rupanya, tapi tembakan tanpa bunyi?!

Aku hanya membulatkan mata terkejut.

 

 

Hyeri POV

Tengahari.

Lari dari rumah sohyun adalah cara terbaik yang aku buat malam tu. Ye memang dia suruh aku berehat dibiliknya tapi aku tertekan dan masih perlu jauh dari dia buat sementara.

 Aku tahu dia tidak berniat jahat tapi kepala aku sangat sakit jadi malam tu juga aku pergi.

Aku sudah dah tak boleh fikir kesan tindakan aku ni, yang penting aku gembira aku dapat balik kembali kesekolah.

Mestilah kawan aku yang lain akan tanya mana aku menghilang. Dan aku hanya mampu jawab yang aku tak sihat.

Lihat pada diri aku pun macam orang tak sihat. Muka pucat mata sembap bibir kering. Aku tak peduli semua tu yang penting aku dapat bertenang sedikit sekarang.

Aku tidak bercakap banyak dan hanya menumpukan pada kelas. Aku juga tidak pergi rehat melainkan hanya tidur. Dapat tidur sedikit pun jadilah.

Sehinggalah waktu pulang aku fikir elok aku singgah ke supermarket sebentar, sebab dekat dapur rumah dah takde makanan.

Aku fikir aku nak beli ramyun pun dah cukup. Yang penting dapat isi perut dari terus lapar.

Semestinya aku hanya berjalan kaki nak kemana-mana. Sekolah dengan supermarket tidak jauh dari rumah aku. tapi dalam perjalanan ke supermarket aku dah dapat rasa macam tengah diekori. Mungkin perasaan aku sahaja.

Aku melangkah masuk ke supermarket dan mula mencari apa yang aku mahu. Dengan tidak membuang masa aku ke kaunter pembayaran dan membayar ramyun yang aku beli.

 Aku memang tidak sabar mahu pulang ke rumah.

Yelah perut pun sudah memanggil nama aku untuk mengisinya secepat mungkin. Haih merepek sahaja gambaran aku  ni.

Kelaur sahaja dari supermarket aku terasa meremang. Seorang lelaki memakai jaket kulit hitam berkaca mata hitam dan jeans sepeti memandang aku.

Aku cuba mengendahkannya dan mempercepatkan langkah aku tapi belum sempat aku pergi sejauh yang mungkin dia meratap pergelangan tangan aku dengan kasar.

Plastik beg yang berisi peket ramyun itu terjatuh. Aku cuba melepaskan diri. jerit? Suara aku sudah hilang untuk menjerit. Bercakap pun susah dan mampu sedikit sahaja.

Aku mengalirkan air mata kerana takut. Tolonglah aku sudah tidak sanggup lebih banyak benda buruk berlaku pada aku.

Dan tiba-tiba sahaja aku terasa genggaman dia pada pergelangan aku semakin lemah dan aku menarik tangan aku secepat mungkin.

Aku lihat dia terkaku dan aku jadi semakin terkejut bila aku nampak lubang di dahinya dan ia lubang yang menampakkan apa dibelakangnya. Tembus.

Darah terpancut dari bahagian belakang kepalanya dan darah mengalir dari dahinya.

Aku jadi semakin menggigil dan menutup mulutku dengan kedua tanganku.

Dari mana pula datangnya orang menembak dia?! dan kenapa tiada sebarang bunyi?

Benda ni-benda ni sangat mustahil!

Melainkan seorang!

Dan saat tu orang yang sedang aku fikirkan siapa dia datang ke arah aku dan terus memeluk aku yang masih dalam ketakutan.

‘’hyeri...aku dah kata kau selamat dengan aku..’’

Sohyun.

Saat itu aku tidak keruan dan terus memeluknya erat.

Aku perlu tahu, apa yang di katakannya,

Adalah benar.

 

 

Gayoon POV

Kami menghabiskan masa bersama di sebuah pusat beli belah.

Shopping. Makan. Jalan dan jalan.

Disebabkan kebosanan yang melanda kerana kerap sangat kami kesini,

Dia mangajak aku untuk ke taman bunga yang tidak jauh dari situ.

Mengambil masa sepuluh minit untuk memandu kesana.

Sepanjang dalam perjalanan aku asyik memandang muka dia. haih, untungnya aku dapat dia. dahlah hensem, baik pula tu. Aku ingat dia Cuma ambil kesempatan dengan duit aku tapi tak dia juga tahu untuk membelanjakan wangnya untuk aku.

Dia memegang tangan aku dan aku terasa panas di pipi aku.

Aku tidak berfikir panjang dan memegang tangannya balik.

Sampai di destinasi, dia bertindak lebih romantis dengan membukakan pintu kereta untuk aku.

Hmm, perangai dia baik semacam hari ni,ada sesuatu ke?

Aku tak sangka tempat yang dia bawa ni terlalu cantik. Jarang sekali aku ketempat macam ni walaupun aku tahu dimana tempat ni.

Dia mengajak aku untuk berpegang tangan sambil berjalan bersama-sama.

Aku senyum dan kami pun berjalan sambil berpegang tangan.

Melihat keindahan bunga-bunga disini memberi ketenangan dan kegembiraan pada aku lagi-lagi bersama seorang yang aku sayang.

Tapi tiba-tiba sahaja dia menghentikan jalannya bila kami berada di satu tempat dimana kami ditengah-tengah sambi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^