Part 23

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

 

Esoknya di pagi hari.

Jungkook POV

Aku terasa seperti mata aku nampak cahaya dan itu bermakna aku dah mula tersedar. Secara perlahan aku membuka mata aku membenarkan cahaya menembusi mata aku dan membiarkan penglihatan yang kabur menjadi jelas sedikit demi sedikit.

Aku bergerak dan kesakitan yang aku tak jangka tiba-tiba menjelma membuatkan aku terkejut dan aku berhenti bergerak. Aku baru teringat aku ditumbuk teruk di bahagian perut aku dengan pperempuan tu. Ye sohyun. Aku tak dapat menerangkan betapa sakitnya dan aku tahu mesti banyak luka dibahagian perut aku sebab aku rasa betapa sakit bila kulit perut aku tersentuh dengan baju aku yang sudah pun hampir koyak rabak.

aku lihat sekeliling. Cuma aku seorang sahaja dalam bilik ni. mana jimin dan taehyung hyung? Mana?

Ini semua salah aku!

Kalau aku tidak bertindak gila cuba keluar lari dari sini, dah lama aku takkan terpisah dari diorang dan menderita dengan kesakitan yang aku terima sekarang!

Aku cuba bergerak bangun tapi tersangat perit. aku terasa melekit di badan aku setelah seharian tidak pun mandi. Aku nak mandi. Tapi tidak dengan keadaan diri aku yang sakit dan penuh dengan luka. Aku hanya berguling sedikit di atas katil aku diletakkan dan aku tak tahu macam mana aku boleh terperangkap di bilik yang lain ni.

menahan sakit ketika berguling, aku cuba bertenang dan cuba yang terbaik untuk bangun. Sia-sia. Aku rebah semula di atas katil yang begitu empuk. Tiada cara lain. Aku menyeret diri sendiri agar jatuh dari katil.

Tubuh aku jatuh kelantai dan saat tu aku menutup mata sekuatnya menahan betapa perit kesakitan yang aku rasa.

Aku cuba menyeret diri sendiri menuju ke sebuah pintu. Aku tahu itu mesti pintu tandas. Aku perlu cuci luka aku atau ia menjadi lebih teruk. Tidak dinafikan , air mata aku mengalir bila mula aku menyeretkan diri agar boleh ke pintu tersebut. Sakit! Sangat sakit. Luka aku yang aku terima sangat menyengat.

Jauh. Kenapa jauh sangat?!

Aku benci aku tidak boleh ke pintu tu dengan lebih cepat disebabkan keadaan aku sekarang ni!

Aku benci sebab aku buat keputusan bodoh cuba keluar dari sini!

‘’ARRGGHHH!’’

Aku mengamuk sendiri. Menjerit geram.

Tapi bunyi pintu bilik ini kedengaran seperti dibuka seseorang dan aku yang terkejut terus mengalihkan tumpuan aku pada orang yang memasuki bilik ini. sohyun.

Aku tahu dia pasti akan bunuh aku. aku tahu dia masih tidak habis mahu melepaskan geramnya pada aku sebab apa yang aku cuba buat semalam. Cuba lari keluar dari tempat ni.

Wajahnya sangat serius dan dia memandang tajam dan tepat ke mata aku. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi takut dengan pandangan dia. Aku hanya mampu menunggu untuk apa yang bakal terjadi dekat aku lepasni.

Dia menuju kearah aku dengan muka yang masih serius.

Aku masih teringat semalam aku ditumbuk tanpa sebarang belas kasihan walaupun aku terasa aku hampir mati waktu tu dengan muka yang sudah tidak bermaya, tapi dia masih teruskan apa dai buat. Aku ingatkan aku tidak akan jumpa hari ni.

Tapi aku masih jumpa dan aku bersyukur. Untuk sekarang tidak lagi. Aku tahu dia akan tamatkan riwayat aku sekarang. Sebab dia gila dan dia sukakan aku. tapi aku tidak terima dia. Jadi buat apa dia mahu aku hidup lagi sedangkan semalam dia juga hampir buat aku mati.

Tapi tak.

Apa dia cuba buat?

Dia mendapatkan tangan aku dan meletaknya di sekeliling bahu dia. Dia memapah aku untuk bangun dengan perlahan tanpa berkata apa-apa.

Dia cuba tolong aku bangun?!

Jantung aku hampir sahaja tercabut memikirkan dia akan menamatkan riwayat aku bila dia mula pegang tangan aku tapi tak, dia tolong aku bangun?!

Aku tak percaya.

Perlahan-lahan dia meletakkan aku kembali di atas katil di mana aku duduk di atas katil dan bersandar di dinding sebagai menyokong badan aku yang lemah. Yang aku sendiri tidak mampu menampungnya dengan kudrat yang sudah pun seperti tidak ada.

aku hanya terdiam. Dia pergi ke laci tepi katil dan mengeluarkan sesuatu. Sebuah kotak. Kotak kecemasan untuk mengubat luka.

Aku jadi pelik. Apa pula lepas ni yang dia cuba buat. Tapi aku jadi semakin pelik mukanya masih tidak berubah dan lagi tadi satu patah perkataan pun dia tidak cakap.

Dia tiba-tiba sahaja membuka baju yang berbutang ataupun itu merupakan baju sekolah yang masih aku tidak tukar-tukar sejak hari aku diculik ke sini dan aku tak tahu macam mana aku boleh ada disini.

Aku hampir mahu menjerit terkejut dengan luka diperut aku. aku tidak pernah tengok luka sebanyak ni ada pada diri aku. aku mengalihkan muka tidak mahu melihatnya. Aku menutup mata dan perlahan-lahan air mata aku mengalir semakin banyak.

Aku tidak sangka benda ni boleh berlaku pada aku. aku tidak percaya kebiasaan benda macam ni yang selalunya ada dalam tv boleh terjadi pada aku.

Tetapi aku terasa sesuatu yang lembut memegang dagu aku dan perlahan-lahan membuatkan aku memandang kehadapan semula.

Sohyun memandang aku dengan sayu. Tangannya masih di dagu aku.

Dia senyum.

‘’jangan takut...aku ada dekat sini...’’

Waktu itulah baru dapat mendengar suaranya dan senyuman dia. Kenapa aku tak pernah perasan. Selama ini, senyuman dia nampak sangat cantik...dan betul aku tak boleh tipu diri aku sendiri senyuman dia membuatkan aku tenang sedikit dari memikirkan luka yang aku terima sekarang ni.

Dia tidak membuang masa dan terus mengubati luka aku.

Aku menjerit-jerit kesakitan dan memegang bantal disebelah aku kuat kerana terlalu perit dan pedih bila dia mengubati luka aku. dia tidak marah dan membiarkan aku menjerit malah dia semakin cuba berhati-hati mengubati luka aku dengan lembut bila semakin kuat aku jerit.

Apabila semakin kurang rasa sakit dimana dai mula membalut perut aku dengan penuh berhati-hati aku memandang dia. Kenapa. Kenapa dia berkelakuan terlalu baik dengan aku?

Tidak pernah aku jumpa perempuan yang terlalu baik macam dia. Yang aku tahu, perempuan Cuma mahu kan aku kerana rupa aku tapi adakah diorang akan jaga aku macam dia di saat macam ni?

Aku sedar banyak benda yang aku dah salah anggap pasal dia. Dia tidaklah teruk dan dia Cuma suka aku dan keadaan takkan jadi teruk macam ni kalau aku terima dia. Ini semua salah aku. dia sayangkan aku dan kenapa aku tidak terima dari awal. Kalau aku dah terima ..taehyung hyung takkan disakiti dan jimin hyung juga tidak akan terlibat.

Ini semua salah aku...

Air mata aku mengalir bila aku pandang dia semakin lama dan disaat itu dia sudah habis membaluti perut aku dan memandang ke muka aku. dia terkejut.

‘’jung-jungkook...kenapa?’’

‘’so-sohyun...’’

Suara aku tergagap. Aku mahu bercakap tapi tekak aku yang kering membuatkan ia bertambah teruk. Aku rasa bersalah dengan diri sendiri. Aku nak berkata sesuatu dekat dia!

‘’aku...minta maaf...’’

Aku cuba menggerakkan tangan aku dan mula memeluk dia yang betul-betul di depan aku. aku memeluknya lagi kuat dan semakin banyak air mata aku mengalir.

Dia seperti terkaku terkejut tapi dia mula memeluk aku balik.

‘’jungkook...kau selamat dekat sini....aku sayangkan kau...aku Cuma nak kau tahu..kau selamat...’’

Ayat dia membuat kan aku lebih rasa pedih dalam hati. Semakin banyak rasa bersalah timbul. Dia nak melindungi aku? tapi aku yang sepatutnya melindungi dia. Kenapa..kenapa dia sanggup buat semua ni demi aku? kenapa aku susah sangat nak sedar apa yang dia buat sebenarnya Cuma untuk aku.

Pelukan dia hangat..sama seperti umma aku dahulu.

Umma...dia terkorban depan mata aku dan dia orang yang paling aku sayang. Tapi umma, adakah tuhan telah menemukan aku dengan seorang lagi perempuan untuk menggantikan umma? Dia sanggup melindungi aku sama seperti umma. Umma selalu ada sewaktu jungkook susah atau senang sama seperti sohyun.

Dan aku menyesal kerana tidak membalas cinta dia. Tapi sekarang aku sedar...dialah yang akan jadi bila aku susah atau senang. Aku dah jumpa seorang perempuan yang betul-betul sayang aku seperti umma dan dialah sohyun.

‘’aku..aku sayang kau juga..’’

Dia meleraikan pelukan dan memandang muka aku sambil senyum. Dia mengelap air mata aku dengan ibu jarinya.

‘’jungkook...kau jangan takut...aku Cuma..nak kau selamat..’’

Aku pandang dia dan mula perlahan-lahan senyum.

Aku cuba sedaya upaya untuk meletekkan tapak tangan aku di belakang kepalanya.

Secara perlahan aku mendekatkan mukanya dengan muka aku dan aku tahu aku buat benda yang betul dan dia adalah perempuan yang betul dilahirkan untuk aku.

Aku menutup mata dan sewaktu itu aku membuatkan bibir aku merasa sesuatu yang lembut. aku mencium dia.

Air mata aku kembali mengalir sebab aku berasa terlalu gembira aku ditemukan dengan seorang perempuan yang sangat istimewa, sohyun.

Perlu mengharungi keadaan yang susah untuk kami di pertemukan. Orang kata bersusah-susah dahulu ber

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^