Part 13

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

No one POV.

‘’apa korang buat dekat sini?’’

Jimin dan taehyung masih terkaku ketakutan. Diorang berdua memandang muka sohyun dan tak tahu nak jawab apa. Tapi jimin cuba juga mengubah persepsi fikirannya supaya tidak takut dengan sohyun.

‘’masalahnya apa kau buat dengan semua ni.’’

Nada suara jimin kedengaran serius bercakap dengan sohyun. Tapi sohyun yang terlihat ada tanda-tanda takut sedikit pun mara melangkah kedepan sambil tersenyum . taehyung kebelakang manakala jimin tetap tidak bergerak sejenak pun kerana cuba memberanikan diri.

‘’korang...korang..’’

Sohyun bercakap sedikit sambil tergelak kecil. Dia berjalan melepasi jimin dan taehyung dan kesebuah sudut yang mempunyai langsir. Sohyun membuka langsir tersebut menyebabkan jimin dan taehyung melopong terkejut. Ada tujuh patung yang memang serupa dengan muka mereka dan adik-beradik mereka yang lain. Dia mengambil patung yang ada rupa jungkook.

‘’lelaki ni...aku sayang dia..’’

‘’apa semua ni?’’

Jimin kelihatan marah sebab dia dapat rasa sohyun buat sesuatu yang tak elok.

‘’kau nak tau apa semua ni?’’

Sohyun senyum, meletak balik patung jungkook dan mengambil patung yang ada rupa taehyung.

Dia tiba-tiba mengambil seutas reben dan mengikat di leher patung yang serupa taehyung dengan ketat.

Taehyung tiba-tiba melutut dan memegang lehernya seperti memerlukan nafas.

‘’ji-jimin!’’

‘’APA KAU DAH BUAT?!’’

‘’Ji-jimin! Ak-ak-aku tak bo-boleh ber-nafas!’’

Sohyun hanya tergelak kecil dan mengikat semakin ketat menyebabkan taehyung mula mengalirkan air mata dan terbatuk dengan teruk.

‘’TAEHYUNG!’’

Jimin mendapatkan taehyung yang sudah terbaring di lantai.

‘’apa kau dah buat perempuan!’’

Jimin cuba mendekati sohyun.

‘’opps..lagi dekat kau pergi..lagi cepat hayat taehyung berakhir...’’

Sohyun hanya tersenyum berkata macam tu dan jimin hanya berhenti geram sambil menggenggam tangannya menahan marah.

‘’LEPASKAN DIA!’’

‘’kau dah faham apa semua ni?’’

Jimin tak menjawab dan hanya senyap membatu sebab dia faham tapi dia sangat marah.

‘’jadi kau tak faham lah ni?..maksudnya aku kene ikat reben ni lagi ketat rasanya..’’

‘’YE YE AKU FAHAM!’’

Jimin menjerit dan lepas tu sohyun senyum sebelum melepaskan ikatan reben di leher patung taehyung.

Taehyung terbatuk-batuk kerana nafas yang tak cukup tadi dan cuba bernafas dengan normal semula. Dia masih terbaring keperitan dan kepenatan.

‘’rasanya mesti korang lapar...jom ikut aku...’’

Diorang tiada cara lain melainkan ikut sohyun memandangkan dia membawa patung taehyung bersamanya. Memang tidak munasabah. Jimin dan taehyung tidak percaya apa yang baru mereka alami! Sohyun memang betul-betul gila dan menakutkan serta merbahaya!

Pernah dengar voodoo doll? Itu apa yang telah sohyun lakukan yang dipelajari dari ommanya sendiri. Kali terakhir dia guna waktu dia di sekolah rendah bila pelajar kerap membulinya. Tapi dia berhenti bila dia jumpa lelaki yang dia suka tapi malang lelaki tu tipu dia dan dia bunuh lelaki itu dan sejak tu dia lebih suka membunuh . tapi dengan kehadiran jungkook, yang sifatnya lain dari lelaki biasa membuatkan dia tertarik untuk menjadikan jungkook sebagai permainannya kesayangannya tapi tidak cukup dengan itu dia rasa dia perlu melibatkan beberapa hiasan dalam permainannya dengan menjadikan adik-beradik jungkook sebagai mangsa.

‘’duduklah..’’

Bila sampai di ruang makan sahaja sohyun menyuruh mereka duduk. Meja makan sohyun panjang seperti yang selalunya tertayang dalam cerita di dalam istana. Sohyun duduk di hujung meja makan manakala jimin dan taehyung duduk di hujung satu lagi tapi berhadapan antara satu sama lain.

Di atas meja sudah tersedia pinggan, gelas , sudu garfu , pisau untuk tiga orang makan.

Jimin dan taehyung sebenarnya agak kagum dengan cara penyusunan yang teratur . tiba-tiba keluar seorang perempuan berambut pendek bewarna coklat gelap. Mukanya nampak manis tapi rasanya bukan sifatnya. Jimin dan taehyung nampak tertanya-tanya siapa pulak yang muncul kali ni.

‘’ouh perkenalkan ni sepupu aku...hyeri.’’

Hyeri senyum dan duduk sebelah sohyun.

Sohyun tiba-tiba sahaja bangun.

‘’aku nak pergi hidang makanan dulu jadi..korang bolehlah berborak..’’

Sohyun terus ke dapur meninggalkan diorang bertiga di ruang makan.

 

 

Di rumah Mr.Jeo

 ‘’apa jimin dengan taehyung takde?!’’

Namjoon dengan riak terkejut.

Niat sebenar mereka nak bertolak ke hospital untuk tengok keadaan jungkook selepas yoongi ambil jimin dan taehyung pulang dari sekolah memandangkan jin suruh dia sebab dia masih di hospital. Tapi lama yoongi tunggu last-last dia tanya penjaga keselamatan kat sekolah tu tapi dia kata dia dah 2 round check memang takde sorang murid pun dalam sekolah. Yoongi apa lagi bengang ada, risau pun ada! Dia terus balik rumah dan maklumkan pada namjoon dan hoseok

‘’arghh! Habis tu macam mana?!’’

‘’apelagilah budak dua ekor tu! Tah mana-mana dia pergi! Dah kata jangan singgah mana-mana!’’

Hoseok menanya namjoon dan yoongi manakala yoongi hanya tau mengamuk geram. Yoongi menuduh mereka begitu sebab memang jimin dan taehyung paling nakal dan degil. Sudah kebiasaan diorang ketempat lain lepas sekolah sesuke hati.

‘’aku tak rasa diorang tengah berseronok sekarang ni..’’

Namjoon tiba-tiba bersuara.

Yoongi dan hoseok pandang namjoon pelik.

‘’jin hyung ada cerita yang jimin tolong dia angkat beg jungkook waktu dia nak bawa pulang jungkook. Dah sah-sah jimin dengan taehyung tahu apa jadi dengan jungkook dan risaukan dia. Jadi takkan diorang nak melencong ke tempat lain?’’

Apa yang namjoon terangkan betul-betul buat hoseok  terkejut dan berfikir sejenak ada betulnya juga apa yang namjoon katakan.

‘’betul jugak ek..’’

Hoseok berkata dan pandang namjoon sambil memegang dagunya seperti orang sedang berfikir.

‘’dah tu sekarang diorang dekat mana?!’’

Yoongi tak habis-habis dengan berangnya.

‘’okay okay! Sabar..’’

Namjoon cuba menenangkan yoongi.

‘’macam ni..kita call appa,bagitau dia dulu..’’

Dia memberi cadangan yang terbaik yang hanya mampu dibuat kepada hoseok dan yoongi.

‘’okay.’’

Yoongi dengan muka masih bengang tidak puas hati terus senyap.

Hoseok masih kelihatan seperti tengah memikirkan sesuatu manakala namjoon mula menekan button call untuk menelefon appanya di phonenya.

Dia tunggu dan tunggu..tapi tidak di jawab..

Lagi

Lagi dan lagi

Rasanya dah kali ke 10 dia cuba tetap sama.

Dia menghela nafas risau dan pandang yoongi dan hoseok.

‘’appa tak jawab..’’

‘’jap aku tepon jin hyung mana tau dia tahu appa dekat mana.’’

Namjoon lagi sekali memberi cadangan dan terus tepon jin.

Trutt trutt..

‘’hello?’’

‘’jin hyung!’’

‘’ha kenapa?’’

‘’tau tak appa pergi mana?’’

‘’oh appa tadi dia datang tapi sekejap je lepastu dia kata dia nak uruskan pasal pembukaan restaurant dekat hongkong tu..’’

‘’eh appa dah kenapa-‘’

‘’sabar dulu..hyung tak abis explain...appa dia nak tundakan sebab dia kata dia nak jaga jungkook..’’

‘’ouh..lahai ingatkan masih nak teruskan..tapi hyung..kitorang tepon appa nak sepuluh kali appa tak jawab pun..’’

‘’yeke?’’

‘’ye hyung..’’

‘’tapi korang nak tepon appa kenapa?’’

‘’ni ha jimin dengan taehyung...’’

Namjoon serba salah nak bagitau..sebab jin memang cepat risau.

‘’kenapa dengan diorang?’’

‘’diorang...’’

‘’namjoon...’’

‘’haihh...diorang hilang..’’

‘’apa?!’’

 

 

Di ruang makan rumah sohyun.

 

‘’nama siapa?’’

Hyeri tanya sambil tak henti-henti senyum sinis pandang taehyung dan jimin.

‘’perlu ke kau tau..’’

Jimin yang bengang je pandang hyeri dan jawab dengan kasarnya..

‘’taehyung..’’

Jimin terkejut tengok taehyung jawab dengan selamba dan hyeri pandang jimin.

‘’kerasnya kepala kau..’’

Hyeri senyum dan mula mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Lolipop.

Dia makan dengan selamba.

‘’korang berdua memang cari nahas kan?..’’

Apa yang hyeri kata betul-betul buat telinga jimin panas dan taehyung pandang hyeri pelik.

‘’apa yang kau cakap?!’’

Jimin pandang hyeri dengan tajam.

‘’tsk.macamnilah..aku ada nasihat untuk korang berdua...lari..selagi masih sempat..sebab –‘’

‘’sorry lama tunggu!’’

Kata-kata hyeri dipotong bila tiba-tiba sohyun muncul. Hyeri berpura-pura tidak bercakap dengan diorang.

Sohyun membawa semangkuk daging panggang yang telah dipotong-potong. Bau aromanya sangat menyelerekan.

Taehyung yang memang sudah lapar pandang daging tersebut tapi dia cuba buat muka takde perasaan. Jimin? Jangan harap dia nak makan sebab dia sekarang memang tengah marah dengan sohyun.

Sohyun menyediakan sorang satu pinggan dan meletakkan daging tu atas pinggan setiap sorang termasuk diri dia sendiri.

‘’jadi apelagi..makan-‘’

‘’kitorang dah balik!’’

Kata-kata sohyun dipotong dengan suara beberapa orang. Sudah pastinya itu kakak-kakaknya.

Jihyun,Jiyoon dan Gayoon. Bila diorang bertiga masuk diorang agak terkejut tengok sohyun bersama orang tak dikenali diruang makan. Diorang ke ruang makan dahulu sebab terbau aroma daging panggang sohyun.

‘’eh sohyun siapa ni?’’

Jiyoon yang tanya dengan muka pelik di wajahnya.

‘’eh hyeri! Bila sampai?!’’

Tiga orang tu terkejut nampak kelibat hyeri dan diorang terus berpelukan.

Sohyun bangun dan senyum.

‘’unnie..

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^