Part 25

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Hyeri POV

Aku berjalan pula menuju ke bilik taehyung di letakkan tapi aku terus menghentikan langkah.

Memikirkan dia membuatkan aku jadi tak tenteram.

aku jadi gelisah. Tak sama seperti namjoon. Aku boleh terima dia ditembak sebab dia masih boleh diubatkan dan ada harapan untuk sembuh. Tapi tulang? Macam mana? Macam mana dia nak sembuh semula?

Aku jadi menggeletar memikirkan macam mana keadaan dia waktu tu. Kesakitan yang dia alami.  Kaki aku jadi semakin lemah bila hendak berjalan menuju ke biliknya. dia tidak boleh bergerak sendiri mahupun melakukan apa benda sekali pun.

Jadi siapa perlu aku lindungi sekarang?

Aku jadi bingung.

Taehyung lagi memerlukan seseorang di sampingnya. Apa aku dah buat?!

Sepatutnya aku lebih memilih taehyung dari namjoon. Tapi tak...

Apa yang aku fikir?

Sepatutnya aku fikir untuk melindungi semua diorang semua.

Aku menggelengkan kepala. Kenapa selalu aku sahaja yang berfikira berserabut? Kenapa mesti aku?

Aku tak minta untuk terlibat dengan apa aku buat tapi aku perlu. setelah banyak jasa yang dia dan keluarga dia berikan pada aku, takkan aku nak menolak setiap kali mereka memerlukan pertolongan.

Tanpa diorang siapa aku? di mana aku akan tinggal?

Aku asyik terasa ada yang salah terjadi pada diri aku tapi aku tak tahu kenapa aku tidak boleh sedar apa kesalahan tu. Aku tak tahu! Semakin aku fikir semakin banyak perkara yang akan mencelarukan fikiran aku datang satu demi satu.

Aku sambung berjalan dan cuba untuk tidak menggeletar. Aku dapat rasa tangan aku sejuk.

Aku akan berdepan dengan orang yang betul-betul nasibnya aku tak dapat bayangkan.

Berdiri betul di hadapan pintu bilik yang dimana taehyung di dalamnya buat aku was-was. Perlukah aku berhadapan dengan dia.

Aku tak menyakiti dia tapi kenapa aku yang terasa terlalu bersalah? Kenapa aku?

Oh ye...

Aku tidak pernah selamatkan mangsa-mangsa sohyun. Dan kalau aku tak ikut arahan sohyun dan mengkhianati dia...itu bukan aku.

Aku memang sewajarnya ikut setiap arahan dia sebab dia memang insan sangat penting dalam hidup aku. hyuna unnie kata aku Cuma terpengaruh tapi tak!

Aku Cuma buat benda yang betul!

Sohyun menjaga aku dan kenapa perlu aku di pengaruhi dia?

Apa yang aku buat semua ikut kehendak aku! aku masih sedar!

Aku sedar setiap yang dia buat ada kebaikan.

Tapi...apa kebaikannya sekarang dia culik diorang bertujuh?

Aku tak patut mempersoalkannya.

Aku mula memegang tombol pintu bilik taehyung dan membukanya perlahan. Seperti namjoon, dia juga masih terbaring di atas katil tapi keadaan dia lagi membuatkan tangan aku semakin sejuk.

Muka dia nampak pucat dan aku nampak kesan air mata kering di pipinya. Cara dia baring nampak sangat tidak selesa .

Matanya terbuka dan hanya pandang ke atas membuatkan aku lebih takut untuk memandangnya. Dia nampak seperti orang yang seharian tidak tidur atau berehat.

Aku hanya cuba mengalihkan pandangan dari terus memandang dia dan terus meletakkan makanan di atas meja dia. aku nak melangkah keluar tapi aku abru ingat. Macam mana dia nak makan?

Aku mengeluh dan memusingkan badan pandang dia semula. Aku menggenggam tangan sendiri dan memandang dia buat beberapa saat sebelum perlahan berjalan menuju ke arah dia.

‘’tae-taehyung...’’

Aku pandang ke arah meja dan nampak air sebotol air semalam masih tidak disentuhnya dan aku mula rasa bersalah. Satu benda yang bodoh bila difikirkan semula. Macam mana dia nak minum?

Aku tak boleh buat benda ni seorang diri! aku tak boleh! Aku taknak lagi tengok orang diperlakukan macam ni depan aku. tapi siapa yang aku nak panggil untuk tolong aku?

Bukan..bukan orang-orang sohyun. Diorang tidak membantu langsung!

Aku jadi semakin menggeletar memikirkannya dan aku terus keluar dari bilik itu dengan keadaan pintu masih terbuka luas. Aku hanya memandangnya dari jauh. Tak tahu nak buat apa.

Aku tak sanggup nak sentuh dia walaupun sedikit! Aku taknak dia sakit! Tapi macam mana? Takkan nak biar dia mati kebulur?

Aku teringat...jimin.

Sewaktu dia diculik dia berada dengan jimin. Mesti diorang kenal satu sama lain!

Aku secara senyap mengunci bilik taehyung balik dan mencari bilik jimin.

Berdiri di depan pintu bilik jimin , tanpa berlengah aku terus membuka kunci pintunya dan perlahan membuka pintu biliknya. aku nampak dia hanya duduk terdiam di bersandarkan katil seperti orang risau.

Dia nampak aku dan terkejut. Dia hanya pandang aku.

‘’jimin! Kau kene tolong aku...’’

 

 

Sohyun POV

Ape yang lama sangat si budak hyeri ni? aku suruh dia masak dan letak makanan je kat setiap bilik.

Kenapa macam lama sangat. Dan budak tu...

Kenapa pula dia nak beria sangat jaga namjoon?

Dia kesian sangat ke dengan namjoon?

Mana boleh kesian! Dia Cuma patung!

Tapi... dia janji akan sempurnakan semula patung aku!arghhh aku tak boleh fikir buruk,

Tapi setiap kali aku biarkan dia untuk menjalankan tugas mesti aku ada rasa was-was.

Sebelum ni ada juga orang lain aku culik...sebab diorang memang layak untuk diculik.

Tapi mesti ada diantara diorang yang hampir berjaya lari keluar. Tapi malang otak diorang terlalu singkat, aku dah kata takde siapa boleh terlepas dari aku. diorang yang nak pilih untuk lari jadi, matilah jawapannya.

Diorang tu semua memang tak berguna, dahlah tipu belakang aku lepastu cuba nak lari.

Oh...tapi bukan jungkook, dia Cuma tak biasa..lagipun dia tak buat salah dekat aku, Cuma aku mungkin terlebih emosi dan bertindak kasar dengan dia...tapi itupun untuk kebaikan dia...

Dan akhirnya dia sedar juga apa kebaikannya. Aku tahu dia takkan sia-siakan kasih sayang aku untuk dia.

Aihhh rindunya nak jumpa dia tapi demi hyuna unnie aku kene pergi tinggalkan dia sementara.

Bercakap pasal ada yang hampir berjaya lari keluar...macam mana diorang boleh hampir berjaya? Tak cukup strategi ke bilik yang aku bina untuk diorang?

Semua ni terjadi bila aku mula minta dia tolong aku. sebelum ni kalau aku buat sendiri mesti tiada yang terlepas dan dengan senang mati juga dekat rumah aku sebab diorang yang taknak ikut arahan aku. salah siapa? Diorang juga..

Hyeri...budak ni ada yang tak kena.

‘’sohyun.’’

Hyuna unnie yang lagi tadi hanya menonton televisyen secara tiba-tiba memandang aku dan panggil aku.

‘’asal senyap?...’’

Arggh! Asal aku nampak sangat menjengkelkan.

Mestilah hyuna unnie akan rasa risau kalau aku hanya senyap.

‘’ta-takdelah...emmm unnie...sohyun rasa...sohyun nak balik kejap boleh?’’

‘’sohyun nak balik? Nak tinggalkan unnie?’’

Tiba-tiba hyuna unnie buat-buat muka sedih , aisshhh biasalah hyuna unnie memang suka bergurau manja.

‘’anni...unnie ni...sohyun rasa macam ada barang tertinggal...dekat ruang tamu...a’ahlah! baru sohyun ingat..betullah ada barang tertinggal!’’

‘’barang apa?’’

‘’adalah~~~’’

‘’eh eh dia ni...main rahsia-rahsia pulak...’’

‘’hehe...unnie takpe ke sohyun balik kejap?’’

‘’takpe...lagipun esok unnie dah balik, dan unnie dah okay dah ada dekat sini...takdelah bosan sangat movie dekat hospital ni...lagipun unnie kerja tidur, bangun makan, tidur bangun makan~~~’’

‘’kalau camtu sohyun kene pergi dulu!’’

Aku bangun dan cium pipi hyuna unnie...

‘’bye!’’

Aku terus melambai hyuna unnie sebelum keluar dari bilik wadnya dan aku perasan hyuna unnie juga ada melambai aku.

Aku cuba menenangkan diri aku. aku tahu kalau selalu fikir negatif boleh membuatkan aku akan hilang kawalan jadi aku cuba tenangkan diri aku dengan jalan secara perlahan sedikit dan bernafas dengan betul. Bukan selama ni aku tak bernafas dengan betul Cuma kali ni bernafas secara tenang tanpa perlu seperti orang hilang anak.

 

 

Jimin POV

Secara tiba-tiba hyeri, perempuan yang telah berjanji untuk menyelamatkan taehyung atau aku tak tahu dia ada cakap macamtu juga dengan hyung aku yang lain, datang muncul di depan pintu bilik aku diletakkan.

Mukanya nampak takut.

Aku hanya terkejut sebab dia muncul tiba-tiba.

‘’jimin! Kau kene tolong aku...’’

Secara tiba-tiba sahaja dia cakap macam tu membuatkan aku bertambah tertanya-tanya.

Aku bangun perlahan tapi dia terus tarik tngan aku membuatkan aku mempercepatkan cara aku bangun dan dia tiba-tiba bawa aku keluar dari bilik itu.

Aku hanya berjalan mengikut dia dan tidak tipu juga aku agak menggeletar bila dia pegang tangan aku. aku tak tahu niat dia apa. Sebab mungkin aku akan dibawa jumpa perempuan psycho yang aku rasa nak sahaja membunuh dia!

Tapi tak, dia bawa aku jumpa seseorang. Seseorang yang boleh buat air mata aku mengalir secara tiba-tiba...

Taehyung

Dia masih dal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^