Part 31

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

 

No one POV

Hyeri di bawa masuk kerumah dengan berjalan secara perlahan sambil dibantu oleh hyuna dengan memeluk melilit tangannya kesuluruh bahu hyeri.

‘’hyeri, kau duduk sini dulu ye..’’

Hyuna menuruhnya duduk di kerusi di ruang tamu. Hyuna cuba menenangkannya yang maish belum berhenti dari menangis. Dia dimarahi sohyun ketika di dalam kereta.

Sohyun pula sedang mengambil segelas air putih di dapur dan membawanya ke ruang tamu untuk diberi pada hyeri. Dia memnyuruh hyuna memberinya pada hyeri dengan membuat isyarat mata.

Sohyun kemudian duduk di hadapan hyeri kelihatan seperti tertekan dan risau dalam masa yang sama.

‘’hyeri, aku dah bagitahu kau selamat dengan aku. kenapa susah sangat kau nak faham? Kau suka kecewakan aku!’’

‘’hyeri pandang aku!’’

Sohyun mengarahkan hyeri serius.

Hyeri takut-takut untuk melihat sohyun tapi dia akur kerana dia tahu dia salah.

‘’kau dengar tak apa aku cakap ni? aku Cuma nak kau selamat, aku nak lindungi kau...apa selama ni apa yang aku buat untuk kau tak cukup? ‘’

Hyeri semakin banyak mengalirkan air mata, menyesal atas perbuatan dia.

‘’ha hyeri? Kau tak sayang aku ke? Tak sayanghyuna unnie? tak sayang keluarga ni? kau nak sangat mati cepat ke hyeri?’’

Ayat tu sungguh menusuk hati hyeri dan hyeri semakin kuat menangis. Hyuna menggosok belakang badannya untuk menenangkan hyeri.

Dia taknak menyampuk apa yang sohyun kata kerana selama ini juga sohyun banyak menguruskan mengenai hidupnya berbanding dia sendiri. Hyuna akui sohyun terlihat lebih pandai dari dia.

Tapi dia tahu juga, sohyun pandai bermain dengan fikiran orang. Dia tidak mahu menjadi mangsa sohyun selain hanya terus tidak terlibat dengan permainan sohyun.

 Lagipun dia sudah berkata dengan diri sendiri dia tidak termakan dengan semua ini, dia sudah biasa sangat melihat benda ini berlaku di depan matanya.

Ye dia sudah biasa melihat apa yang ummanya buat terhadap appanya.

Tapi siapa taknak kelaurga yang bahagiakan? Hyuna juga malas menimbulkan sebarang pergaduhan jadi dia hanya mendiamkan diri.

Diakui dia juga hyeri adalah seperti dia dahulu apa yang sohyun buat tapi dia tidak sempat, dia tahu sekarang fikiran hyeri sudah diracuni sohyun. Tapi tiada masalahnya bagi hyuna, sebab hyeri tidak pun tercedera. Kadang-kadang tidak teruk apa yang sohyun buat.

‘’so-sohyun...aku minta maaf..’’

Tersekat-sekat hyeri mahu berkata dengan suara seraknya.

Sohyun terus memeluk hyeri.

‘’jangan buat macam ni lagi hyeri...’’

Hyeri hanya menangis sambil tersedu-sedu. Hyuna senyum sedikit melihat hyeri dan sohyun sudah tenang sedikit.

‘’tapi sohyun...aku Cuma nak hidup macam orang lain..’’

Sohyun meleraikan pelukan dan memandang hyeri tajam dengan muka risau apabila hyeri berkata begitu.

‘’aku nak sekolah..’’

Sohyun menghela nafas.

‘’hyeri...kau tak sedar ke banyak bahaya kat luar sana..’’

Suara sohyun kembali seperti serius semula.

Hyeri tidak dapat berkata-kata sebab dia takut sohyun memarahinya.

‘’okaylah macam ni...esok..kita pergi sekolah. Kau sekolah dekat tempat aku. arraseo?’’

Hyeri mengangguk faham dan dia senyum sedikit terasa gembira.

Sohyun juga senyum dan memeluk hyeri semula.

 

 

Hyuna POV

Semasa makan malam aku terlihat sohyun seperti masak lebih dari biasa. Aku berasa pelik. Mahu sahaja aku tanya hyeri memandangkan aku jarang bercakap dengan unnie yang lain. Mereka kalau makan suka borak bertiga sesama-sendiri sahaja.

Tapi melihat keadaan hyeri yang begitu lesu baru habis dari menenangkan diri, tak sampai hati aku mahu mengacaunya. Lagipun dia tengah makan. Biarlah dia dapat tenaga dahulu.

Aku hanya mendiamkan diri dan makan seperti biasa. Aku tidak mahu terlihat seperti mencurigakan.

Aku nampak sohyun sudah sediakan satu set makanan. Untuk siapa pulak?

Kali ni betul-betul menjengkelkan.

Siapa tidak rasa pelik betul tak? Takkan unnie yang lain tidak perasan?

 

 

No one POV

Malam itu hyuna masih tidak boleh tidur. Dia terdengar seperti suara tapak kaki dari bilik sebelah. Bilik sohyun. Bunyi tapak kaki dan bunyi pintu seperti seseorang yang keluar dari biliknya.

Hyuna cuba membuka pintunya sedikit mengintai di luar. Ya dia nampak sohyun turun dari tangga. Sebaik sahaja sohyun hilang dari pandangannya dia keluar dari biliknya perlahan dan menutup semula pintunya.

Dia sangat curiga dengan sohyun tapi pertama sekali, dia berhasrat untuk melihat bilik sohyun.

Memandangkan sudah lama dia tidak masuk ke dalamnya dan sering kali dia lihat sohyun pasti mengunci biliknya.

Dia cuba membuka pintu bilik sohyun dan dia agak terkejut sedikit sebab pintu biliknya tidak dikunci kali ini. dengan perlahan hyuna melangkah masuk. Dia menutup pintu bilik sohyun dan mula pandang ke dalam blik sohyun.

Alangkah terkejutnya dia sehingga menutup mulutnya menggunakan kedua tapak tangannya.

Biliknya dipenuhi dengan gambar-gambar seorang lelaki yang dia sangat kenal.

Jungkook.

Dia tidak percaya sohyun obses dengannya. Dia tahu tiada perkara baik yang berlaku bila dia nampak semua benda ni. dia tahu adiknya bagaimana.

‘’ap-apa semua ni?’’

Dia melihat di keliling dia sambil memegang gambar-gambar yang berada di dinding setiap satu perlahan-lahan.

Jantungnya berombak dan tak tahu kenapa dia mula terasa meremang.

Dia berhasrat kali ini dia perlu mengekori sohyun. Dia mula risau sebab baru sahaja tadi sohyun sudah turun ke tingkat bawah.

Dengan berhati-hati dia keluar dari bilik itu dengan sedaya upaya tidak membuat sebarang bunyi.

Dia berhati-hati dengan setiap langkahnya lagi-lagi apabila menuruni tangga.

Sampai ke tingkat bawah dia tercari-cari di mana sohyun sambil tidak lupa untuk menyembunyikan dirinya.

Dia nampak sohyun kelaur dari dapur memegang dulang yang memepunyai set makanan tadi masuk ke bahagian belakang tangga.

Dia tahu ruang tu. Ruang rahsia.

Dia berfikir buat apa sohyun mahu kesana.

Setahu dia ruang itu disediakan umma dan appa untuk mereka bersembunyi dari polis jika diburu atau...untuk menyembunyikan orang.

Hatinya tersentak. Dia berfikiran tidak mungkin sohyun ada benda yang di sembunyikan!

Dia tahu beberapa bilik dalam itu bukanlah bilik.

Bilik besi paling di takuti dan lagi satu bilik koleksi anak patung yang dibina khas untuk sohyun.

Hyuna tidak tahu kenapa appa setuju untuk membinanya. Tapi dia tidak pernah terkacau untuk jeles, dia tidak pernah kisah kerana dia tidak suka anak patung. Lagi-lagi yang mirip manusia.

Kerana dia pasti akan teringat setiap adigan kejam yang dilakukan umma appanya apabila membunuh orang.

Sohyun sudah memasuki ruang itu manakala hyuna seperti was-was perlukah dia pergi jauh lagi?

Tapi dia betul-betul terasa curiga dengan apa yang ada dalam tu.

Hyuna juga masuk ke dalam dengan perlahan. Dia terkejut ada seorang orang-orang appanya di depan pintu. Hampir sahaja dia menjerit tapi nasib baik sahaja dia sempat menutup mulutnya dengan tapak tangannya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^