Part 34

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

No one POV

‘’Jungkook! Kau tak sepatutnya berada dekat sini!’’

Mendengar sahaja suara itu oleh sepasang telinga jungkook yang amatlah peka, terus dia dengan keadaan terkejut menolehkan badannya melihat siapa yang bersuara di belakangnya.

Hyuna.

Hyuna tanpa melengahkan diri terus memegang pergelangan tangan jungkook kuat dan membawanya keluar dari situ tanpa bersuara. Jungkook juga terkejut sehingga tidak terkata.

Hyuna menutup pintu yang didalam bengkel tersebut dan memandang Jungkook tajam.

‘’jangan pernah masuk bilik tu lagi.’’

‘’dengar ni jungkook apa-apa yang kau nampak dalam bilik tu, jangan ingat dan jangan tanya apa-apa! Sekarang aku nak kau lari.’’

Jungkook jadi bingung dengan apa yang dikatakan hyuna. Apa maksud dia kena lari?

Dan kenapa pula kena lari? Nak lari kemana?

 

 

Jungkook POV

Lari? Kenapa tiba tiba dia suruh aku lari? apa maksud dia dan aku nak lari kemana?

‘’lari jungkook! Lari dari rumah ni!’’

Tak. Kenapa pula aku kena lari dari rumah ni? nilah tempat aku. tempat sepatutnya aku duduk.

Aku hanya membisu kerana aku tak mahu bergerak dan aku pelik kenapa pula dia suruh aku lari? Dia cuba nak tipu sohyun ke?

‘’kau kena ikut aku!’’

Lagi sekali dia pegang pergelangan tangan aku dengan kuatnya dan kali ni aku takkan ikut dia. dia buat aku rasa janggal dengan perbuatan dia. sangat lain dari sohyun.

Aku menarik tangan aku balik kuat. Dia terkejut dan memandang aku semula.

‘’kenapa?!’’

‘’aku takkan ikut kau..’’

Ya aku serius. Aku memang tak akan ikut dia.

‘’tak kau kena lihat ni! kau dalam bahaya jungkook! Adik beradik kau! Diorang dalam bahaya!’’

Adik beradik aku?

Tak..tak.

Aku taknak ingat kejadian haritu. Aku taknak!

Aku kena percayakan sohyun.

Dia buat yang terbaik untuk aku. lagipun takde siapa pernah peduli tentang diri aku lebih dari sohyun. Aku tak boleh kecewakan dia.

‘’tak. Diorang selamat. ‘’

Bila aku berkata macam tu, aku dapat lihat riak wajah dia terkejut dan seperti tidak percaya dengan apa yang aku katakan.

‘’tak jungkook, diorang dah nak mati...kau kena selamatkan diri sebelum-‘’

‘’tak diorang tak mati..’’

Apa yang dia mengarut ni. mestilah sohyun tak sanggup nak bunuh adik beradik aku sendiri. Dia Cuma sakiti diorang sedikit sebab diorang memang layak terima semua tu.

Mana diorang semasa aku susah? Semasa umma tinggalkan aku depan mata aku?

Cuma..Cuma sohyun yang kisah semua tu. Aku kena percayakan sohyun sorang, dan kenapa hyuna cuba memainkan fikiran aku? aku tahu, dia cuba nak buat aku benci sohyun. Apa masalah dia?

 Mana mungkin aku nak benci dia lepas apa dia dah buat untuk aku. semuanya tiada yang buruk melainkan untuk kebaikan aku. ya.

‘’jungkook tolong...percayakan aku kali ni je...’’

Dia masih cuba memegang tangan aku semula agar aku dapat mengikut kemana dia pergi.

Tak aku tak boleh ikut dia. mana sohyun? Aku perlu dia tahu hyuna cuba nak tipu dia dan permainkan sohyun.

Aku menarik balik tangan aku kasar menyebabkan dia terjatuh tersembam kelantai. Bukan niat aku tapi dia cuba buat sesuatu yang buruk pada aku.

Dia bangun perlahan dan mula pandang aku dengan wajah yang sayu.

Air mata dia mula menitis dan aku jadi tak dapat nak fikir apa-apa sebab aku tahu aku tak salah.

‘’aku tahu aku tak dapat bantu fikiran kau, tapi ingat jungkook...adik beradik kau...diorang dah hidup lama dengan kau...diorang ada dengan kau sejak kau dilahirkan...’’

Dia terus pergi seperti bersegera dan aku tak tahu dia nak kemana.

Lagi sekali, satu kenyataan yang membuat otak aku tertekan.

Aku mengenggam kedua belah tangan aku dan disebabkan keserabutan yang aku alami aku terus terduduk nak menserabutkan rambut aku sendiri.

Apa semua ni? apa yang perlu aku percaya sekarang?

 

 

Hyuna POV

Dah takde cara lain! Sekarang nih aku kena selamatkan yang lain dahulu!

 

 

Sora POV

Waktu pulang sudah tiba dan sekarang adalah masanya aku kena cepat laporkan apa yang berlaku di depan mata aku dulu pada pihak polis. Walaupun diorang takda kaitan dengan aku tapi aku tak sanggup melihat selalu di kaca televisyen orang ramai sibuk bercakap mengenai kehilangan mereka yang misteri.

Siapa saja akan rasa kasihan dan ingin membantu.

‘’sora!’’

Aku kenal sangat suara tu dan aku toleh kebelakang. Senior woozi.

Aishh yelah aku dah janji nak pergi jalan-jalan dengan dia habis sekolah ni, tapi aku kena batalkan. Sebab kes ni, aku tak sanggup nak rahsiakan lagi, yelah aku menyesal aku boleh lupa.

‘’woozi oppa.’’

Aku melambai balik pada dia yang sedang melambai pada aku sambil berlari sedikit.

‘’sori jom...’’

Aduhh aku nak cakap macam mana ekk dengan dia ni?

‘’emm oppa.mianei..sora ada hal, esok boleh?’’

Selambanya aku punya keterangan. Harap dia-

‘’ah sokay..oppa faham.’’

Macam tu je? Aku fikir dia nak merajuk atau berkecewa dengan aku tadi. Haih nasib baik.

Tapi aku nampak jugaklah muka dia agak sedikit kecewa dan dia terus senyap.

‘’oppa. Oppa okay?’’

‘’ah nae...’’

‘’okay oppa sora pergi dulu, sora betul-betul minta maaf oppa. Esok kay? Sora janji!’’

Aku dengan semangatnya. Yelah aku taknak kecewakan dia. ni baru macamni pun muka dia dah macam ..haih susah nak describe. Apa lagi kalau aku lagi sekali tak jadi, tak nya dia benci aku?

Kami terus melambai antara satu sama lain dan ikut haluan masing-masing.

Aku terus jalan kaki ke balai po- baut apa pergi balai polis, jauh sangat. Baik pergi ambil bas pergi rumah jungkook. Kan ramai polis berkumpul dekat situ. Ye tak ye!

Aku terus ambil bas dan sedia untuk kesana.

Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati. Ada orang ekori aku ke? Aku toleh kebelakang ke kanan dan ke kiri takut-takut ada orang mencurigakan.

Hmmm takde pulak. Semua orang dalam bas ni tidur. Yelah penat balik sekolah dan balik kerja kan~

Sampai sahaja aku turun dari bas perlahan dan mula berjalan kaki sedikit untuk ke rumah jungkook.

Ah...besarnya rumah dia. kalaulah aku orang kaya macam dia. eh apa aku mengarut ni, sempat lagi time-time macam ni.

Tapi rumah dia dibaluti sedikit dengan tali tape polis dan ada beebrapa orang polis yang masih bertugas di rumah nya menyiasat .

‘’cik, cik tak boleh duduk sini. Kami masih menjalankan siasatan.’’

Seorang anggota polis tiba-tiba menegur aku dan aku agak terkejut sedikit. Haih encik polis, kalau nak tegur pun cakaplah selamat petang dulu. Nasib baik aku tak terlempang muka kau.

Aku pandang encik polis yang menegur aku tadi.

‘’ah kejap, encik polis!’’

Aku memanggilnya semula yang baru nak melangkah pergi dari aku. dia terus menoleh memandang aku.

‘’ya?’’

‘’saya..sebenarnya datang sini..sebab...saya ada benda nak cakap tentang kes ni...’’

 

 

Hyuna POV

‘’palli!’’

Aku mengarahkan seorang bodyguard yang kerjanya menjaga pintu ruang rahsia belakang tangga ini untuk membantu aku menyelamatkan mereka. Ya adik beradik jungkook.

Mulanya dia tidak mahu mengikut arahan aku tapi akhirnya dia akur. Aku janji untuk bawa dia keluar juga dari sini. Aku tak tahu rupanya dia sangat takut dengan keluarga ni dan dia taknak mati dan disebabkan itu dia hanya akur dengan arahan orang dalam rumah ini asalkan dia dapat duit untuk sara hidup.

Tapi apa yang lebih mengejutkan aku tidak tahu bahawa mereka sudah tidak boleh bergerak. Tulang mereka dipatahkan. Aku terkejut mendengar benda tu dari bodyguard tu sendiri yang menceritakan apa yang berlaku pada mereka berenam.

Tapi aku tidak membuang masa menyuruh dia membawa mereka secara cepat dan berhati-hati memasuki kereta aku. aku bersyukur aku tidak membeli kereta seperti yang lain. Kereta aku ada tiga bahagian jadi tempat duduk juga banyak. Aku memilih untuk membeli kereta sebegini sebab senang kalau angkut banyak barang.

Masih belum waktu sohyun dan hyeri pulang , masih sempat. Benda pertama aku akan buat ialah tempatkan mereka di hospital!

A

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^