Part 36

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Jungkook POV

Apa aku buat dekat sini. Apa aku buat dekat sini. Apa aku buat dekat sini?

Ayat tu bermain di fikiran aku.

Fikiran aku jadi sempit. Semakin aku memikirkan apa yang bermain di fikiran aku semakin aku menjadi tidak tentu arah.

Aku perlu percayakan sohyun. Apa yang dia buat semua baik untuk aku.

Tapi.

Untuk adik beradik aku? aku tak nampak apa yang baik di situ.

Kenapa kena aku seorang? Kenapa?

Bermakna kalau aku nak terus hidup,orang lain mesti menjadi korban.

Untuk kesenangan dan kebahagian aku untuk terus menjalani hidup. Orang lain perlu berasa sakit dan terseksa hanya sebab aku.

Argghh!

Kenapa aku tak sedar! Kalau macam tu baik aku mati.

Baik aku pergi sahaja dari dunia ni! dengan cara tu tiada siapa akan sakit. Ya, baik aku undur diri dari terus hidup di dunia.

Pintu bilik telah di kunci. Apa patut aku buat. Aku nak pergi dari sini. Aku nak semua ni selesai.

aku memasuki bilik air dan benda pertama yang aku nampak ialah cermin bilik air.

hyung, sohyun. Maafkan aku. cara ni sahaja buat semua orang gembira.

PRANG!!

Aku mula terasa benda yang banyak tertusuk di bahagian belakang tangan kanan aku bila aku mula menumbuk cermin bilik air dengan kuat. Ia masih belum berkecai terpisah tapi hanya retak. Kerana aku masih tidak dapat maafkan diri sendiri aku menumbuk cermin itu berkali-kali menyebabkan kaca cermin mula berkecai.

Darah yang terang bewarna merah tidak tunggu-tunggu lagi untuk mengalir keluar dari tanganku an sekarang semua bahagian di dalam tandas seperti diselubungi kaca yang berkecai dan darah aku sendiri.

Kerana aku hilang terlalu banyak darah aku mula terasa penat. Nafas aku tidak stabil dan banyak peluh keluar. Aku dapat rasa kaki aku mula menyejuk.

Ia sangat menyakitkan sehingga aku rebah terbaring di lantai tandas.

Sakit macam mana pun, saat ni yang aku tunggu-tunggu. Saat ini juga adalah kebahagian buat orang lain. Orang lain dah tak perlu terseksa sebab aku. aku juga tidak perlu terasa beban terus-menerus memikirkannya.

Orang tidak tahu betapa sakitnya kepala aku setiap masa bila keadaan sentiasa menjadi serabut.

Aku senyum memandang syiling tandas.

‘’u-uuma...tunggu..jung-kook..’’

Dan akhirnya juga, aku akan dapat bertemu umma aku.

Perlahan-lahan pandangan aku mula kabur ditambah lagi dengan air mata yang mengalir menahan kesakitan.

‘’Jungkook!’’

 

 

Flashback sebelum kejadian Jungkook

No one POV

Di rumah woozi.

 

‘’heyyo sohyun! Lama tak nampak!’’

‘’kau jangan nak merepek. sekolah sama kan.’’

Sohyun sudah masak dengan perangai woozi yang ada sahaja kemerapuan yang suka dia buat. Sohyun terus melangkah masuk dan hyeri mengikutnya.

‘’woah, awek mana kau bawak ni?’’

‘’kau nampak pisau kat dapur kau tu? Tak pasal-pasal hinggap dekat kau..’’

‘’hehe..rilek ah..gurau pun tak boleh..oh duduklah dulu~’’

Sohyun terus duduk di atas sofa di ruang tamu dan hyeri duduk di sebelahnya.

Seterusnya woozi juga duduk berhadapan dengan sohyun.

‘’ada apa nak jumpa?’’

Suara woozi tiba-tiba bertukar serius.

‘’kau tahukan budak-budak tu ada dengan aku...tapi sekarang hyuna unnie, kakak aku. dia dah bawak lari diorang semua. Jadi sekarang-‘’

‘’ah sohyun maafkan saya..’’

Tiba-tiba hyeri menyampuk sebentar dengan suara yang perlahan. Sohyun dan woozi terus memandang hyeri. Hyeri menjadi malu untuk berkata.

‘’boleh saya tanya tandas dekat mana?’’

Akhirnya dia cakap juga. Tapi dia menundukkan kepala sedikit malu dengan soalan dia. yelah tengah-tengah orang serius tiba-tiba tanya tandas.

‘’oh dekat dapur ada. Pergilah.’’

Woozi memberitahu dan hyeri terus bangun tunduk hormat sedikit sebelum berlalu pergi. Sohyun dan woozi meneruskan perbualannya.

Hyeri sebenarnya bukan nak ketandas sangat pun. Dia Cuma rasa seluarnya terlalu ketat dan tidak selesa kalau membetulkannya di depan woozi. Haih perempuan mestilah malu.

Setelah selesai hyeri membetulkan seluarnya dia terus keluar dari tandas. Di dapur juga ada sebuah bilik. Dan pintu bilik itu terbuka sedikit membuatkan apabila hyeri lalu melepasinya dia terperasan sesuatu di dalam bilik tersebut.

Hyeri mengundur semula langkahnya apabila dia terasa pelik. Rasanya tidak salah apa yang dia nampak. Dia nampak seperti ada seseorang di dalamnya.

Hyeri cuba memerhati sekeliling takut sesiapa nampak dan dengan berhati-hatinya dia cuba membuka pintu itu sedikit lagi dan mengintai apa di dalamnya.

Alangkah terkejut dia nampak seorang perempuan berbaju uniform sekolahnya sedang diikat di atas kerusi dan perempuan itu tertunduk seperti baru lepas nangis.

Hyeri terlalu terkejut sehinggakan dia hampir menjerit tetapi mujur dia dapat mengawalnya. Dia menutup balik pintu itu sedikit dan terus berlalu pergi. Dia cuba bertenang supaya tidak di syak apa-apa.

‘’kau faham apa aku suruh ni? aku nak aku cari hyuna unnie dan tangkap dia kalau jumpa. Jangan cederakan dia. dan kalau kau jumpa budak berenam tu, bunuh sahaja mereka. Mereka semua tidak diperlukan lagi...’’

Woozi mengangguk mendengar penjelasan sohyun buat kali kedua.

Hyeri yang baru datang terus mengambil tempatnya di sebelah sohyun. Dia dengar apa yang diperkatakan sohyun tapi dia hanya diam. Walaupun tersentak hatinya apabila sohyun menyuruh woozi membunuh mereka berenam, hyeri tidak mahu melawan apa-apa.

Dia tahu sohyun Cuma buat yang terbaik untuk dia. atau...untuk diri sendiri?

‘’pasal bayaran kau jangan risau. Asal kerja kau setanding dengan bayaran aku cukup. Kalau lebih aku aksi lebih.’’

‘’perempuan ni kau taknak kasi?’’

Woozi memandang hyeri sambil senyum sinis.

‘’apa woozi? Kau nak jadi makan malam aku?’’

‘’aishh kau ni aku gurau jelah..takyah serius sangat...’’

‘’perempuan ni kau jangan sentuh, kalau aku tahu, aku kelar-kelar leher kau tu..’’

‘’ehehehe...kau ni serius sangat~’’

‘’eh memang. Dah jom hyeri kita kena pergi.’’

Hyeri terus bangun menyusul sohyun keluar. Sohyun mengarahkan hyeri untuk masuk ke dalam kereta dahulu. Hyeri hanya melihat sohyun dari dalam kereta yang masih berborak sedikit dengan woozi.

‘’ingat woozi. Pastikan kau tak tertangkap.kalau kau taknak hidup kau dalam penjara lagi sengsara dari banduan lain..’’

‘’ye makcik, saya faham apa makcik kata.’’

‘’aku baru 18 woozi -..-‘’

‘’tapi berkedut maca-‘’

‘’dah dah dah, annyeong! ‘’

Sohyun terus memasuki keretanya. Semakin dilayan woozi tu, semakin menjadi-jadi perangai sakat gurauan dia yang terlebih itu.

Driver sohyun memandu kerumah.

Dalam sepuluh minit kemudian mereka tiba dirumah.

Sohyun dari dalam kereta asyik dengar bunyi orang terjerit-jerit dan dia jadi pelik dan terus keluar dari kereta.

Hyeri juga turut keluar dari kereta dan berjalan perlahan.

‘’arghhh! Sohyun mana kau!’’

Suara gayoon menjerit-jerit memenuhi ruang rumah. Dia membaling abrang sana sini seperti mangamuk tetapi jiyoon dan jihyun telah sedia cuba menahan dia dan menenangkan dia.

Umma dan appa mereka hanya terkejut dan marah dengan perlakuan gayoon.

‘’umma appa?’’

Sohyun meamsuki kediaman dan terkejut ada umma dan appanya di dalam rumah.

Gayoon yang melihat kehadiran sohyun menjadi bertambah ganas. Dia mula struggle dengan sekuatnya agar dapat leapskan diri dari jiyoon dan jihyun.

‘’lepaskan aku! Sohyun yah! Apa kau dah buat ha!’’

Gayoon menjerit memarahi sohyun.

Keadaan di dalam rumah memang betul-betul bersepah dan serabut.

Sohyun tiba-tiba terus tersenyum. Dia seperti dapat fikir apa yang gayoon maksudkan.

‘’umma appa, masuklah bilik dahulu berehat. Takde pape ni..nanti sohyun terangkan.’’

Umma dan appanya nampak terlalu risau dengan mereka.

‘’sohyun apa jadi sebenarnya?’’

Ummanya masih tidak terganggu untuk bertanya sohyun.

‘’it’s okay umma. Ada masalah sikit. Nanti sohyun cerita okay. Umma appa masuk bilik dulu. Nanti sohyun panggil makan malam.’’

‘’apa yang okaynya sohyun, hyuna sekarang dekat mana?’’

Appanya pula bertanya dan riak wajahnya seperti geram dengan perangai anak-anaknya.

‘’ahh dia~ kelaur sekejap rasanya. Please umma appa. Let me fix all this.’’

Sohyun memandang muka ummanya. Ummanya tahu sohyun bagaimana orangnya. Sama seperti dia dan sekarang ummanya tidak suka appanya beriaksi lebih-lebihan.

‘’awak dah lah tu, sohyun boleh buat semua, lagipun saya penat..jom masuk bilik..’’

Umma sohyun terus memegang tangan appanya erat dan mengajaknya ke bilik. Appanya akur dan terus masuk ke bilik bersama ummanya.

‘’tak guna kau sohyun! Kau bunuh dia kan?!’’

‘’kalau ye kenapa?’’

Bukan sahaja gayoon , jiyoon dan jihyun juga terkejut bila sohyun berkata begitu.

‘’kau nak apa ha?! Kau tahu dia dah lamar aku! gilaa!! Perempuan gila!’’

Gayoon menjerit-jerit tanpa henti.

‘’sohyun asal kau bunuh dujun oppa?’’

Jiyoon membesarkan matanya masih terkejut.

‘’oh dia lamar unnie? fuh nasib baik sohyun dapat selamatkan keluarga nih...unnie, unnie nak harta kita semua dia ambil?’’

‘’apa maksud kau ha perempuan gila?!’’

‘’bodoh punya perempuan. Weh kau tak sedar ke! Dia sebenarnya cuba rampas harta keluarga kita dan nasib baik aku dah bunuh dia sebelum sempat kau kahwin dengan lelaki setan tuh!’’

‘’yahhhh penipu! Kau lah setan gila!’’

‘’kau tak caya sudah unnie. hyeri pun percaya. Jihyun unnie pun percayakan?’’

Sohyun tahu jihyun tidak berapa suka dengan dujun kerana dia tahu dujun mata duitan.

Jihyun hanya menundukkan kepalanya.

‘’kau percayakan dia jihyun?!’’

Gayoon bertanya dengan penuh perasaan geram yang masih tidak berhenti membuak-buak dalam dirinya.

‘’aku rasa kita patut ikat dia..’’

Jihyun bersuara dan membuatkan gayoon terkejut.

‘’ap-apa?! Kau nak ikat aku?!’’

‘’ha bagus juga tu...pergi ikat dia dekat bilik dia. biarkan dia sampai dia dapat fikir dengan waras. Jangan tunjuk belas kasihan.’’

Sohyun mengarahkan dan jiyoon serta jihyun dengan kasarnya membawa gayoon kebiliknya.

‘’hyeri, siapkan makanan untuk gayoon unnie.’’

‘’arraseo..’’

Hyeri mengikut arahan sohyun dan terus ke dapur.

Sohyun pula mula membersihkan ruang makan sedikit-sedikit agar ia nampak tidak terlalu teruk. Dia mengarahkan orang-orang appanya untuk menanam kepala dujun.

Dan sekarang hyeri telah pun siap untuk menghantar makanan ke bilik gayoon.

Dia memasuki bilik gayoon perlahan. Dia rasa agak sedih melihat keadaan gayoon yang diikat pada sebuah kerusi.

Ini mengingatkan hyeri pada perempuan yang baru dia lihat sebentar tadi di rumah woozi.

Dia membawa semangkuk sup semalam yang dipanaskan dan air putih.

Gayoon hanya tidak berhenti menangis. Dia rasa sedih dengan pemergian dujun yang mengerikan. Dia masih tidak percaya. Kalau ye pun dujun itu jahat, tidak perlu sampai diperlakukan sebegitu. Gayoon berkata di dalam hatinya sendiri.

Hyeri meletakkan sup dan segelas air tersebut di atas meja sebelah katil gayoon dan menutup pintu bilik gayoon.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^