Part 16

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

 

Jungkook POV

Esoknya di pagi hari.

Aku tak sedar bila aku tertidur malam tadi dan...aku ingat aku mimpi. Rupanya tidak. Bila aku buka mata aku terkejut tengok aku berada dalam sebuah bilik yang dindingnya penuh dengan gambar aku sendiri. Jadi betullah malam tadi apa yang aku nampak. Aku dekat..bilik sohyun?

Aku duduk dan aku terkejut. Aku dah boleh gerak?! Aku pandang tangan aku dan aku sentuh muka aku. aku dah boleh bergerak! Aku bangun untuk kelaur dari sini. Aku menuju kearah pintu . aku sudah hampir tersenyum sebab aku dah boleh bergerak semula tapi niat aku terbatal bila aku cuba buka pintu tu tapi ia...terkunci.

Tak! Tak! Mana boleh pintu ni dikunci! Tak aku nak keluar dari sini! Argghh!

BAM! BAM! BAM!

Aku mula ketuk pintu tu sekuatnya agar ia terbuka. Tapi sia-sia sahaja sebab aku masih dalam keadaan keletihan. Aku cuba pusingkan tombol pintu tu banyak kali tak percaya ia dikunci.

BAM! BAM!

Lagi sekali aku hentak pintu tu sekuatnya!

‘’tolong!’’

Aku menjerit kali ni supaya ada sesiapa dengar suara aku dan selamatkan aku dari perempuan sakit tu!

Argghh! Tak guna! Pintu bukaklah!!! Aku cuba menumbuk pintu tu..tapi aku terlalu penat dan terduduk. Aku pandang sekeliling. Ada langsir! Mesti ada tingkap! Aku dengan senyuman terpampang di muka aku cepat-capat bangun untuk membuka langsir. Aku terkaku dan hati aku rasa ditusuk dengan pedang. Alangkah terkejutnya aku. bilik ni tiada tingkap..hanya dinding yang sama disebalik langsir ni..tak guna!! Aku nak keluar!!

Aku berjalan kebelakang dan terduduk di atas katil sebab terlalu sedih . aku tunduk dan memegang rambut sendiri serabut!ma-macam mana aku nak keluar dari sini?!

Aku lagi sekali pandang sekeliling sehinggalah aku terlihat lagi satu langsir...tak,aku takkan tertipu kali ni! Aku tahu takde tingkap disebaliknya..tapi, kenapa kedudukan langsir ni macam tak berabpa sesuai dengan kedudukan langsir lain? Langsir ni warna hitam padahal langsir lain warna merah...

Aku bangun perlahan, berjalan perlahan menuju ke langsir tersebut. Kenapa aku nak tahu sangat apa sebalik langsir ni? Tapi yang pasti aku yakin tiada tingkap sebaliknya.

Aku berhenti betul-betul di depan langsir tersebut dan mengangkat tangan perlahan. Aku nak buka langsir ni...

KCAK!

Tiba-tiba pintu terbuka dan aku terus pandang kearah pintu terkejut.

‘’oh dah sedar dah jungkook...’’

Sohyun. Kenapa dia perlu muncul?

Aku terus nak ke belakang bila dia berjalan menuju ke arah aku.

Aku menggeletar dan berpeluh. Jantung aku berdegup laju. Aku benci perempuan gila ni!

Dia senyum berjalan semakin dekat dengan aku. aku mengambil kesempatan ni menolak dia kuat. Dia terjatuh terbaring kelantai dan aku dapat dengar bunyi hentakan kepalanya dengan kuat. Tanpa buang masa aku keluar lari dari bilik dia . aku terkejut betapa besar rumah ni dan aku mula memandang sekeliling untuk mencari arah tuju mana patut aku lari. Aku ternampak tangga dan terus berlari kearahnya.

‘’jungkook~’’

Suara dia yang memanggil aku secara tiba-tiba dengan nada beralun membuatkan aku lebih takut. Aku lari sehingga sampai ke tingkat bawah sekali. Rumah ni rupanya tiga tingkat. Aku tercari-cari mana pintu keluar. Ye aku jumpa! Aku terus cuba membukanya tapi sayang. Kenapa pintu ni juga dikunci?! Aku pandang sekeliling mencari jalan lain tanpa membuang masa sebab aku dapat dengar suara dia semakin dekat memanggil nama aku berulang kali dan bunyi tapak kakinya semakin menghampiri juga.

Ye memang ada tingkap! Tapi macam mana?! Macam mana aku nak keluar?! Tingkap semuanya dikunci dengan rantai besi! Tingkap dia diperbuat dari besi dan bukannya tingkap kaca...arghhh aku nak lari mana ni! Aku semakin menggeletar dan peluh semakin banyak keluar. Aku mengambil keputusan untuk bersembunyi. Aku bersembunyi di sebalik sofa .

‘’jungkook...jomlah sarapan...’’

Aku dapat dengar suara dia dekat.aku tahu dia sudah pun berada di tingkat bawah.

‘’jungkook oh jongkook~~~ janganlah macam ni...aku takde mood sekarang nak main nyorok-nyorok...jomlah sarapan...aku dah lapar..’’

Apa yang dia mengarut ni! Ada aku kisah pulak kalau dia taknak main nyorok-nyorok! Perempuan gila! Sampai bila pula aku kene menyorok?!

‘’isshh..mana jungkook ni...’’

Dia kedengaran seperti merajuk tak jumpa aku.

‘’woii bodoh! Cari jungkook!’’

Bodoh?! Siapa yang bodoh. Aku cuba mengintai . ada dua orang berbadan tegap memakai sut hitam keluar...takkanlah. macam mana sekarang nih! Aku nak buat apa?! Aku jadi semakin takut dan aku memeluk kaki sendiri. Jantung aku semakin laju berdegup dan tangan aku semakin sejuk. Aku pandang kiri kanan takut dua orang tadi atau dia jumpa aku. tolonglah, jangan kasi diorang nampak aku!

aku menundukkan kepala aku dan tutup mata dengan berharap aku  tidak akan dijumpai. Umma appa, kenapa jungkook kene terima semua ni? Apa salah jungkook? Aku nak jumpa orang yang aku sayang! Hyung-hyung aku! appa! Aku nak hidup normal semula! Air mata aku mula menitis sebab aku sangat rindukan diorang semua dan aku nak jumpa diorang. Kenapa aku boleh terperangkap dengan perempuan ni?!

Tiba-tiba aku terasa kulit yang lembut seperti mengesatkan air mata aku. aku terkejut dan terus membuka mata. Tak-tak!

‘’shhh...dah jangan nangis jungkook..aku dekat sini..’’

Tak! Aku bukan nak kau perempuan gila!

‘’jangan sentuh aku!’’

Aku tepis tangan dia dan tolak dia. Memang aku takkan belas kasihan dengan dia walaupun aku nampak dahi dia berdarah mungkin sebab aku tolak sebelum ni sebab apa dia buat dekat aku lagi kejam!

Aku cuba bangun untuk lari.

‘’ikat dia..’’

Sohyun cakap perlahan dan tiba-tiba dua orang berbadan tegap atdi datang ke arah aku dan pegang aku kuat.

‘’lepas! Lepaslah!’’

Aku memberontak kuat tapi tiba-tiba aku terima satu tumbukan di muka aku. aku terjatuh ke lantai dan aku dapat lihat darah keluar dari mulut aku. ! Aku cuba bangun walaupun lemah tapi sangat mensia-siakan sebab aku terima pula tendangan di perut. Darah semakin banyak keluar dari mulut. Aku nampak lemah tapi dua orang lelaki tadi tiba-tiba menyepak aku tidak henti-henti.

Tolong..bila benda ni nak berhenti...semakin banyak kesakitan yang aku terima dan aku dah tak larat. Kenapa tiada siapa boleh hentikan semua ni?

‘'dah cukup-cukup...’’

Aku dapat dengar suara sohyun menyuruh mereka berhenti dan mereka berhenti. Sangat perit tak boleh dibayangkan. Aku mengerang kesakitan dan hanya mampu terbaring diselubungi darah aku sendiri. Sengat terasa dimana-mana di setiap bahagian anggota badan aku. aku tak pernah rasa seperit ni. Tiada siapa pernah berlaku kejam terhadap aku seteruk ni.

‘’kan dah tak seronok dah hari pertama sarapan dengan jungkook...tengok apa kau dah buat jungkook...kalau kau berlaku baik..mesti dah lama kau dapat nikmati masakan aku pagi-pagi yang indah macam ni...hmm..macam skema sangatlah pulak ayatkan? Dah jom jungkook kita sarapan..’’

Dia berjalan pergi dan dua orang tadi mengangkat aku tanpa kisah aku mengerang kesakitan dan membawa aku ke ruang makan. Diorang mengikat aku di sebuah kerusi. Aku duduk di sebelah sohyun tapi berhadapan dengan seorang perempuan yang mempunyai potongan rambut pendek.

Dia kelihatan sedang menikmati makanannya tanpa kisah dengan apa yang jadi di depan mata dia dimana aku penuh dengan luka dan darah dan sekarang diikat depan mata dia. Kenapa dia langsung tak peduli dengan apa yang jadi dekat aku?

Dia berhenti makan dan pandang aku tiba-tiba.aku tahu mesti dia perasan aku pandang dia.

‘’oh jungkook perkenalkan..ni hyeri..sepupu aku..’’

Sohyun bersuara dan aku hanya pandang perempuan yang baru aku tahu nama dia, hyeri.

‘’ kali ni kau pula borak-borak dengan dia dulu ye sebab semalam orang lain dah borak dengan dia...aku nak ambil makanan kejap...’’

Sohyun bangun dan pergi kedapur meninggalkan aku dengan hyeri. Borak? Aku tak akan borak dengan orang-orang gila macam diorang! Diorang layak bercakap dengan dinding! Dinding pun jijik nak cakap dengan diorang!

‘’jadi jungkook...aku minta maaf dengan perangai sohyun tu..’’

Dia mula bercakap sambil sambung makan semula. Aku pandang dia tajam. Macam tu je dia minta maaf? Dia tak rasa apa aku rasa! Orang dalam rumah ni memang hilang akal! Dia pandang aku semula bila dia tahu aku lagi tadi pandang dia.

‘’tsk. Aku tahu kau takkan maafkan...tapi kau tak boleh degil sangat...ikut apa dia cakap atau kau akan menyesal...’’

Dia sambung makan semula.

Apa yang dia cakap ni?! Aku takkan ikut apa yang perempuan tak guna tu suruh! Memang..memang aku menyesal sebab tertipu dengan muka dia. Muka cantik...tapi bukan sifat dia...

‘’ahh~sukanya tengok korang macam dah berbaik...tapi...’’

Sohyun muncul menyebabkan aku berasa tangan aku sejuk semula.

‘’ah takpelah..mungkin jungkook tak sedia lagi nak cakap dengan sohyun..jungkook malukan?’’

Aku hanya pandang bawah bila dia tanya macam tu. Aku taknak tertipu pandang muka dia.

‘’betul tak jungkook?’’

Dia tanya lagi. Apa masalah perempuan ni? Dia nak aku jawab?

‘’baik kau jawab...’’

Hyeri bisik kepada aku perlahan dan pandang aku seperti kasi amaran. Tak! Aku tak kan cakap dan dengar cakap dekat orang tak berperikemanusiaan macam diorang!

‘’betulkan jungkook’’

Nada suara sohyun bertukar menjadi serius. Aku masih taknak jawab.

‘’BETULKAN?!’’

Dia menjerit tiba-tiba buat aku menggeletar sedikit terkejut. Aku dah kata aku tak akan cakap dengan dia!

‘’ahh~~ takpa..aku tahu kau mesti lapar...sebab tu kau tak larat nak jawab...jungkook..aku minta maaf sebab buat kau tertunggu-tunggu...hmm jomlah makan.’’

Dia terus duduk sebelah aku dan menuang segelas air mineral. Aku memang haus. Dah lama aku nak minum. Tapi bukan air dari rumah ni. Tah apa lagi yang jadi kalau aku minum dan makan masakan dia ni!

‘’hyeri..’’

Dia panggil nama hyeri dan hyeri tiba-tiba bangun.

‘’yelah..aku nak pergi lah ni..’’

Hyeri terus mengambil pinggan dan gelasnya ke dapur. Kedengaran seperti dia sedang mencuci.

‘’minumlah..’’

Aku hanya senyap membatu tak buat apa-apa.

‘’oh lupa..kau tak boleh minum sebab dah...diikat...sorry ye jungkook aku terpaksa buat macam ni..macam aku cakap...aku tahu kau suka aku tapi kau malu..jadi cara ni je yang boleh selesaikan masalah aku dan masalah kau..’’

Sampai bila aku nak dengar dia merepek? perlu ke dia buat kesimpulan sendiri yang tak masuk dek akal fikiran?

‘’takpa sohyun tahu...jadi sebab tu sohyun dah ambilkan benda ni..jeng3’’

Dia tunjuk straw dekat aku dan letaknya di dalam gelas yang berisi air tersebut. Aku tahu dia suruh aku minum menggunakan straw.

‘’nah minumlah..’’

Dia senyum dengan nada yang gembira suruh aku minum. Aku dah kata aku tak akan buat apa dia suruh.

Aku mengalihkan muka .

‘’kenapa ni? Minumlah...’’

‘’lepaskan aku...perempuan gila...’’

‘’jungkook..aku tahu kau haus..minumlah...’’

‘’kau tak dengar ke?! Aku kata lepaskan aku! perempuan gila!’’

Aku pandang  dia dengan penuh perasaan marah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^