Part 32

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Hyuna POV

Dah pukul berapa ni? aku melihat handphone aku yang ada aku letakkan disebelah aku.

8 pagi.

Haihhh awal lagi...

Aku yang masih mamai terbaring terus terasa disegarkan sedikit dengan suara-suara yang agak riuh rendah. Aku duduk dan menggosok mataku lalu bangun membasuh muka. Setelah itu aku mengelap mukaku dan bersedia untuk ke tingkat bawah.

Disebadkan aku tertanya-tanya apa yang seperti kedengaran rancak orang bercakap. Aku turun dengan perlahan dan terlihat gayoon,jihyun dan jiyoon unnie berkata-kata tidak henti-henti. Mereka terlihat seperti gembira dan teruja.

Tapi suatu tubuh yang dimiliki oleh seorang lelaki yang sedang duduk di sebelah jihyun unnie sangat menarik perhatian aku. lagi pula, unnie-unnie seperti sibuk bercakap dengan dia.

Tiba-tiba aku terlihat sohyun yang keluar dari dapur seperti sedang menyediakan makanan. Dia terperasan aku yang lagi tadi berdiri di tangga memandang mereka dari atas sini.

‘’oh hyuna unnie! jomlah sarapan sekali.’’

Dia mempelawa aku sambil menyiapkan meletakkan hidangan di atas meja dan seterusnya duduk di sebelah lelaki tadi.

Aku terus semakin berasa gusar, lelaki tu dari belakang...aku seperti kenal siapa dia.

Aku melangkah perlahan menuruni tangga sambil tidak mengalihkan perhatian memandang siapa lelaki itu memandangkan dari arah tangga aku tidak dapat melihatnya melainkan tubuh belakangnya.

Sehingga betul-betul aku sampai ke tingkat bawah aku masih memandang dia. sohyun perasan dan mula bangun.

‘’oh unnie...perkenalkan, ni jungkook~’’

Kejap apa?

Lelaki itu terus pandang aku, bangun dan menunduk sedikit tanda hormat.

Ap-apa?! This jungkook! Yes this is him!

Aku terkaku melihat dia berada di sini, jadi malam tadi...itu jungkook?

Apa yang dia buat di bilik bawah tu? Dan sohyun mengunci pintu biliknya. adakah dia diculik?

‘’so-sohyun dia....’’

‘’ye unnie! mulai sekarang dia keluarga kita dan dia akan tinggal dengan kita!’’

Sohyun berkata dengan penuh semangat dan gembira.

Aku tidak boleh percaya sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

‘’hyuna...ye pun terkejut sebab budak ni cumel tak payah sampai camtu sekali’’

Jiyoon unnie tergelak melihat reaksi aku. aku nampak jungkook menundukkan kepalanya sedikit malu dan dia duduk semula.

Tapi tak...dia sepatutnya berada di hospital, dengan jin. Dan kalau dia berada di sini...mana jin?

Takkan jin tidak tahu jungkook di sini?

‘’sohyun...’’

‘’nae unnie.’’

Aku tidak tahu perlu ke aku tanya dia mengenai jin. Tak hyuna bertindak bijak. Jangan buat sohyun marah atau dia tidak akan percaya kau. Kau kene nampak biasa.

Kenapa budak tak bersalah ni boleh jadi mangsa dia. tak lain tak bukan fikirannya juga telah diracuni sohyun. Lepas hyeri jungkook. Dalam masa sepantas ni?

Bahaya. Takkan jungkook tidak ingat langsung apa yang jadi sampai bawa dia kesini?

‘’chukae..’’

‘’chukae?’’

Sohyun tertanya-tanya dan aku memberi isyarat mata menunjuk pada jungkook. Sohyun faham dan dia senyum seperti terasa perempuan paling beruntung hidup di muka bumi ini.

Oh ye. Mana hyeri?

‘’oh hyeri mana?’’

Aku bertanya dengan penuh risau.

‘’oh dia tu tengah makan kat ruang tamu sambil tengok tv.’’

Walaupun sudah terpengaruh tapi perangai dia masih tak berubah. Suka buat ikut sesedap rasa tepuk dada tanya selera. Haih hyeri hyeri. Nak je aku tergelak waktu tu.

Aku perasan sohyun dan hyeri memakai baju sekolah seperti semalam yang dikatakan dia akan bersekolah dan hyeri akan pindah ke sekolahnya. Tapi aku tak nampak jungkook pakai baju sekolah.

‘’sohyun...jungkook tak sekolah?’’

Aku bertanya sambil pandang sohyun.

‘’haishh...sohyun lupa nak cakap. Hari ni dia akan melawat satu kawasan rumah kita. Dan unnie akan membawanya okay?’’

Aku? aku hanya mengangguk seolah-olah sangat bersetuju.

Jungkook bagaimanapun hanya senyap membatu. Dia taknak cuba lari ke?

Takkan betul-betul otak dia dah diracuni? Berapa kalilah aku nak tanya benda yang sama dalam fikiran aku. dah mata sendiri hyuna.

Gayoon, jiyoon dan jihyun unnie mula beredar lebih awal. Biasalah mereka akan pergi ke kerja. Tapi haihh aku perasan si gayoon unnie tu tersenyum setiap masa. Macam ada benda gembira sangat yang dia fikir dalam otak dia tu.

Malas aku nak ambil tahu.

Tak alma lepas itu sohyun mula berdiri seperti mahu beredar dan hyeri juga sudah lama siap tunggu di luar.

‘’unnie, sohyun pergi dulu...jaga jungkook tau. Pastikan dia makan banyak, sian dia kurus sohyun tengok..ah jungkook, jangan buat jahat tau dekat rumah ‘’

Jungkook mengangguk dan senyum.

Sohyun memeluk jungkook erat tapi jungkook tidak menunjukkan tanda-tanda seperti mahu menolak pelukan sohyun.

Sah budak ni dah tahap serius. Tapi belum tu lagi. Mereka sempat bercium sepantas kilat sebelum melambai diantara masing-masing.

Aku terkejut memang tak tipu. Aku tak percaya.

Tapi aku ada sedar juga, sohyun biasanya tidak akan membawa lelaki yang dia suka ke rumahnya walaupun kadang-kadang dia membuat lelaki senang jatuh cinta dengan dia. dan lepas tu kalau lelaki tu tipu dia akan bunuh dan dia tak pernah menyesal.

Dan kali ni aku tak faham apa yang istimewanya jungkook sehingga dia di kerjakan juga sama seperti hyeri.

Sohyun beredar bersama hyeri dan menyebabkan keadaan menjadi senyap sebentar. Sehinggalah aku mula memecahkan kesunyian.

‘’ah jungkook, boleh tolong noona?’’

Jungkook memandang aku dan mengangguk.

‘’kita kemas meja makan dulu then tolonglah sikit-sikit kemas rumah ni lepastu bolehlah noona bawak jungkook tengok-tengok dalam ruamh ni dan kat luar, jangan terkejut dalam dan luar rumah ni memang besar noona pun tak larat nak kesemua bahagian dalam satu hari..’’

Jungkook tergelak sedikit dengan percakapan aku. haih lawak ke? Entahlah.

Kami mula mengemas meja makan. Haih jungkook ni dah macam perempuan pulak sohyun ni laki -..- aikk apadaa otak aku ni.

Nasib baik aku tak terasa kaku sangat dengan budak laki ni. sebab apa? Sebab aku noona. Aku lebih selesa dengan budak lebih muda dari aku. hei tapi tipu kalau kata tangan aku tak sejuk bila dekat sangat dengan dia. yelah muka dia terlalu hensem campuran comel. Boleh ka ada campuran?

Aku membasuh pinggan mangkuk dan biar dia memegang tugas mengelap pinggan mangkuk yang sudah dibasuh.

‘’jungkook, jungkook okay duduk dekat sini?’’

Aku saja tanya macam tu taknak terus senyap membatu. Boleh naik pengsan aku kalau senyap je. Nanti jadi janggal pulak susah.

‘’em!’’

Dia mengangguk sambil tersenyum sedikit. Tangannya masih tidak berhenti menjalankan tugasnya.

Tapi waktu tu aku teringat. Aku perlu pergi ke ruang tu. Aku sudah bertekad semalam. Tapi apa pulak jungkook fikir kalau aku tinggal dia sorang-sorang disini?

‘’jungkook...dah habis siap ni jungkook pergilah tengok-tengok kawasan seluruh rumah ni. noona nak ke bilik kejap. Arraseo?’’

‘’nae..’’

Dia menjawab dan sambung tidak berhenti melakukan tugasnya. Nasib baik aku dah siap basuh tinggal dia je masih belum siap lap. Aku kene cepat.

Secara senyap-senyap aku ke bahagian belakang tangga untuk ke ruang tu. Harap dia tidak perasan.

Huh. Dia tak perasan.

Aku mencari-cari kunci untuk membuka pintu ni.

. Mana pulak kuncinya. Takkan sohyun bawa pulak. Haishh. Eh benda apa yang terasa timbul kat kaki ni?

Aku melihat ke bawah ke arah sebuah karpet kecil berbentuk segi empat sama yang sedang aku memijak nya sekarang ini. aku beralih sedikit dan melihat di bawah karpet tersebut.

Yes! Akhirnya.

Kat sini rupanya kau kunci.

Aku mengambil kunci tersebut dan berhati-hati membuka kunci pintu itu dan membuka pintu itu.

Setelah selesai memasuki ke

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^