Part 11

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Jin POV

Aku memang pecut laju bila tiba-tiba aku dengar suara jungkook dari seat belakang asyik kata ‘tolong’. Suara dia serak dan seperti tak mampu nak berkata. Dia mimpi ngeri ke? Aku pecut dan tiba-tiba seorang perempuan seperti tidak teratur rupanya melintas betul-betul depan kereta aku dan aku terpaksa break mengejut dan perempuan tu jatuh terbaring!

Aku dah langgar dia ke?

Aku mula berpeluh sebab panik dan aku cepat-cepat keluar dari kereta dan menuju ke bahagian depan kereta. Aku cuba memanggilnya sepanjang aku berjalan menuju kearahnya tapi aku terhenti. Aku terkejut dan tergamam sebab aku kenal sangat dia...

Dia..tak silap aku..

kakak sohyun kan?

Macam mana..

Argghhh tak kisah lah sekarang aku kene selamatkan dia sebab aku dah langgar dia aku rasa tapi aku lagi terkejut tengok tangan dia. Tangan dia penuh dengan darah dan luka. Darahnya seperti tak henti keluar. Takkanlah!

Aku terus dukung dia masuk ke dalam kereta di tepi seat aku. dah tentu-tentu ramai orang tengok tapi aku endahkan sahaja dan terus pandu dari situ.

Otak aku runsing..apa patut aku buat? Aku rasa aku perlu hantar dua-dua ke hospital!

 

 

Waktu pulang persekolahan.

Taehyung POV

 

Bagus masa nilah yang aku tunggu-tunggu. Aku mesej jimin yang aku balik naik bas..lah sangat..

Okay aku kesah apa.

Tu dia sohyun..dia sedang berjalan keluar dari kawasan sekolah.

Otak..otak..tolonglah berfungsi..macam mana aku nak ekori dia ni?

Kereta dia yang dibawa oleh pemandu sampai .

Dia mula berjalan menuju ke arah kereta.

Macam mana aku nak alihkan perhatian dia nih?! Hah aku tahu!

Aku yang sedang menyorok di sebalik pagar sekolah nampak beberapa pelajar perempuan yang macam tengok-tengok kat aku..biasalah..my fans ..bangga satt~

Woii takde masa nak mengembang hidung kat sini taehyung!

Aku terus tarik salah satu perempuan dekat situ dan dia macam nak jerit teruja sama dengan dua orang lagi kawan dia tapi diorang senyap bila aku kasi petunjuk letak jari telunjuk di mulut aku tanda suruh senyap.

‘’nama kau siapa?’’

Aku tanya dia cuba act macam nak pikat dia.

‘’oh..err..nama saya..sora...’’

Suara dia agak perlahan tapi sekarang bukan tu yang aku kisahkan.

‘’oh sora..boleh tolong tak? Esok kita keluar tengok wayang kalau tolong..’’

‘’uwaa JINJJA?!’’

Dia macam nak jerit sebab terkejut dengan tawaran aku tapi aku cepat-cepat tutup mulut dia dengan tangan aku dan dia jadi blushing..aduhh perempuan nih -..-

‘’shhh..’’

Aku pandang sekeliling takut sohyun perasan aku..

‘’ye. ‘’

Aku lepaskan tangan aku dari mulut dia.

‘’boleh tak?’’

Aku tanya dia balik untuk kesahihan.

‘’boleh..tolong apa?’’

Amboi semangat nampak nak tolong, taulah laki hensem ni bakal kelaur dengan kau esok..eceh.

Dah dah dah taehyung takde masa untuk tu!

‘’tolong...alihkan perhatian sohyun...jangan kasi dia nampak aku nak masuk kereta dia..’’

‘’ha dia?!..taknaklah..’’

Dia nampak macam tak suka bila sebut nama sohyun. Aduhh dah tu aku nak buat apa?

‘’alahh..bolehlah..’’

Senjata terakhir aku tunjuk muka puppy eyes. Aku tau comel jangan puji. Haih perasan je keje kau taehyung -,-

‘’emm..’’

‘’please?’’

‘’okay..tapi lepas ni jangan minta tolong yang ada kaitan dengan dia lagi..’’

‘’janji!’’

Aku buat eye-smile dan dia nampak macam was-was nak buat ke tak. Aku tak boleh fikir pasal tuh! Aku harap dia betul-betul dapat tolong aku!

‘’sohyunnie!’’

Dia panggil nama sohyun kuat dan aku hanya perhati masih menyorok dan kali ni menyorok di sebalik pasu tepi pagar. Susah jugak jadi spy nih..berangan jelah kau taehyung jadi spy -,-

Sohyun pusing badan dan pandang sora.

Sora melambaikan tangannya seperti memanggil sohyun supaya datang kearahnya. Sohyun yang buat-buat senyum,aku tau dia senyum tak ikhlas, terus menuju ke arah sora..

Nilah masanya!

Aku secara senyap-senyap menyelinap masuk ke kereta sohyun di bahagian seat belakang. Aduhh aku nak nyorok kat mana nih? Driver dia nampak dan terkejut dan pandang aku. aku menunjuk signal suruh dia senyap. Dia kelihatan takut dan tak tau nak ikut apa aku suruh atau tak dan lepas tu au nampak sohyun macam nak menuju ke kereta dia dan untuk pengetahuan nasib baik cermin dia jenis dari luar tak nampak yang kat dalam. So aku cepat-cepat buat keputusan untuk nyorok di bonet dia memandangkan aku boleh terus panjat sofa seat belakang dan terus berada di bonet kereta dia. Aku baring perlahan-lahan.

Jantung aku mula berdegup laju bila dia bunyi kereta dibuka di dengari telinga aku. aku cuba tutup mulut pakai tangan supaya tidak buat satu suara pon dan perlahankan nafas aku.

Aku tahu waktu sekarang ni dia dah masuk kereta dan duduk di seat belakang dan sandar.

Aku cuba yang terbaik untuk jadi tenang dan fikir positif. Aku harap dia tak tengok bonet kereta dia.

Terima kasih kepada sora yang sanggup tolong aku walaupun aku baru tahu nama dia je -.- apadaa..

 

 

Hyuna POV

Aku terasa aku sudah boleh terjaga.

Aku bukak mata perlahan-lahan biarkan cahaya tak menyakitkan mata aku.

Kepala aku berat kerana pening yang masih kekal menemani aku.

Aku terkejut bila aku tengok sekeliling...aku kat mana?

Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam bilik aku diletakkan. Waktu tu aku terus mengalihkan pandangan aku pada orang tersebut dengan keadaan jantung aku berdegup laju.

Bila dia nampak aku dengan mata terbuka dia terus bertukar kepada eksprasi agak terkejut dan buka pintu semula.

‘’oh awak dah sedar?! Doktor!’’

Doktor? Kejap aku dekat hospital ke?

Dan lelaki ni..aku pernah tengok rasanya..ye!

Dia lelaki yang kereta rosak haritu..tapi dia ke yang bawa aku kesini? Sebab kali terakhir aku ingat aku masih berjalan di jalan raya dan...aku tak ingat apa-apa..

Seorang doktor dan dan bergegas ke arah aku bersama seorang nurse di sampingnya.

Doktor tu mula melakukan pemeriksaan terhadap aku sedangkan aku terkaku disitu tak tau apa yang jadi...aku perasan tangan aku dah dibalut dengan rapi dan terdapat wayar yang menghubungkan dengan tangan aku untuk memasukkan darah...aku..kehilangan banyak darah ke?

‘’keadaan cik stabil...Cuma cik masih kene banyak berehat dan mungkin lusa baru cik boleh keluar..’’

Ha apa?! Aku taknak duduk sini!

Aku masih buat muka takde perasaan sebab nak buat muka terkejut pun tak larat..aku memang betul-betul rasa pening dan penat. Aku terbaring membisu kerana kepenatan. Aku benci sebab tak boleh memebantah apa doktor cakap dan lelaki tu pulak..kenapa kau tak kata kat doktor yang aku taknak duduk sini?!

Haishhh.. nak mengamuk pun tak boleh..manalah dia tahu...

Lelaki tu macam berbisik-bisik dengan doktor sebelum doktor keluar dan sekarang tinggal aku dan dia. Awkward.

Aku alihkan pandangan kepada pandang kearah tingkap. Aku taknak pandang muka dia sebab aku malu.

Aku dapat dengar bunyi tapak kaki semakin dekat kearah aku dan aku tau dia berjalan ke arah aku. dan sekarang dia berdiri betul di tepi katil aku.

Malu memang malu tapi benyak soalan yang masih bermain-main dalam fikiran aku untuk tanya dia.

‘’macam mana...saya boleh ada dekat sini?’’

Aku tiba-tiba tanya sebab aku sangat curious nak tahu apa yang jadi sebenarnya.

‘’awak sebenarnya pengsan depan kereta saya waktu saya hampir langgar awak...dan saya perasan..lengan awak...jadi..tulah..saya bawa awak kesini memandangkan saya ada adik juga yang perlu dibawa kesini..’’

Dia terangkan dan aku mula rasa bersalah sebab dah menyusahkan dia. Bila dia cakap adik dia aku tahu dia sebenarnya mesti serabut waktu tu. Aku rasa macam nak minta maaf dekat dia banyak kali sebab dah selamatkan aku..kalau tak memang nyawa aku dalam bahaya sebab kehilangan banyak darah..aku tahu aku pengsan sebab darah aku banyak yang hilang..

‘’saya..minta maaf..’’

‘’ke..kenapa pula?’’

Dia tanya pelik dengan aku yang minta maaf dekat dia tiba-tiba..

Aku pusingkan kepala pandang dia dan senyum sedikit..

‘’sebab susahkan awak..’’

‘’ah..takpe..btw..saya Jin...’’

Dia perkenalkan nama dia dan aku tahu dia taknak rasa terlalu awkward dan aku sedar aku ta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^