Part 37

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Hyeri POV

Terkejut melihat jungkook dalam keadaan dilumuri aku terus menjerit namanya. Dan disebabkan itu suara aku didengari gayoon unnie. dia terus bergegas mendapatkan aku.

Aku terlalu takut sehingga aku mengambil langkah kebelakang sehingga bahagian belakang badan aku menyentuh dinding dan aku terduduk bersandar. Air mata aku sudah pun tewas mengalir ke pipi. Aku menutup kedua belah telinga aku dengan tangan aku kerana aku takut.

Gayoon unnie muncul dan memandang aku seterusnya memandang ke arah depan aku. dia terkejut melihat jungkook sebegitu juga. Tapi dia terus pergi ke arah aku dahulu.

‘’hyeri , kau kena kuat hyeri, jangan biar ketakutan terus menguasai kau...kau taknak fikiran kau dimainkan sohyun lagikan?’’

Dia mula perlahan-lahan mengalihkan tangan aku.

‘’hyeri bangun.’’

Dia menyuruh aku bangun. Walaupun aku tahu kaki aku sudah tidak mampu untuk bangun tapi gayoon unnie betul, aku kena cuba lawan. Tapi aku masih tak percaya fikiran aku dikawal sohyun.

‘’tolong angkat dia masuk dalam kereta!’’

Gayoon unnie mengarahkan orang-orang appa sohyun untuk mengangkat jungkook ke dalam keretanya. Manakala gayoon unnie membantu aku untuk berjalan secara normal. Bukan sebab kaki aku sakit atau apa tapi aku masih lagi dalam ketakutan dan aku masih cuba melawan.

Kami sampai di kawasan halaman depan rumah sohyun dan gayoon unnie bersegera meletakkan aku di bahagian bangku sebelah pemandu. Asalnya dia menyuruh aku yang memandu sendiri kerana dia tidak mahu ikut tetapi dengan keadaan aku, dia terus menolong memandu.

‘’kita kena ke hospital!’’

‘’tapi unnie saya ada benda nak minta unnie tolong..lepas hantar jungkook ke hospital..’’

Berat hendak aku katakan.

‘’apa dia?’’

‘’tolong....’’

 

 

Hyuna POV

Hari ni mungkin jadi hari terakhir aku dengan mereka. Asal dapat tolong mereka aku sudah rasa lega.

Aku harap sohyun tidak akan jumpa dimana kitorang berada. Pertama sekali aku sudah pun memusnahkan phone sendiri dan sekarangbiarlah, aku tidak kisah tidak mempunyainya lagipun tiada guna. Esokkan aku sudah bertekad untuk serah diri.

Mereka diasingkan dua bilik dimana satu bilik tiga orang.

Aku masih tidak kenal nama masing-masing kecuali Jin dan disebabkan itu aku berfikir untuk melihatnya buat kali terakhir. Dia tidak sepatutnya terima semua ini setelah apa yang dia buat pada aku.

Dia dah tolong aku walaupun dia dalam kesusahan dan sekarang bukan kesenangan yang dia terima tetapi semakin susah dan sengsara.

Adakah dia memaafakn aku sebagai seorang kakak kepada adik yang melakukan semua ini?

Aku masuk ke biliknya dan perlahan berjalan ke katilnya. Aku nampak dia sahaja belum tidur. Kalau aku menajdi dia pun aku tidak mampu tidur. Dia adalah yang tertua dalam adik-beradik,mana mungkin dia tak risaukan adiknya yang lain.

‘’Jin..’’

Aku memanggil namanya dengan penuh rasa bersalah tetapi dengan suara yang agak perlahan cukup untuk buat dia dengar.

Dia terus menoleh memandang aku daripada pandangannya sebelum ini yang memandang ke luar tingkap.

‘’hyuna...gomawo..’’

Dia terus tersenyum bila lihat aku. go-gomawo? Apa maksud dia nak berterima kasih dengan aku?

Aku tak suka! Dia buat aku bertambah rasa bersalah. Apa yang aku buat memang perlu dibuat. Aku yang sepatutnya berterima kasih pada dia yang selamatkan nyawa aku dulu.

‘’tak jin...aku yang..kena berterima kasih dengan kau..’’

Waktu tu air mata aku dah mengalir. Aku tak dapat tahan. Peritnya memikirkan aku sudah sihat sekarang manakala dia pula sedang sakit.

‘’jin...aku ada benda nak cakap...’’

Aku mula mengambil kerusi duduk di sebelah katil dia.

Dia seperti mahu peka dengan setiap apa yang aku akan cakap.

‘’hari ni...hari terakhir aku ada dekat sini...aku tak maksudkan aku akan mati...tapi lepas ni...hanya doktor dan pihak polis yang akan jaga korang berenam...’’

Riak wajahnya terus sayu mendengar dan dia pelik dengan apa yang aku maksudkan.

‘’kejap..apa yang kau maksudkan?’’

Dia mula risau.

‘’jin..kau pun tau...kau terperangkap dengan sohyun sebelum ni...kau tahu bukan sahaja sohyun tapi satu keluarga aku ialah pembunuh. Jadi tidak terkecuali aku...walaupun aku hanya pernah membunuh sekali...tapi ia dikira jenayah bukan? Jadi aku akan menyerah diri pada polis dan cerita semuanya apa yang berlaku pada korang...jangan risau, walaupun aku sayang sohyun sebagai adik aku...tapi aku akan pastikan dia dapat berjumpa seorang doktor yang mampu membantu membetulkan fikirannya. Maafkan aku...dia sebenarnya gila.’’

Aku terus bangun dan mahu keluar dari bilik itu. Aku tidak sanggup melihat mukanya semakin lama. Membuatkan aku terfikir sepatutnya orang lain yang selamatkan diorang.siapa aku untuk berada di samping mereka membantu mereka. Aku tak lebih sama sahaja jahat seperti sohyun. Ya aku bunuh orang juga.

‘’hyuna..aku akan tunggu kau keluar’’

Dia sempat berkata sebegitu sebelum aku kelaur dari biliknya. aku hanya memejamkan mata dan terus kelaur dari bilik wad dia.

Jin, kau kena faham. Tidak semestinya aku akan dapat keluar dari penjara. Kerana waktu itu aku sendiri yang membunuh. Tiada siapa yang paksa. Takde guna kau tunggu aku. dan apa maksud kau akan tunggu aku?

Kau berhak mempunyai hidup yang lebih sempurna dengan adik-adik kau yang lain. Jadi kenapa pilih untuk menunggu aku sedangkan ia masih tidak pasti adakah aku akan dibebaskan atau duduk didalam penjara seumur hidup atau dihukum mati.

Aku masih waras ketika aku membunuh. Berbeza dengan sohyun.

 

 

Hyeri POV

‘’Kau rasa betul apa yang kau cuba buat ni hyeri?’’

Gayoon unnie bertanya lagi sekali. Ak-aku. aku Cuma tak tahu tapi yang pasti perempuan tu dalam bahaya juga.

Ya setelah selamat kami menghantar jungkook ke hospital yang terdekat iaitu hospital sama yang pernah kami hantar hyuna unnie sebelum ini,aku telah pun meminta gayoon unnie untuk kerumah kawan lelaki sohyun woozi.

Aku tidak tahu tapi aku perlu selamatkan perempuan yang aku nampak di dalam biliknya. mana tahu dia juga ialah mangsa sohyun.

Tapi sebelum tu sewaktu di hospital, kami berdua menyuruh doktor dan nurse menjalankan tugasnya dahulu sementara kami ada benda yang perlu diselesaikan.

Inilah dia. sekarang aku dan gayoon unnie sedang berdiri di depan pintu rumah woozi.

Nasib baik gayoon unnie mengenalnya.

Tok.Tok.Tok.

Gayoon unnie mengetuk pintu rumahnya dan tanpa membuang masa tuan empunya rumah ini terus membuka pintu.

‘’oh gayoon noona dengan...awek tadi..’’

Seriously? Kau tak tahu nama aku?]

‘’hye hyeri~’’

Erghh. Geli pulak aku dengar dia panggil nama aku. dia tersenyum sinis memandang aku.

‘’kenapa ni noona?’’

Gayoon unnie tidak berkata apa-apa tapi terus menyerbu rumahnya. Jangan kata gayoon unnie terus nak cari perempuan tuh.

Aku hanya menyusul masuk sekali.

Yang si woozi ni tak habis-habis pandang aku. aku meremang rasanya.

‘’aku gaduh dengan sohyun. Aku tak faham apa masalah dia.’’

Gayoon unnie terus duduk di sofa di bahagian ruang tamu.

‘’lahhh biasalahh perkara adik-beradik..’’

Aku pula hanya ikut gayoon duduk tetapi disebelahnya. Aku tidak pasti rancangan gayoon apa. Nasib baik dia tidak terus mencari perempuan tu.

‘’banyak kau punya adik-beradik, dia dengan setan takde beza.’’

‘’wow kasar nampak!’’

‘’dah tu kau nampak aku tengah tenang ke sekarang ni? aku datang sini pun nak lari dari keserabutan duduk dekat rumah dengan dia. sekarang ni pulak kau nak cuba buat aku serabut jugak ke?’’

‘’hey hey, rilek rilek. Okay tak. Apa kata aku buat minuman dulu okay?’’

‘’hmm..okay..coffe panas satu..’’

‘’awek sebelah taknak minum?’’

Aku menggelengkan kepala.

Dia terus mengenyit mata dekat aku sebelum berlalu ke dapur. Aku rasa tak perlu kot.

Gayoon tiba-tiba kelihatan seperti berhati-hati.

‘’hyeri..ambil kayu golf tu.’’

Di tepi pintu rumah woozi ada beberapa kayu golf. Aku tak pasti dia guna atau hiasan tapi tiba-tiba sahaja gayoon unnie menyuruh aku ambilnya. Aku hanya ikut kerana aku tak tahu apa rancangan dia tapi yang pasti dia lebih pakar bab-bab macam ni.

Aku dengan membuat langkah yang berhati-hati mengambil kayu golf tersebut dengan pantas dan memberinya pada gayoon unnie.

‘’hyeri..kau duduk sini, jangan buat apa-apa sehingga aku suruh.’’

Aku menganggukkan kepala. Keadaan ini hampir sama seperti sewaktu sohyun menyuruh aku duduk didalam biliknya dan buat-buat tidak dengar apa yang berlaku di tingkat bawah. Cuma perasaannya lain. Aku terasa lebih lega berada dengan gayoon unnie yang berniat bukan untuk berbuat jahat.

Kalaulah gayoon unnie mendengar saat teman lelakinya dibunuh,aku pasti dia tidak mampu jadi waras. Tapi melihat keadaannya yang masih kuat begini walaupun melihat kepala teman lelakinya sendiri, membuatkan aku tidak percaya.

Kuat juga dia walaupun sedang sedih. Kalau aku jadi dia semestinya aku ..entahlah. mungkin aku akan jadi gila seperti sohyun?

Gayoon terus masuk ke dapur. Aku hanya diam takut apa yang bakal terjadi. Sebenarnya lebih takut kalau benda buruk terjadi pada gayoon unnie.

DUSH!

Aku terdengar bunyi hentakan yang kuat dan waktu tu aku tidak dapat duduk diam. Aku terus ke kawasan dapur risaukan gayoon unnie!

Leganya diri aku bila melihat sekujur tubuh terlantar di lantai ialah woozi dan gayoon unnie pula cuba menenangkan diri.

‘’palli hyeri, selamatkan perempuan tu!’’

Aku terus masuk kedalam bilik dan mengejutkan perempuan itu.

‘’bangun!bangun!’’

Dia terkejut dan menyedarkan diri. tapi dia terus cuba menjerit walaupun mulutnya ditutupi kain. Dia takut melihat aku.

‘’jangan takut! Aku datang nak selamatkan kau!’’

Dia masih memandang aku dengan mata membulat.

Pertama sekali aku membuka ikatan pada mulutnya dan dia terus mengambil nafas yang banyak.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^