Part 39

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

No one POV

Apa yang terjadi sebenarnya selepas sohyun dan keluarganya sedar tiga hari selepas pengsan kerana termakan ubat pengsan yang di campurkan dalam masakan oleh Hyeri?

Flashback

Sohyun terasa kepalanya sangat sakit dan berat apabila dia mula sedar. Dia pelik bagaimana dia boleh tertidur di meja makan. Dia mula bangun mahu menuju ke biliknya dengan berhati-hati. Dia nampak juga seorang demi seorang keluarganya yang lain juga mula bangun dan berasa pelik.

‘’hyeri...’’

Dia memaggil-manggil nama hyeri tapi tiada siapa yang menjawabnya. Dia mula rasa pelik. Dia mengeluarkan phonenya dan dia terkejut melihat tarikh pada phonenya.

Ia adalah tiga hari kemudian. Dia seperti tidak percaya dan terus menerus memanggil nama hyeri.

Tapi masih sama, tiada sesiapa yang menjawab. Dia mula suspek sesuatu. Dia memasuki bilik gayoon dan dia terkejut melihat ikatan gayoon sudah dilepaskan.

Dia fikir siapa pula yang melapskannya kalau bukan hyeri?

Dia memeikir panjang dan dia ingat akan Jungkook.

Dia terus bergegas masuk ke ruang rahsia itu dan berjalan secara cepat untuk ke bilik Jungkook.

Dia membuka kunci bilik jungkook dengan pantas dan mula membuka pintu itu dengan luasnya. Meneliti setiap ruang bilik itu, dia jadi terkejut kerana dia tidak nampak Jungkook. Dia mula membuka tandas bilik itu dan dia terkejut.

 Dia nampak kaca cermin di lantai dan ada beberapa titik kesan darah yang agak besar-besar saiznya.

Dan waktu itu dia tidak dapat menahan kemarahannya kerana dia tahu. Dia tahu mungkin hyeri sudah lari bersama Jungkook dan Gayoon!

Dia terdiam kerana sewaktu itu perasaan marahnya yang membuak-buak sedang mula terbina. Dia bangun dengan perlahannya tanpa dia sedar yang sifat luar kawalannya sudah kembali.

 Dia tersenyum-senyum berjalan ke ruang tamu. Dia terlihat di ruang tamunya terdapat satu pedang yang dijadikan barang hiasan di ruang tamu.

Tapi kali ini ia tidak akan menjadi barang hiasan lagi. Perlahan dia mengambilnya dan memandang umma, appa ,jiyoon dan jihyun yang masih pening-pening di kawasan ruang makan

Dia menyeret pedang itu berjalan masuk ke ruang makan dan memandang setiap seorang dengan pandangan yang pelik.

‘’so-sohyun...’’

Ummanya memanggil namanya kerana pelik melihat sohyun yang tiba-tiba sahaja berdiri tersenyum sambil memegang pedang di tangannya.

Itu adalah perkataan terakhir yang di dengari di telinga sohyun oleh ummanya sebelum dia mula menghayunkan pedangnya mengelar leher ummanya.

 Semua terkejut dan menjerit. Jiyoon dan jihyun sudah cuba lari hampir menangis terkejut dengan kejadian mengerikan berlaku di hadapan matanya.

Appa nya asyik menjerit memanggil-manggil nama sohyun agar sohyun sedar tapi malang sohyun mula pergi ke arah appanya dan tidak-berhenti-henti mengelar perut appanya dan kemudian dia menikam dalam ke perut appanya buat beberapa kali . darah yang terpancut keluar dari umma dan appa nya mula menogotori lantai ruang makan mereka.

Jiyoon dan jihyun tidak berjaya lari jauh. Mereka cuba lari masuk ke kawasan hutan milik rumah itu tapi sohyun dengan pantas menghayunkan pedang itu membuatkan ia terkena kaki jihyun.

 Jihyun yang terkejut dengan kesakitan yang diterima terjatuh dan dalam masa yang sama menarik jiyoon.

Mereka sempat berkata supaya sohyun menghentikan perbuatannya tapi apa yang mereka tidak sempat ialah sohyun tidak pun mengikut kata-kata mereka.

Dia menghayun banyak kali pedang itu di muka mereka sehingga muka mereka berdua hancur dan seterusnya menyebabkan kedua nyawa kakaknya itu melayang pergi.

Tiba-tiba dia berhenti dan tangannya mula menggeletar. Pedang dari tangannya terlepas berlabuh ke tanah. Dia terkejut dengan perbuatannya sendiri.

Dia jadi takut dan mula mengalirkan air mata. Apa dia sudah buat?

Ya dia sudah bunuh keluarganya sendiri!

Dia menggigit jarinya memikirkan kenapa dia boleh berbuat sebegitu. Kerana itu dia menyeret mereka berempat memasuki bengkel rumahnya.

Mayat-mayat itu diletakkannya di atas lantai dan dia mula memerhati setiap seorang.

Dan tiba-tiba dia mula tergelak kecil serupa seperti orang kurang siuman.

‘’aku dah bunuh diorang...’’

‘’i-ini semua...sebab..sebab kau jungkook...’’

‘’hehe...aku sayang kau...’’

‘’jungkook aku betul-betul sayang kau...’’

‘’kau-kau tak boleh pergi...’’

‘’hehe...kau tak boleh pergi...’’

‘’KAU TAK BOLEH TINGGALKAN AKU!’’

Dia mula menjerit dan mengalirkan air mata . dia mula bernafas dengan laju kerana perasaan marahnya kembali semula.

‘’jom...aku bawak kau balik...aku ada makanan untuk kau...’’

Flashback end

Sejak apa yang di katakan sohyun mula hilang tidak tahu kemana dia berada sekarang. Demi mencari orang yang dia sayang, dia telah bertindak gila membunuh keluarganya sendiri.

 

 

Jungkook POV

Bosannya untuk setiap ahri aku berada di sini. Biasanya sohyun akan datang memberi aku makan tapi sekarang pasti seorang nurse akan datang dengan pakaian seragam putihnya yang agak ketat menghantar makanan pada aku.

Benci betul aku harus melihat mukanya.

Tapak tangan aku sudah tidak kelihatan seperti tangan kerana sejak akhir-akhir ni aku kerap membuat seni. Menyakitkan tapi ia cantik bagi aku.

Mengukir namanya pada dinding menggunakan serpihan kaca sangat berbaloi. Ia dapat mengisi setiap hari hari yang membosankan.

Dan hari ni aku fikir aku mahu melukis wajahnya. Aku mula mengambil serpihan kaca itu dan menggenggamnya. Untuk mengukir di dinding perlukan tenaga jadi aku menggenggam kaca itu dengan lebih kuat menyebabkan kulit-kulit di tapak tangan aku mula mengoyak.

Ia terasa sakit pada mulanya tapi aku sudah biasa. Sakit lagi hati aku tidak dapat melihat dia.

 Darah mula mengalir melalui tangan aku dan ada yang menitik ke lantai.

Ambil masa kalau nak melukis wajahnya. Emmm apa harus aku buat?

Aku memandang setiap titisan darah aku yang tidak berhentis menitis ke lantai. Oh ya ini berguna juga. Aku mula duduk memandang lantai . dengan perlahan aku mula menjadikan darah aku sendiri sebagai dakwat untuk melukis wajahnya.

Inilah perkara paling seronok aku pernah buat. Selain duduk bersama dia.

Sedang sibuk aku melukis secara tiba-tiba pintu bilik aku di buka dan aku mula memandang ke arah pintu.

Oh itu adalah nurse yang selalu hantar makanan.

Dia masuk dan meletakkan makanan aku di atas meja sebelah katil aku. aku dapat lihat setiap kali dia masuk pasti dia akan berjalan dengan pantas dan matanya kelihatan seperti orang dalam ketakutan.

Adakah aku menakutkan?

Kadang-kadang aku terasa aku mahu berbuat sesuatu pada nurse itu kerana dia kelihatan sangat kelakar berkelakuan macam tu. Tapi dia mula berhenti seketika bila terlihat apa yang aku lakukan.

Dia membulatkan mata dan terus bergegas keluar. Aku tahu dia akan rosakkan semuanya. Belum sempat dia mahu keluar aku dengan pantasnya pergi ke arah pintu dan mula menutupnya. Dia terkejut dan melangkah kebelakang sedikit.

‘’ak-‘’

‘’shhh’’

Baru sahaja dia mahu berkata aku meletakkan jari telunjuk aku pada bibir aku menandakan dia supaya senyap dan tidak berkata-kata.

‘’tolong...jangan apa-apakan saya...’’

Air matanya mula mengalir . dia nampak sangat takut lagi-lagi apabila aku mula meletakkan kaca yang aku pegang di sebelah lehernya.

Aku tak tahu tapi aku terasa gembira kalau aku dapat bermain sebentar bersama dia. sama seperti cara sohyun bermain.

‘’shhh jangan risau..’’

Aku mendekatkan lagi kaca itu pada lehernya dan dia mula menutup mata. Lebih banyak air matanya jatuh dan lebih banyak kata-kata rayuan yang dikeluarkan.

‘’tolong...aku akan saya a-akan buat apa sahaja...’’

Oh apa sahaja? Macam tahu –tahu sahaja makhluk seorang ini.

‘’bagus..memang tu apa aku nak...tolong aku ya...jangan tipu..’’

Aku menggosok-gosok kepalanya sebelum aku mulakan tindakan apa yang harus aku lakukan. Aku masih meletakkan kaca itu pada tepi lehernya. Membawa dia rapat kepada pintu aku menyuruh dia membuka kunci pintu tersebut.

Aku lihat tangannya sangat menggeletar ketika cuba untuk membuka pintu tersebut dan dia kerap kali merayu agar tidak diapa-apakan.

Akhirnya kami berdua keluar dari bilik neraka itu dan sekarang aku harus keluar dari sini. Tapi aku tidak tahu kenapa makin lama aku terasa badan aku seperti sangat lemah.

Baru sahaja kami berdua mahu bermula jalan tidak jauh dari bilik aku diletakkan tiba-tiba aku memberhentikan langkah. Penglihatan aku terasa sangat berat tapi aku cuba berkelip mata gar dapat bertahan. Aku tidak mahu tersekat di sini.

‘’a-awak okay?’’

Nurse itu bertanya bila perasan muka aku jadi pucat.

Arggh!

Tak aku tak boleh sakit sekarang! Bukan masa yang sesuai!

‘’jalan!’’

Aku agak marah sedikit nurse itu dengan suara yang aku mampu keluarkan dan dia teruskan jalan tapi dengan tak semena-mena lagi sekali langkah aku mula terhenti dan kali ini memang betul, aku sudah terasa seperti tidak merasa tubuh aku sendiri.

Aku terlepaskan nurse tersebut dan kaca di tangan aku terlepas. Dan akhirnya aku memandang nurse itu dengan pandangan yang kabur sebelum aku terasa gelap semuanya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^