Part 19

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Jungkook POV

Taehyung hyung dibaringkan sebelah jimin hyung setelah tulang kaki dan tangannya sudah..dipatahkan. aku dicampak begitu sahaja di lantai bilik dan lepastu kami bertiga di kunci.

Aku mengalirkan air mata tidak henti begitu juga taehyung dan jimin hyung.

Apa yang kami dah buat sampai perlu kami ditakdirkan hidup dengan perempuan gila ni?!

Aku tak faham.

Sohyun boleh buat aku dan jimin hyung tak bergerak, tapi kenapa perlu dia rosakkan kaki dan tangan taehyung hyung?! Kenapa?!

Aku cuba bangun perlahan menahan sakit dan berjalan dengan tidak seimbangnya memikirkan apa yang dah jadi menuju ke katil jimin dan taehyung hyung dibaringkan. Aku melutut di sebelah taehyung hyung dan memandang mukanya yang tidak menunjukkan sebarang riak wajah melainkan air matanya yang tidak henti-henti mengalir.

Sakitnya dia diperlakukan aku tak dapat tahu bagaimana rasanya!

Tiba-tiba jimin hyung terduduk seperti baru bangun dari mimpi ngeri sedangkan lagi tadi dia tidak melelapkan mata. Dia seperti tidak bernafas dengan stabil dan seperti dalam ketakutan . tiba-tiba dia mengalihkan pandangan kepada aku dan taehyung hyung.

‘’TAEHYUNG! JUNGKOOK!’’

Aku yang terkejut terus mendapatkan jimin hyung dan memeluknya erat. Aku tidak boleh tahan air mata aku yang mengalir perlahan terus menyebabkan aku menangis teruk.

‘’ak-aku..aku dah boleh gerak...’’

Jimin hyung cakap dan aku leraikan pelukan pandang nya.

‘’hyung...tolong...kita dah tak selamat...’’

‘’jung-jungkook?! Macam mana...kau boleh ada dekat sini?!’’

Aku masih terus menangis bila dia cakap macam tu. Aku benci ada dekat sini! Aku nak keluar! Aku tak tahu macam mana aku boleh terperangkap dekat tempat ni bersama perempuan yang mulanya aku ingat dia baik sedangkan dia adalah perempuan paling kejam aku pernah jumpa!

Aku menggelengkan kepala tanda tak tahu dan makin banyak air mata aku mengalir.

Jimin hyung terus memeluk aku pula.

‘’jungkook...perempuan ni...dia jahat..’’

Ye hyung jungkook tahu! Dia tak jahat hyung! Dia dah tahap lebih dari jahat!

‘’hyung...dia...’’

‘’dia kenapa?!’’

Jimin hyung meleraikan pelukan dan aku pandang kearah taehyung hyung yang masih statik tidak bergerak sedikit pun. Jimin hyung turut juga memandang taehyung hyung.

‘’kenapa dengan taehyung jungkook?!’’

Dia seperti serius dan mula mahu menyentuh taehyung hyung dan aku tepis kasar tangan jimin hyung!

‘’jangan sentuh dia!’’

Aku semakin banyak mengalirkan air mata bila berkata macam tu. Dia memandang aku pelik. Aku tak bermaksud untuk berkata atau berbuat macam tu tapi hyung...hyung kene tahu..

‘’tulang dia..dah dipatahkan tadi...’’

 

 

Sohyun POV

Tak..tak mungkin dia! Dia tak boleh...dia tak boleh jadi siapa yang menolong hyuna unnie!

‘’sohyun?’’

Tak! Dia tak boleh! Tak boleh!

‘’sohyun?’’

‘’ha...ye..?’’

Aku tak sedar pun hyuna unnie memanggil aku. dia memandang aku pelik. Arghh! Aku tak boleh nampak menjengkelkan depan dia! Aku terus bangun dan badan aku menggigil.

Aku takut. Aku sayang hyuna unnie dan aku taknak buat dia sedih. Macam mana kalau dia tahu pasal jin? Apa aku nak buat? Tak..tak boleh...diorang semua milik aku! aku berhak nak buat apa-apa pun!

‘’Sohyun kau okay?’’

Hyeri tiba-tiba tanya dan aku masih pandang hyuna unnie tajam.

‘’sohyun...kenapa ni?’’

Hyuna unnie bertanya aku dan aku ke belakang sedikit. Apa aku buat? Kalau aku berkelakuan macam ni orang akan pandang aku lebih pelik!

Tap-tapi! Takde siapa boleh halang apa aku nak buat! Ye..takde siapa! Aku tak akan benarkan hyuna unnie menghalang apa yang aku buat dan apa yang aku suka!

‘’un-unnie..’’

Aku bercakap tergagap. Arggh! Aku benci nampak lemah depan orang!

‘’sohyun kene pergi!’’

Aku menjerit dan terus keluar dari wad hyuna unnie meninggalkan dia dengan hyeri. Aku tahu mesti dia tertanya-tanya kenapa aku pergi tob1-tiba

Aku terus keluar dari kawasan hospital dan menyuruh driver aku membawa aku pulang. Aku tak boleh tahan lama kalau aku duduk di situ. Aku sayang hyuna unnie tapi kenapa perlu dia tolong unnie?! Tak dia tak boleh buat macam tu! Ni semua salah dia! Dia sepatutnya bagitahu aku dulu kalau nak tolong sesiapa!

Jungkook, aku tahu kau mesti marah kalau patung-patung kita buat masalah kan?

Tak jungkook, jangan marah..aku akan selesaikan masalah ni.

Aku akan hukum dia!

Jungkook aku minta maaf sebab tak jaga dia baik-baik..lepas ni aku janji akan sentiasa buat kau gembira. Aku tahu kau suka semua yang aku buat untuk kau! Aku tahu kau suka!

Kau tak benci aku ! aku tahu kau sebenarnya tak bermaksudkan benda tu tadi! Kau Cuma tak biasa tengok cara aku menghukum patung-patung kita!

Ya.ya.

Jungkook masih sayangkan aku! aku buat semua nih sebab aku sayang dia! Dan dia pun faham. Arrghhh! Sohyun bertenang.jangan risau. Jungkook tak akan benci kau. Dan dia tak akan benci kau lepas ni. Percayalah sohyun. Kau mampu buat dia sampai ke tahap tu.

 

 

Hyeri POV

Kenapa dengan sohyun? Kenapa dia tiba-tiba pergi?

Aku sangat perasan dan aku tak tipu. Dia nampak menggigil sedikit dan mukanya seperti ketakutan sebelum meninggalkan kitorang. Ye aku perasan.

Bermulanya bila hyuna unnie sebut siapa yang selamatkan dia.

Argghh! Pedulikanlah. Aku sekarang tengah risau pasal hyuna unnie.

Aku kene jaga dia sampai dia betul-betul sembuh. Ye aku perlu buat benda tu.

Aku taknak hyuna unnie risau dengan keadaan sekeliling. Lagi-lagi sekarang sohyun sudahpun kembali menjadi seperti ummanya. Aku tak kisah kalau dia pergi membunuh tapi menculik dan menyeksa diorang bukanlah cara aku. itu adalah cara umma dia sendiri. Aku tahu semua ni dia belajar dari umma dia. Aku tahu semua rahsia keluarga ni.

Disebabkan tu aku sangat sayang keluarga ni macam keluarga aku sendiri. Tak dinafikan aku juga kadang-kadang nak sangat bunuh 7 orang yang baru sahaja diculik sohyun sebab satu aku malas nak lihat diorang diseksa teruk oleh sohyun dan aku rasa patut diorang mati je dan dua aku sangat sayangkan sohyun dan aku geram kenapa diorang tak boleh je ikut apa yang sohyun suruh?

Tapi aku masih ada sifat berperikemanusiaan. Aku tahu diorang orang yang tak bersalah yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi tersekat dengan menjadi mangsa keadaan. Iaitu mangsa kepada seorang gadis psycho yang kita tak mampu nak lawan. Seorang psycho, dia bukan sahaja gila tapi kita lupa sesuatu, dia juga bijak dan pandai.

Jangan pernah cari pasal untuk membahayakan diri dengan mereka atau hayat untuk kita hidup akan menjadi lebih singkat dimana dalam masa singkat tu kita tidak mati dengan aman tetapi sebaliknya.

‘’hyeri?’’

‘’ah ye?’’

Hyuna unnie memanggil aku dan aku tersedar dari termenung sendirian. Membebel dalam hati adalah hobi aku sebab aku tidak suka berfikiran singkat dan buat keputusan melulu.

‘’sohyun..kenapa?’’

Hyuna unnie tanya dan aku juga tak tahu.

Aku tak pasti kenapa dia tiba-tiba sohyun jadi macam tu tapi apa-apa pun biarkanlah dia nak buat apa dulu sehingga dia membuat panggilan pada aku untuk membantunya. Aku tahu dia akan buat dan waktu tu baru aku akan tahu. Tapi aku kene fokus.

Aku kene jaga hyuna unnie baik-baik. Aku tahu bukan aku sorang yang sayang hyuna unnie. Dia juga sayang dan aku tahu dia tak bermaksud nak tinggalkan unnienya begini sahaja. Kami juga sudah berjanji tak akan libatkan umma dan appanya dan hal ni sebab taknak mereka yang sedang sibuk bekerja risau. Diorang kerja pun demi keluarga ni. Dan kalau diorang tak kerja alamatnya tiga orang penyibuk dalam rumah tu tinggal bawah jambatan agaknya. Tapi aku lagi seronok kalau nampak diorang hidup macamtu.

‘’emm..hyeri pun tak tahu...takpelah unnie. Unnie habiskan sarapan ni dulu tau.’’

Aku senyum bila bercakap sambil pandang hyuna unnie.

‘’na-nae’’

Aku tahu hyuna unnie risau. Dari riak wajahnya aku tahu.

‘’unnie...unnie jangan risau...sohyun tu dia kan memang macam tu...nanti dia okay tu..dia Cuma ada masalah sikit, unnie kasi ruang kat dia eh?’’

‘’emm..’’

Hyuna unnie hanya mengangguk ragu-ragu dan sambung makan balik tapi kali ni lebih perlahan.

Aku hanya melihat dia makan lantas duduk di bangku di sebelah hyuna unnie semula dan menonton tv yang terletak di depan katil hyuna unnie tapi tinggi sedikit. Nasib baik hospital ni tak kedekut sediakan package movie. Takdelah bosan sangat aku dengan hyuna unnie duduk sini. Cuba kalau dia sediakan TV berita je dan tv tu pulak kabur bukan main , memang m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^