Part 22

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

 

No one POV

Pada malam pukul lapan tu, suasana di rumah sohyun sangat bingit dengan bunyi muzik yang di pasang tersangatlah kuat. Padat dengan manusia yang menari dan mabuk sehingga tidak boleh dikawal. Seperti berdentum-dentum rumah itu.

Jiyoon sudah pun duduk di kawasan dapur mengasingkan diri daripada menusia yang terlalu padat. Dia memang suka berpesta macam ni Cuma dia tak gemar dengan alkohol apa lagi baunya. Sebab itu jiyoon mengasingkan diri. sudah jadi kebiasaan.

Dia terfikir sejenak, apalah yang membuatkan sehinggakan sohyun tidak mahu mengikuti diorang sekali. Tidak pernah sohyun seperti tidak berminat atau tidak join sekali bila setiap minggu diorang adakan parti. Selalunya dialah paling teruk bila berparti. Paling mabuk dan selalunya paling ramai lelaki yang cuba ambil  kesempatan untuk memegangnya tetapi hyuna selalu ada untuk menghalang.

Jiyoon berfikir mungkin sebab hyuna dekat hospital jadi dia taknak berparti kerana semestinya sohyun takde mood dan risau kalau jadi apa-apa dekat dia tiada siapa nak tolong halang. Jiyoon malas mahu berfikir panjang dan dia membuka peti sejuk mahu mengeluarkan air jus apple yang baru dibelinya semalam.

Dia menuangnya didalam sebuah gelas dengan penuh dan meminumnya perlahan. Sedang sibuk dia menikmati minumannya , gayoon dengan dujun masuk ke kawasan dapur sambil berpelukan membuatkan jiyoon sedikit terkejut. Dia tahu diorang berdua sedang mabuk dan bau alkohol sangat kuat pada diorang.

‘’ya dujun! Ye pun kau bawak lah pergi bilik dia. Nak berseronok pun kat dapur agak-agaklah..tercemar makanan dekat sini...’’

Jiyoon dan jihyun sudah memang rapat juga dengan dujun. Dia tahu dujun macam mana orangnya. Suka juga berparti dan berpesta macam diorang dan dia Cuma menganggap dia betul-betul sayangkan gayoon.

‘’alooooo marah pulak si hijau ni...’’

Ye jiyoon rambutnya bewarna hijau jadi gelaran tu sudah biasa didengar Cuma agak menyakitkan hati sikit bila tengah bercakap dengan orang mabuk ni.

‘’ ahhh takde-takde...shooh shooh! Keluar dari dapur sekarang!’’

Jiyoon menolak perlahan dua pasangan itu sehingga keluar dari kawasan dapur. Diorang hanya tergelak-gelak dan segera menaiki ke tingkat atas.

‘’haiiishh...tak tahan aku bau diorang...’’

Jiyoon membebel sendiri dan masuk ke kawasan dapur semula.

Jihyun berada di kawasan belakang rumah dimana di situ ada kolam renang dan ramai lagi yang berkumpul di situ.

siapa sangka secara tiba-tiba ada kereta lagi muncul di depan rumah iaitu kereta hyeri. Ye dia pulang kerumah sebab dia risau. Itupun hyeri memberi tahu hyuna bahawa hari ni diorang adakan parti dan hyuna suruh hyeri balik secepat mungkin sebab takut terjadi apa-apa pada sohyun sebab dia memberitahu hyeri bahawa sohyun susah dijaga bila berparti. Dia akan menjadi paling teruk dan sebab tulah hyuna selalu ada untuk memperbaiki keadaan.

Tapi hyuna dan hyeri sendiri tidak tahu sohyun tidak mengikuti sekali parti ini sedangkan hyeri sibuk masuk kerumah dan mencari-cari di mana sohyun. Dia mahu ketingkat atas dan sekali dia ternampak seorang lelaki sedang turun dari tangga dan hyeri agak terkejut sebab dia tak kenal lelaki itu. Ya dia dujun. Hyeri tahu mesti dia ada kaitan sama ada dengan jiyoon,jihyun atau gayoon sehingga dibenarkan ke tingkat atas. Sebab biasanya kalau berparti tetamu hanya dibenarkan menggunakan bilik di bawah di mana memang ada satu-satunya bilik di tingkat bawah berdekatan dengan kawasan ruang makan.

Hyeri cepat-cepat menyembunyikan diri disebalik tangga dan melihat lelaki itu turun. Dia nampak dujun seperti mahu menghisap rokok jadi dujun pergi ke luar. Hyeri tiba-tiba tergerak hati untuk mengikuti dujun dan dia mengikut secara berhati-hati dari belakang. Dujun berdiri di kawasan garaj dan mula merokok manakala hyeri menyorok di sebalik kereta-kereta.

Hyeri terasa seperti nak termuntah bukan sebab bau rokok tapi bau alkohol yang betul-betul kuat dari dujun. Dia menutup hidungnya dan pastikan dia tidak bernafas terlalu banyak takut-takut betul-betul pula dia akan termuntah di situ.

Tiba-tiba dujun tergelak kecil menyebabkan hyeri berasa pelik dan semakin peka hyeri mahu dengar apa yang cuba dujun akan katakan.

‘’haihh..gayoon gayoon....senangnyelah kau kene tipu dengan aku...memang kaya aku kalau selali keluar dengan kau...semua kau belanja....lepastu lama-lama harta dekat rumah ni...semua aku punya!’’

Hyeri tersentak. Dia tidak percaya apa dia dengar. Rupanya masih wujud lelaki keji seperti dujun yang tidak tahu dia sebenarnya telah meletakkan dirinya sendiri di zon bahaya di mana dia cuma memainkan perasaan gayoon dan apa yang dia nak sebenarnya adalah harta!

Hyeri pun terasa yang dujun ni bodoh juga sekali sekala. Nak cakap pun senyap-senyap jelah dalam hati. Ni macam nak kasi tahu satu dunia.

Hyeri tahu keputusannya sekarang, dia perlu bagitahu pada gayoon apa yang jadi..tapi dia tahu gayoon semestinya tak akan pernah cayakan dia jadi harapan sekarang Cuma sohyun..ye sohyun. Tapi mana sohyun? Hyeri hilang akal mana nak cari sohyun. Dia terfikir ruang rahsia tu. Sebenarnya ruang rahsia tu terletak di belakang tangga yang tidak mungkin orang akan ke situ sebab apa yang orang fikir ialah itu adalah bilik stor. Tapi hanya keluarga di rumah ni tahu termasuk hyeri.

Hyeri perlu bergerak secara perlahan untuk masuk kerumah dan secara berhati-hati dan senyap supaya dujun tidak perasan kelibatnya. Dia perlahan-lahan mahu bergerak masuk kerumah sekali dia terpijak ranting kayu menyebabkan dujun pandang kearahnya. Hyeri terkaku tak tahu nak buat apa.

‘’hey...perempuan manis yang cantik...buat apa dekat luar ni?’’

Hyeri terfikir-fikir mahu menjawab apa. Memandangkan hyeri bernasib baik dujun tidak tahu dia siapa, hyeri bercadang hanya untuk menyamar sebagai salah seorang tetamu.

‘’ah..err...oh hanphone saya hilang jadi saya ingat mungkin ada dekat kawasan luar ni...lagipun saya baru perasan waktu saya baru nak melangkah masuk jadi mestilah ada dekat luar...’’

Dujun hanya mengangguk dan tidak berasa sebarang yang menjengkalkan pun dengan hyeri..baru sahaja dia mahu membuka mulut sekali lagi hyeri mula bercakap..

‘’saya dah cari dekat kereta...tapi takde juga...’’

‘’ohh’’

Dujun hanya mengangguk sekali lagi..

‘’saya...saya nak masuk dulu..jomlah.’’

Hyeri cuba berpura-pura seperti mengajaknya kalau tidak nampak sangat kalau lari macam tu je.

‘’ah takpe...saya nak duduk dekat luar...lagi tenang...’’

Hyeri mengangguk dan senyum.

‘’okaylah saya masuk dulu..’’

Hyeri terus berjalan masuk ke dalam rumah. Dia hampir sahaja mahu pengsan bercakap dengan dujun. Mana tak nya jantung hampir gugur dan perut kecut sebab bercakap dengan orang yang berniat jahat dengan keluarga ini sendiri!

Dia terus mencari kunci untuk keruang itu yang dimana ia di letakkan di sebalik dinding di belakang tangga. Nasib baik tempat tu orang tidak berapa nampak. Jadi dia kelaurkan kunci itu dan secara senyap memasuki ruang rahsia dan mengunci semula secepat yang mungkin. Bila dia masuk, ada seorang lelaki berbadan tegap menjaga pintu masuk. Hampir sahaja dia menjerit sebab terkejut.

Lelaki itu kenal sangat hyeri sebagai sepupu sohyun dan dia juga hampir sahaja menyerang hyeri tapi membatalkan niatnya bila dia sedar orang yang dia cuba serang ialah hyeri.

Hyeri cepat-cepat mengusap dadanya cuba menenagkan dirinya sendiri. Dia cuba kembali kepada keadaan sebenar apa yang harus dia lakukan sekarang!

‘’mana sohyun?’’

Dia bertanya lelaki itu dan lelaki itu menyuruh dia mengikutnya. Hyeri tanpa ragu-ragu mengikut lelaki itu. Lelaki itu akhirnya berhenti di depan sebuah bilik dan hyeri tahu itu bilik siapa. Itu bilik jungkook. Hyeri bow pada lelaki itu dan berterima kasih. Lelaki itu hanya senyum dan bow semula sebelum pergi meninggalkan hyeri berseorangan di depan pintu bilik itu. Dia berasa lega sedikit sebab sejujurnya dia berasa bingit yang amat bila berada di luar sana dan mujurlah ruang ni kalis suara jadi suara di luar tidak dengar di dalam, suara di dalam tidak akan dengar di luar.

Hyeri membuka kunci bilik itu dan membuka pintu bilik itu perlahan. Dia nampak sohyun tidur di sebelah jungkook tapi dia menghadap bertentangan. Dia tahu betapa penatnya sohyun. Menjadi sohyun bukan sesuatu yang mudah, otaknya tidak sama dengan orang lain dimana dia akan penat..penat menjadi gila.

Dia menutup semula pintu bilik itu dan menguncinya sebagai langkah berhati-hati. Dia berjalan perlahan kearah sohyun dan mula rasa perlu tak perlu untuk kejutkannya.

‘’sohyun’’

Dia menggerakkan lengan sohyun lembut takut sohyun tersedar tapi dalam keadaan terlalu terkejut pulak. Tak pasal-pasal dia kene belasah dengan sohyun selepas elok-elok selamat dari kene serang dengan lelaki berbadan tegap tadi. Mujur sohyun jenis cepat tersedar dan dia terus membuka matanya perlahan. Dia duduk dan memandang hyeri.

‘’hyeri..?’’

Nasib baik dia sedar tu hyeri.

‘’sohyun...kau kene buat sesuatu!’’

Hyeri bercakap perlahan tapi seperti serius!

Bila hyeri cakap macam tu sohyun cuba yang sebaiknya untuk tersedar daripada kengantukan. Dia cuba fokus.

‘’waeyo?’’

Sohyun bertanya seperti ingin tahu.

‘’ada orang nak merampas harta keluarga kau dekat rumah ni...’’

 

 

Hyuna POV

Aku sedang sibuk memikirkan bagaimana keadaan dirumah sekarang. Aku paling risaukan sohyun. Nasib baik hyeri datang pulang dan sekarang dia sanggup membantu aku untuk melindungi sohyun. Aku rasa aku perlu membuat panggilan pada hyeri untuk tahu keadaan sohyun macam mana.

Tapi..phone aku pun aku tak bawak...alamak kenapalah aku lupa nak kata dekat hyeri suruh ambil phone aku..dan dia pulak aku rasa dia pun lupa sebab tak tinggalkan phone atau apa-apa yang boleh hubungi dia..lagipun setiap kali diorang keluar dari sini mesti macam dalam keadaan tergesa-gesa.

Bosan punyalah bosan aku teringat seseorang...jin.

Aku masih ingat dia..

Adakah adik dia dah sihat?

Aku sebenarnya nak sangat-sangat buat sesuatu untuk berterima kasih dekat dia. Serious!

Tak cukup hanya mengucapkan terima kasih pada mulut tapi aku perlu membalas sesuatu yang baik pada dia. Cuba bayang. Entah siapa ank tolong kalau dia tak tolong. Mungkin ada tapi terlambat sangat dan mungkin keadaan aku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^