Part 15

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hyeri POV

Tengah elok-elok aku menikmati secawan kopi dengan jihyun unnie, tiba-tiba sohyun membuka pintu rumah dengan ganasnya dan pandang aku. aku dan jihyun unnie terkejut dan pandang dia.

‘’sohyun..kamu kenapa berpeluh bagai ni?’’

Sohyun tersenyum-senyum bila jihyun unnie bertanya.

‘’hyeri..tolong aku letakkan permainan aku..koleksi aku dah lengkap!’’

Apa yang dia cakap ni? Aku dan jihyun unnie membuat muka pelik sehinggalah kami berdua terdengar suara orang lain dan beberapa orang berbadan tegap masuk dengan setiap sorang memegang seorang manusia. What the...

Aku hanya membuntangkan mata bila diorang masuk.

‘’hyeri!’’

Sohyun memanggil aku dan aku kembali dengan apa yang disuruh. Aku cepat-cepat mengarah diorang mengikut aku . empat lelaki yang dibawa masih berjaga tapi mulut dan matanya diikat dengan kain manakala sorang lagi seperi mayat dan aku tak pasti tu hidup lagi ke tak. Cuma sorang dari empat orang tu kelihatan seperti dah nak pengsan sebab aku perasan lengan dia habis diselubungi darah. Apa sahajalah sohyun dah buat!

Sampai ke sebuah pintu dimana baru beberapa jam tadi aku membawa taehyung dan jimin ke sini..aku membukanya dan di dalamnya ada lagi beberapa pintu iaitu beberapa bilik. Aku berhenti di sebuah pintu  yang terletak di hujung sekali memandangkan ini sahaja bilik paling besar untuk meletakkan mereka berlima.

‘’hyeri nanti..’’

Sohyun secara mengejut bersuara di belakang aku dan aku memusingkan badan.

‘’bukan lelaki yang tidur tu...’’

Aku mengangguk dan menyuruh lelaki berbadan tegap yang mendukung lelaki yang tidur tu keluar dari bilik tu. Sohyun menyuruh dia meletakkan lelaki tu dibiliknya. Aku tak faham apa-apa tapi yang penting aku Cuma tolong dia dan taknak tahu semua ni..tapi apa salah diorang sohyun buat diorang macam ni?

Sohyun masih berdiri di sebelah aku  dan dia pandang aku.

‘’tolong bersihkan dia...aku taknak koleksi aku ada cacat cela...’’

Dia menunjukkan pada lelaki yang lengannya ditutupi darah dan aku hanya mengangguk tidak bercakap satu patah pun. Sohyun berlalu pergi dan meninggalkan aku untuk melakukan tugas yang dah diberi.

No one POV

Sohyun berlalu keluar dari ruang koleksinya dan ingin berjalan ke biliknya. Tapi bila dia melintas ruang tamu jihyun berdiri tegak di situ memandangnya.

‘’sohyun..sini kejap...’’

Jihyun memanggil sohyun seperti serius. Sohyun tanpa ragu-ragu dengan wajah gembira yang masih tidak lari dari rupanya terus berjalan seperti kanak-kanak mendapat gula-gula ke arah jihyun. Dia berdiri betul-betul depan jihyun.

‘’sohyun..nanti apa umma appa cakap kalau kamu bawa balik orang yang tak dikenali...’’

‘’unnie! Diorang bukan orang ! diorang permainan sohyun! ‘’

‘’haihh..sohyun..unnie faham..tapi kita bukan penyimpan orang..kita membunuh..’’

‘’diorang bukan orang!’’

‘’sohyun...tapi sampai bila?!’’

Sohyun hanya senyap membatu. Dia tidak tahu mahu jawab apa.

‘’sohyun sayang permainan sohyun..dan sohyun tahu diorang pun sayang sohyun...’’

Sohyun terus menaiki tangga ke tingkat atas menuju ke biliknya.

‘’budak ni..memang dah gila...’’

Jihyun terus menyambung duduk semula menikmati kopinya dengan perasaan bengang.

 

 

Di bilik taehyung dan jimin ditempatkan.

Taehyung tidak dapat duduk tenang bila dia dengar suara bising dari luar bilik. Dia mendekatkan telinganya pada pintu bilik besi tersebut tapi suara tu jadi makin suram. Dia mengagak ruang rahsia ni besar dan mungkin suara tu pergi lebih jauh.

Dia menggenggam tangan dia geram sebab dia nak sangat berada di luar dari bilik ni! Dia memandang jimin yang sebenarnya lagi tadi tidak berhenti mengalirkan air mata . taehyung berjalan ke arah jimin perlahan dan air matanya pula mengalir. Dia sedih tengok jimin sebegitu sebab dia tidak tahu apa yang jimin rasa sekarang ni. Siapa yang tak sedih tak dapat kawal diri sendiri?

Dia pandang sekeliling bilik walaupun dia baru buat tadi sebab dia tidak berhenti mencari jalan keluar. Dia mula lagi sekali meraba seluruh pelusuk ruang dalam bilik tu tapi hanya sia-sia. Walaupun bilik tu dilengkapi tandas tapi tiada tingkap langsung dan tiada suis lampu kerana suis tu hanya terletak di luar bilik. Bilik itu gelap dan hanya ditemani cahaya dari ruang kecil bawah pintu.

Taehyung terduduk dan dia terus menangis tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

 

 

‘’tahan sikit..’’

‘’ARGGHHHH!!’’

Hyeri sibuk mengelap luka namjoon dan kini dia cuba untuk mengeluarkan peluru yang ada pada lengan namjoon.

‘’lepaskan kitorang!’’

Yoongi,jin,hoseok sebenarnya diikat disebuah kerusi masing-masing sorang satu. Tapi hanya namjoon di letakkan di atas katil kerana perlu diubati dan diri dia sendiri pun tidak larat untuk bangun.

‘’wei pompuan! Kau pekak ke?! Lepaskan kitorang!’’

Yoongi yang lagi tadi dalam mood marah sibuk menjerit pada hyeri untuk dilepaskan. Hyeri memandang yoongi bila dia terima jeritan tu.

‘’kau pekak jugak ke? Kau tak dengar dia tengah menjerit kesakitan? Aku Cuma nak selamatkan dia!’’

Hyeri memarahi yoongi balik dan sambung kerjanya. Yoongi yang tertusuk dengan kata-kata hyeri hanya diam dengan muka bengang.

‘’hyung...dah lah tu...dari kita jerit-jerit baik kita fikir macam mana nak keluar dari sini...’’

Hoseok bisik pada yoongi perlahan dan memberi cadangan.

‘’betul jugak cakap dia tu...baik kau fikir macam mana nak kelaur dari sini...dari kau jerit dekat aku takde faedah..’’

Tiba-tiba hyeri jawab membuatkan hoseok dan yoongi terkejut. Hoseok pula sibuk fikir macam mana hyeri boleh dengar apa yang dia bisik..

‘’kau sebenarnya siapa ha?! Kau nak apa?!’’

Yoongi bertanya seperti nada memaksa.

‘’bukan aku tapi orang dalam rumah ni...tahan sikit..’’

‘’ARGGHHH!!!’’

Namjoon mengerang kesakitan bila hyeri berjaya menemui peluru dalam lengannya dan sekarang menariknya perlahan menggunakan penyepit yang selalu digunakan dalam pembedahan.

‘’or-orang dalam rumah ni?...apa maksud kau?’’

Jin bertanya.

‘’sikit lagi......’’

‘’ARGHHHH!!’’

‘’Cepatlah....yess!!’’

Hyeri berjaya mengeluarkan peluru tersebut dan meletaknya di sebuah dulang. Dia mengambil kain putih yang bersih dan mengelap tangannya yang diselubungi darah namjoon. Namjoon kelihatan lebih tenang  selepas peluru berjaya di keluarkan dan dia menutup matanya cuba untuk bertenang dan bernafas dengan stabil.

‘’apa maksud aku?...’’

Hyeri menjawab persoalan jin dengan soalan juga sambil membalut luka namjoon dan mengemas barangan perubatan.

‘’korang dah buat benda yang salah sebab terlibat dengan orang dalam rumah ni...’’

‘’tapi masalahnya apa yang kitorang buat?! Aku tak kenal siapa diorang!’’

Yoongi memberontak sebab betul dia memang tak kenal sama dengan hoseok dan namjoon.

‘’tapi aku kenal..’’

Tiba-tiba jin bersuara dan yoongi serta hoseok memandangnya..

‘’ingat tak aku cerita pasal kereta rosak tu...sohyun...perempuan yang culik kita sekarang ni...dialah yang tolong sebenarnya...’’

Jin memeberitahu dengan muka takde perasaan dan nada serius.

‘’habistu apa amsalah dia nak culik kita?! Dia nak balasan sebab dia dah tolong? Macam tu?!’’

Yoongi tak puas hati.hosoek hanya senyap sebab dia ketakutan.

Hyeri menghela nafas dan pandang diorang dengan muka agak kesian.

‘’bukan...dia bukan nak balasan...’’

Hyeri bersuara dengan nada serius..

‘’dah tu?!’’

Yoongi masih dengan tak puas hatinya.

‘’dia nak korang....’’

Semua keadaan menjadi senyap bila hyeri kata macam tu. Hyeri bangun dan dah nak buka pintu bilik tapi dia berhenti seperti mahu kata sesuatu.

‘’nasihat aku, kau ikut apa yang dia suruh...jangan lawan, cuba keluar dari sini selagi boleh, dan ingat aku akan cuba tolong selagi boleh...’’

Hyeri senyum dan membuka pintu bilik tu. Sebenarnya semua pintu di dalam ruang itu diperbuat daripada besi dan setiap bilik tiada tingkap atau lebih senang jalan keluar..

‘’aku terpaksa kunci korang dulu disini buat masa ni..’’

Hyeri berkata sebelum mengunci diorang dan pergi.

 

 

Sohyun POV

Akhirnya...apa yang aku nak aku dapat. Haih..nama pun sohyun..mestilah apa yang dia nak dia dapat kan?

Gembiranya aku tengok jungkook betul-betul ada depan mata aku. kyaaa! Tak percayanya!

Comelnya dia tidur...

‘’jungkook..’’

Aku panggil dia perlahan nak kejutkan dia. Mesti dia terkejut gembira tengok aku ada depan mata dia.

‘’jungkook.’’

Aku panggil lagi sekali sebab tiada reaksi mula-mula aku panggil. Woah! Mata dia dah bergerak! Dia dah nak bangun!

Dia membuka mata perlahan-lahan. Jungkook kenapa nampak terkejut aku depan kau? Mata dia terus membulat bila aku orang pertama yang dia nampak. Mata dia seperti memerhati sekeliling dan aku senyum. Mesti dia suka aku hias bilik aku dengan gambar dia.

‘’jungkook...kau happy tak? Aku dah bawa kau kesini..yeay!’’

Aku tunjuk kegembiraan depan mata dia tapi kenapa dia nampak takut? Ada hantu ke? Jungkook jangan risau, aku ada temankan kau..hantu tak wujudlah, Cuma ada aku dan kau je dalam bilik ni..

 

 

Hyeri POV

Aku terus pergi ke bilik hyuna unnie memandangkan sohyun dah jumpa dia dan meletakkan dia di biliknya sendiri. Aku tahu kenapa gayoon,jihyun dan jiyoon unnie tak kisah bila hyuna unnie hilang atau tak sebab apa yang diorang kisah kehidupan diorang yang senang sekarang ni. Diorang kisah pasal sohyun sebab sohyun sangat membahayakan dan sesiapa yang cuba cari pasal dengannya akan jumpa neraka kelak. Tsk. Diorang Cuma berlakon baik depan dia. Dasar muka penipu.

Aku memang agak tak bersetuju dengan apa sohyun buat , tap

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^