Part 40

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Sora POV

Sudah agak berapa hari woozi oppa dan hyeri tidak ke sekolah. Aku tahu apa masalah hyeri tapi woozi oppa..aku tidak tahu apa-apa khabar mengenainya.

Aku tidak percaya dia juga bersubahat dengan sohyun. Terus kepada point aku kata, aku sangat sayangkan dia tapi dia dah buat aku macam ni. aku tak tahu dia terlalu gila sukakan aku dan dia juga tidak lebih sama seperti sohyun.

Aku tak tahu aku mahu bersemuka dengannya atau pun tidak tapi buat masa ini aku betul-betul tidak mahu bertemu dengannya.

Aku sedang sibuk berjalan menuju ke kelas aku di waktu pagi tapi tidak tahu kenapa aku rasa seperti ada orang berjalan di belakang aku. macam haritu sama seperti ketika woozi oppa mengekori aku. mungkin aku fikir terlalu banyak rasanya pasal dia.

Aku Cuma terus berjalan tapi kali ini dengan lebih agak laju sedikit. Mana tidaknya aku datang awal sangat pula kali ini jadi tidak berapa ramai pelajar yang datang dan masih banyak kelas yang lampunya tidak terbuka. Agak gelap sedikit lorong untuk ke kelas.

Tiba-tiba aku terasa handphone aku bergegar di poket skirt aku. aku menghentikan langkah dan mengeluarkan handphone aku dari poket skirt aku. aku terkejut bila melihat nama woozi oppa terpampang di skrin phone aku. dia memberi kakao pada aku.

Serius aku kata sejak kejadian itu dia tidak berhubung langsung dengan aku dan sekarang tiba-tiba dia menghantar kakao buat aku terkejut. Aku dengan was-wasnya membuka kakao yang dia hantar.

 

Sora. Pusing, oppa nak cakap.

 

Terkejut dengan apa dia hantar aku terus terkaku. Dia suruh aku pusing?

Bermakna...

Belum sempat aku berbuat apa-apa aku terasa lengan tangan aku di terik kasar membuatkan aku terpusing memandang ke belakang aku. mata aku membulat apabila aku melihat terus ke mata orang yang berbuat sedemikian.

Woozi oppa.

Walaupun dia kecil tapi kekuatan dia di luar tandingan. Pernah juga ketika dia masih baru disini orang cuba untuk membulinya tapi berakhir dengan mereka tidak datang ke sekolah selama tiga hari.

Ada yang kata mereka dibelasah sehingga demam ketakutan.

Aku tidak terkata-kata apabila kehadiran dia betul-betul ada depan mata aku. aku sangat tidak percaya dan yang pastinya aku juga takut! Takut yang amat!

Tolong janganlah dia apa-apakan aku.

‘’to-‘’

Baru sahaja aku cuba menjerit untuk meminta tolong dia terus menutup mulutku dengan tapak tangannya. Aku tersentak sedikit dan cuba meronta membebaskan pergelangan tangan aku dari genggamannya. Dia genggam terlalu kuat dan aku mula terasa sakit lagi-lagi apabila semakin lama aku cuba meronta.

Aku kepenatan dan dalam kesakitan lalu aku berhenti meronta.

Aku menggunakan tangan sebelah lagi untuk mengalihkan tangannya yang ada pada mulut aku dan memandangnya tajam.

‘’oppa nak apa?’’

Aku bertanya dia dan kali ini aku agak sedikit marah. Tapi dia mula melepaskan genggaman dia pada lengan aku. dan dia juga mula menghela nafas seperti seseorang yang sedang menyesal dengan perbuatannya.

‘’sora...please listen.’’

Aku membuat muka ketat dan dengan relanya aku cuba memandang dia semula.

‘’okay apa dia...’’

Tidak dinafikan hampir sahaja aku tewas dengan air mata tadi tapi melihat dia seperti tidak berniat untuk apa-apakan aku, rasa takut itu sedikit hilang.

‘’oppa...oppa minta maaf pasal haritu..oppa..’’

‘’saya maafkan oppa...dahlah kita..rasanya tak perlu cakap pasal benda haritu...saya tahu oppa Cuma..yelah..’’

‘’be-betul ni sora?’’

‘’emm..’’

Aku mengangguk. Sejujurnya aku kata aku tahu yang dia Cuma sayang aku sangat sehingga obses dengan diri aku, aku akui aku tidak pernah jumpa lelaki macam dia dan tidak dinafikan bermakna woozi oppa lain dari yang lain.

Dia betul-betul sukakan aku dan aku tidak perlu risau yang dia ada suka perempuan lain.

Tapi satu benda yang aku risau sekarang ini ialah aku tidak mahu dia jadi seorang lelaki yang jahat. Aku taknak. Aku tidak mahu dia bersubahat dengan sohyun.

‘’tapi oppa...’’

Baru sahaja dia sedang gembira tersenyum, mendengar apa aku kata mukanya kembali risau. Risau dengan apa yang bakal aku katakan.

‘’oppa...takkan bersubahat dengan sohyun kan?’’

‘’ma-mana kamu tahu ni?’’

‘’jadi betullah apa hyeri kata! Oppa dengan dia bersubahat!’’

‘’ hyeri? Kejap..kamu kenal hyeri?’’

‘’ya oppa..dia sekolah ditempat ni sementara...dan dia juga sebenarnya...yang selamatkan sora waktu kena culik dengan oppa...’’

‘’ouh ya..’’

‘’kenapa oppa? Kenapa oppa perlu jadi jahat?..’’

‘’a-anni..kamu dah salah faham dah sekarang ni...oppa dengan sohyun tidak lagi bekerjasama..’’

‘’oppa cakap betul-betul oppa...saya maafkan oppa buat jahat dengan saya tapi saya tak maafkan kalau oppa buat jahat dengan orang lain oppa...’’

Waktu tu aku terasa macam nak menangis. Aku memang taknak woozi oppa jadi orang yang jahat di dunia ni. aku nampak muka dia pun berubah jadi sayu bila aku berkata macam tu.

Dan dengan tiba-tiba dia menarik aku masuk ke dalam pelukannya.

‘’sora...oppa janji..oppa takkan pernah ikut dia dan ada kaitan dengan dia...’’

Aku cuba memandang woozi oppa.

‘’be-betul ni?...’’

Dia mengangguk dan senyum. Aku kembali membaringkan kepala aku di dadanya dan memeluknya rapat.

Aku harap dia tidak cuba untuk mempermainkan perasaan aku yang sudah betul-betul mempercayainya.

 

 

Hyeri POV

‘’unnie..unnie nak kemana?’’

Tiba-tiba sahaja gayoon unnie keluar dari biliknya dengan memakai mafela sekeliling lehernya dan kaca mata hitam besar seperti seorang diva. Adakah perempuan ini sudah buang tabiat?

‘’tak kemana..nak selfie-selfie je~’’

Okay memang betul dia dah buang tabiat.

‘’hmmm...ingatkan nak kemana tadi...sabar je.’’

Aku membuat muka dan bangun menuju ke dapur untuk melihat makanan apa yang ada.

Oh ya, sepatutnya waktu, waktu sebegini woozi sudah pulang dari sekolahnya, kemana pula budak pendek seorang ni pergi?

Jangan melencong kemana-mana sudah.

Barang dapur macam dah nak habis. Rasanya perlu ke aku pergi beli? Hmm daripada aku pergi keluar beli baik aku suruh budak pendek tu belikan. Memandangkan dia tak balik lagi sekarang ni. rasanya sempat lagi ni nak pergi call dia.

Aku baru sahaja mahu melangkah ke ruang tamu semula dan aku terkejut tengok mafela dan kaca mata hitam milik gayoon unnie bersepah di lantai.

Haih dia ni pun dah habis berangan bergambar kemas lah semula. Nak jugak aku yang terbongkok-bongkok kemas rumah. Taulah aku rajin. Okay cukup perasan.

Aku mengutipnya dan mula membebel memarahi gayoon unnie tapi tidak berakhir di situ sehinggalah aku bangun dan diri aku mula terkaku.

Gayoon unnie berada dalam lilitan tangan seseorang  pada lehernya dan dia ialah..

‘’hye hyeri...rindu aku?’’

Sohyun.

 

 

Sora POV

Kali ini tidak akan jadi seperti yang lepas, kami akhirnya dapat keluar bersama selepas habis sekolah.

Opps sebenarnya woozi oppa membawa aku lari keluar dari sekolah dan sekarang kitorang berada di dalam wayang. Kira seperti ponteng lah kan? Okay for the first time.

Kalau parents aku tahu tak nya mati aku.

Lelaki ni memang, kecik-kecik cili padi. Okay sempat pula aku berkata-kata.

‘’wah tak sabarnya cerita nak mula!!!’’

‘’hmm..’’

Woozi oppa nampak tidak berminat. Haha sebenarnya dia jeles. Satu sebab aku memilih cerita ‘The scorch trial’ iaitu sambungan cerita maze runner tahun lepas. Dan semestinya hero dia paling aku suka! Hensem kot. Perempuan mana yang tidak suka kan?

Punyalah aku menjerit berfangirling sehinggakan orang sebelah aku, orang depan aku dan orang belakang aku mula rasa annoying dengan aku. kisah apa yang penting aku dapat tengok lelaki feveret aku!

Tapi aku rasa bersalah pulak woozi oppa senyap sahaja lagi tadi dan muka dia serius gila. Hmm sorry oppa tapi ni cerita kegemaran sora, so oppa tak boleh paksa sora tak suka cerita ni.

Akhirnya habis juga dan aku rasa gembira. Lampu wayang mula dibuka dan aku menggeliat kepenatan duduk je lagi tadi manakala woozi oppa masih duduk dengan muka ketat.

Aikk dah kenapa, jangan cakap dia nak culik aku kali kedua pula.

‘’oppa..kajja!’’

‘’oppa?’’

Tiba-tiba air mata dia mengalir. Aku terus membuat muka pelik. Oooookay.

Ni dah kenapa pulak ni?!

‘’oppa wae?!’’

Aku terus duduk balik dan memandangnya.

‘’ce-cerita ni...best sangat...oppa sedih minho kena culik dalam cerita ni...’’

‘’-_-‘’

Sabar jelah ingatkan apa tadi. Sekarang tengok siapa lagi over? Aku ke dia?

Kami keluar dari penggung wayang dan oppa sebelah aku yang pendek seorang ini tidak henti-henti cerita pasal cerita tadi. Okay sekarang aku rasa nak lempar dia jauh-jauh. Dia pula yang terlebih dari aku pula dah kenapa.

Apa-apa pun dia tak minat hero dia ‘dylan’ dia suka ‘minho’ lelaki yang kena tangkap tu. Ha bagus juga dia sedih. Faham sikit perasaan aku waktu kau culik aku oppa oii.

‘’hmm sekarang sora nak makan dekat mana?’’

Eik dia nak belanja makan sekali ke? Ini dah melampau. Aku rasa bersalah pula. Dia dah belanja wayang pun dah cukup.

‘’emm oppa belanja ke?’’

‘’yelah~’’

‘’emmm takpelah oppa kali ni sora bayar sebab oppa dah bayar duit wayang tadi..’’

‘’ehh asal pulak, kan oppa yang ajak sora keluar jadi biarlah-‘’

Baru sahaja dia mahu menghabiskan ayat tiba-tiba telefonnya berdering. Kedengaran ringtone lagu mansae berbunyi di phonenya. Aik minat seventeen juga ke woozi oppa ni?

Tidak di sangka-sangka okay.

Dia melihat skrin telefonnya. Mukanya berkerut.

‘’hello hyeri.’’

Eh hyeri telefon dia?

‘’bu-buya....mana hyeri?!’’

Suaranya tiba-tiba agak loantang dan mukanya nampak marah.

‘’op-‘’

Aku mahu berkata sebab aku risau dengan dia tapi dia terus menutup mulut aku dengan tangannya dan selepas itu dia meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya menyuruh aku senyap. Aku hanya mengangguk. Aku agak geram dengan tindakannya tapi aku harus berfikir dengan positif.

Mungkin dia dalam masalah.

Tiba-tiba dia terus matikan phonenya dan membaling phonenya.

Semua orang di dalam mall mula memandangnya dan aku menjadi lebih risau. Dia terduduk dan memegang rambutnya kuat seperti seseorang yang sedang tertekan. Aku mula duduk menggosok bahunya.

‘’oppa..wae?’’

Aku tak suka tengok dia begini. Melihat dia marah membuatkan aku takut dan aku juga takut dia akan membahayakan orang lain.

Matanya tiba-tiba mula berair. Aku terkejut. Aku tidak tahu tapi aku cuba untuk menenangkannya. Aku menariknya bangun dan memeluknya. Aku berjalan membawa dia jauh dari situ. Aku tidak suka orang lain melihatnya. Sejujurnya mahu sahaja aku lempang sorang-sorang orang yang memandangnya.

Tapi nak buat macam mana, perbuatan woozi oppa yang menarik perhatian orang.

Setelah berada di tempat yang tidak mempunyai ramai orang aku mula meleraikan pelukan dan memandangnya.

‘’oppa waeyo?’’

Aku bertanya buat lagi sekali sambil mengelap air matanya. Mana mungkin aku bairkan dia dalam masalah.

Dia mula menghela nafas.

‘’sohyun..’’

Mendengar nama itu di sebut jantung aku mula berdegup laju. Nama itu cukup membuat orang berasa gerun mendengarnya. Yelah mana tidaknya, dia adalah pembunuh gila yang berkeliaran yang masih dicari pihak berkuasa.

Bukan sahaja muka woozi oppa tetapi muka aku juga menjadi pucat.

‘’dia dah tangkap hyeri dan gayoon. Sora dengar. Kau balik kunci rumah. Oppa taknak kau terlibat. Oppa perlu ke selamatkan diorang.’’

‘’oppa nanti-‘’

Belum sempat aku berkata dia terus meninggalkan aku. perbuatannya membuat aku rasa geram sebab siapa sanggup biarkan orang yang kita suka membahayakan dirinya dan cuba melindungi kita pula.

Aku memandangnya yang seperti be

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^