Part 03

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

 

Jungkook POV

Satu benda yang tak seronok bila jadi gugup dan kaku bila berdepan dengan perempuan. Orang kata aku sia-siakan hidup aku sebab dah ada rupa tapi tak guna pakai dengan betul.

Heh! Diorang tu semua membuang masa! Diorang suruh aku sakitkan hati ramai perempuan sebab aku ada rupa yang boleh buat perempuan cepat percaya tapi benda tu sesuatu yang jijik dan kejam! Perempuan bukan barang mainan tapi diorang manusia biasa juga seperti kita dan sebab tu aku tak suka berkawan dan hanya percaya hyung-hyung aku.

Tapi lepas dipermainkan oleh seorang perempuan yang aku sangat percaya semua benda yang aku fikir berubah. Adakah patut aku hormat dengan perempuan lagi? Tapi aku tak mampu nak lakukan apa-apa sebab sifat semula jadi aku yang cepat mengeluh dan akan menjadi tak tentu arah bila berdepan dengan perempuan.

Apa-apa pun aku kena selesaikan masalah kereta tu secepat mungkin dari tersekat dekat rumah perempuan ni . aku tak faham kenapa dia nak melengahkan masa! Fikirkan dua lagi hyung aku yang sedang menunggu aku cuba minta izin untuk keluar dan tanya dimana letaknya semua barang diperlukan . nasib baik dia macam tahu tujuan aku dan kasi aku keluar kalau tak memang pengsan aku terperap kat dalam rumah tu. Sorry to Jin hyung who need to be left alone. Aku akan cuba keluarkan barang apa yang perlu supaya dapat cepat ke tempat kereta aku kitorang tadi dan pergi dari sini.

Bukan sebab dia sahaja yang menakutkan malah kakak dia juga macam orang tak tahu malu nak sentuh-sentuh orang.

Geleng-geleng kepala , aku cuba lupakan fikir pasal tuh dan masuk ke bengkel yang dia maksudkankan. Dia kata tepi rumah rasanya betullah tempat yang aku masuk ni.

Dengan membuka pintu perlahan-lahan , aku dapat lihat betapa gelapnya bengkel ni dan suasana seram sejuk seperti kena dengan situasi bila melihat bengkel ni. Titisan merah pelik yang kelihatan sudah lama kering di atas lantai kelihatan pelik , nak kata cat tapi nampak lain..

Aku masuk perlahan-lahan dan mencari-cari suis untuk membuka lampu kalau-kalau ada dalam ni dan mujurlah memang ada iaitu betul-betul di tepi pintu.

Lampu terbuka bila suis dihidupkan dan cahaya terang memenuhi ruang bengkel tersebut.

Terdapat sebuah meja agak besar di tengah-tengah bengkel dan meja tersebut seperti bertompokkan titisan merah tadi. Lupa pasal cari barang yang diperlukan, aku jalan perlahan melihat sekeliling bengkel tersebut dan menuju ke meja tersebut.

Aku memegang meja tersebut dan tak tahu kenapa terasa macam ada tak kena lagi-lagi bila aku sibuk nak tahu titisan merah yang bertompok di meja tersebut. Ia nampak kering tapi aku cuba menyentuhnya dan lantas membau jari aku yang menyentuh titidan tadi.

Bau ni..

Macam pernah bau..

Ini

Adalah..

Bau..

Darah...?

Aku agak tak sedap hati berdiri tegak semula dan terpandang satu pintu. Ada pintu dalam bengkel? Pintu stor ke? Tapi aku perasan tombol pintu itu diliputi benda bewarna merah yang sudah lama kering. Jantung berdegup laju di masa aku cuba mendekatkan diri berjalan ke arah pintu tu.

Betul ke apa yang aku buat ni?

Baru je aku nak pegang tombol pintu...

‘’Jungkook..’’

Terkejut dan tersentak dengan suara yang tiba-tiba sahaja muncul , aku pusingkan badan untuk tengok siapa yang bersuara di belakang aku.

Jin hyung..

Dan perempuan tadi atau nama dia Sohyun berdiri di sebelah Jin hyung.

‘’ah..hyung..’’

Itu sahaja yang mampu aku cakap.

‘’jadi ada apa-apa barang yang diperlukan yang dah dijumpai?’’

Dia tanya aku dengan senyuman dia yang menyebabkan bulu roma aku meremang masih terpampang di mukanya. Sebenarnya aku tak cari apa-apa lagi disebabkan bengkel yang menjengkelkan ni punya pasal.

‘’A..sebenarnya..’’

‘’ it’s okay. I know you’re not searching it yet..so..how could we find it together?’’

Dia tanya dengan nada tanda tanya sambil pandang aku dan hyung.

‘’aa...okay..’’

Hyung menjawab dan dengan itu kitorang mula mencari sama-sama.

 

 

‘’Hoii taehyung!’’

Akhirnya sampai jugak kat tempat kereta kitorang ni...mesti bosan dua ekor hyung pemalas ni tunggu yelah dengan sorang main tepon dan sorang lagi...

Mana Jimin hyung?

Taehyung berhenti main tepon bila nampak kitorang sampai dan bangun.

Jin hyung macam mencari-cari sesuatu sebelum mengalihkan mukanya pandang pada Taehyung hyung semula.

‘’Weh tae..mana Jimin?

‘’oh dia..tu ha dalam kereta ‘’

Taehyung hyung menunjukkan jarinya kearah kereta di mana Jimin hyung berada.

Lahh tido rupanya -..- apadaa...

Aku dan Jin hyung meletakkan dua tong minyak kereta dan barang lain di depan kereta.

Sohyun pula berdiri di tepi kereta sambil memeluk tubuh.

Aku apa lagi mulakan kerja untuk isi minyak kereta tapi sebelum tu aku cuba check kali kedua takut salah pulak jangkaan aku pada masalah kereta ni ternyata memang betul pon -,- nasib baik dah check dulu.. ada wayar terbelit dan rasanya agak susah nak diperbetulkan.

‘’Hyung..rasanya kita ada dua masalah..’’

Aku maklumkan pada hyung taknak nanti dia tak tahu apa-apa.

‘’Ha?! Aduhh!!!!!’’

Aik pasal apa pulak si Taehyung hyung yang beri reaksi dulu -_- woii aku cakap dengan Jin hyung lahh!

‘’asal pulak?’’

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^