Part 38

PSYCHOPATH : CHAPTER I
Please Subscribe to read the full chapter

Hyeri POV

Aku tak sangka keadaan akan jadi teruk macam ni. Jungkook selepas tiga hari dia di hospital dia terus dipindahkan di hospital mental kerana dia mempunyai masalah tekanan jiwa yang teruk. Dia memarahi aku dan hampir membunuh aku dan semua pihak hospital kerana menyelamatkannya dan sekarang dia asyik menyebut-nyebut nama sohyun.

Dia ditempatkan di bilik bawah tanah dan terletak dihujung sekali kerana dia dilabel sebagai pesakit mental yang berbahaya. Di sebuah hospital mental yang di kawal letat dengan pagar yang mengalirkan arus elektrik dan bilik-biliknya yang diperbuat daripada besi.

Aku?

Aku pula sekarang tinggal bersama gayoon unnie di suatu tempat dan pasal woozi, kami memaksa dia untuk ikut arahan kami serta membatalkan segala urusannya dengan sohyun. Pada awalnya aku tidak setuju tapi itu cadangan dari gayoon unnie, dia kata akan ada gunanya juga woozi satu hari nanti.

Tapi apa yang pastinya gayoon unnie telah selamatkan aku dan dia juga telah membuat cerita pada pihak polis supaya aku tak tertangkap. Satu benda sahaja aku nak kata disini, Gayoon unnie dan keluarganya sangat pandai meracuni fikiran orang tapi kali ni ada gunanya juga. Untuk kebaikan dan keselamatan aku juga.

Sohyun?

Tiada siapa dapat tahu dia di mana. Walaupun kami sudah memberi tahu dimana dia berada tapi bila polis sampai di kawasan perumahannya dan menyerbu rumahnya, tiada sesiapa di dalamnya. Tapi tidak lama leaps itu diorang menjumpai beberapa mayat di bilik di dalam bengkel rumah dia.

Mayat jiyoon,jihyun unnie dan umma appanya.

Aku Cuma senyap memikirkan bagaimana mereka boleh mati kalau bukan kerja sohyun?

Gayoon unnie pula hanya menangis dan selepas itu cuba tidak memikirkannya.

Kami berdua masih berfikir apa yang terjadi sebenarnya dirumhah itu setelah kami berdua meninggalkannya?

‘’woozi yah! Kau boleh sana sikit tak? Aku nak tengok berita!’’

Gayoon unnie mula memarahi woozi yang sesuka hati buat macam rumah sendiri makan ramen sambil berdiri betul-betul depan Televisyen.

Tak dinafikan woozi tidaklah teruk sangat walaupun terpaksa duduk dengan kami. Setakat ini dia ikut sahaja dan tidak menunjukkan sebarang kecurigaan kepada kami dan tidak lupa aku ada tanya dia pasal perempuan yang aku jumpa dalam rumah dia.

Aku agak terkejut jugak dengan alasan dia yang sebenarnya lebih kepada marah pada aku. nasib baik aku dah selamatkan perempuan tu, kalau tak dia juga jadi mangsa brainwashed macam apa sohyun buat pada aku dan...Jungkook.

Dia suka perempuan tu atau lebih kepada obses dengan perempuan tu dan sebab itu dia culik perempuan tu. Tapi memang seram bila dia kata dia akan cari juga perempuan tu dan dia pastikan aku dan gayoon unnie tidak boleh halang dia kali ni.

Okay. Aku takkan benarkan benda tu terjadi.

Cakap nama Jungkook semula tadi, aku teringat pada seseorang yang bila aku memikirkannya hati aku rasa perit. aku tak tahu mahu bagitahu dia macam mana. Kalau Jungkook dan adik beradiknya yang lain tahu yang appa mereka...

‘’Adik-beradik anak Mr.Jeon berjaya ditemui dan diselamatkan. Kini enam daripada mereka sudah ditempatkan di Hospital XXX bagi mendapatkan rawatan bagaimana seorang daripadanya yang bernama Jeon Jungkook telah dipindahkan ke hospital Mental di XXY kerana mempunyai tekanan jiwa yang teruk. Polis masih mencari di manakah Mr.Jeon dan masih memburu suspek yang dikenali sebagai Kwon Sohyun..bla..bla..bla..’’

Aku mula peka pada si pemberita yang mula bercakap mengenai kes tersebut.

‘’shhh!’’

Aku menuruh gayoon unnie dan woozi senyap kerana mereka bergaduh hanya pasal woozi berdiri depan televisyen tadi.

‘’suspek dipercayai telah melarikan diri dari kediamannya setelah membunuh ahli keluarganya sendiri. Polis telah menemui satu bilik yang ada di dalam bengkel rumahnya dimana dipercayai ramai yang dibunuh di situ. Seorang lagi suspek yang dipercayai pihak polis masih berkeliaran di luar sana. Kwon Gayoon iaitu salah seorang orang yang tinggal di dalam rumah ini.bla..bla..bla..’’

Mendengar nama gayoon unnie diperkatakan , aku dan woozi memandang gayoon unnie.

Nampaknya haritu semasa polis masih belum siasat mengenai ini, gayoon unnie yang berdepan dengan polis untuk memutar belit kisah aku. dia kata aku sepupunya itu memang betul tapi sekarang wajahnya sudah terdedah.

Aku dah mula tunjuk riak muka risau tapi gayoon unnie hanya...rilek. pelik.

‘’yah kau tak takut?’’

Woozi bertanya gayoon unnie sambil memandangnya terkejut.

‘’heh, buat apa nak takut woozi, kau lupa aku siapa? Dari mana asal usul aku? cuba kau fikir diri kau semula? Kau tu pun psycho tak lebih macam aku jadi kau tak rasa takut ke waktu kau buat jenayah? Kalau tak buat apa nak takut sekarang?’’

Woozi terkejut dengan kata-kata gayoon unnie dan menepuk-nepuk tangan seperti bangga.

‘’wahhh cayalah!’’

‘’woozi!’’

Aku mengambil bantal dan baling tepat pada mukanya. Takde masa nak bangga.

‘’unnie, unnie biar betul?!’’

‘’ya hyeri. Kau jangan silap pandang orang.’’

Gayoon unnie memandang aku dan senyum dan setelah itu memandang televisyen semula dan mengubah siaran.

‘’lah mana berita tadi! Aku baru syok nak tengok!’’

Membebel si woozi. Aik, sejak bila kau minat tengok berita? Tadi bukan main cari pasal halang orang nak tengok.

‘’sibuk je -..-‘’

Gayoon unnie memandang woozi yang menjengkelkan.

‘’Unnie...hyeri...hyeri nak melawat mereka..’’

Aku tak tahu tiba-tiba aku rasa mahu melawat mereka. Aku mahu lihat bagaimana keadaan mereka sekarang.

 

 

Jungkook POV

Hehe. Semua ni berlaku sebab aku tak percaya sohyun. Apa aku dah buat.

Aku sepatutnya tidak bertindak macam tu. Betul kata sohyun semua yang dia buat untuk aku semuanya baik dan takde yang buruk. Kenapa aku boleh tersilap langkah. Sekarang aku dah tersekat di sini. Ma-macam mana aku nak jumpa dia?

Ini betul-betul tak guna!

ARGGH!

So-sohyun. Perempuan tu betul-betul sudah melekat dalam fikiran aku dan aku tak boleh nak lepaskannya. Aku betul-betul dah sayang dia dan aku tak rasa aku dapat hidup tanpa dia. kenapa! Kenapa semua nak perangkap aku dekat sini!

Aku mula mengetuk pintu sekuatnya dan membuat bising supaya mereka mengeluarkan aku. diorang tak faham aku perlu keluar dari sini. Ni bukan tempat aku!

Sohyun sedang tunggu aku diluar dan aku taknak buat dia tertunggu –tunggu!

‘’yah bukak pintu ni!faham tak!’’

‘’bukak! Ada orang tengah tunggu akucepat bukak!’’

‘’YAH!’’

Lama kelamaan aku mula rasa penat dan gelisah. Tak. Diorang tak boleh biar aku dekat sini. Diorang tak boleh biar aku terus rasa bersalah macam ni.

Sohyun dah jaga aku dengan baik dan aku tak layak buat dia bersedih. Aku yang sepatutnya melindungi dia dan bukan dia.

Apa aku nak buat? Ap-apa aku nak buat sekarang nih?! Mungkin...mungkin aku harus mandi untuk bertenang. Ya aku tak boleh terus macam ni. ak-aku kena bertenang. Jangan memberontak. Sohyun tak suka orang memberontak.

Ya..ya.

Tanpa membuang masa aku mencapai tuala dan sedia untuk membersihkan diri.

 

 

Hyeri POV

Wow ramainya polis di hadapan bangunan hospital ni. haih mestilah sebab diorang masih dalam bahaya. Sohyun masih belum jumpa untuk ditangkap. Memang menakutkan.

Aku berjalan perlahan memasuki bangunan hospital tersebut.  Aku mula mahu bertanya di mana letaknya bilik namjoon. Ya aku mahu jumpa dia dahulu sebab aku rasa dialah orang pertama yang sedar aku bukanlah sejahat sohyun. Aku tak sangka aku tak perasan selama ni apa yang dia cuba katakan. Dan semstinya aku rasa sangat bersalah.

Pihak hospital sibuk bertanya identiti aku. tapi bukan seperti biasa. Muka diorang sangat serius. Aku hampir sahaja nampak seperti penjenayah sedangkan aku hanya mahu melawat mereka.

Aku hanya mengaku sebagai kawan mereka dan polis membenarkan aku melawat mereka dengan syarat seorang anggota polis mengikut aku. aku memang rasa tidak selesa tapi aku okay sahaja kerana aku bukan berniat jahat.

Aku mula memulas tombol pintu dan dengan perlahannya melangkah masuk ke bilik wad yang ada Namjoon di dalamnya. Aku nampak ada lagi dua orang selain Namjoon di dalam bilik tersebut iaitu Jimin dan Taehyung. Bila aku pandang Jimin dan Taehyung aku teringat kejadian malam mereka diculik.

Kalau aku bagitahu sesuatu yang mereka mungkin tidak dapat terima adakah mereka akan memaafkan aku? 

Aku tak tahu.

Mereka bertiga memandang ke arah aku bila aku masuk. Poilis tadi hanya duduk di hadapan pintu.

Aku menghela nafas dan mula memandang seorang demi seorang mereka di dalam tu. Aku tahu mesti mereka masih fikir aku bekerjasama dengan sohyun. Maaf tapi aku dah sedar kesalahan aku. aku dah sedar betapa teruknya aku membiarkan otak fikiran aku di kawal orang.

‘’hye..’’

Dengan janggalnya aku melambai sambil tersenyum sedikit.

‘’ja-jangan risau...aku dah takde apa-apa dengan sohyun....aku dah sedar yang aku...ah takpelah...korang dah okay?’’

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
IdhamAmmar #1
Chapter 3: wah!! memang best.. V kn, merajuk plak dgn jin kita.. jimin tu memang,buat krja sikit Tapi penat mengalahkn org bekerja
yukiyuyana
#2
Chapter 40: macam mana hyuna, mana hyung dia : (
aquariusxpisces
#3
Chapter 40: Maigadd akhirnya saya habis baca ff ni xD
shizuka_arumi
#4
Chapter 40: Awakkkk...awk punya story macm fixi..x nk terbit dalam fixi ke..in real book..hehehe.just kiding.corx..i like reading fixi..
baekki_kook #5
Chapter 39: Chapter 40: Best giler cite ni!!baru je baca dua minggu lepas :3..tunggu chapter 2 plak!!yeyeyeyye
lyly_ameera #6
Chapter 40: Omaigod the next psycho is Jungkook!!! my biskut dah jadi tak sedap oleh kerana perempuan mereng itu! Apakah?! Dah tak charming dah Jungkook... Huhuhu TT_TT

wahhh.... jinjja daebak authornim! cite authornim dri mula sampai akhir sarat dengan scene yang org rasa, best nak baca. plot cite cantik, dan yg paling buat sye speechlees, wtk jungkook dan wtk gayoon boleh berubah 100% pada akhir akhirnya. memang wtk jungkook kt sini buat kita rasa sohyun tu memang betul hebat dan giler smpai rasa cam wtk tu real je. Huyyoo... memang dahsyatlah authornim ni. Banyak yg sye bljr melalu ff psychopath ni. dri sini sye rasa author author di malay fanfic boleh memperbaguskan lagi kelebihan mereka dalam membuat ff seram\psycho\mystery\detective. sbb kt sini pda sye semua scene tidak mengecewakan dn teratur. memang gempak gegiler.

Fulamak! Tak sedar 5 minit menaip. XDXD
miera_yoseob
#7
Chapter 40: Owh..sad ending..akhirnye sohyun da kne tangkap..tpy laen mcm jer tengok jungkook oppa..da mcm sohyun plk perangainyer..
MongTaehyungg #8
Chapter 40: Creepy pulak Jungkook nii
bigbangtanboys
#9
Chapter 40: So ade part 2 larr...huhuhu..nak nangis baca pasal woozi...huhuhu...woozi dah mati ke??jgn laa mati....TmT....nak nangis...jungkook pulak still gila...kekeke..^^